You are on page 1of 5

HBHE2203_SEMMEI’10/F_NA

BAHAGIAN A
ARAHAN

Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN Markah

1. Hati merupakan salah satu organ terpenting yang terdapat pada bahagian
tubuh badan manusia.
Nyatakan kedudukan hati dalam bahagian tubuh badan manusia dan
berikan fungsi utama organ tersebut.
(4)

2. Pengurusan pemakanan yang sihat merujuk kepada amalan pemakanan


seseorang. Makan mengikut keperluan adalah salah satu daripada
pengurusan amalan makan yang sihat.
Berdasarkan pernyataan di atas nyatakan EMPAT jenis pengurusan
amalan makan yang tidak sihat dan kesan bagi setiap jenis.
(4)

3. Perkembangan pesat teknologi dewasa ini, telah mempengaruhi gaya


kehidupan manusia dari segi peningkatan kesihatan.
Jelaskan dengan ringkas, EMPAT hubungan kemajuan antara teknologi
dengan tahap kesihatan seseorang.
(4)

1…
HBHE2203_SEMMEI’10/F_NA

4. Penyimpanan makanan dengan cara yang betul akan dapat memastikan


makanan selamat dimakan.
Syorkan cara yang sesuai bagi menyimpan makanan kering dan makanan
basah.
(4)

5. Anda dikehendaki memasak makanan untuk tempahan suatu majlis.


Sebagai seorang yang bertanggungjawab tentunya anda mengamalkan ciri-
ciri kebersihan diri dengan sebaik-baiknya.
Berikan EMPAT ciri seorang penyedia makanan yang perlu diamalkan.
(4)

(Jumlah: 20)

2…
HBHE2203_SEMMEI’10/F_NA

BAHAGIAN B

ARAHAN

Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

SOALAN Markah

1. (a) Tubuh badan manusia, terbahagi kepada beberapa sistem. Di dalam


setiap sistem terdapat beberapa organ dan jaringan yang saling
kebergantungan antara satu sama lain tetapi mempunyai peranan
tersendiri.
Nyatakan LIMA bahagian badan dan jelaskan setiap fungsi
bahagian badan yang diberi. ( 10 )

(b) Merokok merupakan amalan yang boleh meningkatkan risiko


penyakit seperti kanser, penyakit jantung dan kencing manis. Rokok
bukan sahaja membahayakan si perokok tetapi orang lain di
sekeliling mereka.
Bincangkan LIMA kebaikan yang boleh diperoleh sekiranya
seseorang itu tidak merokok. ( 10 )
(Jumlah: 20)

2. (a) Akhil baligh merupakan fasa perubahan antara zaman kanak-kanak


kepada zaman remaja. Akhil baligh boleh dicirikan dengan beberapa
perubahan fizikal, mental dan sosial.
Jelaskan ENAM perubahan fizikal lelaki dan perempuan semasa
akhil baligh. ( 12 )

(b) Darah haid menunjukkan bahawa organ reproduktif perempuan


telah berfungsi. Huraikan dengan terperinci proses kitaran haid. (8)
(Jumlah: 20)

3…
HBHE2203_SEMMEI’10/F_NA

3. (a) Kehamilan merupakan fasa yang berlaku dalam kehidupan seorang


wanita. Fasa ini merupakan satu proses yang sangat menakjubkan.
Terdapat tiga peringkat dalam kehamilan iaitu peringkat awal,
pertengahan dan akhir.
Huraikan TIGA peringkat perkembangan tersebut. ( 12 )

(b) Semasa proses kehamilan, wanita juga mengalami perubahan


fizikal.
Kenal pasti EMPAT perubahan fizikal yang berlaku kepada wanita
hamil dan huraikan setiap perubahan yang dinyatakan. (8)
(Jumlah: 20)

4. (a) Huraikan DUA perkembangan dan pertumbuhan utama yang


berlaku dari segi fizikal terhadap peringkat umur kanak-kanak 5
hingga 12 tahun. ( 10 )

(b) Perlakuan delekuen juvanil merujuk kepada salah perlakuan yang


bertentangan dengan peraturan dan undang-undang yang dilakukan
oleh mereka yang di bawah umur.
Bincangkan LIMA faktor yang boleh menyebabkan berlakunya
perlakuan ini. ( 10 )
(Jumlah: 20)

5. (a) Terdapat TIGA jenis keluarga yang ada di negara kita.


Terangkan definisi jenis-jenis keluarga yang terdapat di Malaysia. (6)

(b) Syorkan kebaikan dan keburukan yang boleh didapati daripada


keluarga Extended. ( 14 )
(Jumlah: 20)

4…
HBHE2203_SEMMEI’10/F_NA

BAHAGIAN C

ARAHAN

Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

SOALAN Markah

1. Kerajaan banyak mengadakan kempen-kempen bagi mewujudkan budaya


penyayang dalam kalangan anggota keluarga. Antaranya mewujudkan
masa yang berkualiti bersama keluarga dan meluangkan masa bersama
ahli keluarga dengan melakukan aktiviti bersama. Banyak manfaat yang
akan diperoleh sekiranya kita meluangkan masa bersama keluarga.

Syorkan manfaat-manfaat yang boleh diperoleh bagi ibu bapa dan anak-
anak.
(Jumlah: 20)

2. Keruntuhan rumahtangga bermakna perkahwinan yang dibina atas ikatan


yang sah telah terlerai atau dengan kata lain pasangan suami isteri bercerai
dan tidak tinggal sebumbung lagi. Banyak implikasi yang berlaku akibat
keruntuhan institusi perkahwinan ini.

Berikan pendapat anda apakah faktor yang boleh menyebabkan


keruntuhan rumahtangga ini dan bincangkan implikasi yang akan berlaku.
(Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like