You are on page 1of 4

Soalan 4:

a) Nyatakan bukti yg menyokong teori hanyutan benua. (5markah)


b) Huraikan bukti-bukti tersebut. (10 Markah)
c) Apakah yg dimaksudkan oleh teori hanyutan benua? (10markah)

Jawapan :
a) Bukti yg menyokong teori hanyutan benua ialah
 Keselanjaran benua
 Bukti geologi
 Bukti fosil
 Bukti paleomagnet
 Bukti oseanik

b) Bukti Keselanjaran Benua


 Garisan pinggir pantai di beberapa benua boleh dicantumkan walaupun kedudukan
benua-benua kini adalah jauh dan dipisahkan oleh lautan yg luas.
 Misalnya pinggir laut bahagian barat Afrika boleh dicantumkan dgn pinggir laut di
bahagian timur Amerika Syarikat.
 Padanan antara benua- benua yg bolah dicantumkan ini seolah- olah spt “Jigsaw
Puzzle”.
 Benua- benua yg ada pd hari ini berasal drpd satu benua yg besar ( PANGEA ).

* PRAMILA RAVI *
Bukti Geologi
 Melalui teknik radiometrik geologi enapan awal yg berada di atlantik dan yg ditemui
di benua amerika selatan dan afrika sama dari segi jenis dan usia walaupun berada pd
benua-benua yg berlainan.
 Di sepanjang pinggir pantai Brazil di Amerika Selatan terdptsatu jaluran batuan lama
( mempunyai umur kira- kira 2000 juta tahun ) yg merupai satu jaluran bayuan yg lain
terdpt di Afrika. Persamaan- persamaan jaluran batuan ini membuktikan bhw benua
Amerika selatan dan Afrika adalah bercantum pd masa pra- Kambrian. Keselanjaran
tersebut berterusan sehingga zaman Mesozoik berdasarkan kpd bukti bhw terdptnya
lapisan batuan Paleozoik Akhir yg ditemui di kedua- dua benua tersebut.

Bukti Fosil
 Alfred Wegener dan Du Toit menguatkan lagi bukti kebenaran Teori Hanyutan Benua.
Padangan beliau secara tidak langsung disokong melalui kajian fosil atau bidang
paleontologi.
 Fosil haiwan dan tumbuh-tumbuhan dijumpai di benua-benua berlainan adalah sama
dr segi jenis dan usia.
 Contohnya fosil dinousour dr zaman jurasik yang ditemui di benua Amerika Selatan,
Afrika, dan juga China. Bukti- bukti ini menguatkan hujah bhw asalnya benua- benua
tersebut adalah satu shj yg mana haiwan- haiwan berkenaan hidup di satu kawasan yg
sama.
 Apabila berlakunya hanyutan benua, benua akan terpisah dan haiwan- haiwan itu turut
berpisah.
* PRAMILA RAVI *
Bukti Paleomagnet
 Bukti mengenai pindahan kutub
 Pengalihan dan putaran benua
 Pembalikan medan geomagnet

Bukti Oseanik ( bahan mendapan dalam laut )

 Bahan mendak lautan yg paling tua ditemui di lautan Atlantik dan lautan Pasifik hasil
drpd usaha penggerudian ialah berusia kira- kira 160 juta tahun dahulu iaitu bersamaan
dgn zaman Jurasik.
 Walaupun kedua-dua lautan ini paling jauh tetapi bahan mendak yg ditemui sama dari
segi jenis dan usia menguatkan lagi hujah berlakunya pergerakan benua.

c) Teori hanyutan benua menjelaskan bhw benua-benua sentiasa mengalami pergerakan atau
anjakan antara satu sama lain kerana wujudnya arus perolakan yg panas di dalam mantel
bumi. Arus perolakan mampu menggerakan lapisan kerak bumi yg dibahagikan kpd plat-
plat tektonik. Pd peringkat awal pembentukan benua- benua, bumi hanya memiliki sebuah
benua yg besar yg dikenali sbg PANGEA yg kemudiannya berpecah manjadi Laurasia dan
Gondwana. Laurasia dan Gondwana terus mengalami pemecahan sehingga terhasilnya
benua- benua yg wujud pd masa kini.

* PRAMILA RAVI *

You might also like