You are on page 1of 15

MOHD HAFIZ BIN SHAARIN

830501-02-5103
HBHE 1103

1. Bincangkan aktiviti dan medium yang boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat
pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Nyatakan juga contoh-contoh yang sesuai.

Pengenalan
Dalam era globalisasi ini, pelbagai cabaran dan halangan yang perlu kita hadapi dan
tempuhi bagi mencapai sebuah negara yang membangun pesat ini. Kita sebagai masyarakat dan
rakyat yang berbilang kaum tidak akan terlepas dari semua cabaran ini. Dengan cabaran sebegini
kita semua terdedah dengan pelbagai ancaman yang kita sedari mahupun kita tidak
menyedarinya. Terutamanya dari segi keperluan seharian, kesihatan, pengalaman hidup dan lain-
lain lagi.
Fokus kesihatan awam telah mengalami suatu perubahan semenjak kebelakangan ini.
Ahli professional dalam kesihatan awam telah berganjak daripada usaha mengurang berlakunya
penyakit dan mengelak kematian pramasa kepada mengutamakan atau menggalakkan promosi
kesihatan.
(US Department of Health and Human Services, 1996).

Definisi kesihatan

Kesihatan pada awalnya bermaksud seseorang itu tidak berpenyakit. Dalam erti kata lain,
jika kita tidak mengalami sebarang penyakit, kita dianggap sebagai sihat. Namun pada tahun
1947, dalam satu persidangan kesihatan antarabangsa,
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendefinisikan kesihatan sebagai
“keadaan fizikal, mental dan sosial seseorang yang menyeluruh, bukan hanya tidak berpenyakit
atau tidak berdaya” (World Health Organization, 1947). Dalam definisi ini, terdapat tiga
komponen utama yang perlu kita lihat bagi memahami maksud kesihatan. Komponen-komponen
tersebut ialah kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan sosial.
Kesihatan fizikal merangkumi ketiadaan penyakit dan ketidakupayaan, serta bertenaga
untuk melakukan kerja harian dan aktiviti waktu senggang tanpa berasa lesu. Kesihatan mental
pula bermaksud kita tidak mempunyai masalah mental dan berupaya untuk berhadapan dengan
cabaran harian serta berinteraksi dengan masyarakat tanpa sebarang masalah mental, emosi atau

1
MOHD HAFIZ BIN SHAARIN
830501-02-5103
HBHE 1103

tingkah laku. Kesihatan sosial dihuraikan sebagai keupayaan kita untuk berinteraksi dengan
orang lain dan persekitaran sosial secara berkesan serta menikmati kepuasan hubungan peribadi
(Nieman, 1999).
Bagi mencapai kesihatan seperti yang ditakrifkan oleh WHO ini, kita perlu mengambil
langkah-langkah untuk mengubah tingkah laku kesihatan serta gaya hidup bagi memperbaiki
keadaan diri kita. Oleh hal yang demikian, promosi kesihatan dapat memainkan peranan yang
penting dalam mencapai kesihatan diri yang optimum.

Definisi Pendidikan Kesihatan

Pendidikan kesihatan merupakan sebarang pengalaman pembelajaran yang dibentuk bagi


memudahkan adaptasi atau tingkah laku yang kondusif terhadap kesihatan. Dalam erti kata lain
Pendidikan Kesihatan ini merupakan satu pembelajaran di bilik darjah yang menyediakan
dimensi kesihatan fizikal, mental, emosi dan social, memperkembangkan pengetahuan, sikap dan
kemahiran berkenaan kesihatan dan hanya dirancang untuk membantu dan memotivasikan murid
untuk mengekalkan serta meningkatkan kesihatan, mencegah serta mengurangkan risiko tingkah
laku yang berkait dengan kesihatan.
Pendidikan Kesihatan disekolah merangkumi pengajaran kesihatan yang bersistematik,
kaunseling kesihatan individu, pengajaran dan pembelajaran kesihatan yang tidak formal
berkaitan dengan pengalaman seharian. Ianya bertujuan untuk membantu murid meningkatkan
pengetahuan kesihatan serta memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan mengamalkan gaya
hidup yang sihat.

