You are on page 1of 53

Hasliza Ismail

Prolog
K
EPULAN asap hitam kelihatan
samar-samar ditelan kepekatan
malam. Cahaya kilat yang
kadangkala memancar memperlihatkan keadaan jalan yang
kiri kanannya dipenuhi oleh pokok-pokok, bertebaran di
sana-sini. Agak menggerunkan apabila di situ juga kelihatan
sebuah kereta Mercedes Benz merintangi jalan dengan
tayarnya di kedudukan atas. Kemalangan yang baru beberapa
minit berlaku tanpa diketahui sesiapa pun memandangkan
hari yang telah pun lewat dan cuaca yang kurang baik, masih
tidak diketahui sebabnya. Tak lama kemudian, kelihatan
satu percikan api dari bahagian belakang kereta tersebut
dan disusuli pula satu letupan kuat membakar kereta itu
dengan serta-merta. Hujan renyai-renyai bagaikan merintih
mengiringi suasana yang penuh tragis itu.
Tidak sampai pun setengah jam, tempat itu sudah
mula dipenuhi orang ramai. Bomba dan polis bertungkus-
lumus memadamkan api. Dua buah ambulans dan sekurang-
kurangnya lima orang kakitangan hospital telah bersiap
menghadapi sebarang kemungkinan apatah lagi mereka

1
Mencari Jalan Ke Syurga

diberitahu terdapat satu mayat yang rentung di dalam kereta


tersebut. Usaha untuk mengeluarkan mayat tersebut perlu
dilakukan setelah api dipadamkan.
“Kat sini! Sini ada orang! Masih hidup lagi!” tempik
seorang pegawai polis yang berada tidak jauh dari kenderaan
yang sedang terbakar itu.
Semua orang terus menerpa ke arah pegawai polis
tersebut.
Sekujur tubuh terlangkup di permukaan tanah,
ditutupi oleh semak-samun setinggi paras pinggang.
Patutlah sejak tadi mereka langsung tidak menyedari
terdapatnya mangsa kemalangan itu tercampak ke semak-
samun tersebut.
Pertolongan cemas terus diberi sebelum mangsa
dialihkan. Keadaan mangsa yang tidak sedarkan diri sukar
ditafsirkan sama ada dapat diselamatkan atau tidak. Malahan
tahap kecederaan yang tampak serius itu menyukarkan lagi
usaha mereka. Di sinilah persimpangan antara hidup dan
mati menjadi pertaruhan.

BUNYI siren sudah jauh kedengaran. Cahaya yang memutih


bersilih ganti melepasi tubuhnya yang kaku. Mata terpejam
rapat tetapi telinganya masih sempat menangkap hiruk-pikuk
di sekelilingnya. Dunianya bagaikan berputar laju. Darah
merah masih mengalir tanpa henti. Kedinginan malam pula
semakin mencengkam diri membuatkan nafasnya tersekat-
sekat. Kesakitan yang dirasai sudah tidak mampu digambarkan
lagi. Hanya sebagai hamba Tuhan dia mampu berserah dan
menerima takdir yang telah ditentukan.

2
Hasliza Ismail

Cukup bersediakah dia menghadapi saat-saat di


penghujung kehidupannya? Memadaikah apa yang telah
dikecapinya di dunia ini? Adakah ini akhiran perjalanan
seorang hamba Allah di dunia yang fana ini?
Wajah-wajah suram bersilih ganti muncul dan terus
menghilang. Sebening air matanya menitis bersatu bersama
darah yang membaluti pipinya. Dalam perjuangannya di saat-
saat akhir itu, terkumat-kamit mulutnya cuba menuturkan
sesuatu namun entah kenapa fikirannya kosong dan
mulutnya terkunci rapat.
Hatinya mula merintih sayu. Ya Allah, dosa yang
kupikul sebesar dunia inikah yang akan menjadi bekalan di
akhirat nanti?
Di manakah amalan-amalanku? Berapa banyakkah
yang mampu kubawa bersama? Ya Allah, jika aku diberi
peluang kedua, tidak akan aku persia-siakan hidup ini.
Ampunilah dosa-dosaku… dosa semalam yang aku banggakan
selama ini.
Seraya nafasnya sudah berada di hujung nyawa,
nadinya sudah berhenti berdenyut, akhirnya dia terus
terkapai-kapai di alam yang gelap gelita. Adakah untuk
selama-lamanya?

3
Mencari Jalan Ke Syurga

Bab 1
Dua tahun kemudian….

“K
HIRANA... apa khabar hari
ni? Dah makan?”
Sekujur tubuh
yang sedang mengelamun memerhatikan pemandangan pagi
di sebalik tingkap besi itu terpinga-pinga. Wajahnya yang
kelihatan agak sayu mendongak melihat wanita muda yang
menegurnya tadi. Wajah yang baru sahaja dikenali tetapi
entah kenapa wanita muda itu mengatakan bahawa mereka
sudah lama berkenalan.
Teguran lembut itu hanya disambut dengan
senyuman tanpa sepatah kata. Dirinya masih buntu dan
fikirannya masih kosong….
“Cik Azura baru tiba ke?”
Seorang lelaki yang sudah lanjut umur dan
memakai pakaian serba putih menegur dari belakang.
“Iya doktor, baru saja sampai.”

4
Hasliza Ismail

Wanita itu membalas lembut.


“Kalau dah ada di sini, boleh kita bincang di bilik
saya sebentar?”
“Oh, tentu boleh.”
“Silakan.”
Wanita muda itu mengangguk, manakala doktor itu
sudah pun meninggalkan mereka.
“Khir, tinggal sekejap ya. Nanti Ros datang balik,”
ujar wanita itu sambil menggosok-gosok belakangnya yang
masih melemparkan pandangannya keluar tingkap. Tanpa
menunggu sebarang jawapan, wanita itu terus berlalu
mengejar doktor separuh usia yang sudah pun hilang sebaik
sahaja keluar dari bilik tersebut.
“Bagaimana keadaan dia, doktor?”
“Agak baik berbanding minggu lepas. Dia tidak lagi
murung dan sudah mula bercakap. Tapi biasalah, orang yang
baru sedar dari koma dalam satu jangka masa yang agak lama
pasti mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya.”
“Adakah dia dah mula ingat apa-apa?”
Doktor itu menggelengkan kepalanya beberapa kali.
Wanita muda itu kelihatan kecewa.
“Jangan putus asa Cik Azura. Apa yang dia perlukan
sekarang ini adalah masa. Cuma saya rasa dalam seminggu
dua nanti apabila segala ujian telah dijalankan dan kalau
semuanya berjalan lancar, cik boleh bawa dia pulang dan
mana tahu dia mungkin akan lebih relax dan
mempermudahkan proses rawatan terhadap ingatannya.”
“Saya memang berharap juga untuk membawanya
pulang secepat mungkin, doktor.”

5
Mencari Jalan Ke Syurga

Doktor itu mengangguk setuju. “It’s truly a miracle


that she manages to survive. Hampir dua tahun... saya sendiri
pun tak sangka dia akan sedar. Bersyukur pada yang Maha
Esa.”
Wanita muda itu tersenyum mendengar kata-kata
doktor itu. Sepanjang dua tahun itu dia memang tidak
pernah berputus harapan. Dia bersyukur doanya diterima
Tuhan.
Dia masih ingat lagi panggilan telefon yang
diterima sewaktu dia berkursus di Pulau Pinang menyatakan
bahawa sahabatnya, Khirana sudah mula sedar dari koma.
Hampir pengsan dia mendengar berita itu dan terus bersujud
syukur kepada yang Esa. Malam itu juga dia terus pulang ke
Kuala Lumpur.
“Sayangnya dia tidak mempunyai saudara-mara lain
kecuali Cik Azura. Saya kagum walaupun dia hanyalah
seorang kawan, namun Cik Azura begitu mengambil berat
pasal dia.”
Jujur doktor menyatakan apatah lagi bila
mengingati sepanjang tempoh itu memang dia tidak pernah
melihat orang lain selain wanita muda itu yang hampir setiap
hari berada di hospital itu.
“Saya memang dah anggap dia macam keluarga
saya sendiri. Kami memang dah berkawan lama,” beritahu
Ros Azura sambil tersenyum nipis.
Sesaat kemudian, dia mengeluh di dalam hati
mengenangkan nasib sahabatnya yang entah apa akan terjadi
di kemudian hari. Sekiranya ingatan Khirana tidak pulih,
bagaimana dia harus meneruskan hidup atau mungkin lebih
baik dia langsung tidak ingat apa-apa, demi untuk kebaikan
dirinya.

6
Hasliza Ismail

Astaghfirullahalazim... apa yang aku merepek ni?


Aku tak patut berdoa macam tu. Walau seburuk mana sejarah
dulu, ianya tetap sebahagian dari dirinya. Tanpa ingatan
lampau, bagaimanakah seseorang itu boleh hidup? Cepat-
cepat Ros Azura beristighfar, menyesal dengan apa yang
difikirkannya tadi.

