You are on page 1of 16

KESANTUNAN BAHASA MELAYU

WAJ 3115

Ain Rahman
KONSEP KESANTUNAN
 Tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa
semata-mata
 Juga merujuk kepada aspek nonverbal
seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada
suara.
 Lakoff (1975) : Kesantunan sebagai perlakuan
yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu
interaksi.
 Fraser dan Nolan (1981) : Kesantunan berlaku
apabila kontrak perbualan digunakan oleh
penutur dan pendengar bagi mengekalkan
hubungan yang harmoni dalam komunikasi.
 Brown dan Levinson, 1987 : Kesantunan
dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan
Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap
pendengar .
 Asmah Hj. Omar (2000) : Dalam konteks
kesantunan berbahasa pula, mengaitkannya
dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang
tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan
rasa tersinggung daripada pihak pendengar.
 Menimbulkan suasana hubungan yang harmoni
antara penutur dan pendengar.
 kesantunan bukan sahaja merujuk kepada latar
sosio budaya msayarakatnya yang berpegang
pada adapt resam, malah diperkukuh oleh
pegangan Islam yang dianuti. Hal ini tergambar
dalam perbilangan adat yang berbunyi:

“Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan


kitab Allah”.
KESIMPULAN
 Kesimpulan, secara peribadi, saya
berpendapat bahawa kesantunan
berbahasa adalah mengenai cara
seseorang itu berkomunikasi denagn
seseorang yang lain. Gaya dan lenggok
bahasa, kata sapaan, gerak geri, dan
bahasa badan yang digunakan semasa
berkomunikasi haruslah bersesuaian .
Selain itu, kesemua ciri yang disebutkan
tadi haruslah disertai dengan keikhlasan.
 konsep kesantunan tidak terbatas
kepada aspek berbahasa dan
perlakuan semata-mata
 Seseorang itu boleh menuturkan
kata-kata yang indah atau
menunjukkan tingkah laku yang
sopan dalam sesuatu situasi, tetapi
perlakuan tersebut belum pasti
menggambarkan keihklasannya
Kajian Dalam Negara
 Tahun 1950, Za’ba menulis nilai
dalam perlakuan dan etiket Melayu
dalam Journal Malayan Branch.
 Menyentuh perlakuan dalam
percakapan dari aspek pengawalan
suara, tidak boleh menjerit dan
meninggikan suara, tidak membolot
sidang perbualan dan bercakap
terlalu banyak dan memuji diri
sendiri
 Pada 1969, Za’ba berpendapat BM
ialah ungkapan bahasa teristimewa
dan mampu disesuaikan dengan
suasana dan keadaan masyarakat.
 Antaranya meletakkan taraf
seseorang pada kedudukannya yang
sesuai dengan darjat, kuasa dan
umur.
 Noriati A. Rashid (2004) mengkaji kesantunan
orang Melayu dalam majlis pertunangan.
 Strategi kesantunan verbal dan bukan verbal orang
Melayu sangat erat dengan input Islam.
 Konsep jaga muka bermula dengan jaga muka
terhadap Tuhan sebelum jaga muka sesama
manusia.
 Setiap perlakuan bermula dengan hati atau
naiwaitu yang terbina atas didikan ilmu wahyu.
Kesucian hati melahirkan pelbagai strategi
kesantunan yang membentuk perlakuan manusia.
Tuhan

Konsep
perhubunga
n

Manusia Manusia
  Berbual dengan keluarga menggunakan
sebutan, intonasi, kata dan ungkapan yang
sesuai dan mengemukakan idea yang relevan
dengan topik.
 Memperkenalkan diri kepada seseorang dan
memperkenalkan seseorang kepada ahli yang
lain dengan mesra dan santun.
 Memahami dan menentukan gelaran atau
panggilan yang sesuai bagi seseorang.
 Asmah Haji Omar (2000) menulis hal
kesantunan dalam perbincangan dan
perbahasan. Strateginya ialah kaedah oleh
penutur untuk mencapai sesuatu maksud.
Strategik kesantunan melibatkan kesedaran
peranan, taraf sosial, kuasa dan kepatuhan
mengawal perbincangan dan menjaga air
muka. Air muka berasaskan maruah dan
martabat dan berbeza dengan BL berasaskan
keinginan mencapai sesuatu.
Jenis Kesantunan
-kesantunan berkendala
- kesantunan asas - kesantunan yang
menggambarkan usaha ahli
-kesantunan yang masyarakat dalam
sedia ada - memberi perhatian kepada
-menjadi pedoman kendala seperti
taraf/peranan orang
masyarakat berhubung bercakap, di mana dan
antara satu sama lain dalam keadaan yang
dengan cara bagaimana, apa yang
dicakapkan , mengapa
menunjukkan adanya percakapan itu berlaku dan
sikap berbaik-baik cara percakapan
disampaikan
MODEL KESANTUNAN ORANG MELAYU
 Asmah Haji Omar
 Kerangka dibina dengan mengambil kira beberapa
perkara:
 A. Keperluan manusia dalam menentukan setiap
perlakuan asas atas niat kerana Allah dan menerimanya
sebagai ibadah
 B.Tidak boleh abaikan sosiobudayanya
 C.Serasi dengan model kesantuan lain seperti BL dan
Asmah
 D. Input Islam menjadikan kesantunan orang Melayu
lebih luas

You might also like