You are on page 1of 8

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

1) Berikan perhatian sepenuhnya apabila mendengar penerangan mengenai peraturan dan


langkah-langkah keselamatan.
2) Pakai pakaian pelindung apabila perlu.
3) Jangan pakai pakaian longgar yang boleh termasuk ke bahagian mesin yang bergerak.
4) Jangan ubah kedudukan sebarang notis amaran yang telah diletakkan di atas atau dekat
dengan sebuah mesin oleh pekerja senggraan atau kakitangan lain.
5) Jangan ubah kedudukan sebarang pengadang atau penutup mesin semasa mesin sedang
bergerak.
6) Apabila anda merasa was-was cara menggunakan mesin, mintalah penerangan dari
pengajar.
7) Ingat tempat letaknya suis-suis utama dan tempat untuk mendapatkan pertolongan
cemas.
8) Jangan kendalikan sebarang mesin apabila anda merasa terlalu letih atau perasaan anda
kacau-bilau.
9) Jangan berlari di dalam woksyop.
10) Gurau-senda tidak dibenarkan setiap masa di dalam woksyop.
11) Janga baling sebarang benda di dalam woksyop.
12) Sentiasa tumpukan perhatian terhadap kerja yang sedang dilakukan.
13) Jangan terlalu hampir dengan mesin-mesin yang sedang bergerak.
14) Apabila kerosakan disyaki, laporkan kepada kakitangan di dalam woksyop.
15) Jangan mencuba membaiki sesuatu mesin tanap memberitahu kakitangan di dalam
woksyop.
16) Hindarkan daripada membuat sebarang ujian atau pembetulan semasa mesin sedang
bergerak.
17) Berwaspadalah dengan bau-bau yang ganjil.
18) Berikan laporan yang lengkapmengenai sesuatu kemalangan kepada kakitangan di
woksyop secepat mungkin.
19) Lap kering sebarang cecair yang tumpah ke atas lantai secepat mungkin terutamanya
minyak.
20) Simpan alat-alat di tempat yang sepatutnya setiap masa.
21) Berikan penjagaan yang sempurna kepada mesin dan alat yang digunakan.
Objektif

Projek blok T dan U adalah untuk melatih pelajar-pelajar menggunakan alatan tangan
dan mesin. Selain itu, projek ini juga dapat menjadikan pelajar-pelajar lebih berdisiplin dan
menanam sikap bekerjasama di antara mereka. Di samping itu, projek ini dapat membantu
pelajar-pelajar mengenalali alatan tangan dan kegunaanya dengan lebih tepat. Projek ini juga
membantu pelajar menggunakan alatan tangan dan mesin dengan betul dan tepat selain
melatih pelajar membiasakan diri menggunakan alatan tangan dan mesin.
PENGHARGAAN

Saya Azizi Al Bakrie bin Abd Wahab, kelas DAD1S1 merupakan salah seorang pelajar
yang terbabit dalam projek ini turut memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah,
Tuhan sekalian alam kerana memberi nikmat-nikmat dan segala kemudahan untuk saya
melakukan projek ini. Selain itu, jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya serta keluarga saya
kerana memberi dorongan dan semangat untuk saya melakukan projek ini. Tidak lupa juga
kepada pensyarah-pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam melakukan
projek ini. Akhir sekali, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya
kerana banyak memberi kerjasama walaupun projek ini dilakukan secara individu.
Langkah-langkah penghasilan blok T

1) Pertama sekali, potong mild steel flat bar kepada 50mm dengan menggunakan gergaji
besi.
2) Selepas itu, kikrkan logam tersebut kepada bentuk yang bersaiz 70mm x 48mm.
3) Kemudian, tanda dengan menggariskan garis 25mm dan 20mm di semua sisi.
4) Tebukkan sedikit di persilangan garisan yang ditandakan, kemudian tebukkan dengan
gerudi.
5) Tebukkan lubang yang ketiga seperti lubang tadi.
6) Gergaji dan bentukkan kepada bentuk T.
7) Buat lekungan di dua bucu di atas dan kemudian menyiapkan kerja-kerja akhir.

LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN U BLOK

1) Pertama sekali, potong mild steel flat bar kepada 50mm dengan menggunakan gergaji
besi.
2) Selepas itu, kikirkan logam tersebut kepada bentuk bersaiz 70mm x 48mm.
3) Tandakan garisan melintang yang berada 25mm dari sisi atas dan garisan menegak, iaitu
20mm dari sisi tepi.
4) Tandakan lubang pada persilangan dan tebukkannya dengan gerudi.
5) Tandakan dan tebukkan lubang di sepanjang dalam dan bawah slot U yang berukuran
30mm.
6) Potong garisan menegak yang berada di dalam.
7) Pahatkan di sepanjang lubang yang ditebuk di sepanjan dalam dan bawah slot U.
8) Tandakan dan tebukkan lubang yang ketiga.
9) Bentukkan blok kepada saiz yang diberi.
10) Buat lekungan di bucu bawah dan menyiapkan kerja-kerja akhir.
ALATAN-ALATAN TANGAN

 Sesiku L – Digunakan untuk memeriksa kepersegian, kerataan permukaan dan untuk


menanda garisan bersudut tepat.
 Pengapit- Digunakan untuk memegang objek-objek dengan kemas samada untuk
dipotong atau dikikir.
 Penggarit-Digunakan untuk menggarit garisan pada permukaan logam.
 Angkup luar-Digunakan untuk mengukur dan menguji bahagian luar pada aci, paip,
silinder, atau tebal/lebar logam.
 Penebuk tanda- Digunakan untuk membesarkan titik tanda sebelum kerja menggerudi
dijalankan dan juga digunakan untuk mengembangkan satu cemat atau
mengasarkannya.
 Kikir-Digunakan untuk melicin, memotong atau menipiskan sesuatu logam.
 Mesin gerudi-Digunakan untuk menebuk lubang pada sesuatu logam.
 Pahat-Digunakan untuk menatal, melurah, memotong, dan mengoyakkan bahagian-
bahagian kecil daripada kepingan logam atau bahan kerja.
 Tukul-Digunakan
 Pembaris keluli-Digunakan untuk mengambil ukuran, memeriksa karataan permukaan,
dan membantu menggarit garisan lurus.
FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN PROJEK

Sikap- Antara faktor kelemahan projek saya ialah sikap saya yang tidak terlalu mengambil serius
ketika menjalankan projek. Selain itu, saya juga kurang berdisiplin dan kurang teliti ketika
menjalankan projek ini.

Kemahiran- Selain sikap, kurang berkemahiran juga merupakan salah satu faktor kelemahan
projek saya. Kurang biasa dengan alatan tangan dan mesin serta kurangnya pengalaman dalam
melakukan projek sebegini turut menyumbang faktor kelemahan projek saya.

Cuai- Sikap cuai menjadikan projek saya kurang kemas kerana ingin cepat siap sekaligus
menjadikan saya kurang teliti dalam meneliti projek. Ini menyebabkan projek saya kurang
menjadi.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, dalam menjalankan sesuatu projek haruslah ada sikap berdisiplin dan
sikap kerjasama yang kuat antara rakan-rakan. Sikap cuai dan ingin cepat siap harus dijauhi agar
sesuatu projek dapat disiapkan dengan kemas. Selain itu, memberi fokus yang secukupnya
adalah penting untuk kita menjalankan projek ini dengan betul dan tepat.
RUJUKAN

Buku modul teknologi woksyop- MENANDA- ALAT-ALAT MENANDA DAN MENGUKUR dan ALAT-
ALAT TANGAN.

Internet- Dari laman web http://www.wikipedia.com

You might also like