AGAK lama juga Ros Azura memerhatikan dari jauh Khirana


yang masih merenung ke luar tingkap. Kedudukannya
masih tidak berubah sejak dia meninggalkannya tadi. Cahaya
matahari yang menerjah ke dalam bilik itu tidak dipedulikan.
Perlahan-lahan Ros Azura mulai sebak. Air matanya
mula bergenang melihat permainan takdir yang terjadi
terhadap teman baiknya itu. Dia sedar tanggungjawab untuk
menjaga temannya itu kini harus dipikul di pundaknya.
Sahabatnya itu memang sebatang kara, tidak pernah ada
sesiapa kecuali dirinya.
Sekarang tiada lagi kedengaran gelak ketawa dan
perangai gila-gila sahabatnya yang terkenal sebagai seorang
yang periang dan ceria.
Walaupun ke mana saja sahabatnya itu pergi, pasti
menjadi tumpuan. Wajah yang dulunya itu tidak pernah
lekang dengan senyuman dan dianugerahkan pula dengan
wajah yang cantik, kulit yang bagaikan kelopak mawar, halus
dan lembut serta tubuh yang tinggi lampai hampir
melengkapkan beliau bagaikan seorang wanita yang cukup
sempurna. Tidak hairanlah beliau sentiasa menghiasi dada-
dada majalah, menggayakan fesyen-fesyen terkini dan
kadangkala muncul di iklan-iklan TV.
Mungkin kalau kejadian tragis itu tidak berlaku,

7
Mencari Jalan Ke Syurga

sahabatnya itu pasti sudah menjadi seorang yang terkenal.


Dia begitu yakin akan potensi yang ada pada diri sahabatnya
itu.
Tetapi kini semuanya sudah berlalu kerana yang
tinggal hanyalah sekujur tubuh yang bagaikan tidak
bernyawa. Segala kenangan atau ingatan tiada lagi menghuni
memorinya.
Semuanya akibat dari kemalangan dua tahun lalu
yang membuatkan dia koma dalam satu jangka masa yang
agak lama.
Sebaik sahaja Khirana sedar, dia diberitahu pula
oleh doktor bahawa ingatan sahabatnya itu sudah hilang
hampir kesemuanya. Itulah yang merunsingkan fikiran Ros
Azura. Bagaimana seseorang yang tidak mempunyai apa-apa
ingatan boleh menjalani hidup di kemudian hari?
Begitu lama Ros Azura kembali ke masa lalu
hingga air matanya tanpa disedari sudah membasahi pipinya.
Perlahan-lahan dia duduk di birai katil bersebelahan dengan
sahabatnya yang menyedari kehadirannya itu. “Khir dah
makan?”
Pertanyaan lembut itu hanya disambut dengan
senyuman yang hambar. Kepala diangguk sedikit.
Walaupun perbualan mereka begitu terhad, bagi
Ros Azura ianya sudah memadai. Sekurang-kurangnya
Khirana sudah mula menerima kehadirannya.
Khirana masih ingat lagi, beberapa hari dia sedar
dari koma, dia tidak mampu menerima sesiapa pun di sisi.
Ketakutan dan kebuntuan nyata menguasai dirinya yang
masih lemah. Begitu sukar membayangkan bagaimana
perasaan sebenar seseorang yang mana ingatannya telah
diragut sama sekali.

8
Hasliza Ismail

“Tak lama lagi, Khir boleh pulang tau. Insya-Allah,


mungkin memori Khir akan jadi lebih jelas lagi setelah kita
pulang,” tutur Ros Azura lembut sambil mengusap rambut
lurus sahabatnya itu. Lagaknya tak ubah seperti membelai
seorang kanak-kanak kecil.
“Pulang…” ulang Khirana.
Fikirannya mula membayangkan perasaan ‘pulang’
yang cuba disampaikan oleh Ros Azura. Bagaimana rasanya
nanti?
“Iya, kita pulang ke rumah Khir yang dulu. Rozana
pun tak sabar menunggu kepulangan Khir. Ingat lagi tak
dengan Zana? Kita bertiga dari dulu lagi tinggal serumah.”
Khirana mengerutkan dahinya. Satu lagi nama baru
yang cuba diingatinya. Seperti biasa, semuanya langsung
tidak ada di dalam kotak fikirannya. Kalau benar Rozana itu
salah seorang dari temannya, kenapa dia tidak pernah melihat
orang itu datang menjenguknya di hospital?

9
Mencari Jalan Ke Syurga

Bab 2
R
OS AZURA memberhentikan
keretanya di pekarangan
sebuah rumah dua tingkat yang
sederhana besarnya. Dengan pantas dia keluar dari keretanya
lalu berjalan menuju ke pintu pagar yang tertutup rapat. Selak
dibuka lalu ditebarkan luas bagi membolehkan keretanya
melolos masuk. Sempat juga dia mengerling ke arah sebuah
kereta Kia Spectra yang tersadai di bawah sebatang pokok
yang agak merimbun di hadapan rumahnya.
“Malas betul budak ni…” ngomel Ros Azura
sendirian apabila mengenangkan kereta milik teman
serumahnya yang selalu diletakkan di bawah pokok itu
hampir setiap kali pulang dari pejabat.
Dia tahu temannya itu memang malas hendak
membuka pintu pagar, jadi mengambil jalan mudah
meletakkan kereta di luar rumah sahaja.
“Kena curi baru padan muka,” sambungnya sambil
menggeleng kepala.
Kereta Perodua MyVi berwarna hijau itu menyusur

10
Hasliza Ismail

masuk. Enjin terus dimatikan. Pintu rumah yang sedikit


terkuak memudahkan Ros Azura terus melangkah masuk.
Badannya terasa nyaman dek penangan alat penghawa dingin
yang menguasai ruang tamu itu. Keletihan badannya sedikit
sebanyak mula beransur pulih.
“Lewat pulang hari ni?”
Rozana, teman serumahnya yang lengkap
berpakaian baju tidur kelawar tersembul di sebalik ruang
dapur dengan tangannya memegang segelas jus limau dan
piring berisi goreng pisang yang masih panas.
“Pergi mana lagi kalau tak ke hospital,” jawab Ros
Azura dengan selamba.
“Emmm....”
Rozana mencebik. Dia terus mengambil tempatnya
di sofa di mana terletaknya beberapa naskhah majalah lama
lalu dibeleknya.
“Kau bila nak pergi jenguk dia?” tanya Ros Azura
turut mengambil tempatnya berhadapan dengan Rozana.
Tangan hitam manisnya mengibas-ngibas baju kurung di
bahagian dada.
“Alah, buat apa? Dia kan dah okey.”
“Mana kau tahu dia okey? Pergi tengok pun tidak.
Takkanlah masih merajuk kut? Dah sampai macam ni pun
takkan tak nak ambil tahu?” bebel Ros Azura mengenangkan
sikap endah tak endah Rozana sejak dulu lagi.
“Tengoklah nanti….”
“Suka hati kaulah Zana. Aku nak mandi dulu.”
Ros Azura bangun sambil mengeluh kecil. Dia agak
kecewa dengan perangai teman serumahnya itu yang telah
tinggal bersama sejak mereka tamat pengajian di universiti.

11
Mencari Jalan Ke Syurga

“Oh ya, Zana. Just to inform you that she will be


coming home soon.” Beritahu Ros Azura sambil berlalu.
Rozana terpinga-pinga seketika. Mulutnya berhenti
mengunyah. Baru sahaja dia hendak membuka mulut, Ros
Azura sudah melangkah naik ke tingkat dua.

LAUK-PAUK berupa dua ketul ayam goreng berempah,


telur mata kerbau dan sup sayur campur sedia terhidang
di atas meja makan. Dua wanita bujang riuh bersembang
sambil menyediakan juadah malam itu. Ros Azura sibuk
mengisi nasi yang baru saja masak ke dalam dua pinggan
yang bercorak bunga-bungaan. Rozana pula baru selesai
membancuh air teh yang diletakkan bersebelahan dengan
gelas yang telah pun berisi air suam.
“Jom makan,” ajak Ros Azura yang telah mengambil
tempat duduknya di meja makan itu. Satu per satu lauk-pauk
dan sayur dimasukkan ke pinggannya.
“Betul ke dia dah boleh balik?” tanya Rozana tiba-
tiba dengan mulutnya masih khusyuk mengunyah.
“Insya-Allah, kalau ujian mengesahkan keadaan
fizikalnya sudah pulih….”
“Otak dia tak betul lagi ke?”
“Zana!!!” tempik Ros Azura. “Cuba baik-baik sikit
cakap tu. Kan ke dia tu kawan kita? Tak kesian ke kat dia?
Bayangkan dua tahun dia terlantar di hospital dan sekarang
baru dia boleh pulang. Kita patut bersyukur.”
“Ops… sorry. Lupa pula... kau tu kawan baik dia,
kan?” Rozana menyindir. “Aku cuma nak pastikan yang dia tu
betul-betul hilang ingatan ke atau…”

12
Hasliza Ismail

“Atau apa? Kau ingat dia buat-buat hilang ingatan?”


potong Ros Azura sambil memandang tepat ke arah Rozana
yang hanya mencebik. “Tolonglah Zana. Aku nak masa dia
pulang nanti, kau layanlah dia baik-baik. Please….”
“Kau ingat aku ni tak berperikemanusiaan sangat
ke?” tukas Rozana sambil menyuapkan nasi ke mulutnya.
“Bukan macam tu... kau dan dia adalah kawan baik
aku sampai bila-bila. Cuma nasib dia agak malang, jadi kita
kena beri lebih perhatian pada dia. Dan juga bila waktu dia
boleh pulang nanti, biarlah kita sama-sama ambil dia dan
bawa balik ke rumah. Manalah tahu ingatan dia akan pulih
setelah dia pulang nanti.”
“Tengoklah… kalau aku free.”
“Zana!”
“Iyalah, iyalah! Kau ni selalu nak gesa aku aje.”
“Aku tahu... hati kau walaupun keras macam batu,
tapi baik.”

