You are on page 1of 19

BADAN PERTOLONGAN

CEMAS

NAMA :

NO.MATRIK :

KOD KURSUS :

KUMPULAN :

JURULATIH :
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1.
PENGENALAN

PENGENALAN BADAN PERTOLONGAN


2.
CEMAS

CARDIO PULMONARY RESUSCITATION


3.
(CPR)

4. KERACUNAN

5. PATAH TULANG DAN PENGURUSAN

6. LUKA DAN PENDARAHAN

7. PENUTUP
PENGENALAN

Pertolongan Cemas diklasifikasikan sebagai bantuan-bantuan permulaan atau rawatan sulung


yang diberikan kepada seseorang yang tercedera dalam sebarang apa jua jenis kemalangan sebelum
bantuan selanjutnya daripada perkhidmatan perubatan (EMS) atau doktor tiba.

Tujuan pertolongan cemas ini diwujudkan adalah untuk menyelamatkan nyawa , menyediakan
ubat-ubatan, alat-alatan untuk melindungi mangsa yang cedera, memberi pertolongan kepada
mangsa yang cedera atau yang memerlukan rawatan, menghadkan kesan-kesan kecederaan,
melindungi dan mengurangkan kecederaan mangsa apabila ada sesuatu bencana berlaku dan
menggalakkan pemulihan.
DEFINISI SKOP PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan Cemas diklasifikasikan sebagai bantuan-bantuan permulaan atau rawatan


sulung yang diberikan kepada seseorang yang tercedera dalam sebarang apa jua jenis kemalangan
sebelum bantuan selanjutnya daripada perkhidmatan perubatan (EMS) atau doktor tiba.

PRINSIP-PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS

 Menyelamatkan nyawa
 Menyediakan ubat-ubatan, alat-alatan untuk melindungi mangsa yang cedera
 Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera atau yang memerlukan rawatan
 Menghadkan kesan-kesan kecederaan
 Melindungi dan mengurangkan kecederaan mangsa apabila ada sesuatu bencana berlaku
 Menggalakkan pemulihan

CIRI-CIRI BAGI SEORANG AHLI PERTOLONGAN CEMAS YANG BAIK DAN MAHIR

o Tajam pemerhatian
-Sentiasa Nampak tanda-tanda atau punca-punca dan gejala kecederaan
o Tidak kasar
-Tidak menyakiti orang yang cedera
o Berakal budi
-Jangan memberi kesakitan kepada mangsa
o Bertimbang rasa
-Menghiburkan hati orang yang tercedera
o Pantas Ikhtiar
-Sentiasa menggunakan dengan sebaik-baiknya apa-apa yang ada disekelilingnya
o Sentiasa tersenyum
-Ini kerana muka yang tersenyum member keyakinan

TANGGUNGJAWAB AHLI PERTOLONGAN CEMAS

Memberi rawatan yang sesuai kepada mangsa


Sentiasa tenang dan dapat mengenalpasti tanda-tanda atau gejala sesuatu kecederaan
Memanggil doktor atau meghantar mangsa cedera ke hospital yang berdekatan bagi
menerima rawatan lanjut
Memberikan maklumat dan informasi dengan terang dan jelas kepada doktor
TUGAS-TUGAS AHLI PERTOLONGAN CEMAS

 Memberi perlindungan kepada mangsa di tempat yang teduh dan selesa


 Memberikan pemulihan pernafasan jika tidak bernafas
 Menahan darah mangsa yang keluar jika perlu
 Tanggalkan objek yang boleh menyebabkan mangsa sukar untuk bernafas
 Memberikan layanan yang baik kepada mangsa
 Jika muka mangsa pucat, baringkan mangsa kemudian selimutkannya
 Jangan membenarkan orang ramai berkumpul, ini kerana mangsa memerlukan udara yang
bersih untuk bernafas

KEADAAN YANG DILARANG MEMBERI SEBARANG MAKANAN & MINUMAN KEPADA MANGSA

 Apabila pesakit itu tidak sedarkan diri


 Apabila pesakit itu tercedera di bahagian paru-paru atau perutnya.