Kepentingan Pendidikan Kesihatan

Promosi kesihatan dan pendidikan pesakit merupakan aspek penting dalam pencegahan
dan pengawalan penyakit. Dokumen WHO : A Call for Action:   Promoting Health In
Developing Countries menggariskan 2 strategi utama yang merupakan tindakan yang perlu
dilaksanakan untuk mempromosi kesihatan:  advocacy   for   health;     social support; and 
empowerment  of  people. Secara bersama strategi tersebut merupakan alat penting untuk

2
MOHD HAFIZ BIN SHAARIN
830501-02-5103
HBHE 1103

mempromosikan cara hidup sihat dan mewujudkan persekitaran yang menyokong kepada
penjagaan kesihatan.  
Justeru itu program promosi kesihatan dan pendidikan kesihatan amatlah penting dan
perlu diberi keutamaan. Promosi pencegahan dan pengawalan penyakit ini boleh dibahagikan
kepada dua fokus utama iaitu promosi kepada masyarakat umum dan promosi kepada pesakit
dan ahli keluarga. Promosi kepada masyarakat umum akan merangkumi pendedahan dan
kesedaran kepada masyarakat umum tentang penyakit, tanda-tanda, kemahiran mengenalpasti
faktor risiko dan tanda-tanda amaran serta kepentingan melakukan saringan dan pengesanan
awal. Di samping itu, memandangkan kebanyakan faktor risiko adalah berkaitan dengan
tingkahlaku maka promosi kesihatan pencegahan adalah amat penting.  
Fokus yang kedua ialah promosi kepada pesakit dan ahli keluarga dengan meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran bagi menguruskan penyakit dan kesan sampingan rawatan. Seperti
yang telah disarankan dalam Dokumen WHO : A Call For Action, salah satu tindakan penting
yang disarankan adalah ”empowerment of people”. Aspek Empowerment adalah melengkapkan
pesakit serta ahli keluarga mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan
mereka mengambil langkah positif dalam mengurus dan menjaga penyakit mereka sendiri.
Tindakan ini dapat meningkatkan motivasi pesakit supaya mereka dapat menjalani kehidupan
yang lebih positif dan bermakna. 
Oleh yang demikian, promosi kesihatan dan pendidikan kesihatan memainkan peranan
utama sebagai  strategi  yang berkekalan dalam mengubah tingkahlaku individu. Kepentingan
pendidikan dan promosi kesihatan adalah suatu strategi penting yang perlu dikembangkan serta
diberi keutamaan demi pencegahan penyakit. 

Perlaksanaan kesihatan oleh masyarakat

Bagi memastikan kesihatan sentiasa terjamin dan berada dalan keadaan sihat sejahtera,
perlaksanaan untuk menjaga kesihatan itu adalah amat penting sekali. Semua individu perlu
menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup
mereka. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

3
MOHD HAFIZ BIN SHAARIN
830501-02-5103
HBHE 1103

a) Cara yang paling mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti
mandi dan memakain pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah
bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.

b) Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat.
Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang
banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.

c) Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman
memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan
seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit.

d) Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan
yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah
menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus


dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos
perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang penuh ceria kepada diri
dan keluarga jua.

5) Perlaksanaan kesihatan dalam masyarakat

Perlaksanaan kesihatan dalam sesuatu masyarakat itu adalah amat penting sekali, di mana
ianya bertujuan untuk membantu individu dalam masyarakat menaplikasikan prinsip-prinsip
kesihatan yang betul dan mengamalkannya dalam segala aspek kehidupan seharian kita.
Segalanya boleh dijalankan melalui aktiviti-aktiviti agensi kementerian kesihatan, agensi-agensi
kesihatan sukarela, sekolah, organisasi remaja dan kumpulan masyarakat yang lain. Dalam erti
kata semua yang terlibat ini mempunyai tanggungjawab yang serupa bagi melahirkan seseorang