13
Mencari Jalan Ke Syurga

Bab 3
R
OS AZURA selesai mengemop
lantai parket di bilik sederhana
besarnya. Dia melabuhkan
punggungnya di birai katil bujang bagi menghilangkan penat
dan juga menunggu lantai yang masih basah itu kering.
Sengaja dibiarkan kipas siling berpusing dengan kelajuan
maksimum agar lantai yang basah cepat kering.
Sambil menunggu lantai kering, matanya melilau
di segenap bilik... memerhati gambar-gambar yang elok
tergantung di dinding bilik yang pernah dihuni oleh Khirana.
Kebanyakan gambar Khirana dilukis oleh pelukis jalanan dan
ada juga dari keratan majalah-majalah fesyen dengan gaya-
gaya yang tersendiri. Khirana memang seorang yang
fotogenik kerana setiap gambar yang diambil kelihatan cantik
dan menarik.
Ros Azura cuba mengimbas kembali kali terakhir
dia bersama Khirana di bilik itu. Ingatannya menjengah ke
masa lalu. Satu pertengkaran kecil telah berlaku di antara
mereka berdua.

14
Hasliza Ismail

“Khir, betul ke kau nak pindah ni? Fikir baik-baik


dulu, jangan buat keputusan semasa tengah marah.”
Ros Azura berusaha memujuk apabila melihat
Khirana dengan marah memunggah keluar baju-bajunya di
dalam almari lalu disumbatkan ke perut beg pakaiannya yang
ternganga luas.
“Aku memang dah tak tahan duduk dalam rumah
ni! Kenapa perempuan tu suka sangat cari pasal dengan aku
hah?!”
Khirana bercekak pinggang sambil melampiaskan
marahnya dengan suara yang sengaja dikuatkan.
“Dahlah tu Khir... Zana kan memang macam tu.
Angin dia memang tak menentu, takkan kau tak kenal lagi
perangai dia kut? Kita kan dah lama tinggal bersama?” pujuk
Ros Azura.
“Asyik nak fikirkan angin dia aje, angin aku macam
mana?! Kalau sekali-sekala tak apa la jugak. Ini... almost
everyday. Apa aku buat semua tak kena, dengan siapa aku
keluar semua dia nak ambil tahu. Aku tahu dia memang
bencikan aku dari dulu lagi. Jealous sebab aku memang
sentiasa lebih dari dialah tu....”
Ros Azura menggelengkan kepala. Pening dengan
kerenah dua orang teman serumahnya itu. Entah sejak bila
mereka sentiasa tidak sefahaman dan akhirnya dialah yang
selalu menjadi orang ketiga, penyelamat keadaan.
“Kau pun salah Khir... yang kau bawa lelaki masuk
rumah ni tadi, mestilah dia marah,” beritahu Ros Azura yang
tidak dapat nafikan bahawa temannya itu memang bersalah.
Rozana telah mengadu padanya sewaktu pulang
dari pejabat tadi, dia terserempak seorang lelaki di bilik
Khirana. Apa lagi? Mengamuk sakanlah Rozana. Malah ianya

15
Mencari Jalan Ke Syurga

bukan sekali dua, malah sudah beberapa kali Khirana


mencuri-curi membawa masuk teman lelakinya ke rumah.
“Come onlah, nak bawa kawan pun tak boleh ke?
Lagipun aku tak buat apa-apa. Kalau macam ni memang
lebih baiklah aku tinggal sendiri.”
“Mana boleh tak salah? Berdua-duaan tanpa berbuat
apa-apa pun boleh disabitkan berkhalwat tau. Kalau jiran-
jiran nampak, macam mana? Kalau tuan rumah ni tahu,
habis kita semua kena halau nanti!”
“Kau pun nak berleter dengan aku ke?!” jerkah
Khirana sambil bercekak pinggang kepada Ros Azura.
“Bukan maksud aku nak campur urusan peribadi
kau. Cuma kadangkala kalau kita terlanjur perbuatan,
mestilah ditegur. Sebab kami risaukan kaulah kami tegur
kau.”
“That’s it! Kalau kau pun sibuk dengan hal peribadi
aku, no way I’m going to stay here. I’m leaving!”
“Kau nak tinggal kat mana?”
“Tinggallah kat mana-mana pun, bukan kau berdua
saja kawan aku dalam dunia ni.”
Riak sedikit jawapan Khirana, membuatkan Ros
Azura berasa lebih kecewa.
Niatnya untuk menghalang Khirana tidak berhasil.
Gadis itu nekad keluar pada hari itu juga. Bagaimana dia
harus melindungi sahabatnya, kalau Khirana tidak lagi
tinggal bersamanya. Ros Azura hilang harapan. Entah di
mana silapnya, Khirana semakin jauh hanyut.

16
Hasliza Ismail

ROS AZURA semakin sebak mengenangkan kisah lalu.


Kalau dulu aku lebih bertegas dengan Khir, mungkin semua
ini tak akan terjadi, rintih hati kecilnya. Perasaan kesal mula
menebal di dalam dirinya. Dirinya tertanya-tanya sama ada
cukupkah apa yang dilakukannya untuk Khirana selama ini.
Kenapa dia tidak dapat melihat kemungkinan yang akan
berlaku di kemudian hari?

17
Mencari Jalan Ke Syurga

Bab 4
S
EBUAH vila mewah dua tingkat
di Persiaran Damansara hari
ini kelihatan agak berbeza dari
biasa. Suasana malam yang masih muda itu diterangi oleh
gemerlapan lampu yang menghujani vila berkenaan. Pintu
pagar kayu berukir indah yang kebiasaannya ditutup rapat,
kini sengaja dibuka luas. Di kiri kanan jalan pula penuh
dengan pelbagai jenis kenderaan mewah.
Majlis tahlil yang saban tahun diadakan, baru saja
berakhir. Para tetamu yang hadir memenuhi ruang tamu vila
tersebut dijemput menjamu selera di pekarangan luar vila.
Sebuah khemah telah didirikan di bahagian tempat letak
kereta yang sengaja dibiarkan kosong. Pelbagai jenis lauk-
pauk menghiasi meja buffet nampak menyelerakan. Beberapa
pelayan yang dibawa khas pula begitu tertib melayan tetamu.
Shahrul Azwan selaku keluarga tuan rumah
tersebut kelihatan gelisah. Sejak tadi lagi dia tidak mampu
menumpukan perhatian melayani tetamu-tetamu yang hadir.
Sengaja dia mengasingkan dirinya di suatu sudut yang agak
kelam. Jari-jemari kasarnya sudah letih menekan punat-

18
Hasliza Ismail

punat telefon bimbitnya yang mana sejak awal majlis lagi dia
gagal menghubungi adiknya. Di dalam hati, tidak habis
menyumpah setiap kali pesanan voice mail yang diterima.
Kalau diikutkan hati mahu saja dia mencampakkan telefon
bimbitnya itu.
“Angah! Kamu buat apa kat situ? Pak imam dah nak
balik ni.”
Tanpa disedari, pak langnya muncul sambil
menepuk bahunya dari belakang.
“Dapat kamu telefon adik kamu?” tambah lelaki tua
itu dengan suaranya yang agak garau sedikit.
“Saya dah banyak kali cuba call, tapi tak dapat pak
lang. Mungkin dia ada hal lain kut?” jawab Shahrul Azwan
sambil jarinya masih ligat menekan-nekan punat telefon
bimbitnya walaupun dia tahu usahanya itu hanyalah sia-sia.
“Sudahlah… tak ada gunanya telefon dia sekarang,
majlis pun dah habis dah. Tu, pak imam dah nak balik
pun….”
Pak langnya memuncungkan mulutnya ke arah pak
imam yang tercegat berdiri di luar khemah bersama beberapa
orang tetamu lain yang mengerumuninya.
Shahrul Azwan tidak menunggu lama. Segera dia
mendapatkan pak imam tersebut. “Nak balik pak imam? Dah
kenyang ke?”
“Alhamdullillah... dah cukup dah Shahrul, biarlah
kami beransur dulu.”
“Terima kasih Mail kerana sudi datang. Tiap-tiap
tahun kamu tak pernah lupa.” Pak Lang Daud bersalaman
erat dengan pak imam.
“Dah jadi tanggungjawab kita sesama manusia,

19
Mencari Jalan Ke Syurga

Daud. Lagipun arwah Tan Sri dulu pun sahabat baik aku
juga,” balas Imam Mail mesra.
Sudah bertahun-tahun dia tidak pernah lupa
menghadiri majlis tahlil arwah Tan Sri Sahbuddin.
Seingatnya, arwah memang seorang yang cukup baik dan
memang disegani bukan sahaja di kalangan sahabat handai
malah rakan-rakan perniagaan. Arwah merupakan seorang
yang jujur dan amanah. Walaupun orang berada, arwah Tan
Sri Sahbuddin tidak pernah lupa pada tanggungjawabnya
kepada masyarakat. Kematian tragis bersama isteri tercinta
akibat kemalangan sepuluh tahun lalu merupakan satu
kehilangan yang besar di dalam dunia korporat. Arwah
meninggalkan tiga orang anak lelaki pada waktu itu.
Pak Lang Daudlah yang telah mengambil alih tugas
menjaga ketiga-tiga beradik itu dan juga secara tidak
langsung mengambil alih perniagaan yang ditubuhkan
bersama rakan kongsi yang lain.
Hinggalah kemudian dibantu oleh anak sulung
arwah Tan Sri Sahbuddin, iaitu Dato’ Shamsul Ariffin. Namun
takdir sekali lagi memainkan peranannya. Dato’ Shamsul
Ariffin pula menyusuri nasib ibu dan bapanya. Beliau
meninggal dunia di dalam satu kemalangan jalan raya dua
tahun yang lalu.
Ia adalah satu tamparan hebat kepada keluarga
berkenaan dan membuka satu sejarah hitam yang sukar
dilupakan.
Imam Mail meminta diri. Dia diiringi hingga ke
pintu pagar besar.
Beberapa tetamu lain turut menyusur
kemudiannya.
“Assalamualaikum, pak lang!”

