Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
14Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
faktor orientalis

faktor orientalis

Ratings: (0)|Views: 797 |Likes:
Published by puteracho
faktor wujud orientalis
faktor wujud orientalis

More info:

Published by: puteracho on Mar 08, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/31/2013

pdf

text

original

 
1
1. TAKRIF DAN PENGERTIAN ORIENTALISME
Kalimah orientalis mempunyai banyak makna bagi sesetengah tokoh. Namun sebaiknya diambil dari tokoh terkenalyang cenderung di bidang ini sebagaimana menurut Edward W. Said dalam bukunya ‘Orientalisme’dimana kalimahorientalis merujuk kepada
sesiapa sahaja khususnya orang Barat yang mengajar,menulis atau mengkaji tentang halehwal dunia ketimuran."
1
Dalam pengertian yang lebih khusus, orientalisme lebih merujuk kepada "satu gerakan pengkajian halehwal Islam, budaya bangsa dan masyarakat Muslim oleh orang Barat"
.
Sama ada dengan tujuan ilmiah semata-mata atau untuk tujuan keagamaan dan juga politik.Orientalisme atau dalam bahasa Arabnya disebut "
Al Istisyraq
" adalah ilmu tentang Timur atau hal ehwalketimuran, lebih jauh ia adalah kegiatan atau pengkajian berhubung dengan ehwal ketimuran, sejarah, keyakinanpenduduk di sebelah Timur, susun lapis penduduk, lokasi, persekitaran tabi'inya, bahasa, gaya pertuturan, watak dan
syahsiyyah
mereka.Dalam konteks yang berlainan ada pula pandangan yang mengatakan bahawa Orientalisme sebagai sebuahdisiplin ilmu yang mempunyai metodologi yang tersendiri. Ia dipengaruhi oleh faktor luaran yang berfungsi sebagaidasar atau tujuan kewujudan dan operasinya.Gerakan Orientalisme ini dipelopori pada mulanya oleh para Mubaligh Kristian dan Paderi untuk tujuanmendakyahkan agama Kristian .Tetapi akhirnya bergandingan dengan kehadiran imperialisme barat ke Dunia Islamuntuk mengukuhkan penjajahan mereka ke atas negara-negara jajahan tersebut.Dr Hamdi Zaqzuq menegaskan: "Terdapat suatu kesefahaman mutlak di kalangan mubaligh Kristian kurunke 13 tentang betapa perlunya menguasai bahasa-bahasa orang Islam seandainya mahu dijayakan usahapengkristianisasi ke atas mereka. Persefahaman yang telah diterjemahkan dalam bentuk agenda bertindak ,itumerupakan faktor penting dalam perkembangan orientalisme. Pada masa itu tidaklah mudah untuk memisahkanOrientalisme dengan Kristianisasi atau motivasi keagamaan. Motivasi keagamaan inilah menjadi pencetus utamabagi lahirnya Orientalisme".Orientalisme juga berasal dari kata orient yang beerti timur.
2
Asalnya dari bahasa Perancis yangkemudiannya dipergunakan dalam berbagai bahasa Eropah termasuk bahasa Inggeris. Oriental adalah kata sifat yangbermakna sesuatu yang bersifat ketimuran. Tambahan kata isme(Belanda) atau ism (Inggeris) menunjukkan suatufahaman (aliran pemikiran), ajaran atau amalan. Lawan orient ialah occident yang beerti barat.Mengikut The Living Webster Encyclopedia Dictionary of the English Language, orientalisme diatkrifkansebagai hal-hal yang bersifat ketimuran:iaitu keanihan dunia timur tentang ilmu pengetahuan terutama dalam soalbahasa, kesusasteraan atau kebudayaannya. Manakala orientalis pula ialah orang yang mengkaji bahasa, keseniandan lain-lain yang berhubung dengan Negara Timur.
1
Edward W Said, 1996.
Orientalisme
, hlmn. 347
2
Mashitah Taharin ,1985,
Dewan Bahasa & Pustaka, Kamus Dwibahasa
, hlmn.857
 
