You are on page 1of 38

Ayat

Klausa

Tugas frasa:

 Subjek
Frasa dan binaan frasa:  Prediket
 Objek
 Frasa nama  Unsur keterangan
 Frasa kerja
 Frasa adjektif
 Frasa sendi nama

SINTAKSIS

Binaan ayat:

 Ayat dasar
 Ayat tunggal
 Ayat transformasi Jenis ayat:
 Ayat majmuk
 Ayat penyata
 Ayat tanya
 Ayat perintah
 Ayat seruan

Ragam ayat:

 Ayat aktif
 Ayat pasif
DEFINISI SINTAKSIS

Jika ditinjau asal-usul perkataan sintaksis, kata ini berasal daripada perkataan
Yunani, iaitu sun yang bererti ”dengan” dan tattein yang bererti ”menempatkan kata-
kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat”. Kata suntattein ini
kemudian menjadi istilah syntaxis dalam bahasa Belanda, dan synta dalam bahasa
inggeris.

Sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur,
binaan, atau konstruksi ayat (Nik Safiah Karim et al., 1993:317). Bagi Abdullah Hassan
(1980:164), sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu
begaimana morfem dan kata disusun menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar.
contohnya :

1. Budak itu baru pulang dari sekolah.


Daripada contoh, binaan tersebut ialah ayat. Ayat tersebut mengandungi satu
klausa yang terdiri daripada Subjek iaitu budak itu, dan predikatnya baru pulang dari
sekolah. Dalam klausa tersebut pula mengandungi satuan yang disebut frasa, iaitu
frasa budak itu, baru pulang dari sekolah. Dengan kata lain, ayat tersebut terdiri
daripada konstituen frasa dan konstituen klausa.

Daripada pelbagai definisi tersebut, dapat dirumuskan bahawa sintaksis sebagai


kajian tentang bagaimana ayat-ayat dibentuk bermula dengan penyusunan perkataan
untuk membentuk frasa, klausa, dan ayat.

Dalam pembahasan sintaksis, yang dibincangkan ialah struktur frasa, klausa dan
ayat. Hal ini bermakna bahawa satuan yang paling kecil dikaji dalam sintaksis ialah
frasa, manakala satuan yang paling besar ialah ayat.
4.2 FRASA DAN BINAAN FRASA

3.1.0 DEFINISI FRASA

Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-
kurangnya dua patah perkataan ataupun satu patah perkataan yang berpotensi untuk
diperluas mejadi dua patah perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada
subjek dan predikat.

Binaan frasa dalam bahasa Melayu boleh terdiri daripada frasa nama, frasa
kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Menurut binaanya, frasa dapat dibahagikan
kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik

FN,FK dan FS ialah frasa endosentrik. Ini kerana kata nama, kata
kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu.

Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu


unsur inti. Unsur inti mewakili seluruh frasa dimana
frasa dinamakan mengikut unsur inti .

Jenis Frasa

Frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak


mempunyai unsur inti . frasa jenis ini dikatakan frasa
eksosentrik kerana pusatnya bergantung kepada suatu
unsur luaran.

Contohnya ke tandas dan di sekolah. Kewujudan sendi nama di


bergantung kepada sekolah dan ke kepada tandas.
4.2.1 FRASA NAMA

Definisi
Frasa yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya dan wujud secara
bersendirian sebagai satu patah perkataan ataupun diikuti oleh penerang sesudah
unsur inti tersebut. Contoh :
1) Abang menuntut di universiti.
2) Abang sulung keluarga itu menuntut di universiti.

Dalam ayat (1) unsur inti subjek ayat itu ialah frasa abang yang hanya terdiri daripada
1 patah perkataan. Dalam ayat (2) unsur inti subjek ayat itu ialah frasa abang sulung
keluarga itu yang boleh diikuti oleh penerang. Inti ialah yang menjadi fokus utama
dalam frasa manakala penerang pula ialah penjelasan bagi menerangkan makna inti
tersebut. Dalam ayat (2) intinya adalah abang manakala penerang adalah sulung
keluarga itu.

Terdapat juga unsur bukan nama yang boleh menjadi inti dan menduduki subjek frasa
nama, iaitu apabila unsur itu memainkan tugas dan berfungsi sebagai kata nama,
contohnya :
1) Menderma perbuatan terpuji
2) Merah warna kegemaran saya
Sesuatu ayat yang sempurna boleh terdiri daripada frasa nama sebagai subjek dan
predikat seperti berikut :

SUBJEK (FRASA NAMA) PREDIKAT (FRASA NAMA)


Puan Norihan Guru sekolah menengah
Kereta putih itu Kepunyaan bapa

4.2.2 FRASA KERJA


Definisi
Ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya dan berfungsi sebagai
predikat dalam susunan ayat biasa. Contoh frasa kerja :

Subjek Predikat (Frasa Kerja)


Budak itu Menjerit sekuat-kuat hatinya
Atlet itu Berlari sepantas kilat

Binaan frasa kerja boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif.

Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek, iaitu ia tidak diikuti
oleh frasa nama sebagai penyambut untuk melengkapkannya. Contohnya :
a. Adik tidur lena di dalam buaian.
b. Budak-budak itu bergaduh sesama sendiri.
c. Anak kucingnya terjatuh ke dalam perigi buta.
Ayat a, b dan c menunjukkan kata kerja tidur, bergaduh dan terjatuh tidak diikuti oleh
frasa nama sebagai objek, maka kata kerja ini tergolong dalam kata kerja tidak transitif.
Kata kerja ini boleh diikuti dengan unsur pelengkap atau penerang. Pelengkap atau
penerang ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja tidak transitif dan berfungsi
untuk melengkapkan kata kerja tersebut. Pelengkap tidak boleh digugurkan kerana
tanpanya kata kerja tersebut tidak boleh berfungsi, sebagai contohnya :

a) Pelengkap Kata Nama

FRASA KERJA
Kata Kerja Tak Transitif Pelengkap
Beratapkan Bertam
Beralaskan Sutera Cina

Contoh kata :
 Rumah nenek saya beratapkan bertam.
 Meja solek itu beralaskan sutera Cina.