20
Hasliza Ismail

Sekonyong-konyong mereka disapa dari belakang.


Sharqir Ikhwan tiba dengan jeans dan baju kemeja
yang tidak terurus. Dia kelihatan tercungap-cungap seperti
baru menghabiskan larian seratus meter. Dia sebenarnya
terpaksa memarkirkan keretanya agak jauh tadi kerana
terlalu banyak kereta memenuhi kiri dan kanan jalan yang
menuju ke vila keluarganya.
“Emmm… baru nak datang sekarang?” tegur Pak
Lang Daud, menggeleng-gelengkan kepala sambil
memandang anak saudaranya itu atas bawah.
Shahrul Azwan turut kecewa. Malu melihat keadaan
adik bongsunya itu yang tidak terurus. Kalau macam ni
keadaannya, baik tak payah datang terus, getus hati pemuda
itu. Kalau pak langnya tidak ada di situ, sudah lama diluku
kepala adiknya itu.
“Errr… maaf pak lang. Saya terlewat, tadi ada hal
sikit.” Sharqir Ikhwan memberi alasan. Matanya tidak mampu
memandang wajah pak langnya itu. Dia sedar dia sudah
terlalu lewat ke majlis tersebut tapi…
Ah! Sekurang-kurangnya aku datang juga, itukan
sudah cukup baik dari tak datang terus. Sharqir Ikhwan
sengaja cuba menenangkan hatinya.
“Kenapa tak bagitau awal-awal kalau lewat. Tak
boleh call dulu?” Shahrul Azwan mencelah sambil cuba
menahan kemarahannya.
“Tak sempat nak call sebab tiba-tiba ada hal
penting.”
“Hal apa yang penting sangat berbanding dengan
majlis tahlil untuk arwah abang kamu dan ibu bapa kamu?
Eee... entahlah apa nak jadi dengan kamu ni?” keluh pak
lang, menggeleng-gelengkan kepala sambil mendengus.

21
Mencari Jalan Ke Syurga

“Dah, baik kamu berdua masuk ke dalam. Tak baik tercegat


kat sini saja. Ramai lagi tetamu kat dalam tu. Kamu dah
makan ke belum?”
Sharqir Ikhwan menggaru kepalanya sambil
tersengih. “Errr… dah makan dah pak lang, kat luar tadi.”
Pak Lang Daud berdeham mendengar jawapan
Shaqir Ikhwan.
“Makan sempat pulak,” perli Shahrul Azwan.
“Hah, masuklah. Apa yang tercegat lagi?” Pak Lang
Daud membuka langkah. “Eh, bau apa ni?”
Langkah lelaki tua itu terhenti sebaik sahaja
Sharqir Ikhwan melintasinya.
“Errr… bau apa pak lang?”
Pucat lesi wajah Sharqir Ikhwan sambil matanya
tak mampu memandang wajah pak langnya yang berkerut
cuba mengesan bau pelik dari badannya itu.
“Pak lang, tukan Dato’ Jalil tu?” Shahrul Azwan
pantas mencelah apabila peluang tiba sebaik sahaja dia
terlihat seorang tetamu yang baru keluar dari pintu rumah
mereka.
Pak lang tak jadi bertanya lebih lanjut. Dia
terkocoh-kocoh mendapatkan Dato’ Jalil yang merupakan
seorang ahli politik yang juga rakan niaganya yang penting.
Sebelum beredar, sempat juga Pak Lang Daud mengerling ke
arah Sharqir Ikhwan seolah-olah tahu apa yang cuba
disembunyikan oleh anak muda itu.
Pap!
Shahrul Azwan tiba-tiba menepuk perut adiknya
dengan mata yang sengaja dijegilkan, sebaik sahaja pak lang
mereka beredar.

22
Hasliza Ismail

“Aduh! Sakitlah…” marah Sharqir Ikhwan.


Dia terbongkok menahan kesakitan dek penangan
tangan abangnya yang hanya tua dua tahun darinya.
“Are you out of your mind?”
Shahrul Azwan hampir memuntahkan
kemarahannya tetapi dikawal dengan nada berbisik, takut
didengar orang.
“What?”
“Should you be drinking today?”
Bukan dia tidak tahu bau yang datang dari badan
adiknya itu. Bau itu sudah cukup menjelaskan berapa banyak
minuman keras yang diambilnya.
“Usu mabuk tadi, kan?” duga Shahrul Azwan.
“Alah, nak berpura-pura alim konon! Macamlah
angah pun tak pernah….”
Lancang mulut Sharqir Ikhwan cuba memulang
paku buah keras kepada abangnya.
“Angah tak sebodoh usu. Kalau nak minum pun
bukannya hari ni….”
“Mana usu tahu hari ni majlis tahlil tu. I’ve just got
the message, okay!”
“You’ve just got the message? I’ve already reminded
you last week, plus two days ago to your secretary and not to
mention hundred of messages on your phone today… which
has been all the time.”
“I have been outstation for the last few days. No
coverage okay….” Sharqir Ikhwan memberi alasan. “Besides,
kebetulan pula hari ni ada party celebrating one of our
important clients… really important, okay?”

23
Mencari Jalan Ke Syurga

“Please usu, stop fooling me. Macamlah angah ni


bodoh sangat. Usu ingat angah tak tahu aktiviti usu? Kalau
berpoya-poya itu is part of your work, tak tahulah pula, kan?”
Shahrul Azwan berlalu meninggalkan adik
bongsunya. Malas untuk terus bertelagah memandangkan
beberapa tetamu sudah mula menjeling-jeling ke arah
mereka berdua.
Sharqir Ikhwan menghela nafas panjang menahan
marah dengan kata-kata abangnya. Kalau bukan kerana pak
langnya ada di rumah itu, sudah pastinya dia terus pulang
sahaja. “Apa dia ingat dia tu bagus sangat ke?”
Terasa pula kehadirannya pada malam itu seolah-
olah tidak dialu-alukan.

24
Hasliza Ismail

Bab 5
J
AM sudah pun melewati pukul
sebelas malam. Vila mewah itu
masih bergemerlapan dengan
lampu, cuma kini suasananya sedikit lengang. Sekelip mata
sahaja vila itu sudah kembali seperti sediakala. Ruang tamu
yang tadinya dikosongkan kini dipenuhi dengan set perabot
dan perhiasan rumah yang diletakkan kembali ke tempat
asalnya.
Dua orang gaji rumah berkenaan masih sibuk
mengemas di bahagian dapur pula.
Mak Lang Rabiah yang turut sibuk di dapur tadi
muncul dengan membawa sepinggan kuih lebihan dari
jamuan tadi.
Pak Lang Daud, Shahrul Azwan dan Sharqir Ikhwan
berehat di ruang tamu sambil menghirup kopi panas.
Masing-masing lega majlis malam itu berakhir dengan baik.
Pak Lang Daud mengeluarkan curutnya. Beberapa
minit kemudian dia tersandar sambil menikmati curutnya
itu. Kadangkala dia terbatuk-batuk kecil. Kesihatan Pak Lang

25
Mencari Jalan Ke Syurga

Daud sejak akhir-akhir ini agak merosot, membuatkan dia


mengurangkan tabiat merokoknya itu.
“Makan la angah. Kuih tu membazir kalau tak
dihabiskan.”
Mak Lang Rabiah menegur apabila melihat kuih
tadi masih tidak berusik. Wanita tua itu yang kelihatannya
sudah pun menjangkau umur lima puluhan mengambil
tempat duduk di sebelah suaminya, Pak Lang Daud. Lengan
baju kurung yang tadi disisih ke paras siku sedikit demi
sedikit dilorotkan kembali ke bawah.
Shahrul Azwan dan Sharqir Ikhwan hanya
berpandangan sesama sendiri, berharap salah seorang dari
mereka terlebih dahulu menjamahnya. Perut masing-masing
sudah penuh, itulah punca kuih di hadapan mereka itu tidak
berusik.
“Zulaikha mana? Tak nampak pun dari tadi?” Pak
Lang Daud bertanya.
“Ada dalam bilik. Katanya badan tak sihat, jadi sejak
tadi dia berehat dalam bilik sajalah… makan pun tak selera,”
jawab mak lang apabila mengenangkan Datin Zulaikha yang
meminta izinnya untuk berehat di bilik sebaik sahaja majlis
tahlil bermula. Sejak itu dia tidak pernah keluar dari bilik.
Makanan yang dihantar oleh Mak Lang Rabiah juga tidak
terusik. Dia hanya terbaring lesu di atas katil.
Pak Lang Daud mengeluh kecil. “Sakitnya datang
lagi ke?”
“Entahlah… saya pun kurang pasti. Tapi sejak dua
tiga hari ni dia asyik termenung aje….”
“Alah… biasalah tu, teringat kat arwahlah tu….”
“Tak bawa jumpa doktor ke mak lang?” tanya

26
Hasliza Ismail

Shahrul Azwan pula. Dia teringat wajah kakak iparnya yang


sejak siang tadi lagi agak pucat.
“Mak lang dah tanya. Dia kata dia tak nak pergi.”
“Kasihan kakak ipar kamu tu, sejak arwah abang
kamu tu meninggal dunia, sampai sekarang dia masih tak
dapat terima. Pak lang tahu, bukan mudah kita nak lupa apa
yang terjadi tapi segala-galanya adalah ketentuan Ilahi. Kamu
berdua kena jaga kakak ipar kamu tu dengan baik, jangan
terlalu asyik dengan dunia saja….” Pak Lang Daud mula
berceramah seperti selalunya setiap kali mereka berkumpul.
Shahrul Azwan dan Sharqir Ikhwan hanya
mendiamkan diri. Apabila perkara lalu diungkit, hati mereka
juga terusik.
“Jangan kamu terlalu fikirkan apa yang dah berlaku.
Walau apa pun yang terjadi, arwah abang kamu adalah orang
yang baik. Arwah selama ini ambil berat akan keluarga ini.
Mungkin… arwah tersilap langkah sikit, dan pak lang percaya
arwah pasti ada alasannya tersendiri.”
“Apa yang baiknya? Selama ini kami ingat abang
long adalah orang yang paling bertanggungjawab, baik… tapi
akhirnya....” Sharqir Ikhwan yang sejak tadi mendiamkan diri
mula bersuara.
“Tak baik cakap macam tu, usu. Abang kamu dah
jadi arwah dah...” tegur mak lang.
“Mungkin kita semua mahu melupakan kisah dulu,
tapi tidak saya, mak lang. Walau apa pun, abang long telah
menconteng arang ke muka keluarga ini hinggalah
kematiannya...”
“Cukup usu! Jangan buat tuduhan melulu… kita
baru saja buat tahlil untuk dia.” Shahrul Azwan mencelah
pantas.