TINDAKAN : DENGAN SEGERA MEMANGGIL DOKTOR ATAU MENGHANTAR MANGSA DI HOSPITAL


YANG BERDEKATAN BAGI MENDAPATKAN RAWATAN YANG SELANJUTNYA.

PERINGATAN : SEORANG AHLI PERTOLONGAN CEMAS BUKANLAH SEORANG DOKTOR


CPR
*Bermula di Baltimore di Amerika pada tahun 1960

*Penyelidik menyedari bahawa bantuan pernafasan kecemasan yang diberikan dapat membantu
mangsa

*CPR mula dilaksanakan secara menyeluruh pada tahun 1973

*Mula diperkenalkan dan dilaksanakan di Malaysia pada tahun 1986

JANTUNG
 Salah satu daripada organ penting
 Dibahagikan kepada dua bahagian kiri dan kanan
 Dibahagikan oleh septum
 Kedua-dua bahagian ini tidak boleh berhubung
 Dibahagikan oleh injap iaitu di atas dan di bawah
 Atas: atria
 Bawah: ventrikal
 Saiz: sebesar genggaman tangan
 Berat: 200g-280g
 Posisi: di tengah-tengah dada antara tulang sternum dan tulang belakang dan sedikit ke kiri
 Fungsi: mengepam darah ke paru-paru
 Dihantar ke seluruh badan
 Mengepam darah (dewasa) normal lebih kurang 5-6 liter seminit
 Mengepam darah sehingga 25 liter seminit apabila bersenam
 Udara: 21% oksigen, 5% oksigen diserap oleh darah

Peredaran Darah dalam Jantung


1.Darah yang dibawa dari badan oleh vena cava masuk ke atrium kanan

2.Apabila darah masuk, atrium akan mengepam darah ke ventrikal kanan

3.Darah seterusnya dipam ke peparu untuk mendapatkan oksigen

4.Darah yang dibawa dari peparu oleh vena palmunori masuk semula ke atrium kiri

5.Apabila darah masuk, atrium akan mengepam darah ke ventrikal kiri

6.Darah yang mempunyai banyak oksigen akan dipam ke seluruh badan melalui aorta

#- Satu cubaan untuk memulihkan mangsa yang terhenti pernafasan dengan kaedah tekanan di atas
dada (tekanan dari luar) dan bantuan pernafasan
PERINGKAT KEMATIAN

CLINICAL DEATH (KEMATIAN KLINIKAL) -terhenti pernafasan dan denyutan jantung


seketika.

BIOLOGICAL DEATH (KEMATIAN BIOLOGI) –kematian sebenar kerana kekurangan


oksigen ke otak dan sel-sel otak mati dan mangsa akan mengalami proses kematian sebenar.

INDIKASI CPR
 Sistem pernafasan terhenti
 Denyutan jantung terhenti

PUNCA PERNAFASAN TERHENTI


 Keracunan ubat
 Terhidu asap racun
 Renjatan elektrik
 Tercekik
 Lemas
 Strok

PUNCA JANTUNG TERHENTI


*Denyutan jantung dan rentak jantung tidak normal

*Sakit jantung

*Jantung bengkak

CARA MENGENALPASTI PERNAFASAN NORMAL (3M)


MELIHAT-turun naik dada

MENDENGAR-udara keluar masuk

MERASA-udara yang dihembus keluar

PERNAFASAN
 21% oksigen disedut
 16% oksigen dihembus keluar
 5% oksigen yang tinggal untuk keperluan tubuh
PROTOKOL DAN KAEDAH MENYELAMAT TERHENTI PERNAFASAN

Danger (bahaya)
 Penyelamat
 Persekitaran
 Mangsa

Respond (tindakbalas)
 Hello...hello...
 Tiada tindakbalas
 Aktifkan EMS (emergency medical service)

Airways(salur pernafasan)
 Dongakkan kepala ke atas atau angkat dagu ke atas
 Buang benda asing
 3M (melihat-mendengar-merasa)

