You are on page 1of 1

ZAKAT

 
1)Siapakan yang sepatutnya membayar zakat fitrah bagi seorang
anak perempuan yang sudah berkerja dan mampu untuk
membayarnya sendiri. Adakah bapanya berhak membayarnya?
Berkenaan dgn Zakat fitrah, wajib ke atas kepala keluarga mengeluarkan zakatfitrah terhadap
dirinya dan tanggungannya. Adapun jika perempuan itu sudah berdikari dan mampu (mendapat
pendapatan sendiri), maka dia hendaklah mengeluarkan sendiri zakat fitrah dan zakat harta untuk
dirinya sendiri.
 
2)Bolehkah kita memberi zakat di kalangan ahli keluarga?
Contohnya kepada nenek atau pun kepada adik sendiri yang yatim?
Ia kembali kepada definasi zakat dan nafkah. Keluarga terdekat dibantu melalui nafkah,
manakala kaum muslimin yg tidak ada hubungan nafkah dibantu melalui zakat. Maka nenek dan
adik kandung hendaklah diberi nafkah atau bantuan peribadi bukannya zakat. (Ijma') (alMughny,
2/540-541)
 
3)Bolehkah diterangkan serba sedikit berkaitan zakat pendapatan dan kadar pendapatan
yang wajib dizakat? 
Zakat al Mal al Mustafad (zakat gaji dan upah) adalah zakat yg baru diperkenalkan dan
dibahaskan secara serius di abad kita dan akhirnya barulah ia mula diterima oleh umat Islam.
Antara tokoh mujtahid yg secara serius mengemukan kewajipan zakat ini ialah Prof Qardhawi
(Fiqh Zakat) dan syaikh Muhammad Abu Zahrah. Malaysia memperkenalkan zakat gaji pada
pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967 Seksen 6A (3).
Kadar minimum gaji itu tidak ada, tapi jika gaji itu melebihi nisab 20 gm emas atau 20 dinar,
maka ia dikenakan zakat 2.5%. Dalilnya: HR Ahmad, Abu Daud, Baihaqee, disahkan menurut
syarat Bukhari dan hasan menurut Hafidz) "jika milikmu sudah sampai 20 dinar dan cukup satu
tahun, maka zakatnya setengah dinar". 20 dinar itu menyamai 85gm emas dan jika satu gm emas
bernilai semasa RM 36.00, maka kadar minima zakat ialah pendapatan melebihi RM 3060.
 
4)Salah satu orang yg berhak menerima zakat ialah Sabilillah.
Apakah pengertiaan sebnar fisabilillah ini?
Definasi fi sabiliLlah termasuk pentafsiran dari dalil2 yg tidak qat'iy (putus). Jika anda mendapat
penerangan dari fuqaha' yg membuka kitab2 lama/klasikal, fi sabiliLlah bermaksud urusan
pebiayaan perang. War atau perang adalah urusan biasa di zaman silam dan kekerapan perang
menuntut bajet yg besar.
Di zaman moden, bila perang sudah berkurangan, fuqaha' kontemporer membuat definasi yg
lebih luas tentang fi sabiliLlah kerana perang zaman moden ini ialah perang maklumat,
propaganda, sibaran, penyibaran Islam secara aman di negara2 bukan Islam. Tetapi di sana-sini,
masih ada mujahidin Islam yg masih berperang misalnya di Chechnya, Kasymir, Palestine yg
memerlukan dana zakat fi sabiliLlah. Definasi fi sabiliLlah yg lebih luas merangkumi maslahat
dan kebajikan umat Islam definasi yg di pelopori oleh Imam Rashid Ridha (Tafsir alManar 10,
504) dan Siddiq Hasan Khan (Fathul Bayan, 4/151)

You might also like