You are on page 1of 14

Azrie Shariel bin Shariff Ahmad (D20081033113) Tiga Jenis Rekabentuk

_________________________________________________________________________________________________________

NAMA : AZRIE SHARIEL B SHARIFF AHMAD

NO. PENDAFTARAN :D20081033113

PROGRAM : PENDIDIKAN SENI (AT23)

KUMPULAN :A

KURSUS : PENGAJARAN REKA BENTUK

TAJUK : HURAIAN REKA BENTUK

PENSYARAH : EN. ABU BAKAR BIN SABRAN

1
Azrie Shariel bin Shariff Ahmad (D20081033113) Tiga Jenis Rekabentuk
_________________________________________________________________________________________________________

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

Definisi rekabentuk 1

Definisi Rekabentuk Industri 1

Elemen Rekabentuk Industri 1

Prinsip Rekabentuk Industri 2

Proses dan kaedah Rekabentuk Industri 3

Definisi Rekabentuk Hiasan Dalaman 4

Elemen Rekabentuk Hiasan Dalaman 4

Prinsip Rekabentuk Hiasan Dalaman 5

Proses dan kaedah Rekabentuk Hiasan Dalaman 6

Definisi Rekabentuk Landskap 7

Elemen Rekabentuk Landskap 7

Prinsip Rekabentuk Landskap 8

Proses dan kaedah Rekabentuk Landskap 8

DEFINISI REKA BENTUK


2
Azrie Shariel bin Shariff Ahmad (D20081033113) Tiga Jenis Rekabentuk
_________________________________________________________________________________________________________

Reka bentuk merupakan satu proses bagi penghasilan idea dan kaedah penyelesaian
masalah. Hal ini, pada hujung proses ini terdapat satu produk yang boleh digunakan dengan
mempunyai bentuk dan ciri-ciri fizikalnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, perkataan reka
bentuk adalah lebih mudah difahami dengan memisahkan dua perkataan iaitu reka dan bentuk.
Reka berdasarkan faktor psikologi dan sains merujuk kepada proses penciptaan atau
penghasilan sesuatu benda yang diolahkan untuk menghasilkan suatu sifat dan fizikal. Bentuk
pula boleh didefinisikan sebagai suatu ciri-ciri fizikal yang terhasil daripada proses reka. Dalam
kata maksud lain ia terhasil apabila diolah untuk menghasilkan suatu sifat dan fizikal melalui
penciptaan atau inovasi. Oleh hal demikian, apabila digabungkan perkataan reka dan bentuk
maka boleh difahami sebagai proses menghasilkan sesuatu produk yang mempunyai ciri-ciri
sifat dan fizikal.

REKABENTUK INDUSTRI

DEFINISI

Menurut International Counsil of Industrial Design of America (ICSID) menyatakan bahawa reka
bentuk industri adalah merujuk kepada produk yang direka bagi keperluan tertentu. Ia bertujuan
untuk menjadikan hidup lebih selesa , mudah dan terancang.

ELEMEN REKA BENTUK INDUSTRI

1. Reka bentuk produk

Ianya merangkumi berbagai-bagai jenis produk bagi keperluan, keselesaan dan kepuasan
pengguna yang bermula dari produk persendirian hingga ke produk umum seperti produk
pertanian.

2. Reka bentuk perabot

Ianya merujuk kepada sesuatu objek yang bertujuan bagi menyokong postur manusia
samada untuk bersandar, berbaring, duduk dan sebagainya. Selain itu, ia merangkumi
persekitaran yang amat luas yang terdiri daripada perabot dalam rumah, pejabat dan
tempat lain.

3
Azrie Shariel bin Shariff Ahmad (D20081033113) Tiga Jenis Rekabentuk
_________________________________________________________________________________________________________

3. Reka bentuk pengangkutan

Ia berperanan sebagai menjadi tumpuan sebagai gaya dan fungsi. Justeru, ia lebih
tertumpu pada penambahsuaian rekaan, fungsi dan teknologi.

Prinsip-prinsip dalam reka bentuk

1. Kualiti

Ia boleh didefinisikan sebagai ciri dan sifat produk yang dapat memenuhi kehendak
yang telah dinyatakan secara tersirat dan tersurat ataupun lebih difahami sebagai
kepuasan pengguna.

2. Estetika

Estetika lebih merujuk kepada keindahan dan penilaian terhadap reka bentuk industri
adalah merupakan sesuatu perkara yang subjektif. Penilaian estetika ini bergantung
kepada pandangan yang semasa, teguran, kecenderungan dan minat sesuatu individu
dan masyarakat terhadapnya.

