Professional Documents
Culture Documents
Objektif :
Bahagian luar.
Keputusan :
Lukisan dan pelabelan :
Perbincangan :
Ikan
1) Sisik ikan berfungsi sebagai pelindung dari serangan penyakit, melindungi ikan
dari perubahan cuaca drastik dan mempermudah gerakan ikan didalam air
kerana ikan akan selalu bergesekan dengan air ataupun benda disekitarnya.
2) Insang berfungsi sebagai struktur respirasi. Pertukaran oksigen dan karbon
dioksida berlaku pada permukaan insang.
3) Terdapat dua pasang insang. Setiap lembaran insang terdiri dari sepasang
filamen yang banyak mengandung lamela (lapisan tipis).
4) Ciri- ciri insang terdiri daripada lengkungan insang, dengan dua baris filamen
insang, mempunyai banyak lamella insang/kapilari darah.
5) Pada filamen, terdapatnya pembuluh darah yang mengandungi kapilari darah
sehingga memungkinkan terjadinya penukaran gas oksigen (O 2) dan gas karbon
dioksida (CO2).
6) Inspirasi: Oksigen dari air masuk ke dalam insang yang kemudian diikat oleh
kapilari darah untuk dibawa ke jaringan tubuh.
7) Ekspirasi: Karbon dioksida dari jaringan bersama darah menuju ke insang dan
selanjutnya dikeluarkan dari tubuh.
Lipas
1) Pada lipas pula, system trakeal terdiri daripada 10 pasang spirakel, yang terletak
di bahagian sisi permukaan badan. 2 pasang adala toraks, dan 8 pasang
merupakan abdominal. Spirakel dilindungi oleh bulu-bulu halus yang berfungsi
untuk melindungi daripada bendasing dan injap yang mengawal buka tutup
spirakel.
2) Spirakel terbuka kepada bahagian kecil yang dipanggil atria yang seterusnya
bersambung menjadi tiub udara yang dipanggil trakeal. Trakeal merupakan tiub
halus yang mempunyai dinding daripada satu lapisan sel epithelial. Sel tersebut
merembeskan penebalan kutikular spiral di sepanjang tiub untuk menyokong
tiub. Tiub trakeal seterusnya terbahagi kepada trakeol halus yang boleh
memasuki ke dalam semua tisu dan adakalanya sel bagi serangga.
3) Tiub trakela utama bercantum untuk membentuk tiga cabang trakela yang utama
iaitu- dorsal, ventral dan lateral. Pada sesetengah bahagian, trakea membesar
membentuk pundi udara yang berfungsi untuk menyimpan udara. Sayap atas
pula lebih tebal dan sayap bawah lebih lebar. Kaki lipas pula terletak pada
bahagian toraks.
Mamalia
1) Paru-paru merupakan organ respirasi bagi mamalia seperti tikus. Laluan udara
terbentuk dengan wujudnya nostril, farinks, larinks, trakea dan bronkus. Paru-
paru mengandungi jumlah alveoli yang banyak iaitu tapak untuk respirasi luar
berlaku. Sangkar toraks yang terdiri daripada tulang melengkung yang panjang
yang dipanggil tulang rusuk melindungi jantung dan paru-paru daripada
tercedera. Diafragma dan tulang rusuk memainkan peranan penting dalam
mekanisme tarik dan hembus nafas.
2) Pada badan tikus, dinding sangkar tulang rusuk dipotong dengan berhati-hati ke
bahagian kiri garisan tengah ventral. Pembedahan ini sepatutnya bersambung
dengan pembedahan yang dilakukan terlebih dahulu sebelumnya, yang telah
mendedahkan organ dalaman di bahagian abdomen. Ruangan toraks terbuka.
Ruangan toraks terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: ruang kiri pleural, yang
mengandungi paru-paru kiri, ruang pleural kanan dan ruang pericardial, yang
mengandungi jantung.
3) Paru-paru diperiksa, empat lobus paru-paru kanan dan tiga lobus paru-paru kiri
dicatatkan. Bagi mamalia, udara perlu ditarik masuk dan dihembus keluar
daripada paru-paru untuk memastikan pertukaran gas yang efisien berlaku di
alveoli. Proses keluar masuk udara ini dikenali sebagai ventilasi.
Untuk memastikan proses ini berlaku dengan lancer, pengecutan otot interkostal yang
terletak antara tulang rusuk menarik tulang rusuk keatas dan keluar. Pada masa yang
sama, diafragma mengecut dan ditarik kebawah menyebabkan ruang udara di dalam
ruang pleural meningkat menyebabkan tekanan udara menurun. Udara ditolak masuk
kedalam paru-paru dari luar mengikut keseimbangan tekanan. Untuk mengeluarkan
udara daripada paru-paru, tindakan yang sebaliknya dilakukan oleh otot interkostal dan
diafragma.
Kesimpulan :
Lipas mempunyai 3 segmen badan iait kepala, toraks dan abdomen.
Soalan :