Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
bs_ssukan_t4_6a

bs_ssukan_t4_6a

Ratings: (0)|Views: 65|Likes:
Published by cikwawa

More info:

Published by: cikwawa on Mar 10, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/15/2013

pdf

text

original

 
BUKU SUMBERSAINS SUKAN
81
TUNJANG 3:PERSEDIAAN FIZIKALUnit 1 – Pengenalan Kecergasan
1.1 Konsep kecergasan keseluruhan atau kesejahteraan.
Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponenmental, sosial, emosi, fizikal dan rohani. Kecergasan inimembolehkan individu memberi sumbangan yang bermaknakepada masyarakat. Kecergasan keseluruhan mencerminkanperasaan seseorang individu tentang kehidupan sertakeupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan.1.1.1 Kecergasan FizikalKecergasan fizikal adalah keupayaan individu untukberfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabarandalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapangdengan lebih efektif di samping mempunyai lebihantenaga untuk tujuan kecemasan.1.1.2 Kecergasan MentalKecergasan mental adalah keupayaan individu untukberfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkankualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal.1.1.3 Kecergasan SosialKecergasan sosial adalah keupayaan individu untukberinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkanperhubungan yang bermakna supaya dapatmeningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibatdalam hubungan ini.1.1.4 Kecergasan EmosiKecergasaan emosi adalah keupayaan individumenangani kehidupan harian serta perasaan kendirisecara membina, proaktif, dan optimistik.1.1.5 Kecergasan RohaniKecergasan rohani adalah keupayaan individu untukmembentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskankepercayaan serta menetapkan dan melaksanakanmatlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif.
 
BUKU SUMBERSAINS SUKAN
82
1.2 Kecergasan Fizikal
1.2.1 DefinisiKecergasan fizikal adalah keupayaan individu untukberfungsi secara berkesan untuk menghadapicabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakanmasa lapang dengan lebih efektif di sampingmempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.Kecergasan fizikal dikaitkan dengan keupayaanindividu untuk bekerja dengan lebih efektif danmenikmati masa kesenggangan, rehat, menentangpenyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan.Kecergasan fizikal yang optimal tidak mungkin dicapaitanpa senaman yang berterusan.1.2.2 Komponen kecergasan fizikal(a) Komponen kecergasan fizikal berdasarkankesihatan adalah:i. Komposisi badan/kandungan lemakii. Daya tahan kardiovaskular iii. Fleksibilitiiv. Kekuatan ototv. Daya tahan ototSetiap komponen ini berkait rapat dengan kesihatanyang baik serta mengurangkan risiko penyakithipokinetik.(i) Komposisi badan/kandungan lemakKomposisi badan adalah kadar relatif otot,lemak, tulang dan tisu-tisu lain yangmembentuk tubuh. Individu yang cergasmempunyai peratus kandungan lemak yangrendah, berkadar dengan berat badan danketinggian.(ii) Daya tahan kardiovaskular Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaansistem kardio-respiratori untuk melakukan kerjabagi satu jangka masa yang lama dan
 
BUKU SUMBERSAINS SUKAN
83
berterusan dengan intensiti kerja yang ringanatau sederhana.(iii) FleksibilitiFleksibiliti membenarkan sendi atau sendi-sendi bergerak dengan licin dengan rintanganyang minimum. Fleksibiliti dirujuk kepada julatpergerakan sendi.(iv) Kekuatan OtotKekuatan otot adalah keupayaan otot untukmengatasi rintangan bagi menghasilkan daya(kerja).(v) Daya Tahan OtotDaya tahan otot adalah keupayaan otot untukmelakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulangatau berterusan bagi satu jangkamasa yanglama dengan intensiti kerja yang ringan atausederhana.(b). Komponen kecergasan fizikal berdasarkan lakuanmotor.Bagi membolehkan individu terlibat secara cekap danberkesan dalam aktiviti sukan terutamanya sukankompetetif, komponen-komponen kecergasan fizikalberdasarkan lakuan motor diperlukan. Komponen-komponen ini adalah:(i) Kelajuan (Speed)Kelajuan adalah keupayaan untuk melakukanpergerakan dalam masa yang singkat.Kelajuan dirujuk kepada jarak pergerakan yangdicapai dalam satu jangka masa yang diberi.(ii) Ketangkasan (Agility)Ketangkasan adalah keupayaan untukmengubah arah pergerakan atau kedudukanbadan dengan pantas dan tepat.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->