Breathing(pernafasan)
 2 hembusan penyelamat atau awalan
 Periksa nadi carotid atau brakial

Circulation(peredaran darah)
 Tekanan atas dada

BIL PERINGKAT TEKANAN DAN KEDALAMAN KITARAN


HEMBUSAN TEKANAN
1 Bayi 5:1 ½-1 inci 100 tekanan
20 hembusan
2 Kanak-kanak 5:1 1-1 1/2 inci 100 tekanan
20 hembusan
3 Dewasa 15:2 1 ½-2 inci 60 tekanan
8 hembusan

SEBAB-SEBAB CPR TIDAK BERJAYA


 Saluran pernafasan tidak terbuka dengan sempurna
 Mulut tidak terbuka luas
 Mulut dan hidung mangsa tidak ditutup rapat
 Semasa hembusan, hidung tidak dipicit
 Mangsa tidak dibaringkan di tempat yang stabil ‘Hard Surface’
 Kedudukan tangan penyelamat tidak tepat ketika tekanan dilakukan
 Kadar tekanan terlalu cepat atau terlambat
 Tekanan jantung tidak sempurna

SITUASI YANG TIDAK BOLEH MELAKUKAN CPR


 Mangsa yang kaku dan kejang
 Mangsa yang cedera teruk di bahagian dada
 Tiada kebenaran waris mangsa
 Mangsa disahkan mati
 Bayi yang kurang 200g atau 3 bulan

MASALAH YANG TIMBUL

 Kemungkinan akan berlaku kecederaan pada tulang rusuk


 Kecederaan serius akan berlaku pada organ dalaman dada jika tulang rusuk patah
 Berlaku pendarahan dalaman
 “LEBIH BAIK MANGSA CEDERA DARIPADA MATI TANPA BANTUAN”

NADI
KAROTID- di leher

RADIAL- di pergelangan tangan

BRAKIAL- di lengan

FEMORAL- di pengkal peha

KADAR DENYUTAN NADI SEMINIT

DEWASA 60-80 Normal


Lebih 100 Terlalu cepat
Kurang 60 Terlalu perlahan
KANAK-KANAK (1-5 TAHUN) 80-150 Normal
Lebih 150 Terlalu cepat
Kurang 60 Terlalu perlahan
KANAK-KANAK (5-12 TAHUN) 60-120 Normal
Lebih 150 Terlalu cepat
Kurang 60 Terlalu perlahan
BAYI (1-12 BULAN) 120-140 Normal
Lebih 150 Terlalu cepat
Kurang 110 Terlalu perlahan
KADAR PERNAFASAN SEMINIT

DEWASA 12-20 Normal


Lebih 30 Serius
Kurang 10 Serius
KANAK-KANAK (1-5 TAHUN) 25-28 Normal
Lebih 44 Serius
Kurang 20 Serius
KANAK-KANAK (5-12 TAHUN) 20-24 Normal
Lebih 36 Serius
Kurang 16 Serius
BAYI (1-12 BULAN) 30-70 Normal
Kurang 30 Serius
KERACUNAN

Tujuan
Untuk menerangkan definisi ,sebab-sebab,jenis dan rawatan keracunan

Definisi
Racun adalah sejenis bahan atau benda,bila terkena pada kulit dan meresap masuk ke dalam
badan akan merosakkan atau mencederakan pada bahagian itu atau seluruh badan

Sebab-Sebab
 Terminum atau termakan dengan sengaja atau tidak
-keadaan amat membahayakan terutamajika terminum,racun membakar di mana
lidah,mulut,kerongkong dan perut akan terbakar dan melahirkan perasaan sakit
yang amat sangat
 Melalui pernafasan dan sedutan
-kebanyakan terjadi disebabkan oleh kerana tersedut gas-gas beracun seperti asap
api,asap dapur,asap ekzos motokar atau asap letupan. Ini mengakibatkan asphyxia
dan pengsan
 Dengan cara suntikan
-selalunya ubat-ubat yang disuntik berlebihan atau beracun,digigit binatang berbisa
atau sengatan. Ini mengakibatkan pesakit akan mendapatkan asphyxia atau tidak
sedarkan diri
 Meresap melalui lubang kulit
-kurang pengawasan atau terkena simbahan bahan kimia yang membakar