27
Mencari Jalan Ke Syurga

“Apa yang angah tau! Selama ini angah tak pernah


pun ambil tahu pasal keluarga kita. Angah hanya tahu
sembunyikan diri bertahun-tahun kat luar negara. Angah
bertuah sebab tak perlu menempuhi apa yang telah kami
lalui….”
“Cakap baik-baik sikit, usu… sekarang ni siapa yang
lebih bertanggungjawab? Apa yang usu buat untuk syarikat
kita? Bukan ke angah juga yang kena pikul tanggungjawab
tu…”
“Dah terlambat! Angah pulang waktu semuanya
telah berakhir.”
“Cukup-cukuplah tu kamu berdua ni… tak baik
bertengkar malam-malam buta ni,” cantas mak lang.
Pak Lang Daud kelihatannya tenang dari tadi.
Langsung dia tidak mencelah seperti selalunya. Dia masih
leka dengan curutnya yang sudah tinggal separuh itu. Biarlah
kedua-dua beradik itu bertelagah, selama ini mereka hanya
memendamkan perasaan hati masing-masing. Sekali-sekala
apa salahnya meluahkan apa yang terbuku di dalam dada.
Pak Lang Daud mempunyai alasannya tersendiri.
Baginya mungkin inilah cara dia merapatkan hubungan dua
beradik itu yang sejak dulu tidak berapa erat. Dia masak
benar dengan perangai anak-anak saudaranya itu.
Arwah si abang memang seorang yang amat
disenangi. Tegas dalam perniagaan dan bijak dalam segala
hal, tak ubah seperti arwah bapa mereka yang memang dari
awal lagi mendidik sedemikian rupa. Maklumlah yang sulung
bakal memegang tanggungjawab yang besar untuk keluarga.
Adik yang kedua pula agak pendiam dan suka
menyendiri. Shahrul Azwan sejak kecil memang rapat dengan
arwah ibunya. Setelah ibu bapanya meninggal dunia dalam

28
Hasliza Ismail

kemalangan jalan raya, dia seolah-olah hilang tempat


mengadu dan akhirnya membawa diri ke luar negara,
melanjutkan pelajarannya di UK hingga bertahun-tahun
lamanya. Dia bagaikan tidak mahu pulang lagi ke Malaysia
dan terus menetap dan membuka perniagaannya di sana
sehinggalah mendapat berita abangnya itu meninggal dunia.
Sharqir Ikhwan sebagai anak yang bongsu adalah
yang paling sukar dibentuk. Mungkin dia tidak mendapat
kasih sayang secukupnya daripada ibu bapanya. Dia seorang
yang suka memberontak dan bertindak sesuka hati. Arwah
abangnya itulah yang sentiasa menjadi tulang belakang
baginya. Tapi itu pun pening dibuatnya kerana perangai panas
baran si adik yang semakin menjadi-jadi.
“Aku dah penat. Nak tidur dulu. Kamu berdua tak
usah balik malam ni, tidur saja di sini.”
“Tak boleh pak lang, esok pagi-pagi saya kena pergi
ke Lumut, jadi saya terpaksa pulang malam ni,” ujar Shahrul
Azwan, teringatkan yang esok dia perlu ke Lumut atas urusan
kerja.
“Saya pun kena balik. Esok saya ada hal juga.”
Sharqir Ikhwan juga mempunyai alasan tersendiri.
“Rumah kamu berdua bukannya jauh sangat.
Lagipun ini rumah kamu juga, kan? Esok pagi-pagi lepas
subuh teruslah balik.” Perintah Pak Lang Daud, tegas.
Shahrul Azwan dan Sharqir Ikhwan bungkam.
Pak Lang Daud dan Mak Lang Rabiah telah pun
berlalu ke bilik mereka, meninggalkan dua beradik itu yang
terkulat-kulat memandang sesama sendiri tanpa sepatah
kata.

29
Mencari Jalan Ke Syurga

Bab 6
“A
PA yang dimenungkan tu?”
tegur Ros Azura sambil
mencuit bahu Khirana yang
sedang leka berehat di halaman rumah teres dua tingkat itu.
“Saja rehat-rehat kat luar, Ros. Ambil angin….”
Ros Azura bersandar di tiang, membiarkan angin
sepoi-sepoi bahasa membelai lembut tubuhnya. Nyaman
terasa, ditambah pula apabila lepas hujan. Pohon-pohon
kecil yang merimbun menjadi satu taman kecil di hadapan
mereka juga mengindahkan lagi pemandangan.
“Macam mana keadaan Khir semenjak dah dua
minggu balik ke rumah ni? Ada ingat apa-apa tak?”
Khirana cuba mengingati seperti selalunya, lama
dia terdiam dan akhirnya dia pasrah kerana jawapan yang
dicari tetap sama, kosong… Dia menggelengkan kepala
dengan hampa.
“Tak apalah Khir, perlahan-lahan. Tak lama lagi
adalah tu… sabar ya,” pujuk Ros Azura.
Dia sayu melihat keadaan sahabatnya itu.

30
Hasliza Ismail

Walaupun sudah lebih dua minggu pulang, namun masih


tidak ada tanda-tanda ingatannya akan pulih. Namun begitu
dia bersyukur kerana Khirana ternyata sudah mula
membiasakan dirinya dengan keadaan sekeliling. Dia tidak
lagi membisu dan menyendiri seperti di hospital dulu. Sikap
periangnya serba sedikit sudah mula kembali dan dia juga
lebih banyak bertanya itu dan ini.
“Ros….” Khirana tidak jadi meneruskan kata-
katanya. Dia ragu-ragu untuk bertanya.
“Kenapa? Ada apa-apa ke?” balas Ros Azura.
Khirana mengerutkan dahinya tanpa sepatah kata.
“Cakaplah….” Ros Azura mendesak lembut.
“Rozana tu... orangnya macam mana ya?”
“Zana? Kenapa tiba-tiba tanya pasal dia?”
Ros Azura mula rasa tidak sedap hati. Adakah
Rozana telah memberitahu Khirana perkara yang dia tidak
patut diberitahu? Hati Ros Azura mula bergelora.
“Bukan apa-apa sangat. Cuma… sejak saya balik
ke sini, dia macam tak suka pada saya dan selalu
menjauhkan diri. Kami dulu memang macam ni ke?”
Khirana mengimbas kembali hubungannya dengan
Rozana sejak dia pulang semula ke rumah ini. Pada mulanya
dia tidak berapa mengendahkan sangat, namun setelah
beberapa lama dia mula menyedari kehadirannya seolah-
olah tidak dialu-alukan. Rozana bukan sahaja selalu
mengelakkan diri berbual dengannya malah anginnya selalu
tidak baik. Ini membuatkan dia takut untuk mendekati
teman serumahnya itu kerana pernah sekali dia cuba
bertanyakan sesuatu sewaktu di dapur namun jawapan yang
diterima agak menyakitkan hati.

31
Mencari Jalan Ke Syurga

“Zana, macam mana ya nak guna oven ni?”


“Hah, kau nak buat apa pula dengan oven tu?”
tanya Rozana acuh tak acuh sewaktu bertembung dengan
Khirana di dapur.
“Ingat malam nanti, saya nak panggang ayam
macam dalam buku resipi tu, boleh kita makan sama-sama.”
“Eh, sejak bila pula kau rajin memasak ni? Tak
payahlah Khir… nanti rosak oven tu. Kau tu mana pernah
masak sejak duduk kat rumah ni? Nak masak konon….”
Rozana mencebik lantas terus meninggalkan
Khirana yang terpinga-pinga dengan jawapan itu. Sejak
kejadian itu, Khirana takut untuk menegur Rozana.
“Khir….”
Ros Azura mengambil tempat duduknya di sebelah
Khirana. Dia sememangnya memahami perasaaan
sahabatnya itu. Bukan dia tidak pernah perasan layanan
Rozana terhadap Khirana selama ini dan memang sangat
berharap Khirana tidak terasa. Namun jelas sahabatnya itu
peka dengan perasaannya.
“Kadang-kadang cara seseorang itu berkawan tak
sama antara satu sama lain. Ada yang mesra dan ada yang
agak kasar, tapi hakikatnya itu adalah cara masing-
masing....” Ros Azura mengusap-gusap lembut tangan
Khirana, cuba membuatkan dia faham.
“Zana memang macam tu. Mungkin Khir tak ingat
tapi memang Khir dengan dia dari dulu macam anjing
dengan kucing, tak ngam. Tapi tak semestinya Khir dengan
dia bermusuh. Kita bertiga tetap kawan baik, cuma dengan
cara yang berbeza. Tapi percayalah, Zana sebenarnya
memang ambil berat pasal Khir, mungkin dia tak tahu
macam mana nak luahkan saja….”