b) Pelengkap Kata Adjektif

FRASA KERJA
Kata Kerja Tak Transitif Pelengkap
Beransur Baik
Menjadi Genting

Contoh kata :
 Kesihatannya beransur baik.
 Keadaannya menjadi genting.

c) Pelengkap Frasa Sendi Nama

FRASA KERJA
Kata Kerja Tak Transitif Pelengkap
Bekerja Di Sarawak
Menetap Di luar negara

Contoh kata :
 Kakak bekerja di Sarawak.
 Keluarganya telah menetap di luar negara.

d) Penerang Kata Nama


Ialah kata nama yang mengikuti kata kerja tak transitif, dan bukanlah objek kerana
fungsinya hanya menerangkan kata kerja tersebut semata-mata. Ayat yang
mengandungi kata kerja tak transitif dengan penerang ini tidak boleh dipasifkan,
contohnya :
FRASA KERJA
Kata Kerja Tak Transitif Penerang
Berbaju batik
Berkebun Sayur

Contoh ayat :
 Pemuda itu berbaju batik.
 Keluarga Rahman berkebun sayur.

Terdapat juga kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan sebarang penerang
dan pelengkap seperti contoh berikut :
 Penduduk kampung bergotong-royong
 Semua pelajar telah pulang.

Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek, iaitu kata kerja ini mesti
diikuti oleh frasa nama sebagai penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut,
contohnya :

FRASA KERJA
Kata Kerja Transitif Penyambut
Membersihkan Rumah
menulis Surat

Contoh ayat :
 Mereka membersih rumah sebelum hari raya.
 Samsul menulis surat kepada sahabatnya.

Selain mempunyai binaan kata kerja sebagai inti dan diikuti oleh frasa nama sebagai
objek, frasa kerja transitif juga boleh mempunyai unsur keterangan yang terdiri dari
frasa nama, frasa adjektif dan frasa sendi nama, sebagai contoh :
 Mereka meraikan tetamu malam tadi.
 Ibu membeli sayur-sayuran segar.
 Kakak menghantar adik ke sekolah hari ini.

Frasa kerja yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek boleh terdiri daripada 1 atau 2
objek, sebagai contoh :
 Kakak menyiapkan kertas kerjanya.
 Nani membancuh kopi.
 Ibu menjahitkan ayah baju melayu.

4.2.3 FRASA ADJEKTIF

Definisi
Ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif atau kata sifat sebagai unsur intinya dan
bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa seperti contoh :

AYAT
Subjek (Frasa Nama) Predikat (Frasa Adjektif)
Keretanya Bersih sekali
Meja kayu itu Sangat kukuh

Dalam susunan songsang pula, predikat frasa adjektif boleh dikedepankan seperti
contoh :
 Bersih sekali keretanya.
 Sangat kukuh meja itu.

Frasa adjektif juga boleh menjadi unsur keterangan dan unsur penerang, jika frasa
adjektif bertugas sebagai unsur keterangan, kedudukannya dalam predikat ayat
adalah selepas kata kerja, contohnya :
 Motobot itu meluncur laju.
 Kanak-kanak itu bercakap sungguh petah.
Jika frasa adjektif bertugas sebagai unsur penerang pula, kedudukan adalah selepas
kata nama, sebagai contohnya :
 Dia murid paling cerdik.
 Hani anak manja.

1. Binaan frasa adjektif bukan sahaja mengandungi kata adjektif sebagai unsur inti,
tetapi boleh juga disertai oleh kata bantu dan kata penguat, sama ada di hadapan
atau di belakangnya, sebagai contoh :

FRASA ADJEKTIF
Kata Bantu Penguat Kata Adjektif Penguat
(Hadapan) (Belakang)
Belum - Tajam -
- Terlalu Baik -
- Amat Cantik Sekali

Contoh ayat :
i. Pisau itu belum tajam.
ii. Hatinya terlalu baik.
iii. Mutiara itu amat cantik.

Kata penguat yang terdapat dalam frasa adjektif pula terdiri daripada 3 jenis, iaitu :

a) Kata Penguat Hadapan


Penguat hadapan ialah perkataan yang terletak di belakang kata adjektif,
contohnya :
 Pakaiannya agak cantik.
 Induk singa itu terlalu garang.
 Tempat tinggalnya paling jauh.
b) Kata Penguat Belakang
Penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif,
contohnya ;
 Pemandangan waktu senja indah nian.
 Bunyi burung itu merdu sekali.
 Anak bongsunya nakal benar.

c) Kata Penguat Bebas


Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya boleh di hadapan dan di
belakang kata adjektif, contohnya :
 Pokok kelapa itu sangat tinggi.
 Pokok kelapa itu tinggi sangat.
 Lautan Pasifik amat dalam.
 Lautan Pasifik dalam amat.

2. Frasa adjektif bukan hanya terdiri daripada kata dasar seperti cantik, baik, jauh
dan tinggi seperti contoh terdahulu namun boleh juga terdiri daripada perkataan
berimbuhan seperti terbensih, sesedap dan kekuning-kuningan seperti dalam ayat-
ayat berikut :
 Mereka menang pertandingan kampung terbersih.
 Masakannya tidak sesedap masakan ibu.
 Warna pakaiannya kekuning-kuningan.

4.2.4 FRASA SENDI NAMA

Definisi
Frasa sendi nama ialah frasa yang terdiri daripada 1 kata sendi nama yang diikuti oleh
1 frasa nama sebagai pelengkap kepada kata sendi nama ini.

Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama, contohnya :
dari, daripada, ke, kepada, pada, untuk, oleh dan sebagainya.
Dalam susunan ayat biasa, frasa sendi nama menduduki bahagian predikat ayat,
contohnya :
Subjek (Frasa Predikat (Frasa Sendi
Nama) Nama)
Kerusi itu Daripada kayu jati
Keretanya Di pusat servis
Filem itu Tentang peperangan

Secara umumnya, frasa sendi nama mempunyai 3 pola binaan seperti yang berikutnya :

1. Kata Sendi Nama + Frasa Nama


Binaan ini terdiri daripada 1 kata sendi nama dan diikuti oleh satu kata nama sebagai
pelengkap, contohnya :

FRASA SENDI NAMA


Kata Sendi Nama Frasa Nama
Sejak Semalam
Daripada Kayu jati
Untuk Murid cemerlang
Dengan Kesabarannya
pada Dinding rumah

2. Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama


Binaan ini terdiri daripada satu kata sendi nama diikuti oleh frasa nama yang
didahului oleh kata arah sebagai unsur pilihan, contohnya :

Frasa Sendi Nama


Kata Sendi Nama Frasa Nama
Kata Arah Kata Nama
Di Hadapan Sekolah
Ke Belakang Kedai

3. Kata Sendi Nama + (Kata Arah) + Frasa Nama + (keterangan)


Satu lagi binaan frasa sendi nama terbentuk apabila frasa nama yang menjadi
pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti oleh unsur keterangan yang hadir
secara pilihan, contohnya :

FRASA SENDI NAMA


KATA FRASA NAMA Keterangan
SENDI NAMA Kata Arah Frasa Nama
Ke Utara Tanah air Setiap tahun
Ke Utara Tanah air -
Dari Belakang Rumah Dengan datuk
dari Belakang Rumah -

4.3 Tugas frasa

Frasa adalah amat penting di dalam sesebuah ayat. frasa menentukan sama ada
sesebuah ayat tersebut gramatis atau tidak. Sebuah ayat yang gramatis perlulah terdiri
daripada dua elemen penting iaitu subjek dan prediket. Jika salah satu elemen tersebut
tiada, ayat tersebut akan menjadi ayat yag tergantung dan mengelirukan.

4.3.1 Subjek

Subjek ialah frasa yang terletak di hadapan prediket dalam susunan ayat yang biasa.
Subjek boleh terdiri daripada beberapa unsur. Terdapat empat unsur utama yang boleh
menjadi subjek.

4.3.1.1 Kata Nama


Kata nama yang menjadi subjek ini boleh terdiri daripada kata nama am, kata nama
khas atau kata nama terbitan. Contohnya :

Jadual 20

4.3.1.2 Kata Ganti Nama

Kata ganti nama juga boleh bertindak sebagai subjek dalam sesebuah ayat. Contoh :

Jadual 21

4.3.1.3 Kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama

Sesetengah kata kerja boleh berfungsi sebagai subjek atau boleh mengambil tugas
kata nama. Contoh :

Jadual 22

4.3.1.4 Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama

Terdapat golongan kata adjektif yang boleh menjadi subjek.Golongan ini adalah kata
adjektif yang boleh menggantikan tugas kata nama dan berfungsi sebagai subjek.
Contoh :
Jadual 23

4.3.2 Predikat

Prediket adalah frasa yang terletak selepas subjek dalam susunan ayat biasa.
Bahagian predikat ini biasanya boleh diisi dengan beberapa jenis frasa yang berikut :

4.3.2.1 Prediket frasa nama

Frasa nama yang menjadi unsur predikat boleh terdiri daripada kata nama am, kata
nama khas dan kata nama terbitan. Contoh :

Jadual 24

4.3.2.2 Prediket frasa kerja

Frasa kerja yang boleh menjadi unsur predikat ialah frasa kerja transitif, frasa
kerja tak transitif dan kata kerja terbitan. Contoh :

Jadual 25

Kata bantu juga boleh disertakan sebelum kata kerja. Terdapat dua jenis kata bantu
iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Kata bantu tersebut ialah :
Jadual 26

4.3.2.3 Prediket frasa adjektif

Frasa adjektif yang boleh menjadi prediket adalah kata adjektif asal atau kata adjektif
ganda. Penambahan kata bandingan paling dan lebih adalah dibolehkan. Penambahan
imbuhan –ter yang membawa maksud paling juga dibenarkan pada kata adjektif asal.
Contoh boleh dilihat dalam jadual 27 di bawah.

Jadual 27

4.3.2.4 Prediket frasa sendi nama

Frasa sendi nama yang menjadi unsur prediket terdiri daripada kata sendi nama yang
diikuti oleh frasa nama. Contoh boleh dilihat dalam jadual 28 di bawah.

Jadual 28

4.3.3 Objek

Objek adalah bentuk kata nama atau sederetan kata nama yang menjadi penyambut
kepada kata kerja transitif. Terdapat dua jenis objek. Jenis objek tersebut ialah :
Jadual 29

4.3.4 Unsur keterangan

Frasa keterangan ialah unsur yang biasanya terletak dalam frasa kerja. Frasa
keterangan berfungsi menerangkan kata kerja dengan lebih lanjut. Frasa keterangan
terletak selepas kata kerja tak transitif atau selepas objek dalam susunan ayat yang
biasa. Unsur keterangan boleh terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif dan
frasa nama. Jadual 30 di bawah merupakan contoh unsur keterangan.

Jadual 30

Terdapat lapan jenis unsur keterangan yang mempunyai tujuan yang berlainan
berdasarkan maknanya. Jenis unsur keterangan ini boleh dirumuskan dalam jadual 31
di bawah.

Jadual 31
4.0 KLAUSA

4.1.0 DEFINISI FRASA

Mengikut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 433), klausa ialah satu unit
rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen
kepada ayat. Jika klausa tersebut diujarkan dengan intonasi sempurna , iaitu dimulai
dan diakhiri dengan kesenyapan, klausa tersebut boleh bersifat ayat lengkap. Sebagai
konstituen dalam pembentukan ayat, klausa terbahagi kepada dua jenis iaitu.