Jenis-Jenis Racun Tanda-Tanda dan Aduan

Racun membakar (ia akan membakar saluran 1. Tanda-tanda terbakar hangus


penghadaman dan mungkin juga saluran dalam mulut
pernafasan) -jika hitam asid
o Asid seperti hydrochloric,acetic -jika putih alkali
o Alkali seperti caustic soda 2. Sakit dan susah bernafas
o Disinfectant seperti Lysol,lrysol dan dettol 3. Berkeadaan resah dan gelisah
4. Renjatan dan mungkin tidak
sedarkan diri
5. Tanda-tanda atau kesan di
sekeliling tempat kejadian
seperti botol atau surat ditulis
oleh pesakit

Racun tidak membakar 1. Sakit dan pedih di dalam mulut


a) Irritant 2. Rasa hedak muntah atau muntah
o Buah-buahan hutan yang 3. Sakit atau mungkin cirit-birit
memabukan 4. Kemerahan pada kulit terutama di
o Bahan-bahan laut seperti muka atau gatal-gatal
kerang,kepah dan siput
o Cendawan dan kulat

b) Parkatic 1. Perasaan hendak tidur


 Allergik(ubat yang tidak boleh 2. Pening loya atau muntah
diterima seseorang) 3. Renjatan
 Ubat lebuh tempoh 4. Terdapat bintik-bintik kemerahan
penggunaan atau gatal
 Ubat yang disalahgunakan 5. Nadi pantas dan lemah
 Ubat yang berlebihan 6. Tekanan darah rendah
7. Perasaan singkat atau tercungap

Rawatan Pertolongan Cemas

i. Perhatikan pernafasan peskit


ii. Rehatkan serta longgarkan pakaian di bahagian yang ketat
iii. Berikan rawatan renjatan
iv. Tentukan jenis racun samada asid atau alkali
v. Cuba beri makan telur putih dan air susu
vi. Boleh minum air biasa untuk melemahkan racun
vii. Jangan suruh pesakit muntah
viii. Hantar pesakit ke hospital dan bawa bersama apa yang terdapat di sekeliling pesakit
untuk memudahkan doktor membuat pemeriksaan

PATAH TULANG DAN PENGURUSAN


DEFINISI

Patah bermaksud tulang yang retak atau patah.

Punca-Punca Patah.

Kekuatan Hentakan Tepat Kekuatan Hentakan Sipi

(direct force) (indirect force)

Patah yang berlaku ditempat hentakan Patah yang berlaku bukan ditempat

yang menerima hentakan.

JENIS-JENIS PATAH PENERANGAN


Patah Tertutup Patah yang tulangnya tidak terkeluar daripada tisu kulit dan tiada
pendarahan yang terkeluar.
Patah Terbuka Patah yang mencederakan tisu kulit dan tulang menembusi kulit

CARA PENGURUSAN PATAH TERBUKA

Hentikan Pendarahan Rehat Cegah gerak samada tuap atau anduh

Bawa ke hospital Tinggikan bahagian tercedera

Tanda-Tanda Patah Tertutup

 Pendarahan dalaman
 Bengkak
 Sakit
 Tidak boleh bergerak
 Berubah rupa bentuk
 Kemungkinan terkena renjatan
Cara Pengurusan Patah Tertutup

TINGGIKAN
CEGAH GERAK
BAHAGIAN BAWA KE
REHAT SAMADA TUAP
KECEDERAANYANG HOSPITAL
ATAU ANDUH
TERCEDERA

Keadaan Dan Bentuk Patah

Patah Melintang Patah Menyerong

-patah melintang di tempat yang -patah yang serong di tempat yang


terkena hentakan terkena hentakan

Patah Terpusing Patah Melarat

-patah yang berlaku di sekeliling -melibatkan salur darah


tulang yang kelihatan seperti spring

Patah Lesung
Patah Remok
-patah yang tulangnya cucuk
-tulang yang patah remok di mencucuk antara satu sama lain
tempat hentakan disebabkan
tulang yang serpih