32
Hasliza Ismail

“Kenapa saya dengan dia macam tu ya?” tanya


Khirana yang buntu mengenangkan perangai Rozana.
“Entahlah Khir, dah semula jadi kut. Korang
berdua memang keras kepala, masing-masing tak nak
mengalah. Selalunya, kalau korang berdua bergaduh aku
juga yang kena jadi orang tengah….”
“Ros rasa perangai saya sekarang berbeza ke
daripada perangai dulu?”
“Emmm... memang berbeza. Khir dulu seorang
yang periang, tegas dan agak panas baran juga bila mood tak
bagus.”
“Ye ke? Saya macam tu ke?”
Khirana seolah-olah tak percaya dengan apa yang
didengarnya. Dia membayangkan dirinya seperti Rozana.
Betulkah dia seperti apa yang digambarkan?
“Kenapa? Tak percaya?” Rozana mengajuk seperti
di dalam iklan TV.
“Rasa macam lain pula.” Khirana tersenyum. “Ros
suka saya yang dulu ke atau sekarang?”
Ros Azura diam seketika lalu tersenyum. “Dulu ke
sekarang ke, sebenarnya sama saja sebab orangnya tetap
sama. Tapi yalah, sekarang nampak Khir agak lembut dan
lebih bersopan santun.”
“Jadi Ros suka saya yang sekaranglah?”
Ros Azura ketawa kecil, menjongket bahunya
tanda tidak dapat membuat keputusan. Namun jauh di
sudut hatinya dia sememangnya sangat bersyukur di atas
perubahan besar Khirana. Jauh berbeza daripada dulu.
Seolah-olah dua orang yang berbeza. Walau bagaimanapun
Khirana yang dulu tetap istimewa. Dia berhak untuk

33
Mencari Jalan Ke Syurga

mendapat kembali apa yang dia telah hilang walaupun pahit


untuk ditelan.
Sedang mereka leka berbual, kelihatan Rozana
terkial-kial membuka pintu pagar rumah mereka.
Keretanya seperti biasa diletakkan di bawah pohon di tepi
pagar.
“Baru balik?” Ros Azura menegur setelah terlihat
Rozana dengan pakaian pejabatnya bersesuaian dengan
dirinya seorang eksekutif pemasaran di salah sebuah
syarikat swasta di ibu kota.
“Emmm....” Rozana menjawab malas apatah lagi
apabila dia terpandang Khirana yang turut berada di sebelah
Ros Azura membuatkan dia membatalkan diri menyertai
sahabatnya itu.
“Marilah join kami kat sini, nanti aku buatkan air
kopi, nak tak?”
“Tak apalah, aku penat. Nak mandi, lepas tu nak
rehat,” jawab Rozana acuh tak acuh.
Ros Azura memandang ke arah air muka Khirana
yang kembali sugul. Dia memahami perasaan sahabatnya itu
membuatkan dia sendiri berasa serba salah. Kecewa benar
dia melihat Rozana yang tidak mengendahkan mereka.
“Khir tak bosan ke duduk rumah hari-hari?” Ros
Azura cuba menceriakan Khirana kembali.
“Bosan juga. Tambah pula kalau Ros pergi kerja.
Asyik makan tidur aje.”
“Hah! Apa kata kalau Khir keluar bekerja?”
“Kerja?” Khirana mula menunjukkan minatnya.
“Ya, kerja. Dulu pun Khir memang sibuk, jarang
ada kat rumah.”

34
Hasliza Ismail

“Ros kata dulu, saya kerja sebagai model, kan?”


“Bukan saja model… tapi pernah buat cover shoot,
iklan, banyaklah!”
“Tapi, saya tak biasa dengan kerja-kerja macam tu.
Seganlah.”
“Emmm… yalah. Ros pun fikir gitu… tak sesuai.”
Mereka berdua ketawa kecil.
Khirana senang setiap kali berbual dengan Ros
Azura. Ros Azura melayannya dengan baik dan selalu
membuatkan dia ceria. “Habis tu, apa kerja yang boleh saya
buat?”
“Mula-mula ni, kerjalah biasa-biasa dulu. Nantilah
Ros bincang dengan Zana, kut-kut dia ada idea ke?”
Khirana mengangguk riang. Memang itulah yang
dia harap-harapkan. Melihat dunia luar dari terperuk di
rumah. Jealous juga dia bila lihat kawan-kawannya itu
keluar bekerja sedangkan dia hanya menjadi penunggu setia
di rumah.

35
Mencari Jalan Ke Syurga

Bab 7
S
HARQIR IKHWAN terkocoh-
kocoh merempuh masuk ke
bilik pengarah urusan walaupun
dihalang oleh setiausaha yang memintanya untuk menunggu
sebentar bagi membolehkan dia memberitahu kehadiran
lelaki itu memandangkan ketuanya sedang berbincang di
dalam bilik.
Shahrul Azwan yang sedang serius berbincang
dengan beberapa pekerjanya tersentak dengan kehadiran
adiknya yang tiba-tiba, disusuli pula oleh setiausahanya yang
cuba menjelaskan keadaan sebenar.
“It’s okay Melissa, you may go,” ujar Shahrul
Azwan kepada setiausaha yang berbangsa Cina itu.
Setiausahanya mengangguk dan kembali ke
tempatnya dengan hati yang lega.
“Do you have time?”
Berkerut wajah Sharqir Ikhwan sambil cuba
mengawal pernafasannya, seolah-olah baru menghabiskan
satu larian yang panjang.

36
Hasliza Ismail

“Urgent sangat ke? Tak boleh tunggu? I have an


important discussion right now.”
Serius sahaja Shahrul Azwan berkata-kata, tidak
senang dengan kehadiran adiknya secara tiba-tiba dan
mengganggu perbincangan mereka. Walaupun Sharqir
Ikhwan adalah adiknya, namun tidak semestinya dia
mendapat layanan yang istimewa.
“Kalau perkara ini tak penting, usu pun tak ada
masa saja-saja nak melawat angah.”
“Shah, tak apalah. Kita break dulu. Lepas lunch kita
sambung,” usul Danny.
“Betul tu Encik Shah. Saya pun masih ada report
yang belum siap lagi,” sokong Adnan, pengurus bahagian
operasi mengiyakan cadangan Danny.
“Okey. Kita sambung after lunch,” putus Shahrul
Azwan.
Kedua-dua pekerjanya berlalu meninggalkan dua
beradik itu.
“Duduklah. Nampaknya benda yang usu nak bagitau
ni pastinya sangat menarik, kalau tidak tak mungkin usu
datang melawat syarikat ni tiba-tiba sejak usu berhenti dulu.
Nak minum?” Shahrul Azwan berkata-kata dengan sinisnya.
“Usu tak ada masa nak dengar celoteh angah.
Jangan lupa syarikat ini milik usu juga. Masa angah
bersenang-lenang di UK dulu, usu juga yang bertungkus-
lumus menguruskannya.”
“Baguslah kalau usu tahu syarikat ini milik usu.
So, kenapa tak terus bekerja di sini?”
“Usu datang bukan nak argue pasal perkara tu,
okey?”

37
Mencari Jalan Ke Syurga

“So, what’s the big thing you want to tell me?”


“You are not going to believe this. Yesterday
evening, I just saw that woman.”
“Perempuan mana pula ni?”
Santai Shahrul Azwan bertanya kepada adiknya,
tanpa mahu meneka.
“Khirana. Dayang Khirana!”
Shahrul Azwan terdiam. Nama itu sudah lama tidak
didengarinya. Wajahnya juga tidak pernah dilihat namun
nama itu sudah cukup menggegarkan tangkai jantungnya.
“She’s still alive? Are you sure?” Shahrul Azwan
inginkan kepastian.
“Usu pernah jumpa dia dulu dan usu tahu itu dia.
Doktor pernah cakap yang dia tidak mungkin bangun dari
koma setelah kemalangan itu but guess what, sebab usu juga
macam angah... tak percaya, jadi usu sendiri pergi ke
hospital.”
“Jadi?”
“Jadi betullah, dia sudah sedar dari komanya dan
telah sebulan keluar dari hospital. Angah bayangkan apa
perasaan usu bila tengok dia bersenang-lenang di luar sana
seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku setelah dia
hancurkan keluarga kita. Kalau usu jumpa dia lagi, memang
usu bunuh dia di situ juga!” ikrar Sharqir Ikhwan.
Bulat matanya menunjukkan geram dan benci yang
dipendamnya selama ini. Sikapnya yang memang terkenal
dengan panas baran memang mudah diramal.
Tapi tidak bagi Shahrul Azwan. Walaupun dia juga
mempunyai dendam yang sama, namun dia masih dapat
berfikir dengan waras. Tindakan yang terburu-buru hanya

