You are on page 1of 7

Bentuk Badan Endomorf, Mesomorf, Ektomorf.

Pengenalan
            Mengikut Dictionary of psychology(1993) , Perbezaan individu dihuraikan sebagai “ variasi
atau ketidaksamaan individu daripada norma  kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi,
fizikal, moral, tingkah laku, sosial, bakat, dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat di kalangan
individu dalam sesuatu kumpulan”.Huraian ini menjelaskan bahawa setiap individu adalah unik
dan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.

            Perbezaan individu ini boleh dihayati daripada beberapa huraian aspek perbezaannya.
Terdapat 6 aspek yang terlibat dalam perbezaan individu iaitu aspek fizikal, aspek kognitif, aspek
emosi, aspek tingkah laku,aspek sosial, dan aspek rohani. Tugasan kami adalah untuk
mengklasifikasi 3 bentuk tubuh badan. Wiliam Sheldon  telah mengklasifikasikan tiga set
personality dankebolehan fizikal terutama dalam sukan. Tiga bentuk somatotaip tersebut ialah:

 Endomorf
 Mesomorf

 Ektomorf

            Dalam ketiga-tiga somatotaip ini,masing-masing mempunyai kelebihan dan potensi dalam
aktiviti fizikal dan sukan yang diceburi oleh mereka. Yang penting, latihan yang berkesan dan
berterusan serta cara hidup yang sihat perlu dititikberatkan agar potensi yang sedia ada tidak
disia-siakan. 

Endomorf
            Jenis tubuh badan ini merupakan bentuk badan yang gemuk dan bulat Selalunya mereka
yang memiliki bentuk badan seperti ini akan merasa gusar tentang dirinya. Ada juga dikalangan
mereka yang mengalami masalah obesiti. Dengan keadaan fizikal yang berisi membuatkan
pergerakan mereka terbatas dan menghalang kelincahan diri mereka. Mereka yang memiliki tubuh
seperti ini tidak tegap dan berada dalam keadaan tidak stabil dan juga kelihatan dalam  keadaan
lembik.

Jika mereka tidak gemuk sekalipun, rangka badannya agak lebar dan besar serta rendah.
Bagi aspek personaliti, individu jenis ini dikatakan sebagai seorang periang, suka bergaul, kuat
makan dan ekstrovet.
 

                                                
Rajah 1.0 Bentuk badan endomorf

Ciri-Ciri Perwatakan
      Kelihatan lebih besar dengan lebihan lemak terutamanya di sekitar pinggang, peha dang
punggung.Selain itu, rangka badan juga besar dengan pergelangan tangan dan kaki besar lebih
dari kebiasaan. Selalunya mereka bersikap  tawar hati dan mudah kecewa serta putus asa dalam
melakukan sesuatu perkara.Jumlah kalori dalam badan juga tinggi disebabkan kalori yang
terkumpul kerana kurang bersenam. Cabaran paling besar dalam hidup mereka ialah untuk
menghilangkan berat badan mereka  kerana diet mereka yang tidak dapat dikawal.

Bagaimana untuk mengenal pasti


      Tidak mudah untuk menurunkan berat badan dalam masa yang singkat atau tanpa sebarang
usaha yang berterusan.Salah satu penampilan mereka ialah selalu ingin kelihatan
gempal.Kegemukan mereka mudah untuk dilihat pada keseluruhan tubuh badan mereka. Mereka
tidak minat langsung untuk bersenam kerana bagi mereka apanila bersenam mereka akan
keletihan yang melampau.Pertumbuhan otot mereka berlaku dengan pantas serta berkembang
dengan baik apabila mereka bekerja dengan berat.

      Kadangkala,orang luar akan memikirkan mereka sentiasa cergas namun mereka tidak akan
bersetuju dengan pendapat tersebut.Apabila mereka melihat cermin, mereka akan selalu berkata
bahawa bentuk badan mereka seperti buah pear kerana mereka kelihatan lebih bulat terutamanya
di bahagian bawah.Mereka akan selalu lapar pada setiap ketika terutamanya selepas membuat
sesuatu kerja yang mengeluarkan peluh.Selain itu juga, kemurungan sering kali menghantui
mereka terutamanya apabila memikirkan tentang berat badan dan persaingan.

