You are on page 1of 4

HBML2203_SEM JAN10/ MHAA

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN Markah

1. Apakah yang dimaksudkan dengan strategi direktif dalam pembelajaran


bestari?
(4)

2. Jelaskan maksud gaya pembelajaran dalam konteks pedagogi bestari.


(4)

3. Huraikan dengan ringkas kepentingan penilaian dalam proses pengajaran


dan pembelajaran.
(4)

4. Jelaskan maksud strategi pengajaran dan pembelajaran metakognitif.


Berikan TIGA unsur penting dalam strategi ini.
(4)

5. Berikan EMPAT jenis pembelajaran berpusatkan individu.


(4)

(Jumlah: 20)

1…
HBML2203_SEM JAN10/ MHAA

BAHAGIAN B

ARAHAN

Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

SOALAN Markah

1. Dalam konteks pembelajaran, teori konstruktivisme menekankan bahawa


ilmu pengetahuan tidak wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda
berdasarkan pengalaman sebenar.

(a) Apakah DUA konsep asas dalam teori pembelajaran


konstruktivisme? Berikan contoh-contoh yang bersesuaian. ( 10 )

(b) Huraikan DUA konsep asas yang berkaitan dengan pembelajaran


kognitif seseorang individu. ( 10 )
(Jumlah: 20)

2. Sebagai guru, anda boleh mengaplikasikan pembelajaran bermakna


menurut pendekatan konstruktivisme.

(a) Jelaskan peranan guru dan peranan pelajar dalam konstruktivisme. ( 10 )

(b) Apakah implikasi dalam pelaksanaan pembelajaran


konstruktivisme? ( 10 )
(Jumlah: 20)

2…
HBML2203_SEM JAN10/ MHAA

3. Elemen bestari ciri-ciri pelajar dalam pengurusan P & P merangkumi tiga


unsur utama, iaitu gaya pembelajaran, kecerdasan pelbagai dan kecerdasan
emosi.

(a) Jelaskan maksud kecerdasan emosi. (5)

(b) Huraikan TIGA elemen utama kecekapan personal dalam


meningkatkan kecerdasan emosi. ( 15 )
(Jumlah: 20)

4. Pembelajaran koperatif (PK) ialah suatu proses yang membantu murid


berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai matlamat yang sama
atau mendapatkan satu hasil akhir, iaitu end product.

(a) Huraikan struktur dalam pembelajaran koperatif. ( 12 )

(b) Apakah EMPAT ciri dalam pembelajaran koperatif. (8)

(Jumlah: 20)

5. Pembelajaran generatif ialah proses pembelajaran dengan menjana idea


berasaskan pengalaman sedia ada (skemata). Pemikiran pelajar diasuh
untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara kritis.

(a) Apakah aktiviti pengajaran dan pembelajaran strategi generatif? ( 10 )

(b) Huraikan langkah-langkah membentuk Model Synectics dalam ( 10 )


pengajaran dan pembelajaran.
(Jumlah: 20)

3…
HBML2203_SEM JAN10/ MHAA

BAHAGIAN C

ARAHAN

Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

SOALAN Markah

1. Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang
tidak diketahui. Metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan
kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran berlaku. Apabila
kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan
merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari.

Bincangkan strategi-strategi yang dapat digunakan bagi meningkatkan


metakognitif pelajar dalam pembelajaran.
(Jumlah: 20)

2. Setiap individu dilahirkan dengan pelbagai kecerdasan. Dari segi


perspektif Islam, Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa kuantiti dan
kualiti akal berbeza-beza antara satu individu dengan yang lain.
Kekurangan dan kelebihan ini dikatakan kecerdasan pelbagai.

Bincangkan SEMBILAN kecerdasan pelbagai yang ada pada pelajar


sebagai individu yang tersendiri yang merupakan ciri-ciri pelajar dalam
pedagogi bestari.
(Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like