You are on page 1of 4

Peraturan Pemarkahan P.

Islam ( 45/1 ) Sulit

UJIAN SELARAS 1 TINGKATAN 3(2011)- PEND.ISLAM

No. Soalan Jawapan Markah

1 i Pengertian kalimah yang bergaris: 2 x 1m = 2m

- Telah menzalimi / menganiayai kami


- Dan memberi rahmat kepada kami.

ii Jenis – jenis zalim serta contoh :


4 x 1m = 4m
- Zalim kepada Allah – syirik / kufur
- Zalim kepada diri sendiri – mencuri/tidak solat/tidak menutup mana – mana
aurat. contoh
- Zalim kepada sesama makhluk – memfitnah/saksi bohong munasabah
- Zalim kepada haiwan – mengurung haiwan/ melagakan diterima.
binatang
- Zalim terhadap tumbuhan - menebang pokok / merosakkan
tanaman.
- Zalim terhadap alam sekitar – melakukan pencemaran alam/
bunyi / air / udara.

iii Dua cara untuk mendapat rahmat Allah S.W.T: 2 x 2m = 4m

- Berlaku adil terhadap orang lain.


- Bertaubat dengan ikhlas.
- Melaksanakan ibadat dengan ikhlas dan sempurna.
- Berkasih sayang sesama anggota keluarga / masyarakat.
- Membelanjakan harta ke jalan Allah.

[ mana - mana jawapan yang munasabah diterima ]

2 i Pengertian rasul: 1 x 2m = 2m

- Lelaki pilihan Allah yang diberi wahyu untuk dirinya dan


wajib menyampaikannya kepada orang lain.

ii Dua sebab mengapakah Allah mengutuskan rasul kepada manusia 2 x 2m = 4m


sedangkan mereka telah dikurniakan akal fikiran:

- Akal manusia terbatas / lemah.


- Mengajar manusia cara beribadat.
- Contoh teladan kepada manusia.
- Mengajar manusi a mengenal Allah
- Membimbing manusia ke jalan yang benar.

[ mana – mana jawapan yang munasabah diterima ]


Peraturan Pemarkahan P.Islam ( 45/1 ) Sulit

iii Dua nabi yang bergelar Ulul ‘Azmi dan contoh kesabaran serta
kecekalan hati yang ditunjukkan oleh mereka:

- Nabi Muhammad S.A.W


- sabar menghadapi tentangan kaumnya
- tabah menghadapi pelbagai ujian ketika berhijrah.
- ancaman bunuh
- dihina .
- dipulau .
- dihalau

- Nabi Ibrahim A.S


- Tabah menghadapi tentangan kaumnya.
- dibakar hidup – hidup.
- Bapanya tidak beriman kepada Allah.

- Nabi Musa A.S


- Bertemu Fir’aun dan pengikutnya dengan hati yang
cekal dan tabah.
- Diburu oleh tentera Fir’aun.
- Berhadapan dengan sihir Fir’aun.
- Diusir dari negerinya.

- Nabi Isa A.S


- Tentangan dan ancaman bunuh daripada kaumnya.
- Difitnah kerana lahir tanpa bapa.

- Nabi Nuh A.S


- Sabar menyeru kaumnya selama 950 tahun
- Pengikutnya sedikit.
- Diejek kerana membina kapal di padang pasir.

* Mana – mana dua daripada lima rasul Ulul ‘Azmi serta


contohnya.

3 i Maksud solat ketika sakit: 1 x 2m = 2m

- Menunaikan solat mengikut keupayaan disebabkan kesakitan


yang menghalang daripada menunaikannya secara biasa.

ii Tiga cara mengerjakan solat ketika sakit selain solat secara duduk: 3 x 1m = 3m

- Secara baring mengiring.


- Secara baring menelentang.
- Secara isyarat kelopak mata.
- Secara ingat di dalam hati
Peraturan Pemarkahan P.Islam ( 45/1 ) Sulit

iii Cara mengerjakan solat secara baring menelentang: 3 x 1m = 3m

- Baring menelentang di atas rusuk kanan.


- Muka dan kaki hendaklah mengadap kiblat
- Rukuk dengan mengangkat sedikit kepala .
- Sujud - dilakukan dengan kepala diangkat lebih
tinggi dari rukuk.

iv Dua sebab Islam mewajibkan solat walaupun ketika sakit : 2 x 1m = 2m

- Solat merupakan ibadat terpenting dalam Islam.


- Solat dapat mencegah seseorang daripada melakukan
kemungkaran.
- Solat sebagai penawar kepada penyakit.
- Mengharapkan pertolongan Allah ketika senang dan susah.
- Supaya hidup dan mati dalam iman.

4 a i Nama suami Saidatina Fatimah Az Zah ra’ ialah: 1 x 1m = 1m

- saidina Ali Bin Abi Talib

a ii Dua sumbangan Saidatina Fatimah Az Zahra’ terhadap 2 x 2m = 4m


perjuangan Islam:

- Menjadi pendorong dan motivasi kepada Rasulullah


S.A.W
menerima tekanan dan penentangan Musyrikin Quraisy.
- Sentiasa memberi bantuan semasa Rasulullah S.A.W
menjalankan dakwah.
- Menyediakan makanan untuk tentera Islam ( peperangan
Khandak )
- Bersama – sama dengan wanita Islam memberi rawatan
kepada tentera Islam yang cedera ( peperangan Uhud )

b Gelaran Saidatina Aisyah R.A di beri oleh: 1 x 1m = 1m

- Abu Bakar as Siddiq

c Dua pengajaran yang boleh dicontohi daripada perjalanan hidup 2 x 2m = 4 m


Aisyah r.a ialah:
- Kita hendak berjuang menegakkan kebenaran
- Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan Allah
- Kita hendaklah berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan
- Kita hendaklah sentiasa berakhlak mulia
- Hendaklah berjiwa pendidik
Peraturan Pemarkahan P.Islam ( 45/1 ) Sulit

- Menjadi pemimpin masyarakat


- Bertanggungjawab terhadap agama dan bangsa.

5 a i Maksud tetamu: 1 x 2m = 2m

- Orang yang datang berkunjung ke rumah kita / menziarahi


orang
lain samada dijemput atau tidak.

a ii Dua cara anda melayani tetamu yang datang ke majlis kesyukuran 2 x 2m = 4m


di rumah anda:

- Menyambut tetamu di muka pintu.


- Menjawab salam yang diberikan.
- Mempersilakan tetamu masuk ke dalam rumah.
- Menyediakan tempat duduk yang selesa kepada tetamu.
- Menunjukkan muka yang manis.
- Bertanya khabar kepada tetamu yang datang.
- Bercakap dengan sopan.
- Menyediakan juadah makanan.
- Menutup aurat.
( mana – mana jawapan yang munasabah diterima )

b Dua tanggungjawab anak terhadap ibu bapa setelah meninggal 2 x 2m = 4m


dunia:

- Sentiasa memohon keampunan untuk mereka.


- Menjelaskan hutang mereka.
- Menyempurnakan janji yang telah dibuat oleh mereka.
- Memuliakan dan berbuat baik dengan rakan mereka.
- Mengerjakan haji untuk mereka jika belum menyempurnakan
ibadah haji.

Jawapan salah :-
 Menziarahi kubur mereka
 Mebaca al-quran untuk mereka

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT Disediakan Oleh: Pn Nor Azlina Bt Sidek

Guru Cemerlang Pendidikan Islam

You might also like