Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword or section
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
MJKS

MJKS

Ratings: (0)|Views: 67 |Likes:
Published by kelabk

More info:

Published by: kelabk on Mar 08, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/21/2013

pdf

text

original

 
Hasliza Ismail
1
K
EPULAN
asap hitam kelihatansamar-samar ditelan kepekatanmalam. Cahaya kilat yangkadangkala memancar memperlihatkan keadaan jalan yangkiri kanannya dipenuhi oleh pokok-pokok, bertebaran disana-sini. Agak menggerunkan apabila di situ juga kelihatansebuah kereta Mercedes Benz merintangi jalan dengantayarnya di kedudukan atas. Kemalangan yang baru beberapaminit berlaku tanpa diketahui sesiapa pun memandangkanhari yang telah pun lewat dan cuaca yang kurang baik, masihtidak diketahui sebabnya. Tak lama kemudian, kelihatansatu percikan api dari bahagian belakang kereta tersebutdan disusuli pula satu letupan kuat membakar kereta itudengan serta-merta. Hujan renyai-renyai bagaikan merintihmengiringi suasana yang penuh tragis itu.Tidak sampai pun setengah jam, tempat itu sudahmula dipenuhi orang ramai. Bomba dan polis bertungkus-lumus memadamkan api. Dua buah ambulans dan sekurang-kurangnya lima orang kakitangan hospital telah bersiapmenghadapi sebarang kemungkinan apatah lagi mereka
Prolog
 
Mencari Jalan Ke Syurga
2
diberitahu terdapat satu mayat yang rentung di dalam keretatersebut. Usaha untuk mengeluarkan mayat tersebut perludilakukan setelah api dipadamkan.“Kat sini! Sini ada orang! Masih hidup lagi!” tempikseorang pegawai polis yang berada tidak jauh dari kenderaanyang sedang terbakar itu.Semua orang terus menerpa ke arah pegawai polistersebut.Sekujur tubuh terlangkup di permukaan tanah,ditutupi oleh semak-samun setinggi paras pinggang.Patutlah sejak tadi mereka langsung tidak menyedariterdapatnya mangsa kemalangan itu tercampak ke semak-samun tersebut.Pertolongan cemas terus diberi sebelum mangsadialihkan. Keadaan mangsa yang tidak sedarkan diri sukarditasirkan sama ada dapat diselamatkan atau tidak. Malahantahap kecederaan yang tampak serius itu menyukarkan lagiusaha mereka. Di sinilah persimpangan antara hidup danmati menjadi pertaruhan.
BUNYI
siren sudah jauh kedengaran. Cahaya yang memutihbersilih ganti melepasi tubuhnya yang kaku. Mata terpejamrapat tetapi telinganya masih sempat menangkap hiruk-pikukdi sekelilingnya. Dunianya bagaikan berputar laju. Darahmerah masih mengalir tanpa henti. Kedinginan malam pulasemakin mencengkam diri membuatkan naasnya tersekat-sekat. Kesakitan yang dirasai sudah tidak mampu digambarkanlagi. Hanya sebagai hamba Tuhan dia mampu berserah danmenerima takdir yang telah ditentukan.
 
Hasliza Ismail
3
Cukup bersediakah dia menghadapi saat-saat dipenghujung kehidupannya? Memadaikah apa yang telahdikecapinya di dunia ini? Adakah ini akhiran perjalananseorang hamba Allah di dunia yang ana ini?Wajah-wajah suram bersilih ganti muncul dan terusmenghilang. Sebening air matanya menitis bersatu bersamadarah yang membaluti pipinya. Dalam perjuangannya di saat-saat akhir itu, terkumat-kamit mulutnya cuba menuturkansesuatu namun entah kenapa fkirannya kosong danmulutnya terkunci rapat.Hatinya mula merintih sayu. Ya Allah, dosa yangkupikul sebesar dunia inikah yang akan menjadi bekalan diakhirat nanti?Di manakah amalan-amalanku? Berapa banyakkahyang mampu kubawa bersama? Ya Allah, jika aku diberipeluang kedua, tidak akan aku persia-siakan hidup ini.Ampunilah dosa-dosaku… dosa semalam yang aku banggakanselama ini.Seraya naasnya sudah berada di hujung nyawa,nadinya sudah berhenti berdenyut, akhirnya dia terusterkapai-kapai di alam yang gelap gelita. Adakah untukselama-lamanya?

Activity (3)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Abu Sari liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->