Bidang sukan yang sesuai diceburi


            Bagi pemilik badan endomorf, sukan yang sangat sesuai bagi mereka adalah seperti
angkat berat, lontar peluru dan lempar cakera. Memandangkan mereka  mengalami pergerakan
yang terhad jadi adalah amat sukar bagi mereka untuk membina kelincahan tetapi mereka
mempunyai kekuatan eksplosif yang tinggi. Oleh itu adalah tepat untuk mereka menceburi bidang
sukan yang tidak memerlukan pergerakan yang banyak yang memerlukan kuasa eksplosif yang
tinggi.
            Individu endomorf mudah meningkat berat badan jika pemakanan dan aktiviti fizikalnya
tidak dijaga..Dari segi prestasi dalam sukan, individu ini lebih sesuai kepada sukan yang
memerlukan kuasa eksplosif otot.
    
                    

                                                    
Rajah 1.1 Bidang sukan yang diceburi oleh badan jenis endomorf

Mesomorf
            Mesomorf merupakan individu yang kebanyakannya berkecendurangan  dalam bidang
sukan sebagai atlet. Mereka mempunyai susuk tubuh yang tegap, keras dan kuat. Mereka tidak
mengalami masalah berat badan berlebihan ataupun masalah kekurangan berat badan. Mereka
boleh makan apa sahaja yang diingini tanpa telalu risau mengenainya.  
            Individu mesomorf mempunyai bentuk badan tegap semulajadi tetapi mereka perlu
melakukan senaman latihan yang sewajarnya untuk mengekalkan dan menambah baik bentuk
badan mereka. Latihan yang keras boleh dilakukan selalu ataupun bagi suatu sesi yang lama bagi
mereka, tetapi haruslah dilakukan secara berhati-hati dan tidak melebihi daripada sepatutnya
kerana dikhuatiri akan memudaratkan tubuh badan. Anda perlu melakukan latihan bebanan
secara bersederhana serta tidak berehat terlalu lama bagi setiap set. Anda akan dapat lihat di
mana otot anda akan terbina dengan mudah.
                                               
Rajah 2.0 Bentuk badan mesomorf
Ciri-Ciri Perwatakan
            Kebiasaannya mereka yang mesomorf adalah terdiri di kalangan mereka yang sering
bekecimpung dalam bidang sukan ataupun lebih dikenali sebagai atlit. Hal ini mereka memiliki
keistimewaan fizikal berbanding individu endomorf dan ektomorf. Keistimewaan dan kelebihan
tersebut membolehkan mereka sering mencapai kejayaan dalam bidang sukan. Antara
keistimewaan fizikal individu mesomorf ialah mereka mempunyai otot badan yang sasa, kelihatan
matang daripada umur sebenar, kulit yang kasar dan mempunyai postur badan yang tegap atau
lurus. Selain daripada mudah untuk membina otot, mereka juga mudah mengurangkan serta
menambah berat badan mereka bagi satu tempoh masa yang singkat. Secara lazimnya, individu
lelaki mesomorf memiliki bentuk badan jenis segi empat bujur manakala si wanitanya memiliki
bentuk badan jenis ”hourglass”.

Bagaimana untuk mengenal pasti


            Dari segi fizikal, Individu mesomorf mempunyai susuk tubuh yang tegap, keras dan kuat.
Rangka mereka adalah sederhana besar dan skala kelebaran dan ketinggian aak sempadan.
Mereka juga merupakan individu yang suka melakukan aktiviti yang dapat memberikan diri
mereka sebarang cabaran. Mereka cenderung ke arah sebarang memiliki tenaga dan penguasaan
terhadap sesuatu perkara. Mereka mempunyai sifat keberanian yang tinggi dalam mencuba
sesuatu perkara baru. Namun begitu mereka sering tidak mengambil peduli tehadap sebarang
tanggapan dan fikiran orang lain terhadap apa yang mereka lakukan. Ini menunjukkan tahap
keyakinan diri yang tinggi dalam diri mereka. Selain tegas dalam memutuskan sesuatu perkara,
individu endomorf juga memiliki semangat daya saing yang tinggi serta sukakan kepada apa jua
bentuk cabaran dan peluang yang diberikan.
Bidang sukan yang sesuai diceburi