3. Warna

Warna mempunyai peranannya yang tersendiri terhadap nilai keindahan pada sesuatu
produk. Hal ini, kadangkala warna berperanan sebagai penampilan peribadi seseorang
dan mewakili simbol sesuatu masyarakat.

4. Ergonomik

Ia merupakan bidang yang luas dan merangkumi pelbagai kepakaran seperti psikologi,
sains, fisiologi, biomekanikal dan antropometik. Ia boleh difahami sebagai kepuasan dan
keselesaan interaksi antara produk dan pengguna.

5. Gaya

Gaya ialah kaedah kita menggunakan sesuatu dan ia dikaitkan dengan identiti fizikal
sesuatu yang akan memberikan kelainan tersendiri berbanding dengan produk lain.

6. Teknologi

4
Azrie Shariel bin Shariff Ahmad (D20081033113) Tiga Jenis Rekabentuk
_________________________________________________________________________________________________________

Teknologi dalam reka bentuk industri adalah hasil daripada inovasi manusia yang mana
ia diwujudkan berdasarkan kepada proses perkembangan ilmu, proses perkembangan
dalam perindustri dan proses perkembangan kualiti.

7. Keselamatan

Keselamatan yang dimaksudkan ini adalah kepada pengguna dan bukan pengguna di
sekitarnya. Justeru, ia perlulah mendapat pengiktirafan oleh SIRIM agar pengguna
meyakini bahawa ia amat selamat digunakan.

PROSES DAN KAEDAH

Kaedah
a) Bentuk mengikut fungsi :
- Ianya lebih memberikan penekanan terhadap fungsi tanpa melihat nilai-nilai
keindahan , egromik, bentuk dan sebagainya.
b) Fungsi mengikut bentuk :
- Ianya lebih menekankan kepada bentuk luaran tanpa mengambil berat terhadap
fungsi yang akan diwujudkan dalam reka bentuk.
c) Reka bentuk bekerjasama :
- Pereka dan jurutera akan bersama-sama bergerak dalam menghasilkan
sesebuah produk di bawah satu pasukan.

Proses-proses Reka Bentuk

a) Fasa 1
o Menentukan masalah.
o Mengumpulkan maklumat.
b) Fasa 2
o Kreatif
o Mencari penyelesaian
o Mengeluarkan idea
c) Fasa 3

5
Azrie Shariel bin Shariff Ahmad (D20081033113) Tiga Jenis Rekabentuk
_________________________________________________________________________________________________________

a. Kemungkinan
b. Pengoptimuman
d) Fasa 4
a. Penyempurnaan
b. Mengkaji semula

REKABENTUK HIASAN DALAMAN

DEFINISI REKABENTUK HIASAN DALAMAN

Ianya boleh didefinisikan sebagai suatu kaedah mereka bentuk dalam bangunan samada dalam
bilik mersyuarat, bilik darjah, dan sebagainya dengan menggunakan pengetahuan asas seni
reka dengan memanipulasikan susunan keperluan barang dalam bangunan yang sesuai dan
menarik.

ELEMEN

a) Ruang
Ruang yang kecil dapat disusun perabot dan barang hiasan dalaman dengan sempurna
di mana dengan ruang yang kecil akan kelihatan lebih selesa apabila disusun mengikut
kaedah yang betul.

b) Peredaran udara
Ruang akan menjadi lebih selesa apabila pereka mematuhi konsep peredaran udara.
Justeru, ruang udara dan peredaran amat penting bagi penghuni dalam bangunan.

c) Pencahayaan
Ianya dapat memberikan penentuan keceriaan, terang dan selesa dalam suasana
sesebuah bilik. Ia juga memainkan peranan yang penting dari segi penyediaan ruang,
samada rumah kediaman atau ruang awam.

d) Susunan dan saiz perabot

6
Azrie Shariel bin Shariff Ahmad (D20081033113) Tiga Jenis Rekabentuk
_________________________________________________________________________________________________________

Sekiranya perabot yang berlebihan dan susunan yang tidak menentu boleh
menyebabkan kesesakan dalam bilik. Justeru, kesesuaian dalam menyusun dan
pemilihan jenis perabot amat penting.

e) Warna
Ianya boleh mempengaruhi suasana dalam bilik di mana ia boleh meningkatkan
keharmonian, keceriaan dalam sesebuah bilik. Ianya juga akan menyebabkan bilik
menjadi terang apabila diwarna dengan warna yang panas. Pelbagai jenis warna dapat
menentukan suasana bilik.