4
MOHD HAFIZ BIN SHAARIN
830501-02-5103
HBHE 1103

yang sihat dalam masyarakat hari ini. Pendidikan kesihatan boleh disampaikan kepada
masayarakat melalui pelbagai cara antaranya:-
a) Melalui berbentuk kaunseling individu, kaunseling individu ini boleh dijalankan
melalui khidmat nasihat pakar-pakar kesihatan. Seperti mana yang kita ketahui seperti
doktor, doktor gigi, jururawat dan pekerja sukarela. Jika di sekolah pula ianya boleh
dilaksanakan oleh guru kaunseling yang telah dilatih dan dilantik khas. Semua ini adalah
bertujuan untuk membantu dan mendidik masyarakat berfikir tentang cara mengatasi
masalah kesihatan yang dihadapi oleh mereka. Contohnya, dimana seorang dotor gigi
member penerangan dengan pesakitnya.

b) Melalui pengajaran berkumpulan, dalam pengajaran berkumpulan ini ianya boleh


dijalankan melalui kaedah perbincangan dan mesyuarat bagi memahami sesuatu masalah
kesihatan dan seterusnya mencari jalan penyelesaian demi kebaikan bersama. Contohnya,
di mana seorang kaunselor melakukan kaunseling secara berkumpulan.

c) Melalui penggunaan media massa, ini merupakan satu kaedah melalui mesej berkenaan
kesihatan, masalah kesihatan dan kempen-kempen kesihatan disalurkan kepada
masyarakat melalui media massa seperti majalah, surat khabar, poster, radio, televisyen
dan internet. Contohnya, dengan media massa seperti televisyen dapat menyiarkan iklan-
iklan yang berbentuk tentang penjagaan kesihatan yang baik.

5
MOHD HAFIZ BIN SHAARIN
830501-02-5103
HBHE 1103

AKTIVITI : Ceramah Serta Pameran


TAJUK : Kempen Gaya Hidup Sihat

1.0 Pengenalan
Gaya hidup sihat menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera.Amalan gaya hidup
sihat menjurus kepada kebersihan diri, permakanan yang seimbang ,senaman yang konsisten
,kemampuan menghadapi stress dan konflik serta menjauhi penyalahgunaan bahan bagi
meningkatkan kualiti hidup.

2.0 Matlamat
Program ini dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah Sihat dan
Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu,Sihat dan Progresif" melalui amalan gaya
Hidup sihat Di samping itu ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek-
aspek kebersihan,kesihatan dan keselamatan kepada para pelajar serta masyarakat di sekitar .
Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek-aspek ini amatlah wajar ditekankan kepada
golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai
kepentingan penjagaan kebersihan dan kesihatan dari seawal usia di bangku sekolah . Kesedaran
golongan ibu bapa juga amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat
dimanfaatkan bermula dari rumah.

3.0 Rasional
Program ini merupakan satu program kesihatan yang merangkumi aspek kebersihan ,kesihatan
dan keselamatan untuk semua warga sekolah dan komuniti sekitar demi melahirkan dan
memupuk rasa tanggungjawab para pelajar , guru dan seterusnya ibubapa pelajar mengenai
kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui sesi ceramah serta pameran kepada para pelajar dan
masyarakat setempat akan dapat memupuk perasaan cintakan kebersihan .
Aktiviti ini juga dapat meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai
Kebersihan,Kesihatan dengan menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat.
Selain itu ia menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar dan
komuniti walau d mana mereka berada.

6
MOHD HAFIZ BIN SHAARIN
830501-02-5103
HBHE 1103

Sesi ini juga berharap dapat Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas
dari anasir-anasir buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.

4.0 Kumpulan Sasaran


Program ini mensasarkan semua pelajar Sekolah Kebangsaan Padang Terap, guru-guru, staf
sokongan, ibubapa pelajar serta masyarakat setempat.

5.0 Butiran Program

Tarikh : 6 Mac 2010


Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 petang
Tempat : Dewan Perdan Sekolah Kebangsaan Padang Terap.

6.0 Ceramah dan Pameran

 Ceramah “Gaya Hidup Sihat” oleh Unit promosi Pejabat Kesihatan Daerah Padang
Terap.
 Bahan pameran kesihatan dan anti rokok disediakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah.

7.0 Pengisian Tajuk Ceramah

 Definisi gaya hidup sihat


 Komponen dalam gaya hidup sihat - makanan seimbang, kebersihan diri, tidak salah guna
bahan, rehat yang cukup dan senaman.

