You are on page 1of 11

Konsep Akhlak

Akhlak adalah sains yang mengkaji soal kebaikan dan keburukan serta cara untuk
mempraktikkan kebaikan dan menolak keburukan. Akhlak juga berkait rapat dengan
kejiwaan. Oleh itu ada yang mentafsirkan akhlak sebagai ilmu yang menyarankan cara-
cara membersihkan jiwa dengan tumpuan kepada apakah itu kebaikan dan
Keburukan dan apakah kriteria yang dapat menilai daripadanya

Kepentingan akhlak ialah sebagai suatu gagasan bagi menjamin pembangunan


negara yang mampan dan seimbang dinyatakan dengan jelas sebagai salah satu di antara
cabaran Wawasan 2020 iaitu “…untuk mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika
sepenuhnya, yang rakyatnya kuat beragama dan nilai kerohanian serta disemai dengan
nilai etika paling tinggi”
(Mahathir, 1991).

Dalam konteks sosial, akhlak merupakan sendi yang mengikat kukuh


perhubungan dalam sesebuah masyarakat sehingga dapat menjamin kewujudan,
kestabilan, keamanan dan kesejahteraan di dalam masyarakat tersebut. Keruntuhan nilai
akhlak di dalam sesebuah masyarakat bukan saja menjadi ancaman kepada kesejahteraan
mental individu dalam masyarakat (Najati, 1993), malah turut menjadi punca sebenar
kepada kemusnahan kerana keruntuhan nilai akhlak akan melemahkan setiap sendi
sesebuah masyarakat (Malek Bennabi, 1998). Malah para pengkaji kemasyarakatan Barat
sendiri pun menyedari akan sendi-sendi kelemahan ini dan membuat kesimpulan terhadap
keperluan kepada kembali kepada unsur-unsur pemurnian akhlak terutama sekali melalui
agama (Mohd Sulaiman Yasin, 1992).
Akhlak mempunyai maksud yang meluas.Menurut bahasa,perkataan akhlak
berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada perkataan (al-khuluqu)
yang bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, maruah, adat kebiasaan, malah ia
juga bereti agama itu sendiri. Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat
pada dua tempat sahaja, antaranya ialah:

Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.
(Al-
Qalam:4)

Perkataan (al-khalqu) di dalam ahlak bererti kejadian, ciptaan, serta kejadian yang
indah dan baik. Apabila dirujuk kepada kejadian manusia, ia bermaksud struktur tubuh
yang badannya yang indah dan seimbang. Jika dirujuk kepada kejadian alam semesta
pula, ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah, tersusun rapi, menurut
undang-undang yang tepat.Di dalam Al-Quran terdapat 52 perkataan (al-khalqu) yang
merujuk kepada kejadian manusia, alam sarwajagat dan lain-lain kejadian. Antara firman
Allah s.w.t ialah seperti berikut:

Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya siang dan malam,
bahtera yang belayar di laut membawa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah
turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia menghidupkan bumi sesudah
matinya (kering), dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin
dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-tanda
(kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.Sesungguhnya dalam penciptaan langit
dan bumi, dan silih penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang
beraqal. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam
keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lantas
berkata): Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci
Engkau maka peliharalah kami daripada siksaan neraka.
(Ali-
Imran:190)

Akhlak menurut istilah juga mempunyai banyak maksud.Antara definisi akhlak


ialah sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan
dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan.

Ibn Miskawaih iaitu seorang ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan
akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa
pemikiran dan penelitian.

Selain itu,Imam Ghazali r.a mengatakan: “ akhlak ialah suatu keadaan yang
tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa
memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terhasil itu baik dan
terpuji menurut syara’ dan akal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya
apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk atau terkeji.

Prof. Dr. Ahmad Amin dalam bukunya ‘Al- Akhlaq’ merumuskan pengertian
akhlak sebagai ‘akhlak ialah suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk,
menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh setengah manusia kepada yang
lainnya, menyatakan tujuan yang harus dituju oleh manusia dalam perbuatan mereka dan
menunjukkan jalan untuk melakukan apa yang harus diperbuat ”

Definisi ilmu akhlak menurut Prof. Omar Al Toumy Al Syaibani pula ialah
“akhlak adalah ilmu yang mengkaji tentang hakikat perbuatan berakhlak, sifat kebaikan,
kejahatan, kebenaran, kewajipan, kebahagiaan, hukum dan tanggungjawab akhlak, motif
kelakuan dan asas-asas teori gagasan akhlak”.
Dr. Miqdad Yalchin pula,akhlak ialah“ Prinsip-prinsip dan dasar atau kaedah
yang ditentukan oleh wahyu untuk mengatur tingkah laku manusia dalam
kehidupannya.Ia membentuk dan menentukan hubungan dengan orang lain agar misi
kehidupan manusia terlaksana dengan sempurna ”.