Klausa tak bebas

Jenis Klausa
Klausa Bebas

4.1.1 JENIS KLAUSA

4.1.1.0 KLAUSA BEBAS.

Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap apabila
diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Contohnya:

CONTOH KLAUSA BEBAS


1. kamu pandai
2. saya akan hadir
3. dia sedang bekerja
4. mereka mogok

4.1.1.1 KLAUSA TAK BEBAS

Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri kerana maknanya
bergantung pada klausa bebas. Dalam ayat yang mengandungi klausa bebas disebut
klausa utama, manakala klausa tak bebas disebut sebagai klausa kecil. Contohnya:
Klausa Bebas (klausa utama) Klausa tak bebas (klausa kecil)

Hafiz pandai kerana dia rajin belajar

5.0 AYAT

5.1.0 DEFINISI AYAT.

Ayat merupakan unsur penting dalam kajian bahasa. Menurut Kamus Tatabahasa
Dewan Edisi Ketiga (halaman 432), ayat ialah pengucapan yang paling tinggi letaknya
dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap yang
pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi
yang sempurna (Nik Safiah Karim et.al:2006: 414). Menurut Asmah Hj. Omar (1980:
359), “Ayat ialah unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu. Dalam perkataan
lain, dalam tatabahasa tidak ada unit yang lebih tinggi yang mempunyai ayat sebagai
unsurnya. Ayat yang terdiri daripada klausa yang disertai dengan intonasi ayat yang
lengkap, iaitu yang dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan
intonasinya menyatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai”.

4.2 Binaan Ayat

Ayat biasanya terdiri daripada dua unsur yang utama iaitu subjek dan prediket. Dalam
huraian tatabahasa, subjek merupakan unsur yang diterangkan manakala prediket
adalah unsur yang menerangkan. Sebagai contoh, dalam ayat adik menangis, adik
merupakan subjek atau unsur diterangkan manakala menangis merupakan unsur yang
merangkan bahawa adik sedang menangis. Binaan ayat dapat dibahagikan kepada
empat kumpulan.
4.2.1 Ayat Dasar

Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat inti. Ayat ini adalah asas kepada pembentukkan
ayat majmuk dan ayat tunggal. Dalam bahasa Melayu, pola atau struktur binaan pada
ayat dasar adalah tetap. Terdapat empat pola di dalam bahasa Melayu. Pola-pola ini
boleh dijelaskan dalam jadual di bawah.

Pola Subjek Prediket


Pola 1 Puan Siti guru tadika
(FN+FN) Frasa Nama Frasa Nama

Pola 2 Nenek sedang makan spageti


(FN+FK) Frasa Nama Frasa Kerja
Pola 3 Budak itu comel sungguh
(FN+FA) Frasa Nama Frasa Adjedtif
Pola 4 Barang itu untuk Naim
(FN+FSN) Frasa Nama Frasa Sendi Nama
Ayat dasar ini boleh terbina sekurang-kurangnya dengan dua patah perkataan.

4.2.2 Ayat Tunggal

Ayat tunggal terdiri daripada satu klausa sahaja dan di dalam klausa tersebut hanya
terdapatsatu konstituen subjek dan satu konstituen prediket. Ayat tunggal mempunyai
ciri yang sama dengan ayat dasar, namun begitu, terdapat sedikit perbezaan pada
kedua-dua ayat tersebut. Salah satu perbezaan yang ketara ialah binaan ayat tunggal
tidak semestinya mengikut hukum DM. Ayat tunggal boleh terbina dengan ayat yang
sonsang.

Ayat tunggal juga boleh terdiri daripada jenis ayat yang lain selain ayat
keterangan. Ayat tunggal boleh dibina untuk menjadi ayat tanya atau seruan dan tidak
seperti ayat dasar yang hanya membina ayat penyata sahaja. Dapat disimpulkan di sini
bahawa ayat dasar dan ayat tunggal mempunyai susunan yang sama pada satu-satu
masa. Namun begitu, ayat tunggal adalah berbeza daripada ayat dasar jika prediket
keterangan diubah kepada prediket yang lain. Selain itu, ayat tunggal juga berbeza
daripada ayat dasar apabila sesuatu ayat tersebut disonsangkan.
4.2.3 Ayat Transformasi

Ayat transformasi juga disebut sebagai ayat terbitan atau terbitan. Penerbitan sesuatu
ayat juga hendaklah mematuhi hukum atau rumus transformasi. Rumus atau hukum
transformasi ini berfungsi untuk mengubah aturan atau struktur ayat serta
menggugurkan atau memperluaskan sesuatu unsur dalam ayat mahupun frasa. Dalam
bahasa Melayu, penerbitan ayat transformasi dilakukan melalui beberapa proses iaitu
proses pengguguran, penyusunan semula dan peluasan.

4.2.3.1 Proses Pengguguran

Proses pengguguran ini berlaku dengan menggugurkan unsur-unsur tertentu daripada


sesuatu binaan ayat. hal ini mengakibatkan sesuatu unsur itu tidak lagi wujud. Proses
pengguguran ini berlaku pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu ayat. oleh
sebab itu, pengguguran boleh dibahagikan kepada empat jenis pengguguran.

4.2.3.1.1 pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat
perintah

Dalam ayat perintah jenis suruhan, pengguran sering digunakan. Biasanya, proses ini
dipraktikkan dalam kehidupan harian. Sebagai contoh,

 Kamu semua jangan bising.

Dalam kehidupan harian kita sering melihat notis-notis yang bertulis jangan bising.
Sebenarnya, ayat tersebut telah pun melalui proses pengguguran subjek kata ganti
nama diri orang kedua. Ayat di atas adalah ayat asal perkataan tersebut. Namun,
melalui proses ini, perkataan kamu semua tekah digugurkan supaya ayat tersebut lebih
senang untuk dilafazkan. Lebih penting lagi, pengguguran subjek tersebut tidak
menjejaskan maksud asal ayat tersebut.

4.2.3.1.2 Pengguguran subjek frasa nama yang serupa dalam ayat majmuk

Jika terdapat dua subjek yang serupa dalam dua ayat, subjek pada ayat yang
kedua boleh digugurkan agar ayat tersebut boleh digabungkan menjadi ayat majmuk
jenis gabungan. Contoh proses tersebut boleh dilihat dalam jadual 8 di bawah.
Jadual 8

4.2.3.1.3 Pengguguran prediket frasa kerja yang serupa dalam ayat majmuk.

Jika terdapat prediket yang serupa dalam sesebuah ayat majmuk, prediket pada ayat
yang kedua boleh digugurkan dan ayat tersebut akan menjadi ayat majmuk jenis
gabungan. Contoh proses tersebut boleh dilihat dalam jadual 9 di bawah.