8.0 Medium digunakan

 Tayangan Slaid
 Bahan –bahan pameran
 Brosur dan risalah

7
MOHD HAFIZ BIN SHAARIN
830501-02-5103
HBHE 1103

9.0 Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA ANGGARAN


PERBELANJAAN (RM)

1 Perbelanjaan Cetakan
Booklet Program RM1.50 X RM0.50 RM75.00
Surat-menyurat RM20.00

Jumlah Perbelanjaan Cetakan RM95.00

2 Promosi

Banner RM42.00 X 3 helai RM126.00


Iklan Promosi RM0.20 X 60 RM12.00
keping

Jumlah Perbelanjaan Promosi RM138.00

3. Jamuan
Jamuan ringan RM1.50 X 150 RM225.00
Jamuan VIP orang RM50.00
RM5.00 X 10
orang

Jumlah Perbelanjaan Jamuan RM275.00

4. Hadiah Dan Cenderahati RM10.00 X 10 RM100.00


orang

5. Lain-lain perbelanjaan RM100.00

Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan RM708.00

SUMBER :
1. Sumbangan PIBG SK Padang Terap = RM 500.00

8
MOHD HAFIZ BIN SHAARIN
830501-02-5103
HBHE 1103

2.Sumbangan orang perseorangan /syarikat = RM210.00


JUMLAH KESELURUHAN = RM710.00

1. Bincang dan kenal pasti punca-punca pencemaran yang memberikan kesan serta
memudaratkan persekitaran.

Definisi Pencemaran
Pencemaran didefinisikan sebagai kesan yang memudaratkan persekitaran daripada hasil atau
aktiviti manusia seperti industri dan pertanian. Antara beberapa jenis pencemaran ialah seperti
pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran kimia, pencemaran radiasi dan
pencemaran bunyi.

Pencemaran merupakan pemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya
dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga
membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu
ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar.

Kategori – kategori pencemaran


a) Pencemaran Udara, yang mana ianya terdiri daripada pencemaran udara dalaman dan
pencemaran udara luaran. Contoh pencemarannya adalah seperti kepulan sap yang tebal dan
berlebihan melalui industry kilang, kenderaan dan sebagainya.

b) Pencemaran Air, terdapat pelbagai jenis pencemaran air contohnya seperti Mikrobiologikal,
Kimia, Pengurangan kandungan oksigen, Nutrien, dan penyingkiran jirim.

c) Pencemaran Kimia, pencemaran kimia ini terdapat pelbagai jenis antaranya seperti racun
makhluk perosak, Raksa dan Arsenik dan Florida.

d) Pencemaran Radiasi, pencemaran antaranya terdiri daripada bahan-bahan radioaktif dan


bahan-bahan nuclear.

9
MOHD HAFIZ BIN SHAARIN
830501-02-5103
HBHE 1103

e) Pencemaran Bunyi, pencemaran ini hadir daripada dari rumah, tempat awam, tempat kerja,
kenderaan dan juga jentera perkilangan.
Pencemaran Udara

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan
kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan
kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar, ke dalam dalam
atmosfera. Contoh pencemar udara ialah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida,
kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif

Pencemaran udara ( Jerubu ) Pembebasan asap yang mengandungi


sulfur dioksida di udara.

8.1 Punca pencemaran udara

Bumi secara semulajadinya menerima beban pencemaran udara daripada fenomena alam
semulajadi seperti letupan gunung berapi, pembakaran hutan akibat dari panahan petir dan
sebagainya. Walaubagaimanapun, Bumi mempunyai 'kaedah semulajadi' bagi menangani
pencemaran semulajadi ini. Apabila manusia mula menjalankan aktiviti perindustrian mahupun
aktiviti harian, pencemaran alam sekitar semakin berleluasa dan Bumi tidak mampu lagi
'memikul' beban pencemaran tersebut.
a) Aktiviti perindustrian dan pembangunan

10
MOHD HAFIZ BIN SHAARIN
830501-02-5103
HBHE 1103

Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya


elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah
menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan
kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza.
Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang

berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang
mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab
mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar,
terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh
mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara,
pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan
mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas
ekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang
tinggi.  
b) Kenderaan motor
Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan
keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir
kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api  fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi
bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat
bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap
teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan,
kenderaan motor adalah penyumbang utama kepada pencemaran udara. Penggunaan
pengangkutan awam akan mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun
2004, 14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali ganda berbanding
dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkatnya
pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan kemudahan pengangkutan awam
yang cekap.
c) Penjanaan kuasa 