Perbezaan konsep akhlak dan moral

Akhlak dan moral serta merupakan perkataan-perkataan yang berbeza-beza dari


segi istilah dan pengertiannya.Menurut istilah,perkataan moral berasal daripada bahasa
latin moralis atau mores.Ia bermaksud jamak kepada perkataan mos yang bererti
kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti dan perangai.

Dictionary of Education menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yang


digunakan untuk menetukan batas-batas dari sifat, perangai, kehendak, pendapat atau
perbuatan secara layak dapat dikatakan benar, salah, baik, atau buruk akan sesuatu
perangai.

Etika pula berasal daripada bahasa Yunani iaitu ethikos daripada perkataan ethos
yang juga membawa erti adat kebiasaan, perangai dan sebagainya.

Kedua-dua istilah ini iaitu moral dan etika adalah bermaksud tatasusila, peraturan
dan norma-norma yang mengukur tentang baik buruknya, salah atau betulnya sesuatu
perbuatan manusia. Ia merupakan tindakan lahiriyyah manusia dalam hubungan sesama
manusia berdasarkan kepada pemikiran dan pandangan umum dalam sesuatu kumpulan,
masyarakat, pada sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu masa dan tempat tertentu.
Ia mungkin boleh berubah menurut sesuatu lingkungan pemikiran, suasana dan
tempat.Kebiasaannya,moral dan etika tidak berlandaskan syariat Al-Quran dan Al-
Sunnah s.a.w.Mereka lebih mementingkan adat daripada adab yang ditentukan oleh Allah
Taala.

Secara harfiahnya, kedua-dua istilah tersebut dapatlah disamakan dengan istilah


akhlak yang datangnya daripada perkataan bahasa Arab yang membawa erti perangai,
tingkah laku, perilaku, tatasusila dan budi pekerti seseorang manusia.

Akhlak adalah berbeza daripada moral dan etika.. Perkataan akhlak adalah kata
jamak dari khuluq. Menurut Ibnu Athir, khuluq atau akhlaq ialah bentuk kejadian
manusia dari sudutnya yang batin. Menurut Miskawaih (1966)yang mana merupakan
tokoh falsafah akhlak Islam pula,beliau merumuskan bahawa akhlak ialah suatu keadaan
bagi diri atau jiwa (al-nafs) yang mendorong diri atau jiwa untuk melakukan sesuatu
perbuatan atau tindakan dengan senang tanpa didahului oleh daya pemikiran, kerana
sudah menjadi sifat atau kebiasaan.

Menurut pandangan Imam Al-Ghazali pula,beliau menghuraikan bahawa akhlak


adalah suatu keadaan yang tetap dalam diri atau jiwa yang melahirkan tindakan,
perlakuan, atau perilaku amalan dengan mudah tanpa memerlukan pemikiran. Ia
merupakan suatu keadaan atau sifat yang ada di dalam diri atau jiwa manusia yang telah
tetap, sehingga dengan mudah melahirkan perlakuan atau perilaku yang baik atau buruk
tanpa difikir atau dirancang terlebih dahulu.

Pandangan oleh Ahmad Amin (1974)pula terhadap akhlak ialah beliau


merumuskan bahawa akhlak sebagai ‘iradat-iradat yang dibiasakan’ (hal. 63) iaitu apabila
sesuatu perbuatan yang berasaskan kemahuan atau iradat itu diulang-ulang, maka ia akan
menjadi akhlak.Beliau juga menggambarkan akhlak sebagai ‘membiasakan sesuatu
kecenderungan secara berkekalan’. Menurut beliau, kecenderungan yang tidak menjadi
kebiasaan yang berkekalan tidak boleh dinamakan sebagai akhlak seperti seseorang yang
memberikan sesuatu sekali-sekala.

Pandangan yang diberikan oleh Ahmad Amin ini selari dengan konsep akhlak
yang diutarakan oleh Ibnu Miskawaih dan Al-Ghazali yang menekankan unsur ketekalan
sesuatu keadaan yang wujud di dalam jiwa seseorang sehingga melahirkan perlakuan atau
perilaku yang tekal dan mudah di dalam mana-mana keadaan yang dialami oleh
seseorang. Sama seperti Al-Ghazali, Ahmad Amin menjelaskan bahawa akhlak adalah
sifat kejiwaan atau keadaan yang wujud di dalam diri seseorang.

