You are on page 1of 8

Praktikal 4 : system pernafasan ikan, serangga dan mamalia.

Objektif :

1. Untuk melatih pelajar membedah ikan, serangga dan mamalia kecil.


2. Untuk melatih pelajar menggunakan alatan pembedahan.
3. Untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam memapar, melukis dan melabel
organ pernafasan.
4. Untuk membolehkan pelajar melihat struktur utama yang terlibat dalam
pernafasan (paru-paru, trakea, diafragma, tulang rusuk dan otot pudendal).
5. Untuk meningkatkan kefahaman pelajar tentang proses pertukaran gas dalam
haiwan.
Teori:
1) Sistem respirasi berfungsi untuk membenarkan pertukaran gas.
2) Organisma besar memerlukan struktur respirasi seperti insang pada ikan dan
peparu pada amfibia untuk melakukan pertukaran gas.
3) Ikan mempunyai insang yang berfungsi sebagai struktur resparasi.Pertukaran
oksigen dan karbon dioksida berlaku pada permukaan insang.
4) Ikan bertulang belakang mempunyai 4 pasang insang dilindungi operkulum.
5) Sisir insang berfungsi untuk menapis butir makanan dan pasir supaya tidak
mencederakan filament insang.
6) Bagi respirasi serangga pula, pada toraks dan abdomen terdapat liang kecil yang
disebut sebagai spirakel.
7) Setiap spirakel mempunyai injap untuk mengawal penutupan dan pembukaan
spirakel.
8) Spirakel membolehkan udara masuk ke dalam suatu sistem tiub udara yang
disebut trakea.
9) Struktur respirasi mamalia terdiri daripada peparu kiri dan peparu kanan yang
terletak di dalam rongga toraks.
10)Peparu dilindungi oleh tulang rusuk dan terpisah daripada rongga abdomen oleh
diagfragma.
11)Mekanisme pernafasan melibatkan diafragma, otot interkosta luar dan dalam
yang akan mengubah isipadu dan tekanan udara di dalam rongga toraks.

Bahan dan radas :


Tikus
Lipas
Ikan bertulang
Alatan pembedahan
Papan pembedahan
Kanta pembesar
Pembaris plastic lutsinar
Benang
Prosedur :

a) Pembedahan system pernafasan ikan.


1. Bentuk ikan diperhatikan : cekap, kalung, insang dan ekor yang fleksibel.
2. Apakah kelebihan mempunyai bentuk sedemikian?
3. Badan ikan ditutup dengan sisik. Apakah fungsi sisik?
4. Ikan bertulang mempunyai insang di kedua-dua sisi ikan. Operculum pada salah
satu sisi ikan dipotong bagi menampakkan insang. Berapa pasangkah insane
yang dijumpai pada ikan tersebut?
5. Pertukaran gas berlaku di filament insang. Nyatakan cirri-ciri filament insang
yang membolehkan pertukaran gas berlaku. Nyatakan fungsi filament insang.

b) Pembedahan system pernafasan serangga.

Bahagian luar.

1. Kipas dibunuh dengan menggunakan klorofom dalam jar pembunuh.


2. Lipas kemudian diambil dan setiap bahagian segmen badannya diidentifikasikan.
3. Ke[pala, thorak, dan abdomen dilukis dan dilabel. Jumlah segmen yang
membentuk kepala, thorak dan abdomen dikira.
4. Exoskeleton terdiri daripada lapisan kitin yang keras dan berlilin. Dimanakah kaki
lipas tersebut bersambung?
5. Kepak lipas dibuka. Apakah perbezaan antara kedua-dua kepak tersebut dan
apakah fungsinya?
6. Ventilator pada setiap segmen diperhatikan. Jumlah ventilator yang dijumpai di
thorak dan abdomen dikira. Adakah ventilator dijumpai pada bahagian thorak?
Bahagian dalam.

1. Bahagian kepak dan sayap lipas dipotong.


2. Bahagian punggung anterior sehingga posterior anterior dipotiong secara
perlahan.
3. Bahagian dalam dibuka dan diperhatikan di bawah mikroskop pembedahan.
Udara akan mengalir melalui ventilator, trakea dan berakhir di trakeol.
4. Sedikit tisu diambil dan diletakkan di atas slid. Setitis air dititiskan dan coverslip
diturunkan perlahan-lahan.
5. Tisu tersebut diperhatikan dibawah mikroskop. Salur pernafasan dikikis dan
dilabel. (trakea dan trakeol).

c) Pembedahan system pembedahan mamalia.


1. Tikus dipinkan pada papan bedah dengan permukaan perut paling atas.
2. Sayatan dibuat pada pertengahan perut melalui kulit dan potong hingga ke
hadapan rahang dan hingga ke belakang anus.
3. Kulit dipegang dengan menggunakan forcep. Tisu penghubung antara kulit dan
dinding badan dipotong dan di pinkan pada papan bedah.
4. Dinding thorak dan perut dipotong untuk menunjukkan rongga torak.
5. Semua tisu dan otot leher dipotong untuk menunjukkan kedudukan trakea dan
larynx.
6. Jantung, paru-paru, trakea dan osefagus dan larynx dibuang.
7. Struktur tersebut kemudian dilukis dan dilabel.