2
Berdasarkan kepada takrif diatas menunjukkan bahawa bidang orientalisme serta ruang lingkupnya adalahamat luas. Ia mungkin mencakupi bidang-bidang seperti bidang arkeologi, sejarah, bahasa, agama,kesusasteraan,keturunan, kemasyarakatan, adat istiadat, kekuasaan, ekonomi dan kehidupan binatang dan tumbuhan.Memandang kepada orientalisme yang hanya bukan berbentuk kajian ilmiah semata-mata, malahmengandungi tujuan dan matlamat yang tersembunyi di sebalik pengertian umumnya, maka Ustaz Abdul al-KarimYunus al-Khatib mentakrifkannya sebagai sebuah pergerakan yang lahir di zaman ini. Pada umumnya ia berlabelkanilmu iaitu mengkaji peninggalan tersebut bertujuan mengalih pandangan ahlinya supaya berkiblat ke Barat danmendewa-dewakan peradabannya.Seterusnya al-Jundiyy menjelaskan takrif orientalis dengan satu golongan manusia yang dilatih olehpenjajah khusus dalam bidang ilmu pengetahuan dengan memperalatkan mereka untuk menghancurkan Islam,melahirkan seribu macam keraguan tentang kebenarannya dan mereka-reka perselisihan yang tidak pernah berlakudi kalangan orang Islam. Cara yang paling berkesan mereka bergerak ialah menutupi kebenaran dengan kebatilandan menjalankan penipuan melalui penyelewenganfakta yang secara jelas menampakkan kecetekan pengetahuanmereka sendiri.Malik bin Nabiyy pula mengkhususkan takrif orientalis kepada penulis-penulis Barat (sama ada darigolongan Yahudi, Kristian atau Athiesdan lain-lain) yang menulis mengenai pembangunan Islam dan peradabannya.Dalam buku Gerakan Keagamaan dan dan Pemikiran yang disusun oleh WAMY, orientalisme adalahgelombang pemikiran yang mencerminkan berbagai kajian ketimuran yang berkaitan dengan Islam.Biasanya aspek yang menjadi kajian golongan ini seperti agama, seni, bahasa dan kebudayaan. Kesan dari aktiviti orientalismemenghasilkan pandangan besar dalam membentuk persepsi Barat terhadap Islam dan dunia Islam. Persepsi yangterbentuk iaitu kemunduran pola fikir dunia Islam dalam rangka pertarungan peradaban antara Timur dan Barat
3
.Sebilangan sarjana barat yang percaya bahawa kemunculan istilah orientalis ini agak lewat, sepertimanayang didakwa oleh orientalis berbangsa Perancis bernama Maxim Rodinson yang mengatakan istilah ini hanyatimbul di Perancis pada tahun 1799 dan digunakan dalam bahasa Inggeris di England sekitar tahun 1838. Istilah inimuncul secara mendadak akibat keperluan dalam mewujudkan sebuah Fakulti Pengajian Ketimuran di sana.Tambahan pula, keperluan mereka untuk mengambil para sarjana yang mahir untuk membantu menguruskanpenerbitan majalah, pertubuhan intelek dan jurusan pengajian akademik.Namun, bagi sarjana Muslim seperti Dr. Ahmad Abdul Hamid Ghurab menetapkan, bahawa pengajianakademik yang ditaja oleh pihak barat di kalangan Ahli Kitab sama ada Yahudi dan Kristian dengan dinamakansebagai orientalis ini lebih memfokuskan kajian terhadap Islam dan penganutnya.Mereka menumpukan kajian dan perbincangan dari kepelbagaian aspek sama ada akidah, syariah,kebudayaan, ketamadunan, sejarah, sistem peraturan, sumber semulajadi dan segenap kemampuan yang dimiliki dikalangan umat Islam. Tujuan utama mereka adalah untuk menyelewengkan ajaran Islam daripada penganutnya,selain menimbulkan keraguan di minda mereka terhadap ajaran Islam. Percubaan ini berpandukan kajian terperinciyang dinamakan sebagai kajian akademik, di samping menempelkan semangat perkauman dan perbezaan budayayang cenderung kepada barat Kristian berbanding timur yang Islami.
4
3
 
.
Selasa. 11.00 malam.
4
 
Ahmad Abdul Hamid Ghurab, 1993,
Menyingkap Tabir Orientalisme
, hlm. 21.
 