Seterusnya,Ab. Halim dan Zarin (2002) merumuskan bahawa akhlak ialah satu set
kepercayaan, undang-undang dan sistem yang berkaitan dengan kelakuan atau tindakan
manusia yang menentukan sesuatu perkara itu baik atau buruk, dan betul atau salah dalam
konteks ketauhidan manusia kepada Allah s.w.t.

Menurut Ahmad Amin (1975), fenomena luaran bagi akhlak dinamakan sebagai
suluk (tingkahlaku) atau muamalah (perlakuan dalam pergaulan) yang menjadi tanda
kepada keadaan akhlak yang wujud di dalam jiwa seseorang. Tingkahlaku atau perilaku
yang baik, tekal dan bersahaja menandakan akhlak yang baik dan sebaliknya tingkahlaku
yang buruk, tekal dan bersahaja menunjukkan keburukan akhlak yang ada pada jiwa
seseorang. Secara lebih khusus dalam kehidupan seharian, fenomena akhlak yang lahir di
dalam bentuk perilaku dan perbuatan juga disebut sebagai adab.

Islam sebagai agama yang syumul, komprehensif dan sempurna, menjadikan


akhlak sebagai satu cabang yang asasi dalam program hidup individu, malah ia
merupakan tuntutan wajib bagi setiap orang.Ilmu akhlak berusaha membina dan
memupuk rohaniah manusia,, membina insaniyyah, membentuk tingkah laku dan
mengarahkan individu ke arah kebaikan dan ketinggian di samping mengingakan bahaya-
bahaya keburukan dan kejahatan supaya masing-masing berusaha menjauhkan diri
daripada terjebak dengan pengaruh-pengaruh sifat negatif.

Demikianlah beberapa prinsip utama yang wajib dijadikan sebagai tempat


berpijak bagi seseorang Muslim dalam kehidupan ini. Prinsip-prinsip tersebut jelas
kepada kita merangkumi semua aspek rohaniyyah dan jasmaniyyah yang bersifat mutlak
dan tepat penilaiannya. Oleh itu, bagi mencapai akhlak yang mulia dan diredhai oleh
Allah seseorang itu wajib beramal dan berpegang kepada prinsip-prinsip tersebut. Apa
yang penting ialah seseorang itu ialah sentiasa berhati-hati dalam menjalani hidup dengan
mengarahkan pemikiran, pandangan dan amlan ke arah yang positif sesuai dengan
prinsip-prinsip tersebut.Mereka juga perlulah sedaya upaya mungkin menghindarkan diri
dari sifat-sifat dan gejala negatif.

Kesimpulannya,di sini kita dapat melihat persamaan antara ilmu akhlak, moral
dan etika, iaitu menetukan hukum atau nilai perbuatan manusia dengan keputusan baik
atau buruk. Perbezaannya pula terletak pada ukuran masing-masing, di mana ilmu akhlak
dalam menilai perbuatan manusia menurut ukuran Al-Quran dan As-Sunnah, etika
dengan pertimbangan akal fikiran dan moral dengan adat kebiasaan yang umum berlaku
di dalam masyarakat.
Konsep akhlak dalam Islam

Agama Islam adalah satu-satunya agama yang syumul dan meliputi seluruh aspek
kehidupan manusia.Antaranya ialah aspek akidah,ibadah,syariah,akhlak dan banyak lagi.
Kesyumulan akhlak Islam ialah ia tidak berpisah dengan semua bidang-bidang kehidupan
manusia. Ia menetapkan satu neraca terhadap seluruh tindak tanduk manusia. Akhlak
Islam tidak mengakui sebarang pemecahan di dalam menetapkan penilaian ini.

Asas keimanan kepada Allah adalah sendi-sendi aqidah Islam, manakala asas
akhlak yang terbina di sekitar usaha dan amal untuk memenuhi segala tuntutan yang
terkandung dalam sendi-sendi tersebut. Jelas di sini bahawa binaan akhlak yang mulia
sebenarnya hanya dapat tegak di atas aqidah yang sahih dan syumul. Sedangkan sesuatu
perbuatan yang pada zahirnya dianggap sebagai akhlak yang mulia tidak dapat teguh dan
kekal sekiranya tidak ditegakkan di atas asas aqidah.

Islam mengandungi dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi
pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber ini juga
adalah menjadi sumber kepada akhlak Islamiyyah.akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan
kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan
tepat akan neraca timbangannya.

Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu


berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya adalah
seperti yang berikut.Antaranya ialah akhlak Islamiyyah ialah satu ilmu yang
membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenalpasti
sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-sifat tercela
untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai
keredhaan Allah (ridwaanullah).

Menurut Imam Ghazali r.a mengatakan: “ akhlak ialah suatu keadaan yang
tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa
memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terhasil itu baik dan
terpuji menurut syara’ dan akal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya
apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk atau terkeji.

Konsep akhlak dalam Islam ialah merupakan ilmu yang mengkaji tentang hakikat
perbuatan berakhlak, sifat kebaikan, kejahatan, kebenaran, kewajipan, kebahagiaan,
hukum dan tanggungjawab akhlak, motif kelakuan dan asas-asas teori gagasan
akhlak.Akhlak juga dapat kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang
melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang
sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah.

Akhlak dalam Islam merupakan ialah suatu sistem yang menilai perbuatan zahir
dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup
antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi
hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan,
dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.

Di antara ciri-ciri akhlak Islam ialah kelengkapan dan luas bidangnya yang
meliputi semua aspek perbuatan manusia sama ada mengenai dirinya, orang lain atau
yang berkaitan dengan perseorangan atau kemasyarakatan dan kenegaraan. Tidak ada
suatu pun perbuatan manusia yang terkeluar dan tidak diatur oleh peraturan akhlak Islam.
Betapa besarnya kedudukan akhlak Islam sehinggakan hadis-hadis Rasulullah
s.a.w banyak merumuskan kedudukan akhlak yang mulia seperti akhlak Rasulullah s.a.w
sepertimana hadis nabi yang berbunyi:
“ Sesunguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.Wahai
Rasulullah s.a.w apakah Din itu? Baginda menjawab: Akhlak yang baik. Sesungguhnya
orang yang paling baik akhlaknya ialah yang paling baik Dinnya.

Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan perbuatan
manusia. Ia menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu, apa yang patut dan apa
yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Semua yang berlaku pada manusia bersifat
tidak iradi (bukan dengan ikhtiar) seperti pernafasan, detik jantung dan sebagainya tidak
termasuk dalam skop ilmu akhlak. Jadi tidaklah boleh diberi nilai atau hukuman ke atas
perkara ini sebagai baik atau buruk.

Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar, sama
ada hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam sekitar,
hubungan dengan diri sendiri dan sebagainya, semuanya mengandungi nilai akhlak.
Segala tindakan manusia baik yang berupa peribadi mahupun bersifat sosial, ekonomi,
politik, kebudayaan dan sebagainya mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan
dipertanggungjawabkan kepada kepada mereka yang terlibat di dalam dalamnya. Nilai
akhlak yang buruk akan diberikan balasan siksa.

Rasulullah s.a. w sebagai contoh ikutan akhlak terbaik

Bagi seorang Muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada diri
Nabi Muhammad s.a.w kerana sifat-sifat dan perangai yang terdapat pada dirinya adalah
sifat-sifat yang terpuji dan merupakan uswah hasanah. Baginda ialah contoh tauladan
terbaik bagi seluruh kaum Muslimin. Allah s.w.t sendiri memuji akhlak Nabi Muhammad
s.a.w di dalam Al-Quran sebagaimana firmanNya:

Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak agung. (Al-Qalam:4)

Dasar akhlak Islamiyyah terkandung di dalam risalah yang dibawa oleh


Rasulullah s.a.w. itu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah yang dimanifestasikan oleh
perbuatan dan cara hidup Rasulullah s.a.w sendiri. Perilaku dan cara hidup Rasulullah itu
menjadi ikutan dan contoh tauladan untuk kesempurnaan hidup kepada manusia baik
jasmani mahupun rohani.

Untuk mencapai tahap kesempurnaan peribadi yang mulia itu, Allah telah
membekalkan manusia dengan persediaan semulajadi iaitu dengan berbagai-bagai naluri
dan akal fikiran serta dihiasi pula dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan yang boleh
menjadi pedoman hidup demi kepentingan membina tamadun di muka bumi ini. Oleh
kerana kelemahan akal dan keterbatasan dalam menjangkau aspek alam, baik alam realiti
mahupun alam ghaib,

Allah menurunkan wahyuNya sebagai hidayah mutlak untuk digunakan oleh


manusia dalam membina kehidupan dan tamadun serasi dengan nilai-nilai akhlak yang
mulia. Di sinilah letaknya peranan risalah yang dibawa melalui Rasulullah s.a.w
bertujuan untuk membentuk satu dasar akhlak yang mulia dan bersifat mutlak untuk
keperluan seluruh manusia.

You might also like