Jadual 9

4.2.3.1.4 Pengguguran (oleh + Frasa nama) dalam ayat pasif

Binaan ayat pasif selalunya menggunakan perkataan oleh dan diikuti oleh frasa nama.
Oleh itu, proses pengguran ini boleh berlaku dengan menggugurkan (oleh dan frasa
nama) tersebut. Hal ini tidak mengubah maksud ayat tersebut. Contoh proses boleh
dilihat dalam jadual 10 di bawah.

Jadual 10

4.2.3.2 Proses Penyusunan semula

Proses penyusunan semula adalah satu proses di mana ayat tersebut diolah semula
membentuk sesuatu ayat yang lebih gramatis yang baharu. Proses ini akan
menyebabkan berlakunya sedikit pengguguran, penggantian dan penambahan pada
ayat yang baharu. Proses penyusunan ini dapat dikelaskan kepada tiga kumpulan.
4.2.3.2.1 Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek

Proses penyusunan ini boleh diibaratkan sebagai proses menukar ayat aktif kepada
ayat pasif. Frasa nama yang berfungsi sebagai objek atau penyambut dalam sesuatu
ayat aktif akan diletakkan ke hadapan ayat manakala subjek ayat akan diletakkan
selepas frasa kerja dalam ayat pasif. Contoh proses tersebut boleh dilihat dalam jadual
11 di bawah.

Jadual 11

4.2.3.2.2 Penyusuan semula frasa nama sebagai objek

Proses penyusunan semula ini berlaku pada ayat-ayat yang mempunyai dua
jenis objek iaitu objek tepat dan objek sipi. Penyusunan semula ini akan menyebabkan
frasa nam yang menjadi objek sipi berpindah kedudukan menjadikannya objek tepat
dalam ayat yang baharu. Objek tepat pula akan berpindah ke akhir ayat selepas kata
sendi nama kepada. Kata kerja yang diakhiri dengan imbuhan –i pula akan ditukarkan
dengan kata imbuhan –kan. Contoh proses ini boleh dilihat dalam jadual 12 di bawah.

Jadual 12

4.2.3.2.3 Penyusunan semula melalui ayat songsang

Penyusunan semula ayat songsang berlaku pada ayat-ayat songsang yang


mengandungi keterangan tempat, masa, syarat, musabab dan seumpamanya. Proses
ini berlaku dengan unsur keterangan diletakkan ke hadapan ayat agar unsur
keterangan itu dapat menjadi fokus. Contoh proses ini boleh dilihat dalam jadual 13 di
bawah.
Jadual 13

4.2.3.3 Proses Peluasan

Proses peluasan bermaksud penambahan unsur-nsur dalam ayat yang baharu.


Terdapat beberapa jenis peluasan dalam bahasa Melayu. Secara lebih tepat, terdapat
tiga jenis peluasan dalam bahasa Melayu.

4.2.3.3.1 Peluasan subjek kata nama

Subjek yang terdiri daripada frasa nama boleh dipeluaskan dengan


memancangkan satu ayat yang lain kepada subjek asal dengan menggunakan kata
relatif yang. Contoh proses ini boleh dilihat dalam jadual 14 di bawah.

Jadual 14

4.2.3.3.2 Peluasan frasa prediket

Peluasan frasa prediket ini berlaku jika sesuatu frasa nama dalam ayat yang
hendak dipancangkan itu berfungsi sebagai subjek kepada ayat pancangan tersebut.
Contoh proses ini boleh dilihat dalam jadual 15 di bawah.

Jadual 15

4.2.3.3.3 Peluasan kata hubung


Peluasan kata hubung berlaku dengan menggabungkan ayat dengan
menggunakan kata hubung seperti tetapi, jika dan sebagainya. Kata hubung ini
berfungsi untuk menghasilkan ayat terbitan jika terdapat dua unsur frasa dalam ayat.
contoh proses ini boleh dilihat dalam jadual 16 di bawah.

Jadual 16

4.2.3.4 Ayat Majmuk

Ayat majmuk ialah gabungan dua atau lebih ayat tunggal. Penggabungan ini
menyebabkan terdapat lebih daripada dua subjek atau lebih daripada dua prediket.
Ayat majmuk biasanya digabungkan dengan menggunakan kata hubung.contohnya:

a) Aziz sedang membaca buku.(ayat tunggal)


b) Azizan mengemas bilik.(ayat tunggal)
c) Aziz sedang membaca buku sementara Azizan sedang mengemas bilik). (ayat
majmuk)

Ayat majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis.

4.2.3.4.1 Ayat majmuk gabungan

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua atau lebih klausa
bebas dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, serta, lalu dan
sebagainya. Koma( , ) mungkin digunakan jika gabungan terdiri daripada tiga atau lebih
klausa. Ayat majmuk gabungan boleh jadi ayat yang mengandungi fakta yang sejajar
atau fakta yang bertentangan. Untuk fakta yang bertentangan, kata hubung
seperti dan, serta, tambahan, pula, sambil dan sebagainya digunakan. Untuk fakta
yang bertentangan, kata hubungan seperti tetapi, sebaliknya, padahal, sementara
dan sebagainya digunakan.

4.2.3.4.2 Ayat majmuk pancangan


Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Ini
bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat
utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat  kecil. Ayat kecil
dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang,
bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu,
ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat
komplemen, dan ayat keterangan.

 Ayat Relatif

Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih
klausa terikat atau ayat kecil. Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau
predikat ayat utama dengan menggunaka kata hubung.

Perhatikan contoh berikut:

1) Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak Leman.

(2) Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak Pak Leman

(3) Kanak-kanak itu cedera

Ayat (3) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan


menggugurkan ``kanak-kanak itu'' dan menggunakan kata hubung yang.

 Ayat komplemen

Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang
seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama.

Perhatikan contoh berikut: Dia memberitahu sesuatu

Jika sesuatu itu diterangkan sebagai ``giginya sakit'' atau ``membeli baju baru'' atau
``akan bertolak ke Kuala Lumpur esok'' maka ayat komplemen dapat dibentuk dengan
menggunakan kata hubung bahawa atau yang.
Dia memberitahu giginya sakit

Dia memberitahu membeli baju baru

Dia memberitahu akan bertolak ke Kuala Lumpur esok.