38
Hasliza Ismail

akan mengeruhkan keadaan. Dia kini memikul


tanggungjawab bukan sahaja sebagai seorang abang, malah
sebagai pengarah syarikat milik keluarga. Oleh yang
demikian, dia sentiasa berfikir dengan lebih rasional.
“Jangan bertindak terburu-buru. Usu harus
mengawal kemarahan usu dulu,” nasihat Shahrul Azwan.
“Nak tunggu apa lagi? Angah juga pernah berikrar
kalau perempuan sial itu selamat, dia juga tidak akan hidup
lama. Hutang darah mesti dibayar dengan darah!”
“Angah tak pernah lupa dengan apa yang pernah
angah cakapkan dulu. Tapi kita tak perlu bertindak sekarang.”
“Dua tahun sudah cukup untuk kita menunggu.
Bayangkan perasaan kak long kalau dia tahu perempuan tu
sekarang sedang hidup dengan gembira. Entah lepas ni siapa
pula mangsa dia.”
“Kalau usu bertindak tanpa berfikir, dengan usu-
usu sekali akan berakhir dalam penjara, usu faham tak?!”
Kali ini giliran Sharqir Ikhwan pula terdiam. Ada
benarnya kata-kata Shahrul Azwan itu. Kalau tidak dirancang
dengan baik, mungkin akhirnya akan menjerut dirinya pula.
“Biar angah yang uruskan. Angah akan hantar
orang untuk siasat keadaan dia dulu, lepas tu barulah kita
rancang apa yang perlu dibuat. Tapi, kalau boleh jangan
sekali-kali melibatkan kematian. Usu tahu apa hukumannya
membunuh orang, kan?”
Sekali lagi Sharqir Ikhwan tidak dapat menyangkal
kata-kata abangnya itu. Perasaan marahnya tadi mulai reda.
Nampaknya dia terpaksa mengikut kata-kata Shahrul Azwan
untuk bersabar buat sementara waktu ini.

39
Mencari Jalan Ke Syurga

Bab 8
R
OZANA baru saja pulang
dari kerja. Azan maghrib
sudah lama berkumandang.
Dia terkocoh-kocoh menaiki tangga kerana tidak mahu
ketinggalan solat maghribnya. Memang sukar diramal
keadaan jalan di Kuala Lumpur ini. Walaupun dia cuba
pulang awal namun akhirnya dia akan tersekat di jalan
raya juga. Tambahan pula sekarang ini musim hujan, jadi
bertambah teruklah keadaan lalu lintas di bandar ini.
Tatkala dia melewati bilik Khirana di mana pintu
biliknya agak terbuka luas, matanya menangkap kelibat
Khirana serta Ros Azura yang baru selesai menunaikan solat
maghrib bersama. Pertama kali melihat Khirana bertelekung
di atas sejadah menarik minat Rozana. Wajah yang kini
dilitupi kain putih tidak pernah dilihatnya selama ini. Apa
benarkah kawannya itu telah berubah?
“Zana, apa yang tercegat kat pintu tu? Masuklah.”
Ros Azura menegur sebaik sahaja selesai menghabiskan
doanya.

40
Hasliza Ismail

“Errr… takpelah, aku masuk bilik dulu. Aku pun


belum solat lagi ni. Oh, ya! Esok pagi jangan lupa bersiap
awal sikit. Aku hantar kau ke tempat kerja baru tu,” ujar
Rozana.
“Betul kau nak hantarkan Khirana? Baguslah
macam tu,” balas Ros Azura.
“Habis tu, takkan nak biarkan dia pergi sendiri?
Esok aku masuk kerja lewat sikit. Lepas hantar Khirana
nanti, aku terus pergi kerja,” sambut Rozana.
“Terima kasih ya Zana,” ucap Khirana sebelum
Rozana meninggalkan mereka dengan sedikit senyuman
tersungging di tepi bibirnya.
Ros Azura tersenyum. Nampaknya Rozana dah
berubah. Kawannya itu tidak secengil dulu lagi terhadap
Khirana.
“Macam mana? Risau tak mula-mula nak kerja ni?”
Ros Azura mengusik.
“Takut juga.”
Khirana cuba membayangkan perasaan pertama
kali mula bekerja. Walaupun sepatutnya ini bukanlah kali
pertama dia bekerja, namun apakan daya... perasaan dan
pengalamannya dulu sudah tidak wujud di ingatannya. Ros
Azura selalu mengingatkannya betapa tabahnya dia dahulu,
penuh dengan keyakinan dan bukanlah seorang yang mudah
mengalah. Alangkah bagusnya jika sekarang dia mempunyai
perasaan seperti itu.
“Jangan bimbang, Khir. Insya-Allah semuanya akan
berjalan dengan lancar. Mudah-mudahan setelah kau mula
bekerja nanti, ingatan kau perlahan-lahan akan kembali. Kau
kena yakin. Jadikan ini suatu exercise untuk minda kau.
Lepas ni boleh kita cuba baju yang kita beli semalam tu.”

41
Mencari Jalan Ke Syurga

“Tapi, kan ke aku kena pakai uniform?”


“Takpelah, kau boleh pakai masa pergi dan masa
balik kerja.”
Khirana tersenyum lebar. Kali ini perasaan takutnya
telah hilang. Tak sabar pula dia hendak menunggu esok hari.
Tiba-tiba rasa gundahnya kembali datang. “Ros, macam mana
kalau kerja tu aku tak mampu buat nanti?”
“Alah kau ni, bukan susah pun. Bila customer
masuk, kau terus grab dan promote. Keyakinan tu sangat
penting.”
“Tapi… aku takut aku tak pandai cakap… macam
mana nak convince orang nanti? Kalau customer tak puas
hati, macam mana?”
Ros Azura terdiam. Jauh benar sikap Khirana
sekarang dengan dulu. Selama ini Khirana tidak pernah
bermasalah untuk berdepan dengan sebarang cabaran.
Sikapnya yang peramah dan bijak berkata-kata, kalau setakat
untuk menarik pelanggan pastinya tidak bermasalah. Namun
sekarang berbeza. Khirana lebih bersikap pemalu dan kurang
berkeyakinan. Kasihan... semuanya perlu dipelajari semula.
“Belajar perlahan-lahan, lama-lama mesti okeylah.”

42
Hasliza Ismail

Bab 9
“A
BANG minta maaf sebab
abang tak bermaksud nak
lukakan hati Ika. Tapi
bukan semua perkara terjadi atas kehendak kita.”
Mendidih hati Datin Zulaikha mendengar kata-kata
suaminya itu. Mengapa perlu disalahkan pada takdir
sedangkan semuanya adalah salah diri sendiri.
“Sebab apa, bang? Sebab Ika tidak dapat bagi zuriat
pada abang?” tukas Datin Zulaikha.
“Demi Allah Ika, abang tak pernah salahkan Ika
sebab hal itu. Kalau Tuhan tak bagi kita zuriat sekalipun,
abang reda sebab anak bukanlah penyebab utama abang
berkahwin dengan Ika dulu.”
“Habis tu, apa sebabnya abang nak kahwin lain?
Abang dah terlanjur dengan dia? Abang tahu siapa dia, kan?
Abang sedar tak yang abang telah diguna-gunakan oleh dia?
Abang tahu dia bukan perempuan yang baik, kenapa masih
biarkan diri abang terjerumus dalam perangkap dia?”
“Abang tahu dan abang sedar. Abang masih waras

43
Mencari Jalan Ke Syurga

untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Sebab
abang waraslah, abang berterus terang dengan Ika. Abang tak
mahu jadi lelaki yang curang di belakang isterinya.”
“Ika bersumpah Ika tak akan sekali-kali benarkan
perempuan itu berkahwin dengan abang dan Ika juga tidak
akan lepaskan dia. Kalau abang betul-betul nak tengok Ika
yang masih bernyawa, abang jangan sekali-kali sebut pasal
perempuan itu depan Ika lagi. Putuskan hubungan
dengannya. Kalau tak, abang akan menyesal seumur hidup
abang!”
Dengan hati yang geram, album perkahwinannya
dilemparkan ke dinding. Sakit hatinya mengenangkan arwah
suaminya yang pernah meminta kebenaran untuk berkahwin
lagi. Sampai hati abang buat Ika macam ni. Kenapa bang,
kenapa hingga ke mati pun abang masih membuatkan Ika
benci abang. Kenapa?
“Kak long? Boleh angah masuk?”
Kedengaran suara lelaki di luar biliknya. Terus
dikesatnya air mata yang mengalir. “Angah ke? Masuklah...
pintu tak berkunci.”
Shahrul Azwan menguak pintu bilik yang tidak
berkunci. Lampu bilik yang agak samar dicerahkan oleh
Datin Zulaikha. Shahrul Azwan sempat mengerling ke arah
sebuah album gambar yang terbuka di tepi dinding.
“Duduklah angah. Apa mimpi datang malam-malam
ni?”
Datin Zulaikha mempelawa adik iparnya duduk di
sofa. Hairan juga dia kerana jarang benar melihat adik
iparnya itu menziarahinya. Selama ini pun, Shahrul Azwan
tinggal di luar negara dan hanya selepas kematian suaminya,
baru Shahrul Azwan pulang ke Malaysia.

44
Hasliza Ismail

Datin Zulaikha menuang secawan kopi panas yang


memang tersedia sepanjang masa di biliknya.
Shahrul Azwan hanya memerhatikan tingkah laku
kakak iparnya. Walaupun umur kakak iparnya itu sudah
menjangkau awal empat puluhan, wajahnya masih utuh tidak
dimamah masa. Cuma ianya tidak bercahaya dan kelihatan
pucat sahaja. Apa kurangnya dia hingga arwah abangnya itu
sanggup menduakannya?
“Satu cukup?” tanya kak longnya merujuk kepada
berapa banyak gula batu yang hendak diletak di dalam
minumannya.
Shahrul Azwan mengangguk.
“Mak lang kata, kak long tak berapa sihat. Tu yang
angah datang ni,” beritahu Shahrul Azwan, setelah wanita itu
mengambil tempatnya dan meletakkan kopi tadi di meja.
“Takdelah. Mak lang tu yang kecoh. Kak long okey
aje.”
“Kak long ada pergi hospital buat check-up tak?”
“Nak buat apa? Kak long dah lama sihat. Kak long
bukannya gila sampai asyik nak berulang jumpa pakar
psikiatri tu.”
“Siapa pulak kata kak long gila? Kami semua tak
pernah ingat macam tu. Kami cuma nak kak long kembali
sihat macam dulu aje daripada kak long duduk di rumah.
Dulu kak long selalu sibuk dengan aktiviti, tapi sekarang ni
kak long jarang sangat keluar.”
“Kak long malas la angah. Nanti semua orang tanya
pasal arwah abang kamu dan macam-macam lagi.”
“Kak long masih tak maafkan abang long ke?” duga
Shahrul Azwan.