PRINSIP REKABENTUK HIASAN DALAMAN

1. Keseimbangan
Keseimbangan agar memberi kepuasan kepada penghuni. Ianya mempengaruhi rupa
yang bertentangan atau tidak sekata, warna yang terang yang bertentangan jalinan,
dimensi yang luas dengan kadar banding yang ketara dan kehalusan dan ketelitian
bentuk.

2. Harmoni
Kombinasi yang selaras dengan sesuatu susunan di mana sifat pengulangan bahan
yang menghasilkan kesatuan samada saiz, rupa, warna, bahan, dan sifat bentuk.

3. Ritma
Ianya berasaskan pengulangan elemen dalam ruang yang terdiri daripada struktur asas
ruang, susunan dan saiz perabot, jenis perabot, dan aksesori. Ianya melahirkan irama
pergerakan mata dan fikiran.

4. Penegasan
Dengan perbezaan saiz, rupa, warna, dan nilai. Nilai kontras rupa boleh menarik
perhatian pada sesuatu komposisi.

5. Kadar banding

7
Azrie Shariel bin Shariff Ahmad (D20081033113) Tiga Jenis Rekabentuk
_________________________________________________________________________________________________________

Ianya merujuk kepada hubungan yang unsurnya dalam ruang yang yang mengambil kira
pertimbangan objek dan ruang seperti saiz, rupa, dan bahan.

6. Kesatuan
Ianya wujud daripada gabungan imbangan dan harmoni. Contohnya imbangan sama
ukur dapat melahirkan kesatuan melalui rupa, warna, dan jalinan dalam sesuatu
kumpulan.

PROSES DAN KAEDAH

KAEDAH PENERAPAN IDEA

1. Langkah 1
Membuat senarai catatan mengenai barang harian gunaan pengguna dalam bilik

2. Langkah 2
Membuat lakaran dalam kawasan bilik berdasarkan zon kegunaan unsur seni dan
prinsip rekaan.

3. Langkah 3
Memilih pelan lukisan mengikut keperluan asas pengguna contohnya susunan perabot
dan hubungkait dengan warna dan pencahayaan.

4. Langkah 4
Melakar pelan lantai, sudut perspektif, sudut pandangan.

5. Kemasan
Sediakan bingkai dan lekatkan pada kadbod serta meletakan ruang nama dan tajuk.

PROSES PEMBINAAN MODEL

8
Azrie Shariel bin Shariff Ahmad (D20081033113) Tiga Jenis Rekabentuk
_________________________________________________________________________________________________________

1. Langkah 1
Membuat model berdasarkan skala pelan mengikut kadar banding.

2. Langkah 2
Sediakan tapak bagi model

3. Langkah 3
Tentukan sempadan sebuah bilik berdasarkan skala dan tentukan pintu.

4. Langkah 4
Dirikan dinding dan tentukan bahagian yang boleh dibuka dan tutup.

5. Langkah 5
Penuhkan ruang dengan perabot asas dan barangan hiasan
6. Kemasan
Jadikan sebahagian dinding dapat dibuka. Pastikan model kelihatan kukuh, kemas dan
tidak kotor.

REKABENTUK LANDSKAP

9
Azrie Shariel bin Shariff Ahmad (D20081033113) Tiga Jenis Rekabentuk
_________________________________________________________________________________________________________

DEFINISI REKABENTUK LANDSKAP

Reka bentuk landskap adalah bermaksud sebagai aktiviti membentuk dan menyusun unsur-
unsur landskap di dalam suatu ruang atau kawasan. Ianya boleh dikategorikan dengan dua
jenis iaitu landskap lembut dan landskap kasar.

ELEMEN REKA BENTUK LANDSKAP

1. Pemilihan pokok
Ianya bergantung kepada saiz, bentuk, warna dan jalinan. Selain itu, umur pokok juga
perlua dititikberatkan seperti pokok-pokok teduhan. Pokok-pokok seperti yang jenis
menghasilkan pokok yang wangi juga boleh diambil kira kerana memberikan kesan
udara yang nyaman. Jenis-jenis tumbuhan seperti ketinggian pokok yang dipilih seperti
ketinggian pokok 2 meter cabangnya daripada tanah. Selain itu, batang renek juga
berperanan sebagai memberi teduh kepada hidupan lain yang mempunyai lebarnya
sekurang-kurangnya 1 meter. Pokok rimbun juga amat baik jika dipilih mengikut
kesesuaian dengan jenis seperti berdahan rendang. Pokok berjenis penutup bumi juga
berfungsi sebagai penutup bagi kawsan yang bahaya atau penutup laluan.

