DE
FINISI SINTAKSIS
Jika ditinjau asal-usul perkataan sintaksis, kata ini berasal daripada perkataanYunani, iaitu
sun
yang bererti ´dengan´ dan
tattein
yang bererti ´menempatkan kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat´. Kata
suntattein
inikemudian menjadi istilah
syntaxis
dalam bahasa Belanda, dan
synta
dalam bahasainggeris.Sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur,binaan, atau konstruksi ayat (Nik Safiah Karim
et al.,
1993:317). Bagi Abdullah Hassan(1980:164), sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitubegaimana morfem dan kata disusun menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar.contohnya :1.
Budak itu baru pulang dari sekolah.
Daripada contoh, binaan tersebut ialah ayat. Ayat tersebut mengandungi satuklausa yang terdiri daripada Subjek iaitu
budak
itu, dan predikatnya
baru pulang dari sekolah
. Dalam klausa tersebut pula mengandungi satuan yang disebut frasa, iaitufrasa
budak itu, baru pulang dari sekolah.
Dengan kata lain, ayat tersebut terdiridaripada konstituen frasa dan konstituen klausa.Daripada pelbagai definisi tersebut, dapat dirumuskan bahawa sintaksis sebagaikajian tentang bagaimana ayat-ayat dibentuk bermula dengan penyusunan perkataanuntuk membentuk frasa, klausa, dan ayat.Dalam pembahasan sintaksis, yang dibincangkan ialah struktur frasa, klausa danayat. Hal ini bermakna bahawa satuan yang paling kecil dikaji dalam sintaksis ialahfrasa, manakala satuan yang paling besar ialah ayat.