Ayat kecil yang ditaip tebal dalam contoh di atas merupakan objek kata kerja transitif.
Selain itu, subjek juga boleh diterangkan sebagai ayat kecil dan menjadi komplemen
ayat utama.

Ayat keterangan

Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan
satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat.

Contoh:

Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia.

Oleh sebab dia memandu terlalu laju, Atan menerima empat saman

Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama,
iaitu Pemain hoki negara gagal dan Atan menerima empat saman. Ayat majmuk
keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang
tertentu.

Contoh-contoh kata hubung dalam ayat keterangan seperti  kerana, oleh, sebab,
lantaran, hingga sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah, tatkala, sementara,
ketika, sambil, agar, supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun,
walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagai, macam, bak, umpama.

4.2.3.4.3 Ayat majmuk campuran


Ayat majmuk jenis campuran adalah yang mengandungi lebih daripada satu jenis
ayat. Ayat yang terhasil daripada penggabungan ayat tunggal dan ayat majmuk atau
beberapa ayat majmuk yang lain. Biasanya, ayat jenis ini panjang. Panjang pendek
bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau
bilangan klausanya. Perhatikan contoh-contoh di bawah.

Klausa utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan; ayat kecil ditandakan 'K'


dan bilangannya dinomborkan.

contoh 1: 

Negara mengalami masalah ekonomi (U1) tetapi keadaannya bertambah baik (U2)
apabila pertumbuhan eknomi mula berkembang semula (K1).

(Ayat campuran ini terdiri daripada ayat gabungan dan ayat keterangan waktu; atau dua
ayat utama dan satu ayat kecil).

5.1.1 JENIS AYAT

Ayat dikategorikan kepada jenis-jenis tertentu berdasarkan intonasi ayat itu.


Berdasarkan lagu bahasa dan tujuannya, ayat-ayat bahasa Melayu dapat dibahagikan
kepada empat jenis iaitu:

Jenis Ayat

Ayat perintah Ayat tanya

Ayat penyata Ayat seruan


5.1.1.0 AYAT PENYATA

Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 441), ayat penyata ialah
ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan

AYAT PENYATA

Tujuan untuk menyatakan Diujarkan dengan


atau memberikan intonasi sederhana dan
keterangan tentang diakhiri dengan nada
sesuatu perkara, benda penutup turun
atau orang

Bentuk asas ayat penyata terdiri daripada unsur subjek dan predikat dan
boleh terdiri dari ayat tunggal atau ayat majmuk

Mensyuarat itu l berjalan lancar

Subjek Predikat

5.1.1.1 AYAT TANYA.

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal, seseorang
atau benda. Intonasi ayat tanya berbeza daripada ayat penyata dari segi nada
akhirnya, iaitu nada menaik. Namun demikian, dalam ujaran sebenar ada penutur yang
menggunakan intonasi bentuk ayat penyata bagi tujuan menanyakan soalan atau
mendapatkan respons daripada pendengar. Contoh ayat :

1. Apakah nama anda?


2. Siapakah yang tinggal di rumah itu?

5.1.1.2 AYAT PERINTAH

AYAT PERINTAH
Ayat yang digunakan Diujarkan dengan Penggunaan kata khusus
dengan tujuan untuk intonasi perintah, iaitu seperti jangan, usah sila,
menimbulkan sesuatu intonasi menurun jemput, tolong, minta dan
tindakan. ditujukan dengan nada keras sebagainya.
kepada orang kedua pada mana-mana
dengan menggunakan perkataan yang hendak
kata ganti nama orang ditekankan maksudnya
kedua seperti awak, Ayat suruhan
kamu, engkau dan
sebagainya yang biasa Baca buku ini sekarang!
digugurkan
Ayat silaan
Ayat permintaan
Sila masuk
Tolong buka pintu itu

Ayat larangan

Jangan merokok dalam bilik


ini

5.1.1.3 AYAT SERUAN

Ayat yang bertujuan untuk melahirkan berbagai-bagai perasaan seperti gembira,


sedih, kagum, terkejut, geram dan sebagainya

Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang
biasanya terletak di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru
atau tidak.

Penggunaan kata : oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas, wahai dan sebagainya.
Contoh ayat :

1) Aduh. Sakitnya kakiku !


2) Wahai anak-anakku, berbaktilah kepada negara !
4.8 RAGAM AYAT

Ayat dalam bahasa melayu boleh terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif.
Pembahagian ayat sedemikian adalah dengan melihat kedudukan unsur-unsur yang
berkaitan dengan konstituen subjek dan predikat.

4.8.1 AYAT AKTIF

Definisi
Ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul
atau unsur yang digunakan.

Contoh ayat aktif ialah :

AYAT SUBJEK KATA


KERJA
Saya menyaksikan kemalangan itu Saya Menyaksikan
berlaku
Dia mengelamun sepanjang hari Dia Mengelamun

Ayat aktif dapat dibahagikan kepada 2 iaitu :

a) Ayat Aktif Transitif


Ialah ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul dan ayat ini mengandungi
kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek, contohnya :

AYAT AKTIF TRANSITIF


SUBJEK PREDIKAT
Kata Kerja Objek
Transitif
Pekerja itu Mencuci Bangunan
Air hujan Membasahi Bajunya
Taufan Memusnahkan Harta
benda
Anak Mencari Ibunya
ayam

Ayat aktif yang mengandungi kata kerja transitif boleh mengandungi 2 objek sebagai
penyambut, iaitu objek tepat dan objek sipi, contohnya :

AYAT AKTIF TRANSITIF


SUBJEK PREDIKAT
Kata Kerja Objek Objek Sipi
Transitif Tepat
Guru Menghadiahi Muridnya Jam
tangan
Ibu Menjahitkan Adik Baju
kurung
Abang Membelikan Emak Beg
tangan

Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut langsung kepada kata kerja
transitif.
Objek sipi ialah yang menjadi penyambut tak langsung kepada kata kerja.