2. Topografi
Ianya adalah keadaan bumi seperti tanah rata, tanah berbukit, terdapat aliran sungai
dan sebagainya.

3. Air
Merupakan faktor pentig dalam tumbuhan dan landskap di mana ia memberikan kesan
yang sejuk, bunyi, dan rupa. Ianya diwujudkan seperti kolam air, air terjun, dan pancutan
air.

4. Struktur
Ianya diwujudkan bagi kemudahan pengguna di mana terhasilnya lorong pejalan kaki,
pagar, tembok, bangku, kerusi, pondok dan sebagainya.

5. Perabot landskap

10
Azrie Shariel bin Shariff Ahmad (D20081033113) Tiga Jenis Rekabentuk
_________________________________________________________________________________________________________

Ia berfungsi sebagai struktur untuk kemudahan pengguna dan menambahkan


kaindahan landskap.

PRINSIP

Dalam prinsip rekabentuk landskap amat memerlukan dua jenis perkara penting iaitu
peranan dan fungsi. Justeru, terdapat beberapa prinsip dalam rekabentuk landskap ini.
Antaranya ialah :

a) Memberi teduh
b) Kawalan visual
c) Sebagai dinding
d) Mengawal kebisingan
e) Mengawal hakisan tanah
f) Mengarah pergerakan
g) Melindungi spesies serangga / binatang
h) Mengawal tiupan angin
i) Membentuk ruang
j) Merangka pemandangan
k) Melembutkan pemandangan seni bina
l) Mengikat bangunan dan struktur pemandangan seni bina

PROSES DAN KAEDAH


11
Azrie Shariel bin Shariff Ahmad (D20081033113) Tiga Jenis Rekabentuk
_________________________________________________________________________________________________________

KAEDAH MENERAPKAN IDEA

1. Pelan Konsep
Ianya dilukis bagi mendapatkan idea di mana perancangan awal sesuatu landskap
dilukis secara kasar sahaja.

2. Pelan awal
Ia menggambarkan idea-idea yang dicadangkan secara terperinci di mana dalam pelan
awal ia dapat digambarkan dengan jelas kedudukan sebenar landskap.

3. Pelan induk
Ianya menerangkan dengan lebih terperinci berkenaan dengan iea yang dicadangkan
oleh pereka bentuk landskap.
4. Pelan penambahan
Ianya seringkali dilukis bagi projek-projek besar. Ia ditunjukan dengan lebih jelas reka
bentuk penanaman bagi kawasan-kawasan yang dicadangkan dan kelihatan sesuai.

PROSES-PROSES DAN GUBAHAN

Contohnya pelaksanaan rekabentuk landskap.

1. Langkah 1

Pada langkah pertama ialah dengan menandakan dan membuat pergerakan di kawasan
persekitaran sekolah.

2. Langkah 2
Mengenalpasti jenis-jenis tumbuhan daripada aspek hayat hidup saiz, rupa, bentuk,
warna dan jalinan.

3. Langkah 3
Membuat lakaran pelan ruang persekitaran sekolah dengan menggunakan pensil. Ianya
berdasarkan asas seni reka.

4. Langkah 4

12
Azrie Shariel bin Shariff Ahmad (D20081033113) Tiga Jenis Rekabentuk
_________________________________________________________________________________________________________

Proses pemilihan lukisan pelan berdasarkan kepada keperluan jenis-jenis pokok dan
alatan perabot luaran yang sesuai.

5. Langkah 5
Melukis lukisan yang lengkap dengan perspektif mengenai landskap megikut susun atur,
skala lukisan, pandangan tirus lukisan dua dimensibagi mendapatkan perspektif tiga
dimensi.

6. Kemasan
Pelan dan lukisan hendaklah dilekatkan pada bingkai dan pastikan ada ruang nama,
tajuk, dan penunjuk.

Rujukan

13
Azrie Shariel bin Shariff Ahmad (D20081033113) Tiga Jenis Rekabentuk
_________________________________________________________________________________________________________

1. Marhanim A. Razak & Mohd. Shahrizal, (2007), Ace Ahead Teks STPM Seni Visual,
Selangor darul Ehsan, Oxford Fajar Sdn. Bhd. .
2. Hassan Mohd Ghazali, (2007), Pendidikan Seni Visual tingkatan 4 & 5, Tanjung Malim
Perak, Fakulti Seni dan muzik Universiti Pendidikan Sultan Idris.
3. Hassan Hj. Alli & Ahmad Rizal Abdul Rahman. (2008). Reka Bentuk Perindustrian,
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa & Pustaka.

14

You might also like