You are on page 1of 2

KUMPULAN 10

BENGKEL PERANAN KAUNSELOR PELAJAR

DALAM MENANGANI SALAHLAKU DI SEKOLAH

TAJUK : BERPAKAIAN TIDAK KEMAS

1.0 Definisi
Cara berpakaian yang tidak menurut tatasusila atau peraturan yang telah
ditetatapkan oleh masyarakat atau sekolah

2.0 Keadaan Pelajar/ Ciri Pelajar

Lelaki
- Tidak memakai tali leher
- Tidak memakai lencana, tanda nama, tali pingang
- Tali pingang yang berkepala besar dan berfesyen
- Seluar berkaki kecil/ besar (< 16 cm @> 16 cm)
- Bermisai/ berjanggut/ rambut panjang
- Rambut berfesyen ( seperti punk, skin head, mewarnakan rambut,
rambut berekor)
- Tidak memakai kasut sekolah
- Memakai baju sendat
- Memakai baju yang berwarna (singlet/ t-shit)
- Memakai kasut sukan semasa waktu pembelajaran
-

Perempuan

- tudung singkat, kain singkat, stoking pendek


- anak tudung yang bercorak dan berwarna
- Tidak memakai lencana, tanda nama
- Memakai keronsang, memakai barang kemas ( cincin, subang, gelang,
rantai)
- Tudung pelajar yang bercorak seperti bermanik dan bersulam dan
sebagainya.
- Bersolek (bercelak mata, pemerah pipi, mascara, mencukur bulu
kening, gincu bibir.
- Memakai sandal atau selipar
- Memakai minyak wangi yang keterlaluan
3.0 Faktor-faktor pendorong
 Sebagai tanda protes kepada pihak sekolah
 Untuk menarik perhatian pelajar lain dan juga guru-guru
 Faktor persekitaran yang menyebabkan pelajar tidak mampu untuk
berpakaian kemas
 Trend/ fesyen masa kini
 Terpengaruh dengan rakan sebaya
 Ingin mencuba sesuatu yang baru

4.0 Kesan

4.1 Kesan pelajar yang berpakaian tidak kemas akan menyebabkan


seseorang itu dianggap tidak sopan dan tidak berdisiplin.

4.2 Boleh memusnahkan kepercayaan orang lain terhadap kita

4.3 Dianggap sebagai pelajar yang selalu mendatangkan masalah kepada


sekolah.

4.4 Kurang tumpuan terhadap pelajaran

4.5 kesungguhan pelajar untuk belajar kurang

4.6 Selalu berada dalam keadaan was-was dan ketakutan kerana melanggar
peraturan sekolah

5.0 Tindakan
5.1 kaunselor harus berkerjasama dengan guru disiplin untuk
memantau pelajar yang berpakaian tidak kemas
5.2 mendekati pelajar-pelajar yang berpakaian tidak kemas untuk
mengetahui punca-punca masalah mereka
5.3 anjurkan minggu berpakaian kemas (pelajar diberi mata terhadap
aspek berpakaian pelajar)

6.0 Kesimpulan

Sebagai kaunselor yang seharusnya perlu untuk memastikan setiap anak


didiknya berpakaian kemas supaya pengajaran dan pembelajara para
pelajar selesa. Imej boleh membentuk nilai diri, reputasi, kejayaan atau
kelunturan nilai diri, keaiban dan kegagalan

You might also like