Patah Tebu

-patah yang tidak berpisah kerana


tulangnya masih lembut seperti
kanak-kanak
Rawatan Patah Terbuka

a) Tenangkan dan beri keutamaan pada pernafasan dan peredaran darah


b) Gunakan tuap dan sokong bahagian yang cedera sebelum memindahkan mangsa
c) Jangan gerakkan bahagian yang cedera sewenang-wenangnya dan tinggikan bahagian yang
cedera dengan menggunakan anduh yang sesuai
d) Jika tulang tersembul keluar,jangan cuba masukkan kembali
e) Gunakan pelapik cincin dan balut
f) Pindahkan mangsa ke hospital dengan menggunakan pengusung
LUKA DAN PENDARAHAN

DEFINISI

Sebarang kecederaan yang tidak normal pada kulit atau pada permukaan badan yang dikatakan
luka.Kebanyakan luka adalah terkoyak dan terbuka yang menyebabkan darah dan cecair lain
mengalir keluar dari badan. Luka yang tertutup pula mebenarkan darah terlepas dari system
peredaran tetapi tidak mengalir keluar.

JENIS-JENIS LUKA

o Luka Terhiris
-Luka yang lurus dan bersih daripada sesuatu yang tajam seperti pisau cukur atau kaca
pecah.
o Luka Melecet
-Luka yang kesat atau kasar di sebabkan daya kasar dan tekanan yang teruk dan remuk
seperti jentera.
o Luka Calar-Balar
-Luka pada permukaan yang menyebabkan lapisan atas pada kulit tergesel dan terkikis.
o Luka Kontusi (Lebam)
-Sebarang tamparan yang kasar (seperti tumbukan)memecahkan kapilari (rerambut) di
bawah lapisan kulit.
o Luka Tercucuk
-Terpijak paku,jarum atau tertikam mengakibatkan luka tercucuk,iaitu luka pada titik
kemesukan yang kecil tetapi dalam dan menyebabkan kerosakan dalaman.
o Luka Tembakan
-Peluru tembakan atau lai-lain pelontar mungkin termasuk ke dalam badan dan
menyebabkan kecederaan dalaman yang serius.

JENIS-JENIS PENDARAHAN

» Pendarahan Arteri
-Darah yang telah dioksigenkan berwarna merah cerah. Dibawah tekanan jantung yang
berdenyut, ia memeancut dari luka sama waktu dengan denyutan jantung.
» Pendarahan Vena
-Setelah melepaskan oksigen warna merah darah vena menjadi merah tua.
Ia mempunyai tekanan kurang dari darah arteri.
» Pendarahan Kapilari
-Pendarahan jenis ini dicirikan sebagai lelehan dan berlaku dikawasan semua jenis luka.
KLASIFIKASI PENDARAHAN

PENDARAHAN LUARAN (EXTERNAL) PENDARAHAN DALAMAN (INTERNAL)


Luka terhiris-disebabkan benda tajam seperti Perut-muntah berdarah
pisau Paru-paru/saluran pernafasan-batuk berdarah
Luka terkoyak-disebabkan cakaran binatang atau Tali usus-darah pada dubur
dawai Rahim-tumpah darah
Luka berdarah-kena pukulan tepat benda tidak Buah pinggang-kencing berdarah
tajam Tengkorak-darah mengalir melalui telinga dan
Luka tembus-seperti kena tikaman pisau atau Hidung
Jarum Pendarahan internal tanpa kesan
Limpa dan hati pecah
Pendarahan dalam otak

KAEDAH RAWATAN

 Berikan tekanan atau tuaman pada bahagian dengan menggunakan pembalut yang bersih
pada steril atau pad yang bersih
 Jika mangsa tidak sedarkan diri,baringkan mangsa dalam posisi pemulihan
 Tutup lubang luka dengan tangan sekiranya darah mengalir keluar dengan banyak
 Memanggil ambulans dan mendapatkan rawatan rawatan di hospital secepat mungkin
sekiranya luka teruk.