45
Mencari Jalan Ke Syurga

“Macam mana kak long nak maafkan dia? Sampai


akhir nyawa dia pun, dia masih dengan perempuan tu. Dia
memang dah melampau!”
“Kak long, apa kata kak long bercuti ke luar negara.
Tenangkan fikiran. Angah boleh uruskan segala-galanya
untuk kak long ke sana.”
“Bercuti? Kenapa tiba-tiba suruh kak long pergi
bercuti pulak ni?”
“Tak adalah. Manalah tahu di negara orang, kak
long lebih tenteram. Lagipun, kak long boleh bersiar-siar
tanpa gangguan.”
Shahrul Azwan cepat memberi jawapan. Dia risau
kalau-kalau wanita itu mengetahui akan kebenaran yang
disembunyikan oleh keluarganya selama ini.
“Terima kasih sebab ambil berat pasal kak long.
Tapi… rasanya buat masa sekarang ni kak long lebih senang
tinggal di rumah.”
“Kak long fikirlah dulu ya. Angah rasa vacation ni
baik untuk kak long.”
Shahrul Azwan menghabiskan minumannya
sebelum meminta diri. Sewaktu keluar dari bilik itu, dia
sempat melihat kak longnya yang masih duduk di kerusi
dengan mulut yang berkumat-kamit seperti memarahi
seseorang tapi tidak dapat didengar.
Shahrul Azwan risau melihat keadaan kakak iparnya
yang kadangkala sihat, kadangkala tidak. Entah apa
penyakitnya pun dia masih tidak tahu. Peristiwa hitam itu
benar-benar memberi kesan pada Datin Zulaikha.

46
Hasliza Ismail

Bab 10
“P
EKERJA baru ke?
Ingatkan dah tak nak
ambil employee lagi dah.
Butik ni pun bukannya laku sangat,” bisik Marion kepada
Farah Huda yang berdiri di sebelahnya.
“Entahlah. Nak kata butik ni laku sangat taklah
pun. Ada hati nak ambil pekerja lagi,” ulang Farah Huda pula
setelah mereka melihat majikan mereka sedang memberi
penerangan kepada seorang wanita yang baru tiba.
“Habislah kita Farah, nampaknya bertambahlah
satu lagi saingan.”
“Apa nak dirisaukan? Orang baru mana boleh nak
setanding kita, kan? Tapi aku rasa macam pernah aku lihat
dia, tapi kat mana ya?”
“Mana kau pernah jumpa dia?” tanya Marion.
“Lupalah. Ah, pedulikanlah. Eh, tu Miss Vicky dah
nak introduce dia kat kita.”
Cepat-cepat kedua-duanya berlakon seolah-olah
mereka sedang sibuk berbincang mengenai kerja.

47
Mencari Jalan Ke Syurga

“Hah, Farah dan Marion adalah pekerja senior di


sini.” Miss Vicky memperkenalkan kedua-duanya. “Kalau you
perlukan bantuan apa-apa, boleh tanya mereka. Farah,
Marion, this is Dayang Khirana and she will be joining us
starting from today. Bantu dan tunjuk ajar dia cara-cara nak
menambat hati pelanggan kita. Boleh?”
“Of course Miss Vicky. Tak ada masalah. Hai,
selamat menyertai butik ini.” Farah Huda yang bermulut
manis menghulurkan salam perkenalan.
Diikuti pula dengan Marion yang turut menyambut
kedatangannya.
Sempat juga mereka memberi sedikit motivasi pada
Khirana yang masih baru itu.

LEGA hatinya setelah diperkenalkan dengan beberapa pekerja


di situ yang kebanyakannya sebaya dengannya. Mereka
semua kelihatan baik dan peramah. Rasa-rasanya dia tidak
mempunyai apa-apa masalah bekerja di situ.
Miss Vicky pula walaupun nampak agak garang tapi
memang baik orangnya.
Salah seorang pekerja bernama Siti juga sempat
dikenalinya.
Di butik itu semuanya ada empat orang pekerja
termasuk dirinya. Semuanya adalah wanita dan masing-
masing berpakaian uniform berwarna putih, berjaket biru
dan boleh berskirt atau berseluar. Skaf pula mesti diikat di
leher untuk membezakan antara butik tersebut dengan butik
yang lain.
“Nampaknya you dah kenal dengan semua pekerja

48
Hasliza Ismail

di sini, cuma you belum jumpa lagi dengan Encik Luqman.


Dia adalah pengurus di sini. Sekarang dia tengah berkursus
dan rasanya lusa dia akan balik. Buat masa sekarang I akan
briefkan you tugas-tugas you dan lepas tu kalau semuanya
okey, you boleh sign offer letter dan boleh mula bekerja.”
“Terima kasih Miss Vicky kerana memberi peluang
saya bekerja di sini. Saya janji akan bekerja dengan baik.
Cuma saya ni masih baru. Mesti kekok sikit nak sesuaikan
diri dengan kerja ni.”
“Ah… it’s okay. Biasalah tu. Mula-mula, kan? Cuma
you kena selalu ingat sini tak sama macam tempat lain.
Customer kita kebanyakannya high class punya orang. You
mesti jaga reputasi butik ni okey? Sekarang jom masuk ofis
dulu.”
“Isy... menyampah betul! Kau tengok tu, nampak
sangat dah mula nak bodek. Baru kerja aje dah mula tunjuk
mengada-ada dia.”
Berbulu Farah Huda melihat keramahan Khirana
bersama Miss Vicky yang baru sahaja melangkah masuk ke
bahagian belakang butik tersebut.
“Tengok gayanya pun dah tahu, Farah. Jenis orang
yang macam tu, jangan kasi muka sangat. Nanti kita yang
susah.” Marion pula mengiyakannya.
Apa tidaknya, sekarang ini mereka terpaksa bekerja
kuat untuk merebut pelanggan. Walaupun butik berjenama
itu bukan selalu dikunjungi, namun sekali pelanggan masuk
dan membeli pakaian di situ sudah cukup baik kerana rata-
rata pakaian dan aksesori di situ mencecah ribuan ringgit.
“Apa nak jadi dengan you all ni? Kenal pun tidak,
dah buat andaian sendiri. Aku rasa dalam butik ni korang
berdualah yang paling kuat membodek terutamanya dengan

49
Mencari Jalan Ke Syurga

Encik Megat tu. Nasib baik Encik Megat jenis yang tak layan
orang macam korang berdua.”
Siti tiba-tiba mencelah. Bukan dia tak kenal dengan
perangai Marion dan Farah Huda yang tak pernah senang jika
ada pekerja baru.
“Eh… apa yang kau sibuk-sibukkan ni Siti? Kau
jangan lupa kami ni pekerja lama kat sini. Hormat sikit ya,”
cebik Farah Huda yang panas telinga apabila ditegur.
“Eleh, memanglah pekerja lama sebab korang
berdua ni tak berkelayakan nak kerja kat tempat lain pun. So,
kerjalah kat sini aje….”
Semakin berbulu Marion dan Farah Huda
mendengar Siti memerli mereka dengan pedas.
Tetapi tiada sesiapa yang sanggup bertekak
dengannya kerana Siti terkenal dengan mulut murainya.
Tambahan pula usianya lebih tua daripada mereka berdua.

50
No. ISBN:- 978-967-5067-45-7
Jumlah muka surat: 548
Harga Runcit:-
Semenanjung M’sia: RM19, Sabah/Sarawak: RM22
Harga Ahli KKN:-
Semenanjung M’sia: RM15, Sabah/Sarawak: RM18

Sinopsis:-
Kemalangan dahsyat dua tahun lalu telah meragut
memori dan insan tercinta di hati Khirana.
Shahrul Azwan menawarkan bantuan untuk
memulihkan semula ingatan Khirana supaya kebenaran
mengenai hubungan Khirana dan arwah abangnya
terbongkar.
Dendam di hatinya terus berkubur tatkala dia mula
mengenali wanita itu.
Tetapi, ianya menuntut sebuah pengorbanan yang
besar, baik di pihak Khirana mahupun Shahrul Azwan.
Bersama Khirana dalam usahanya mencari jalan ke
syurga.

“Mengapa sedarkan aku dari lena yang panjang, jika


ia hanya untuk sementara....”

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan


MENCARI JALAN KE SYURGA di rangkaian kedai buku MPH,
Popular dan kedai-kedai berdekatan anda.
Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki
Novel Enterprise melalui online atau pun pos.
Untuk melanggan melalui online, sila layari laman
web kami di:- www.kakinovel.com.
Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu
tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang
ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/
kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan
poskan ke alamat berikut:-
Kaki Novel Enterprise
No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,
D’Wangsa, Wangsa Maju,
53000 Kuala Lumpur.
No. Telefon:- 03-4149 0096
No. Faks:- 03-4149 1196

You might also like