Keputusan :
Lukisan dan pelabelan :
Perbincangan :

Ikan
1) Sisik ikan berfungsi sebagai pelindung dari serangan penyakit, melindungi ikan
dari perubahan cuaca drastik dan mempermudah gerakan ikan didalam air
kerana ikan akan selalu bergesekan dengan air ataupun benda disekitarnya.
2) Insang berfungsi sebagai struktur respirasi. Pertukaran oksigen dan karbon
dioksida berlaku pada permukaan insang.
3) Terdapat dua pasang insang. Setiap lembaran insang terdiri dari sepasang
filamen yang banyak mengandung lamela (lapisan tipis).
4) Ciri- ciri insang terdiri daripada lengkungan insang, dengan dua baris filamen
insang, mempunyai banyak lamella insang/kapilari darah.
5) Pada filamen, terdapatnya pembuluh darah yang mengandungi kapilari darah
sehingga memungkinkan terjadinya penukaran gas oksigen (O 2) dan gas karbon
dioksida (CO2).
6) Inspirasi: Oksigen dari air masuk ke dalam insang yang kemudian diikat oleh
kapilari darah untuk dibawa ke jaringan tubuh.
7) Ekspirasi: Karbon dioksida dari jaringan bersama darah menuju ke insang dan
selanjutnya dikeluarkan dari tubuh.

Lipas
1) Pada lipas pula, system trakeal terdiri daripada 10 pasang spirakel, yang terletak
di bahagian sisi permukaan badan. 2 pasang adala toraks, dan 8 pasang
merupakan abdominal. Spirakel dilindungi oleh bulu-bulu halus yang berfungsi
untuk melindungi daripada bendasing dan injap yang mengawal buka tutup
spirakel.
2) Spirakel terbuka kepada bahagian kecil yang dipanggil atria yang seterusnya
bersambung menjadi tiub udara yang dipanggil trakeal. Trakeal merupakan tiub
halus yang mempunyai dinding daripada satu lapisan sel epithelial. Sel tersebut
merembeskan penebalan kutikular spiral di sepanjang tiub untuk menyokong
tiub. Tiub trakeal seterusnya terbahagi kepada trakeol halus yang boleh
memasuki ke dalam semua tisu dan adakalanya sel bagi serangga.
3) Tiub trakela utama bercantum untuk membentuk tiga cabang trakela yang utama
iaitu- dorsal, ventral dan lateral. Pada sesetengah bahagian, trakea membesar
membentuk pundi udara yang berfungsi untuk menyimpan udara. Sayap atas
pula lebih tebal dan sayap bawah lebih lebar. Kaki lipas pula terletak pada
bahagian toraks.

Mamalia
1) Paru-paru merupakan organ respirasi bagi mamalia seperti tikus. Laluan udara
terbentuk dengan wujudnya nostril, farinks, larinks, trakea dan bronkus. Paru-
paru mengandungi jumlah alveoli yang banyak iaitu tapak untuk respirasi luar
berlaku. Sangkar toraks yang terdiri daripada tulang melengkung yang panjang
yang dipanggil tulang rusuk melindungi jantung dan paru-paru daripada
tercedera. Diafragma dan tulang rusuk memainkan peranan penting dalam
mekanisme tarik dan hembus nafas.
2) Pada badan tikus, dinding sangkar tulang rusuk dipotong dengan berhati-hati ke
bahagian kiri garisan tengah ventral. Pembedahan ini sepatutnya bersambung
dengan pembedahan yang dilakukan terlebih dahulu sebelumnya, yang telah
mendedahkan organ dalaman di bahagian abdomen. Ruangan toraks terbuka.
Ruangan toraks terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: ruang kiri pleural, yang
mengandungi paru-paru kiri, ruang pleural kanan dan ruang pericardial, yang
mengandungi jantung.
3) Paru-paru diperiksa, empat lobus paru-paru kanan dan tiga lobus paru-paru kiri
dicatatkan. Bagi mamalia, udara perlu ditarik masuk dan dihembus keluar
daripada paru-paru untuk memastikan pertukaran gas yang efisien berlaku di
alveoli. Proses keluar masuk udara ini dikenali sebagai ventilasi.
Untuk memastikan proses ini berlaku dengan lancer, pengecutan otot interkostal yang
terletak antara tulang rusuk menarik tulang rusuk keatas dan keluar. Pada masa yang
sama, diafragma mengecut dan ditarik kebawah menyebabkan ruang udara di dalam
ruang pleural meningkat menyebabkan tekanan udara menurun. Udara ditolak masuk
kedalam paru-paru dari luar mengikut keseimbangan tekanan. Untuk mengeluarkan
udara daripada paru-paru, tindakan yang sebaliknya dilakukan oleh otot interkostal dan
diafragma.

Kesimpulan :
Lipas mempunyai 3 segmen badan iait kepala, toraks dan abdomen.
Soalan :

1) a. berapakah pasangan tulang rusuk yang dipunyai haiwan?


13
b. bagaimanakah tulang rusuk berfungsi ketika pertukaran gas berlaku
dalam haiwan?
Tulang rusuk berfungsi sebagai penyokong dan perlindungan.

2) a. nyatakan ciri-ciri dan rupa diafragma.


Satu lapisan otot yang npis yang berada di bawah paru-paru dan jantung
yang memisahkan dada dengan abdomen. Is merupakan satu permukaan
yang berstruktur rata.

b. apakah kepentingan ciri-ciri diafragma kepada pertukaran gas?


 Diafragma yang terdiri daripada otot yang fleksibel dan mudah dibentuk
penting untuk menjalankan fungsinya sebagai salah satu bahagian yang
terpenting bagi memastikan udara masuk dan keluar dengan baik.
Apabila udara ditolak masuk ke dalam ruang toraks, tulang rusuk akan
ditarik keluar dan ke atas menyebabkan diafragma yang melekat pada
tulang rusuk akan menjadi rata menyebabkan ruang udara pada ruang
toraks bertambah. Ciri-cirinya yang fleksibel dan kuat membantu untuk
memastikan diafragma dapat mengembang dan mengecut dengan baik
tanpa terkoyak.

3) Ukur panjang trakea (dari larynx sehingga ke bronkus)


4cm.

You might also like