Ayat aktif transitif yang mengandungi 2 objek ini boleh diubah binaannya seperti
berikut :

AYAT AKTIF TRANSITIF


SUBJEK PREDIKAT
Kata Kerja Objek Frasa Sendi
Transitif Nama
Guru Menghadiahkan Jam Kepada
tangan muridnya
Ibu Menjahit Baju Untuk adik
kurung
Abang Membeli Beg Untuk emak
tangan

Dalam contoh di atas objek tepat yang asal telah mendapat kata sendi nama di
hadapannya lalu terbentuklah frasa sendi nama yang bertugas sebagai keterangan,
objek sipi yang asal menjadi objek tepat yang baru.

b) Ayat Aktif Tak Transitif


Ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu kata kerja yang tidak diikuti
oleh sebarang frasa nama sebagai objek atau penyambut.
Ayat ini dapat dibahagikan kepada 2 iaitu :

i. Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan


Ayat ini boleh mengandungi frasa keterangan secara pilihan, iaitu boleh
dikekalkan atau ditiadakan, contohnya :
 Pekerja sedang berehat di bawah jambatan.
- Pekerja sedang berehat.
 Pokok itu membesar dengan cepat.
- Pokok itu membesar.

ii. Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan
Ayat ini mesti diikuti oleh unsur pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
Pelengkap ini berfungsi sebagai frasa keterangan yang tidak boleh digugurkan,
contohnya :
 Bas itu menghala ke timur.
- Bas itu menghala
 Penyakitnya beransur sembuh.
- Penyakitnya beransur.

Ayat di atas menunjukkan ayat yang tidak gramatis dan tidak sempurna maksudnya
kerana unsur keterangan tidak boleh ditiadakan.

4.8.2 AYAT PASIF

Definisi
Ialah ayat yang asalnya terbentuk daripada ayat aktif transitif, iaitu ayat yang
mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan, contohnya :

CONTOH AYAT PASIF


Bangunan dicuci oleh
pekerja itu
Bajunya dibasahi oleh air
hujan
Buku itu kami baca

Pada umumnya, ayat pasif dalam bahasa melayu terbahagi kepada 3 bentuk yang
berikut :

a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif


Ayat pasif jenis ini mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-, contohnya :

AYAT PASIF
SUBJEK PREDIKAT
Kata Kerja Pasif Oleh + FN Keterangan
Akhbar itu Sudah dibaca Oleh bapa Semalam
Makanan Dimasak Oleh emak Sebentar lagi
itu
Rumahny Terbina Oleh Dalam masa
a jurubina setahun

Untuk ayat pasif yang menggunakan imbuhan kata kerja pasif di- seperti di atas,
kata sendi nama oleh secara langsung boleh digugurkan tanpa menjejaskan
maksud ayat, contohnya :
 Akhbar itu sudah dibaca bapa semalam
 Makanan itu dimasak emak sebentara tadi
Hal ini berbeza dengan ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif ter-, iaitu kata
sendi nama oleh tidak boleh digugurkan kerana boleh menjejaskan maksud ayat
dan dianggap tidak gramatis atau sempurna, contohnya :
 Rumahnya terbina jurubina dalam masa setahun

Ayat pasif juga boleh dibentuk dengan kata kerja yang mengandungi imbuhan ber-
dan ke- …-an.
Dalam ayat demikian, bahagian oleh + frasa nama biasanya tidak diperlukan,
contohnya :

AYAT PASIF
SUBJEK PREDIKAT
Murid-murid itu Kehujanan sepanjang hari
Mereka semua Kegusaran
Sapu Bersulam dengan benang
tangannya emas
Kasut Belum basuh
sekolahnya

b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kata ganti nama orang
kedua
Ayat ini menggunakan kata ganti nama seperti saya, aku, ku, engkau, kau, anda
kami dan kita yang diikuti secara langsung oleh kata kerja dasar.
Kata ganti nama diri sedemikian tidak boleh menerima kata kerja imbuhan di- dalam
ayat pasif, contohnya :

AYAT PASIF
SUBJEK PREDIKAT
Kata Kerja Pasif Keterangan
dengan KGD I/KGD
II
Bukunya Sudah saya Semalam
kembalikan
Kejayaan Akan kita raikan Bersama-
ini sama
Hutangny Belum kaujelaskan Sepenuhnya
a
Barang itu Mesti awak Kesemuanya
pulangkan

c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja
Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang
tidak menerima awalan.
Binaan oleh + frasa nama dalam ayat sedemikian boleh secara pilihan digugurkan,
contohnya ;

AYAT PASIF
SUBJEK PREDIKAT
Kata Kata Kerja oleh + frasa nama
kena Dasar
Barang itu Kena Rampas Oleh kastam
Pencuri itu Kena Pukul Oleh penduduk
kampung
Permata Kena Curi Oleh perompak
itu
Mereka Kena Marah Oleh guru
2.4 Rumusan:

Sintaksis adalah secara etimologis bererti menempatkan bersama-sama kata-


kata menjadi kelompok kata, dan kelompok kata menjadi ayat. Menurut istilah sintaksis
dapat didefinisikan sebagai bahagian dari ilmu bahasa yang membicarakan selok belok
ayat, klausa, dan frasa.

Sintaksis terkandung dengan 4 frasa iaitu frasa nama, frasa adjektif, frasa sendi
nama dan frasa kerja. Dalam setiap frasa pula mengandungi beberapa sifat dan binaan
ayat. Manakala frasa ialah satu unit tatabahasa berdasarkan kata susunan yang
mengandungi satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk diluaskan menjadi dua
perkataan atau lebih. Ciri frasa nama (FN) terdiri daripada satu perkataan atau
beberapa binaan dalam satu ayat. Manakala frasa kerja (FK) terdiri daripada kata kerja
transitif dan tak transitif. Frasa Adjektif (FA) pula susunan perkataan terdiri daripada
satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifar(Ajdektif). Akhir sekali,
Frasa Sendi Nama (FSN) yang terdiri daripada satu sendi nama dan satu frasa sebagai
pelengkap.

Klausa pula merupakan unit gabungan perkataan yang mengandungi subjek dan
predikat. Fungsi klausa sebagai konstituen kepada ayat. Jenis klausa terdiri daripada
klausa bebas dan klausa terikat.

