oleh jurukur. Dari segi amalan pengukuran permulaan Kerja (Datum) dengan CRM
(Cadastral Reference Mark)
kepada
Survey Accurate Coordinate
. Perhitungan Ukurdigantikan dengan Pelarasan Ganda Dua Terkecil yang sebelum ini menggunakan KaedahBowditch yang tidak lagi digunakan tetapi masih boleh digunapakai.Ekadaster menggunakan sistem unjuran koordinat Cassini Soldner Geosentrikmelalui GDM2000 dan ia memanfaatkan kaedah pengukuran
Real Time Kinematik
dan
MyRTKNet
yang dibangunkan JUPEM. Selain itu, ia membolehkan pelbagai teknikpengukuran Kadaster dijalankan yang selama ini adalah terbatas dengan kaedah yanglama. Dengan adanya ekadaster, jurukur tanah berlesen dan jurutera geomatik bolehmelakukan pengutipan data bagi ukuran kadaster dengan menggunakan kaedah-kaedah
Global Navigation Sattelite Sistem (GNSS)
, terabas, radiasi, persilangan, silangalikan ataugabungan kaedah yang dibenarkan oleh JUPEM.Berdasarkan Peraturan Ukur Kadaster 2009 yang terbaharu, elemen koordinatdiutamakan dahulu, diikuti Bearing dan Jarak dimana sistem koordinat hendaklah didalam sistem koordinat NDCDB ( Pangkalan Data Ukur Kadaster Berdigit Kebangsaan ) .Ia mengandungi maklumat lot, bering,jarak, nombor lot, keluasan, koordinat, tandasempadan, kod pentadbiran dan lain-lain yang telah ditetapkan oleh JUPEM.Kesimpulannya, eKadaster merupakan suatu sistem yang memanfaatkanteknologi ICT,GIS dan ukur masa kini bertujuan untuk mempercepat dan memantapkanlagi sistem penyampaian ukur kadaster negara melalui pengintergrasian sistem yangberkesan. Secara tidak langsung peranan JUPEM sebagai pusat yang memberikansumber maklumat dan ia boleh membantu jurutera geomatik/ jurukur tanah di Malaysiauntuk memantapkan amalan profesion supaya ia dapat berdaya saing, efektif dankompeten.