You are on page 1of 2

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH bioteknologi

BIOTEKNOLOGI

Bioteknologi merupakan salah satu daripada teknologi yang diberi penekanan dalam pembangunan
negara dewasa ini. Kemajuan dalam kejuruteraan genetik telah mencetus perkembangan bioteknologi
di negara-negara maju. Kefahaman yang kukuh mengenai proses hidup peringkat gen mampu
memberi sumbangan yang bererti kepada penyelidikan dan pembangunan bioteknologi di negara ini
Apakah bioteknologi? Bioteknologi adalah bidang yang berkaitan dengan kegunaan mikrob, sel
haiwan atau tumbuh-tumbuhan atau enzim untuk mensintesis, memecah atau mentransformasikan
bahan. Hal ini memerlukan integrasi biokimia, biologi, mikrobiologi, kejuruteraan kimia dan
kejuruteraan proses. Dengan kata lain, bioteknologi adalah penggunaan organisma hidup, komponen
dan hasilannya untuk meningkatkan kualiti kesihatan dan persekitaran manusia.
Bioteknologi dianggap sebagai julat teknologi serba boleh yang dapat diterapkan dalam pelbagai
sektor industri. Antara disiplin semula jadi dalam bioteknologi ialah genetik, biokimia, kimia, sains
pemakanan, kejuruteraan teknologi makanan, kejuruteraan makanan, kejuruteraan kimia, kejuruteraan
biokimia, elektronik dan mikrobiologi.
Sebenarnya, bidang bioteknologi bukanlah suatu perkara yang baru. Ia telah terbentuk sejak
beribu-ribu tahun dahulu dan teknologi ini semakin dimajukan mengikut perkembangan semasa.
Pada zaman dahulu, aktiviti-aktiviti yang melibatkan bioteknologi meliputi proses tradisional
seperti membuat roti, wain, keju. Malah penghasilan makanan tempatan seperti kicap dan tempe juga
melibatkan bioteknologi.
Bidang ini semakin diberi perhatian serta dimajukan melalui penelitian dan analisis saintifik
yang rapi. Bidang bioteknologi kini terlibat dalam bidang kejuruteraan genetik, enzim, makanan dan
minuman, perubatan, pertanian, perhutanan dan persekitaran manusia.
Misalnya di dalam bidang kesihatan misalnya, bioteknologi digunakan untuk menghasilkan
antibiotik, hormon dan vaksin. Kegunaan bioteknologi dalam bidang pertanian termasuk pengawalan
serangan serangga menggunakan mikrob, pembiakan genetik tumbuhan dan pembentukan haiwan
untuk meningkatkan tumbesaran.
Bidang industri makanan dan minuman atau pengeluaran bahan bakar dan kimia pula melalui
proses teknologi fermentasi. Sementara bioteknologi alam sekitar melibatkan sistem rawatan dan
biodegradasi bahan kimia toksik. Bersesuaian dengan kedudukan Malaysia di dalam kawasan Tropika
yang kaya dengan sumber ash yang bernilai, cara terbaik untuk memanfaatkan sumber ini ialah
dengan menggunakan bioteknologi.
Memandangkan bidang ini semakin penting dan mendapat perhatian banyak pihak, kerjaya ini
mempunyai potensi yang cukup baik. Lulusan di bidang ini boleh berkhidmat sama ada di sektor
kerajaan atau swasta terutama bagi mereka yang bergiat cergas di dalam penyelidikan dan industri
berasaskan bioteknologi. Anda boleh berkhidmat di bidang kesihatan, perubatan, pertanian, makanan
dan minuman, alam sekitar dan persekitaran manusia yang berkaitan bioteknologi. Malah lulusan ini
boleh menjadi pensyarah di universiti atau institusi pengajian tinggi.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN


i) Minat yang mendalam
(ii) Mempunyai latar belakang sains
(iii) Mempunyai minat di dalam melakukan penyelidikan
(iv) Boleh melakukan kerja-kerja penyelidikan dalam tempoh yang lama
(v) Sanggup melakukan penyelidikan dan penelitian di makmal
(vi) Mempunyai kreativiti
(vii) Rajin membaca dan melakukan rujukan
(viii) Mempunyai kemahiran menganahisis

Manmohan Singh /12/08/2021 muka surat 1/2


Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH bioteknologi

SYARAT MENCEBURI BIDANG INI

Sekiranya anda berminat memilih bidang ini sebagai kerjaya, anda perlu lulus sekurang-
kurangnya ijazah sarjana muda sama ada dan universiti tempatan atau luar negara yang
diiktiraf.

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Oleh kerana bidang ini berpotensi untuk maju, beberapa universiti tempatan menawarkan
program ini di peringkat sarjana muda. Universiti itu ialah Universifi Kebangsaan Malaysia
(UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra
Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Sabah
(UMS). Sementara itu banyak universiti luar negara seperti di Amerika Syarikat, United
Kingdom, Australia, Kanada dan di Jepun menawarkan bidang
Semasa pengajian anda akan mempelajari beberapa disiplin berkaitan termasuk biokimia,
mikrobiologi, genetik dan biologi perkembangan. Anda juga akan didedahkan dengan teknologi baru
seperti pemprofilan DNA genom, teknologi DNA rekombinan, teknologi hibridoma, kultur tisu dan
sel, kejuruteraan protein, teknologi enzim, bioteknologi tumbuhan dan haiwan di samping teknik-
teknik penyehidikan terkini dalam biologi molekul.

SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Terdapat beberapa cara untuk anda melanjutkan pengajian di bidang bioteknologi di universiti
tempatan atau luar negara:

Cara pertama: Matrikulasi/asasi sains ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Syarat
yang diperlukan ialah calon perlu lulus pangkat satu atau dua SPM/SPMV serta mendapat kepujian
bahasa Melayu dan matematik. Selain itu, anda perlu lulus kepujian dalam empat mata pelajaran
termasuk sekurang-kurangnya dua mata pelajaran sains. Tempoh pengajian ialah selama satu setengah
tahun selepas menamatkan pengajian di peringkat ijazah pertama untuk tempoh tiga tahun.

Cara kedua: Rancangan Persediaan Khas (Jepun) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini
dijalankan di Universiti Malaya (UM) dan mengambil masa setahun. Syaratnya ialah anda perlu lulus
SPM/SPMV serta mendapat tidak kurang empat kepujian dalam mata pelajaran sains/ teknik. Selepas
menamatkan program ini, anda akan melanjutkan pengajian di beberapa universiti terkemuka di
Jepun di bidang bioteknologi selama empat tahun.

Cara ketiga: Universiti-universiti tempatan juga mengambil calon dan lepasan STPM ahiran
sains/setaraf. Anda perlu lulus STPM serta mendapat prinsipal E dalam pengajian am. Selain itu anda
perlu mendapat tidak kurang dua prinsipal termasuk gred E dalam biologi. Calon yang ditawarkan
akan terus ke peringkat saijana muda.

Cara keempat: Bagi calon yang berkelulusan diploma di bidang berkaitan juga boleh melanjutkan
pengajian di peringkat saijana muda di universiti tempatan. Diploma yang dimaksudkan ialah
Diploma Sains, Diploma Mikrobiologi dan Diploma Teknologi Makanan.

Manmohan Singh /12/08/2021 muka surat 2/2

You might also like