11
MOHD HAFIZ BIN SHAARIN
830501-02-5103
HBHE 1103

Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli,
minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekepan antara 35 dan
40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa ini, Malaysia menjana
86 peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa konvensional manakala baki 14
peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidro.
d) Aktiviti harian
Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan
perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan
banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang
digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon.
Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca
pencemaran udara.
e) Pembakaran terbuka
Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula banyak partikel
jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca
jerebu yang kerap menyelubungi ruang udara Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan sahaja
menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di
sekitarnya.

Pembakaran terbuka Pelepasan asap kenderaan

8.2 Kesan-kesan pencemaran udara

Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor berbahaya yang
meresap dan menjadi sebahagian udara. Bahan-bahan ini kebanyakannya merupakan bahan

12
MOHD HAFIZ BIN SHAARIN
830501-02-5103
HBHE 1103

buangan industri, asap ekzos kenderaan, tindakan pembalakan dan sebagainya yang
mengeluarkan zarah-zarah pepejal dan gas yang terlepas ke dalam udara. Terdapat banyak kesan
buruk yang akan menimpa manusia jika langkah-langkah kawalan segera tidak diambil untuk
menangani pencemaran.
a) Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan
menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar.
Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem
pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan
mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan
dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi
paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan
pelbagai penyakit.
b) Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan
udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan
pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan
klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga
mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat
pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai
penyakit dan basil keluarannya akan terancam.
c) Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat.
Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut
dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is
akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah
sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan
menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh
kepada bumi.
d) Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan.
Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami
keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia
berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan bangunan.

13
MOHD HAFIZ BIN SHAARIN
830501-02-5103
HBHE 1103

Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang
besar diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya.

e) Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita.
Bahanbahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan
lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak
balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini
mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan
rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan
mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan
kesihatan manusia.

8.3 Cara mengatasi pencemaran udara


Pelbagai cara dan langkah untuk mengatasi pencemaran udara antaranya:-

a) Mengurangkan aktiviti menggunakan bahan yang boleh mencemarkan udara seperti


menyembur dan mengecat.
b) Mengurang penggunaan kenderaan bermotor.
c) Menggunakan bahan bakar yang bersih.
d) Menasihati orang awam menjauhi tempat ber jerebu.
e) Pengharaman pembakaran secara terbuka
f) Pengurangan guna bahan bakar cecair sebanyak 30% dan kawalan lebih ketat kepada
industri.
g) Penggunaan kenderaan seperti bas dan lori di gantung.
h) Pesakit mengidapi penyakit pernafasan diarah meninggalkan kawasan yang terlibat.
i) Sekolah ditutup dan mengistiharkan darurat.

Kesimpulannya, memandangkan pencemaran udara ini memberi kesan menyeluruh kepada


umat manusia, maka langkah-langkah menyeluruh perlu diambil. Undang-undang yang lebih
ketat perlu digubal dan penguatkuasaannya perlu ditambah. Satu pelan induk industri juga
perlu dirangka agar kesan industri ke atas pencemaran udara dapat diminimumkan.

14
MOHD HAFIZ BIN SHAARIN
830501-02-5103
HBHE 1103

RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Sukatan pelajaran pendidikan kesihatan. Kuala


Lumpur: Pusat Perkembangan kurikulum.

Radzi. S & Yusuff.I. (1990). Pendikan Jasmani dan Kesihatan. Kuala Lumpur : PTS Publication
Sdn Bhd.

Tang Chee Yee (1992) Psikologi Perkembangan, Kuala Lumpur : Budiman Sdn Bhd

Zarina Law Abdullah & Abdul Latif Ahmad(2009) Pengenalan Pendidikan Kesihatan,Selangor
Darul Ehsan. Open University Malaysia.

Atas talian, http://www.docstoc.com/docs/9154817/Gaya-Hidup-Sihat

15

You might also like