You are on page 1of 4

HBAE2103_SEM MEI’10/ F_NA

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN Markah

1. Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif


tertentu.
Nyatakan EMPAT teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan
corak tidak terancang.
(4)

2. Cetakan sutera saring boleh menggunakan pelbagai kaedah.


Senaraikan EMPAT kaedah tersebut.
(4)

3. Berikan definisi resis dalam proses penghasilan batik lukis/canting dan


nyatakan tokoh resis tempatan.
(4)

4. Proses penghasilan batik pelangi akan mengggunakan teknik ikatan dan


celupan.
Senaraikan langkah-langkah dalam proses penghasilan corak ikatan dan
celupan.
(4)

5. Corak dan warna amat dipentingkan dalam proses anyaman.


Kenal pasti EMPAT corak anyaman yang menggunakan lebih daripada
dua warna.
(4)
(Jumlah: 20)

1…
HBAE2103_SEMMEI’10/F_NA

BAHAGIAN B

ARAHAN

Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

SOALAN Markah

1. (a) Dalam menghasilkan resis batik tulis terdapat pelbagai alatan yang
digunakan. Senaraikan ENAM alatan utama yang digunakan dalam
resis batik tulis (6)

(b) Berikan DUA perbezaan resis menggunakan krayon dan resis


menggunakan canting. (4 )

(c) Pemakaian batik oleh semua golongan bermula dari raja, bangsawan
hinggalah rakyat jelata mengangkat martabat batik sebagai hasil seni
asli yang praktikal dan popular. Beri pendapat anda tentang
penggunaan batik dalam merealisasikan konsep 1 Malaysia. ( 10 )
(Jumlah: 20)

2. Menganyam bermaksud satu proses menjalin helaian atau jaluran daun,


lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan lain dengan cara
menyusun dan menyusupkan antara satu sama lain.
(a) Senaraikan LIMA jenis pokok pandan yang boleh digunakan untuk (5)
menganyam.

(b) Kenal pasti LIMA peringkat yang perlu dilakukan dalam proses
anyaman. (5)

(c) Bagaimana anyaman dimensi baru dapat membantu perkembangan


industri kraf di Malaysia. ( 10 )
(Jumlah: 20)

2…
HBAE2103_SEM MEI’10/ F_NA

3. (a) Pulaman juga dikenali sebagai jalinan tampak, Jelaskan penyataan


ini. (4)

(b) Tunjukkan langkah penghasilan pulaman dengan menggunakan cat


minyak. (6)

(c) Jelaskan bagaimana teknik dan kaedah untuk menghasilkan


pulaman di China dan Jepun pada zaman dahulu. ( 10 )
(Jumlah: 20)

4. (a) Jelaskan mozek mengikut pandangan Arkitektur Islam. (4)

(b) Jelaskan langkah-langkah untuk menghasilkan mozek kertas. (6)

(c) Menurut Sonia King ‘Seni menjadi luahan perasaan bagaimana saya
melihat dunia’. Kaitkan penyataan beliau dengan sumbangannya
terhadap karya mozek. ( 10 )
(Jumlah: 20)

5. (a) Jelaskan maksud teknik renjisan dan percikan. (4)

(b) Selepas Perang Dunia ke-2, aliran Abstrak Ekspressionisme sangat


terkenal di Amerika Syarikat. Apakah yang dimaksudkan aliran
Abstrak Ekspressionisme dan DUA hasil karya Jackson Pollock. (4)

(c) Kenal pasti bagaimana penghasilan menggunakan teknik renjisan


dan percikan dapat dikaitkan dengan domain psikomotor, kognitif
dan afektif. ( 12 )
(Jumlah: 20)

3…
HBAE2103_SEMMEI’10/F_NA

BAHAGIAN C

ARAHAN

Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

SOALAN Markah

1. Lukisan telah bermula sejak zaman pra-sejarah yang telah menggunakan


pelbagai teknik lorekan ton, melakar garisan dan gosokan dengan pelbagai
jenis alatan seperti pensel, arang, pen, pensel warna, kertas dan kanvas.
Berdasarkan TIGA peringkat zaman perkembangan lukisan, bincangkan
penghasilan lukisan pada zaman-zaman tersebut.
(Jumlah: 20)

2. Kelarai dalam proses anyaman pandan/mengkuang tertumpu kepada


gubahan bentuk yang dijalin untuk menghasilkan suatu gaya atau
ragamhias yang menarik sebagai motif utama.
Berdasarkan penyataan di atas, beri pendapat anda bagaimana kelarai
boleh dikomersialkan sehingga ke peringkat antarabangsa.
(Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like