Menurut Betti dan Sale (1997), secara umumnya empat kepentingan lukisan, antaranyaialah:a. Tujuan untuk penyelidikan, kajian dan untuk melihat sesuatu peristiwa yang sebenar, b. Tujuan untuk merakamkan sesuatu peristiwa.c. Tujuan sebagai alat komunikasi idea (mencari idea yang terbaik)d. Sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk menghasilkan satu karya yangterbaik.
Karya lukisan yang dihasilkan biasanya menggunakan media jenis kering. Karya lukisanmerupakan kerja peringkat awal yang dibuat untuk menghasilkan catan. Karya lukisanmementingkan unsur garisan untuk membentuk imej dan tidak menggunakan warna,kecuali warna daripada alat tulis seperti pensel warna atau krayon. Lukisan biasanyadihasilkan secara sepontan serta dapat menunjukkan keaslian dan keindividuan gaya persembahan pelukisnya.
JENIS-JENIS LUKISANLukisan Figuratif
: Tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukisfiguratif adalah amat sukar kerana dari segi kadar bandingan adalah perkara yangmenentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif.
Lukisan Kajian
: Dilukis untuk mengkaji sesuatu benda. Misalnya kajian terhadaptumbuh-tumbuhan maka pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan kajian. Kebiasaannya lukisan kajian lebih tertumpu kepada objek alam sepertitumbuh-tumbuhan dan haiwan.
Lukisan Informasi
: Adalah bertujuan untuk memberi informasi kepada pelanggan,kebiasannya dalam bentuk ilustrasi atau peta. Lukisan ini memerlukan kemahiran yangkhusus dan melukis dengan cermat dan bersih.
Lukisan Teknikal
: Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan saintifik. Lukisanteknikal memerlukan kemahiran dalam matematik kerana keperluan untuk melukisdengan kadar banding yang tepat. Contoh melukis kenderaan dan alatan pengguna.
Lukisan Konseptual
: Jarang sekali kedengaran. Pelukis memerlukan imaginasi yangkuat untuk melukis sesuatu konsep yang baru. Misalnya sesebuah filem serammemerlukan lukisan satu watak seram untuk dijadikan watak dalam cerita tersebut, maka pelukis perlu melukis konsep watak tersebut dalam bentuk fantasi.
Lukisan Artistik
: Ia hanya tertumpu kepada keindahan dalam pengkaryaan. Pelukismelukis hanya sekadar untuk mempamerkan karyanya sebagai sesebuah karya seni.Lukisan artistik juga dibuat dalam bentuk thamnil untuk mendapatkan idea karya-karyaseni yang lain seperti arca, catan, percetakan dan sebagainya.2