You are on page 1of 9

Berkebaya songket indah terserlah

Nak dara manis lenggangnya rapi


Mahkota dihias bersimpul sanggul
irama ditari penuh gemalai
Merisik sudah bertunang sudah
ijab termakbul janji dimeterai
Sambut menantu tiba menyusul
Majlis Pertautan kasih kini dimulai

Tuan-tuan , puan-puan, hadirin hadirat sekalian……. ,


pasangan pengantin sulung yang segak lagi bergaya,
yang cantik lagi menawan,
pasangan Raja Sehari;

Leftenen Abd. Adzim bin Abd. Razak


beriringan dengan pilihan hatinya
Wan Madihah binti Wan Abd. Rahman Jauhari

Upacara yang kita saksikan sebentar tadi


Merupakan
upacara perarakan rasmi
mengikut adat istiadat ketenteraan
Buat mempelai sulung
Diiringi
pasukan sword barrel dengan tiupan bag pipe
Angkatan Tentera Malaysia.
Menyusul tiba kini
Tuan-tuan , puan-puan, hadirin hadirat sekalian……. ,
Mempelai kedua anggun beriringan, cantik sepadan kacak menawan
pasangan Raja Sehari;

Saudara Abd. Hafiz bin Abd. Razak


dengan pilihan hatinya
Siti Dini bt Abu Bakar

Pasangan mempelai kedua diiringi


dengan paluan kompang
Serta 4 orang pesilat Warisan Jawa lambang tradisi
Adat melayu

Kabar sudah berdentang kelangit


Berita pun telah merebak ke bumi
Isik-isik sudah berbunyi
Iyang-iyang telah terngiang
Berhimpun pepat semua kita di sini
Di majlis penuh istiadat nilai permata
Lembaran sejarah kini bermula
Untuk meraikan dua pasangan raja sehari
Sambut Menantu kasih bertaut
Leftenen Abd. Adzim bin Abd. Razak
dengan pilihan hatinya
Wan Madihah binti Wan Abd. Rahman Jauhari

Serta

Saudara Abd. Hafiz bin Abd. Razak


dengan pilihan hatinya
Siti Dini bt Abu Bakar

……………………………………………………………………………………

Berkilauan indah butiran mutiara


Dilautan samudera khazanah negara
Mohon hamba mula bicara
Petautan kasih majlis bermula

BismilLahir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T.

Bulan bersinar terang senegeri


Memberi cahaya di malam damai
Duduk berkasih keempat mempelai
Lambaian syukur kehadrat Illahi
Salam mesra menambah seri
Bagi merai dua pasangan sejoli
Terima kasih tiada terperi
Hadirmu tuan puan amat disanjungi
yang diraikan keempat-empat mempelai;,
yang dihormati rombongan ahli keluarga kedua-dua mempelai wanita
anggun,

Menantu sulung…..
berarak bak setapak Cuma
Shah Alam diberi nama

Menantu kedua….
Berarak merentas 2 negeri
Terangganu Darul Naim
Nama seindah negeri

Saudara mara kedua-dua pengantin jejaka idaman malaya, hadirin dan


hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.

Selamat datang ke :

Majlis Pertautan Kasih


Sambut Dua orang menantu
Menambah keluarga menambah taulan…..

Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis seterusnya ingin mempersilakan ibubapa


kedua-dua Mempelai wanita anggun yang dirai bersama ahli keluarga untuk
naik ke atas pentas dan duduk di Meja Kasih disamping anakanda yang
dikasihi. Dipersilakan.

Dipersilakan juga kepada ahli keluarga yang lain untuk duduk di meja-meja
utama yang telah disediakan.
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Burung Nuri hinggap di balai


Balai seri buatan Pak Tua
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum keempat mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Alfadhil Tuan Hj. Wahab bin ________________
Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Al-fadhil tuan haji


di atas bacaan doa sebentar tadi.

Untuk makluman hadirin hadirat sekalian, kedua-dua pasangan mempelai ini


telah selamat diijabkabulkan ;

Leftenen Abd. Adzim telah sah memikul tanggungjawab sebagai suami pada
21 Januari 2011
Manakala Saudara Abd. Hafiz pula telah sah memikul amanah tersebut
pada 5 Februari 2011 yang baru lalu.
Tak berguna jika ada sampan tiada dayungnya
Tak molek jika ada lesung tiada alunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan Ayahanda kedua-dua pengantin


lelaki selaku tuan rumah untuk menyampaikan bicara selamat datang. Majlis
mempersilakan.

** Slide video ucapan Tn.Hj.Razak


( 3 minit )

Demikian berbicara ketua keluarga


Tanda menantu disambut gembira

Semerbak mengharum bunga seroja


Dibelai manja dara pingitan
Lauk pauk sudah tersedia penuh semeja
Jemputlah keempat mempelai menikmati santapan

Sukacitanya dijemput juga para tetamu ahli keluarga baru untuk menikmati
juadah yang tersedia

Manis masin secukup rasa


Terlebih terkurang ampun dipinta
Silalah tuan puan menjamu selera

******************************************
sigadis manis penuh sopan
menyusun kata untuk berbicara
Sambil menjamah juadah santapan
Mohon keizinan meneruskan acara

Hadirin hadirat ,menyusul tiba kini marilah kita sama-sama menyelusuri


rentetan lipatan sejarah kehidupan kedua-dua Mempelai lelaki.

** Persembahan Multimedia

***************************

Sirih bermadah pinang disimpan


Didalam tepak tetamu bertandang
Warisan tradisi zaman berzaman
Pancak silat menyusul datang

Persembahan multimedia yg disaksikan sebentar tadi adalah hasil karya


Pasukan Multimedia Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor,
Sementara persembahan pancak silat pula dipersembahkan oleh Shazriel
Akmal b Azmi Sham serta rakan Mohd Sahidah b. suraini anak didik pancak
silat Warisan Jawa.

Bertambah seri majlis raja sehari


Istiadat memotong kek simbol cinta dimeterai
Majlis dengan hormatnya mempersilakan kedua-dua pasangan mempelai
untuk turun ke pelamin bagi upacara memotong kek ……..

Yang sulung berarak mula


Persilalah tuan memulakan acara

…………………………………….

Jejaka segak idaman dara


Persilalah tuan meneruskan acara

Tiba kini ke acara dinanti


Persila tuan persila puan
keluarga , rakan, sahabat dan taulan
sesi fotografi bergilir kenangan

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan
ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada kedua-dua pasangan Raja
Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan
Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Tanam langguna tumbuh kelapa


Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Tuan puteri duduk tersenyum
Melihat laksamana bermain rodat
Hati terpaut cinta menguntum
Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini.


Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam
hormat buat semua, wabilLahit Taufiq walHidayah wasSalamu `Alaikum
W.B.T. Saya serahkan kembali kepada DJ hari ini. Dipersilakan.

Hasil Nukilan

SHARIFAH KASTINAH BT H.M.KASSIM

S.K. SINARAN BUDI RAWANG

10 Februari 2011

You might also like