3
Kesimpulannya, Orientalisme adalah suatu gerakan yang timbul di zaman modern, pada bentuk lahirnyabersifat ilmiyah, yang meneliti dan memperdalam masalah ketimuran. Tetapi di balik penelitian masalah ketimuranitu mereka berusaha memalingkan masyarakat Timur dari Kebudayaan Timurnya, berpindah mengikuti keinginanaliran Kebudayaan Barat yang sesat dan menyesatkan.Dengan begitu jelaslah bahwa Orientalisme adalah alat yang dipakai oleh musuh-musuh Islam yang inginmerosakkan da’wah dan ajaran Islam yang sangat sesuai dengan fitrah manusia tersebut. Para Orientalis berusahakeras memerangi Islam dengan berbagai-bagai cara, gaya dan dayanya dan dengan berbagai bentuk kerana tujuanmereka terang-terangan anti dan ingin menghancurkan Islam itu sendiri. Syukur, Allah selalu melindungi ummatIslam dan menenangkan ummat Islam, walaupun dibenci oleh orang kafir.
2.
SEJARAH PERTUMBUHAN DAN PERGERAKAN ORIENTALIS
Adalah sukar untuk menentukan tarikh yang tepat bila bermulanya gerakan orientalisme. Walaupun sesetengahpengkaji menunjukkan bahawa orang Kristian ada menceritakan permulaan lahirnya orientalisme secara rasmi ialahbersamaan dengan resolusi perhimpunan gereja Vienna pada tahun 1312 Masihi, untuk menubuhkan kursi bahasaArab di beberapa buah universiti di Eropah. Jadi, tidak syak lagi bahawa penyebaran Islam yang meluas di Timur dan di Barat dengan begitu cepat telah membuka mata ketua-ketua agama Kristian terhadap Islam. Dari sinilahbermulanya pengajian agama Islam secara mendalam di kalangan orang Kristian dengan tujuan untuk menjagasaudara Kristiannya daripada memeluk agama Islam.Ada sesetengah pengkaji mengatakan bahawa orientalisme bermula pada kurun yang kesebelas Masihi,sementara Rudi Poret berpendapat bahawa permulaan kajian tentang Islam dan bahasa Arab di Eropah bermula padakurun kedua belas. Pada masa yang sama juga al-Quran telah diterjemahkan kepada bahasa Latin dan satu kamusbahasa Latin-Arab telah disusun. Pendapat Poret ini telah dikaji terlebih dahulu oleh orientalis Gostep Doga iaitutarikh orientalisme di Eropah adalah dari kurun kedua belas hingga kurun kesembilan belas yang diterbitkan di Parispada tahun enam puluhan.Ada juga pengkaji yang menyatakan bahawa orientalisme bermula sejak dua kurun sebelum itu, iaitu padakurun kesepuluh Masihi. Ini mungkin mempengaruhi tulisan Najib al-Aqiqi di dalam kitabnya berhubung denganorientalisme dalam tiga juzuk. Beliau mencatatkan bahawa orientalisme telah wujud sejak seribu tahun lalu dimanaterdapat seorang paderi Perancis (940-1003 Masihi) telah pergi menuntut ilmu ke Andalusia di Sevilla dan Cordovasehingga menjadi seorang alim di kalangan pendeta di Eropah pada zaman itu dan beliau juga mahir dalam bahasaArab, Ilmu Hisab dan Ilmu Falak. Paderi itu kemudian memegang jawatan ketua paderi di Rom dengan memakainama Silvester II pada tahun 999-1003 Masihi.Walaupun orientalisme telah berusia hampir seribu tahun (berasaskan pendapat ini) tetapi mafhumnyaorientalisme tidak begitu giat di Eropah kecuali pada akhir kurun kelapan belas. Gerakan orientalis mula muncul diEngland pada tahun 1779 dan di Perancis pada tahun 1799, setelah itu baru dimuatkan perkataan orientalisme kedalam kamus pengetahuan Perancis pada tahun 1838. Apa yang penting di sini bukanlah persoalan tentang tarikhorientalis atau bila orientalisme lahir, tetapi persoalannya ialah lahirnya permulaan kajian tentang bahasa Arab danIslam di Eropah. Persoalan inilah yang menjadi tajuk perbincangan sejak dahulu. Tambahan pula kajian-kajian yangdibuat oleh para orientalis pada kurun yang lalu tidak mempunyai objektif dan nilai ilmiah, malah ia hanyamerupakan satu pengakuan gambaran terhadap apa yang berlaku.

Activity (14)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Azura Yaacob liked this
Azura Yaacob liked this
Zura Ntnazurah liked this
Saidul Ikhwan liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->