            Para atlit yang mempunyai bentuk badan jenis mesomorf boleh memberikan tindakbalas
yang baik bagi sebarang bentuk latihan samada latihan kardiovaskular ataupun latihan berbentuk
halangan. Tambahan pula, mereka dapat mengekalkan tahap rendah lemak badan mereka.
Selain itu juga, semua kumpulan otot mereka boleh digunakan untuk memperolehi kesan latihan
yang positif. Walaupun individu mesomorf boleh menambah dan mengurangkan berat badan
dengan mudah, namun ianya tetap bergantung kepada sukan yang diceburinya.

                       
Rajah 1.1 Bidang sukan yang diceburi oleh badan jenis mesomorf

Ektomorf
            Individu  yang memiliki badan ektomorf adalah kurus, tinggi dan pergerakannya
berkemungkinan agak perlahan dan lembut. Individu ini berangka kecil tetapi tinggi. Mereka
selalunya dikaitkan dengan gaya lembik dan berkelihatan kurus. Penampilan dirinya seakan
kurang mature dan tidak meyakinkan. Emosi pula mudah tidak stabil dan sering kelam kabut
dalam tindakannya. Mereka juga mudah diselubungi oleh kemurungan dan kurang tahan dengan
tekanan. Mereka juga kurang aktif dan pesimistik dalam tindakan.
Rajah 3.0 Bentuk badan ektomorf

Ciri-Ciri Perwatakan
            Individu yang mempunyai badan ektomorf. ciri -ciri bentuk badan ini ialah tangan dan kaki
yang kurus, lemak yang sedikit,bahu , punggung , dada dan abdomen yang berbentuk sederhana.
ciri - ciri ini jelas menunjukkan mereka yang berbentuk badan ini mampu menyertai acara sukan
seperti larian jarak jauh , lompat tinggi , aktiviti berbasikal dan acara triatlon. umum mengetahui ,
acara lompat tinggi memerlukan mereka yang mempunyai otot yang tinggi dan ringan untuk
membuat kuasa ketangkasan dan mudah untuk mengangkat badanya. oleh itu, kelebihan ini lebih
tertumpu kepada mereka yang mempunyai bentuk badan ektomorf ini.  namun begitu mereka
tidak sesuai untuk acara ice hockey goalie, weightlifter, and hammer thrower.

Bagaimana untuk mengenal pasti


            Individu ektomorf adalah individu yang kurus ,tinggi dan pergerakannya berkemungkinan
agak perlahan atau lembut. Individu ini berangka kecil tetapi dari segi ketinggian,mereka adalah
tinggi. Mereka yang berbadan ektomorf memilikii bahu dan pinggang yang kecil. Selain itu ,
mereka juga mempunyai susuk dada, abdomen dan badan yang agak kecil. Begitu juga dengan
lengan dan kaki mereka yang kecil.  Dari segi berat badan, mereka mempunyai lipid yang kurang
dan otot mereka juga tidak begitu besar.    Dari segi personaliti, golongan ini umunya agak
pendiam, tidak suka bergaul, beremosi, pemalu dan cerdik.,
Bidang sukan yang sesuai diceburi
            Individu ektomorf adalah mereka yang berbadan kurus dan tinggi. Mereka berangka kecil
tetapi tinggi. Individu seperti ini selalunya agak sukar dalam peningkatan berat badan. Majoriti
individu seperti ini kurang berminat dalam sukan, tetapi mereka yang menceburi diri, mereka amat
berpotensi tinggi untuk cemerlang dalam sukan yang diceburi. Acara lari jarak jauh amat sesuai
bagi individu ektomorf. Selain itu, sukan yang memerlukan ketinggian dan sesuai dengan mereka
adalah seperti bola tampar, bola jaring, bola keranjang dan lompat tinggi bagi acara olahraga.

                                   

Rajah 1.1 Bidang sukan yang diceburi oleh badan jenis ektomorf

You might also like