Daripada definisi-definisi yang telah dikemukakan, dapat disimpulkan bahawa


sintaksis adalah bahagian daripada tatabahasa yang membicarakan kaedah kombinasi
kata menjadi satuan gramatik yang lebih besar yang berupa frasa, klausa, dan ayat,
serta penempatan morfem-morfem suprasegmental (intonasi) sesuai dengan struktur
semantik yang diinginkan oleh pembicara sebagai dasarnya.
5.0 REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini
pada tarikh yang sepatutnya. Sepanjang proses melaksanakan folio ini, banyak
maklumat  yang saya telah peroleh mengenai apa itu Bahasa Melayu 1 Akademik
,Sebelum ini, saya hanya bercakap, membuat ayat tanpa mengetahui sebenarnya ada
pola ayat dasar dalam Bahasa Melayu. Selain itu, saya dapat belajar membuat aya
tdengan betul. Banyak jenis ayat yang saya dapat tahu melalui kerja kursus ini.
Contohnya, ayat tunggal, ayat majmuk campuran, pancangan dan gabungan. Juga
dapat mempelajari membuat rajah pohon. Sebelum ini, saya tidak pernah tahu apa
iyurajah pohon. Tidak kurang juga, menganalisis golongan kata berdasarkan petikan.
Serta banyak lagi maklumat yang berguna tentang subjek yang amat menarik ini. 

Saya telah lebih memahami dan fasih tentang Morfologi dan Sintaksis yang
merupakan keperluan sebagai bakal guru bagi mengelakkan saya membuat kesilapan
semasa menghasilkan bahan penulisan dan juga semasa proses pengajaran dan
pembelajaran selepas melaksanakan tugasan ini. Saya juga berasa keperluan ini amat
penting kerana seorang guru yang mempunyai ilmu tentang Morfologi dan Sintaksis
maka murid-murid berupaya mengenalpasti dan menggunakan perkataan yang sesuai
berdasarkan ilmu yang diajar oleh seorang guru kerana berjaya atau gagalnya sesuatu
proses pembelajaran dalam kalangan murid-murid bergantung kepada kemampuan
seorang guru untuk mendedahkan murid kepada pentingnya pembelajaran Morfologi
dan Sintaksis.

Di samping itu, semasa melaksanakan tugasan ini terdapat sedikit kesukaran


yang saya hadapi ketika dalam proses menyiakan tugasan ini. Dari aspek kesukaran
pencarian bahan rujukan di Pusat Sumber IPG Kampus Kota Bharu, masalahnya
adalah kerana sumbernya adalah terhad. manakala dalam pengaksesian internet,
banyak laman web yang tidak dapat dibuka kerana disekat oleh pihak institut. Hal ini
telah menyebabkan saya terpaksa meminjam internet jalur lebar daripada rakan untuk
mencari bahan. Walaupun rasa malu tetapi saya menerimanya sebagai satu ujian
daripada Allah S.W.T. Secara keseluruhannya saya berasa amat gembira kerana
berjaya menyiapkan tugasan ini walaupun ketika itu terdapat banyak tugasan yang
perlu diselesaikan dengan segera.

Semasa menjalankan analisis, saya sempat mendalami Morfologi terutamanya


bentuk kata dan golongan kata. Melalui pemahaman saya, bentuk kata terbahagi
kepada empat jenis iaitu bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata ganda
dan bentuk kata majmuk. Ini bermakna bahawa kebanyakkan bahan penulisan
mempunyai setiap bentuk kata yang telah dinyatakan. Sementelahan itu, pemahaman
saya mengenai golongan kata pula ialah golongan kata merupakan perkataan dalam
sesuatu bahasa yang dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan
beberapa kriteria seperti kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem,
kriteria sintaksis dan kriteria semantic

Di samping itu, tugasan ini secara tidak langsung membantu saya untuk
mengulang kaji sukatan pelajaran yang saya pelajari terutamanya dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu 1. Tugasan ini turut membantu mengeratkan hubungan persaudaraan
antara pelajar dan pensyarah melalui sesi kolaborasi yang dijalankan sepanjang proses
mendapatkan maklumat dan menyiapkan tugasan ini. Secara tidak langsung, saya telah
belajar untuk menerima kritikan dan komen yang membina daripada rakan-rakan
mahupun pensyarah. Saya juga berasa bahawa kritikan dan komen yang membina ini
yang dapat memberikan saya peluang untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan
terutamanya semasa melaksanakan tugasan dan seterusnya memajukan diri pada
masa yang akan datang. Melalui interaksi antara rakan-rakan sekelas, saya dapat
mengenali antara satu sama lain dengan lebih dalam lagi terutamanya dari segi
komunikasi interpersonal dan komunikasi intrapersonal walaupun terdapat perbezaan
antara satu sama lain.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya mendapati bahawa semangat


kerjasama amatlah penting dalam sesebuah kumpulan. Berdasarkan pengalaman saya
melakukan tugasan kumpulan, saya mendapati proses menyiapkan tugasan menjadi
cepat dan mudah sekiranya setiap ahli kumpulan bekerjasama antara satu sama lain.
Saya dan rakan sekumpulan berjaya menyiapkan tugasan kumpulan dalam masa yang
ringkas melalui pembahagian tugasan memandangkan masa yang ditetapkan untuk
menghasilkan tugasan ini dalam tempoh yang singkat. Walaupun, kadang-kadang saya
dan rakan sekumpulan bercanggah pendapat antara satu sama lain, tetapi, kami
berjaya mengatasi masalah tersebut. Malahan, saya merasakan melalui percanggahan
pendapat tersebut, kami dapat mengetahui kelemahan masing-masing dan menjadi
lebih matang dalam melakukan sesuatu dan seterusnya dapat memperbaiki lagi
kelemahan yang sedia ada dan mutu tugasan yang dihasilkan.

 Kesimpulannya, tugasan ini telah memberi banyak kebaikan kepada diri


saya.Bukan sahaja dapat menambah pengetahuan, tetapi juga dapat menguji
kecekapandan kesabaran saya.

You might also like