You are on page 1of 5

1a.

Huraikan maksud pendidikan

Pendidikan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam sesebuah Negara.

Pendidikan dilihat mampu mengubah negara kepada tahap yang lebih baik dari segi peni ngkatan

ekonomi, budaya, politik, sosial, dan sebagainya. Dengan pendidikan kehidupan manusia boleh

berubah dalam sekelip mata. Pendidikan juga merupakan asas penting kepada setiap individu.

Pelbagai usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam sesebuah Negara bagi

memastikan semua rakyatnya menerima pendidikan.

Justeru itu, apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan? Perkataan pendidikan

mempunyai tafsiran yang pelbagai dan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman, tujuan dan

tugasnya. Di sini akan dihuraikan beberapa maksud pendidikan yang telah dikemukakan oleh

beberapa ahli falsafah dan tokoh ilmuan dari Barat pandangan Barat dan Islam

Swift D.F di dalam bukunya “ Sociology of Education” menghuraikan pendapat-pendapat

yang dikemukakan oleh beberapa orang sarjana dan Ilmuan dari Barat berkenaan dengan

pendidikan. Antaranya ialah, Plato berpendapat, pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk

individu yang berakhlak mulia. Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan

ialah member latihan moral kewarganaegaraan yang baik. Menurut Aristotle pula, pendidikan ialah

ilmu yang bersifat etikal dan politikal. Mengikut beliau, tujuan pendidikan ialah memberikan setiap

warganegara peluang untuk mencapai kebahagiaan hidup.

John McDonald menghuraikan perbezaan pendidikan diantara masyarakat primitif dengan

masyarakat moden. Pengertian pendidikan dalam masyarakat primitif ialah latihan vokasional dan
pelajaran adat resam, kepercayaan serta cara sembahyang, dismapaikan melalui tunjuk ajar dengan

secara tidak langsung daripada keluarga dan pergaulan dengan orang dewasa. Manakala pengertian

pendidikan bagi masyarakat moden pula merupakan latihan khusus menguasai kemahiran dan

memperolehi ilmu pengetahuan yang penting untuk kehidupan disampaikan melalui pengajaran

secara langsung daripada guru yang berilmu tinggi serta mempunyai kemahiran mengajar.

John Dewey pula mengatakan bahawa pendidikan adalah satu proses perkembangan

individu. Mengikut beliau, pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk

menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih

berguna dan lebih selamat lagi.

Atan Long pula di dalam bukunya bertajuk “Psikologi Pendidikan” memuatkan di dalamnya

beberapa pandangan mengenai pendidikan yang telah dikemukakan oleh beberapa sarjana dan

ilmuan Islam. Antaranya ialah; Syed Muhammad Qutb menyatakan bahawa pendidikan adalah

proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Menurut beliau, tujuan utama

pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia kea

rah tahao kesempurnaan.

Amar al-Shaibani berpendapat pendidikan adalah digunakan untuk melatih manusia

membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat. Menurut al-Ghazali pula, proses pendidikan

hendaklah merangkumi aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan

hormat - menghormati.
Firman Allah di dalam Surah Al-Alaq ayat 1 yang bermaksud : “Bacalah!!! Dengan Nama

Tuhanmu yang menjadikan”, jelas menunjukkan betapa peri pentingnya pendidikan kepada setiap

umat manusia dengan tidak mengira jantina, agama, budaya, umur, keturunan dan sebagainya

Begitu juga dengan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : “Menuntut ilmu itu wajib bagi

bagi setiap lelaki dan perempuan”, jelas memberitahu kepada kita bahawa setiap orang tidak kira

lelaki atau perempuan dikehendaki menuntut ilmu atau dalam erti kata lainnya mempunyai

pendidikan.

Sharifah Alwiyah Alsagoff menghuraikan di dalam bukunya “Falsafah Pendidikan”

pengertian pendidikan sebagai satu proses atau aktiviti yang berikut:-

 Pendidikan sebagai proses persekolahan formal.

 Pendidikan sebagai proses latihan.

 Pendidikan sebagai proses perkembangan fizikal, intelek, social dan emosi seseorang

individu.

 Pendidikan sebagai proses indoktrinasi dengan tujuan agar pelajar akan mempercayai apa

yang disampaikan.

 Pendidikan sebagai proses yang berterusan untuk kemajuan individu seumur hidup.

 Pendidikan sebagai aktiviti yang bersepadu untuk mencapai matlamat seperti memperolehi

kemahiran pengetahuan dan sikap dengan secara integrasi.

 Pendidikan sebagai satu disiplin, seni dan sains.

Mok Soon Sang di dalam bukunya “Pendidikan di Malaysia” merumuskan bahawa

pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk memperkembangkan fizikal, intelek,

social dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan
pengalaman supaya dapat member kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya,

membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang lebih sihat bagi faedah diri sendiri serta

masyarakat, bangsa dan negaranya.

Menurut Anuar Ahmad (UKM), sesetengah orang tidak dapat membezakan antara

pendidikan asas dan pendidikan menengah. Pendidikan asas adalah satu konsep yang besar dan

luas. Tanpa mengira usia atau ruang, pendidikan asas boleh sahaja bermula sama ada di peringkat

sekolah rendah, menengah, universiti atau usia tua. Pendidikan asas yang dimaksudkan ialah satu

komponen ilmu yang diberikan kepada individu meliputi asas-asas kehidupan sama ada sebagai

seorang individu manusia atau sebagai ahli dalam sesebuah Negara. Seringkali pendidikan asas

dikaitkan dengan akronim 3M (membaca, menulis dan mengira). Sebenarnya pendidikan asas juga

meliputi soal pendidikan kesihatan dan penjagaan diri, kemahiran komunikasi dan berinteraksi serta

berkaitan dengan pembangunan moral dan agama.

Kesimpulannya, pendidikan berupaya mengubah corak kehidupan seseorang ahli dalam

sesebuah Negara. Melalui pendidikan juga dapat membentuk masyarakat yang berakhlak tinggi,

berpengetahuan luas, bijaksana dalam membuat keputusan, dan tegas dalam mengendalikan emosi

seterusnya dapat memacu kegemilangan dan kecemerlangan sesebuah Negara.

Rujukan

Atan Long (1976-1978), Psikologi Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Mok Soon Sang (1991), Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur

Sharifah Al-sagoff (1985), Sosiologi Pendidikan, Heinmann(Malaysia) Sdn.Bhd. Petaling Jaya


Swift, D.F (1969-1973), The Sociology of Education, Routledge & Keagan Paul, London

Portal Pendidikan Utusan, www.tutor.com.my

You might also like