You are on page 1of 3

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia
akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi
bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT
mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka
untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang
ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang
dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling
memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang
ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia
berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia
spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa
dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan
yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-
buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan
jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu
ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita
sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga
merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit
tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam,
ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya


Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia
tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga
tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.
Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil
hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi
kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi
pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam
agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara
yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila
berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila
dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.
Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami
dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik
pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi
supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai
rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?
Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama
lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila
memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.
Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat.
Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu
yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang
panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih
perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh
ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu
pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan
dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga
dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang
melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada
masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana,
kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini
menyusahkan?

7.Memahami diri kita


Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa
kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila
kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia
menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita
sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia
mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan
tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat
senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia
insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki
kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup
kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu
kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di
hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada
kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia
tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima
kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup
bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang
dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini
juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat
membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas
pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali
lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan.
Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di
pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam
memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak
hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang
Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan
izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan
sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah
bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan,
berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya
sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

You might also like