KAEDAH RAWATAN LUKA

 Luka Kecil (tapak tangan)


-menekap pembalut steril atau steril atau pad yang bersih di tapak tangan. Minta mangsa
mengenggamnya. Jika sukar,tekap bahagian yang luka itu dengan tangan yang cedera. Balut
jari supaya ia tergenggam dalam balutan
 Luka Pada Kulit Kepala
-berikan tekanan atau tuaman pada bahagian luka dengan menggunakan pembalut dan
steril atau pad yang bersih.
-gunakan 1pembalut tiga segi untuk meneguhkan pembalut. Jika pendarahan masih berlaku,
berlaku,teruskan memberikan tekanan kepada pad
-baringkan mangsa dengan kedudukan bahu dan kepala tinggi sedikit. Baringkan mangsa
dalam posisi pemulihan jika mangsa tidak sedarkan diri dan hantar mangsa ke hospital
dengan segera.
 Luka Pada Lipatan Sendi
-tekap pad yang bersih atas luka dan bengkokkan sendi dengan teguh.
-angkat anggota dengan mengekalkan sendi dalam keadaan terbengkok dan baringkan
mangsa.
-tekanan dilepaskan setiap 10minit untuk mengembalikan peredaran darah,mangsa
hendaklah dihantar ke hospital
 Luka Tembus Dada
-tutup lubang luka dengan serta merta menggunakan tapak tangan
-kemudian,tutup lubang dengan peutup steril atau pad bersih
-tutup pad tersebut dengan beg plastik atau lapisan yang memepunyai pelekat atau
pembebat yang ketat bagi membentuk kalis udara.
-sokong dan ampu kedudukan mangsa yang sedar dalam keadaan selesa
-pastikan mangsa diserang renjatan dan hantar mangsa ke hospital
 Luka Di Perut
-mangsa di baringkan dan lututnya diampu
-letakkan pembalut yang besar dan di ikuti dengan dengan pembalut yang berpelekat. Jika
usus terkeluar,jangan sentuh usus berkenaan tetapi tutup usus tersebut dengan plastic nipis
untuk mengelakkannya daripada kering
-tekan dengan teguh ke atas pembalut ketika terbatuk atau termuntah bagi mengelakkan isi
perut terkeluar.
-berikan mangsa bantuan pernafasan jika mangsa tidak sedarkan diri serta letak mangsa
dalam kedudukan pemulihan dan perutnya dikosongkan.
 Luka Di Mata
-mangsa dibaringkan dan kepalanya dipegang supaya tidak bergerak. Minta mangsa agar
tidak menggerakkan kedua-dua bebola mata yang boleh menambah kerosakkan mata yang
tercedera.
-gunakan steril atau pad untuk menutup mata. Tenangkan mangsa dan berikan keyakinan
kepadanya. Seterusnya balut kedua-dua mata bagi mengelakkan mata bergerak.
 Luka Yang Kecil
-tangan yang luka dicuci denganair panas dan sabun
-bersihkan luka dengan air mengalir jika terdapat kekotoran pada luka tersebut
-keringkan dengan menggunakan tuala yang telah disteril,tutup luka dengan menggunakan
pembalut kasa yang steril
-lap luka dengan dengan kering kemudian balut dengan pembalut pelekat

BENDA ASING DALAM LUKA


Pendarahan hendaklah dikawal menggunakan tekanan yang teguh pada kedua-dua bahagian
tepi objek dan angkat bahagian anggota yang cedera.
PENUTUP
Secara kesimpulannya, pertolongan cemas amat penting dalam menyelamatkan nyawa
seseorang. Dengan mempelajari kaedah dalam pertolongan cemas seperti mengendalikan orang
yang menghadapi kemalangan atau musibah, kita tidak akan berasa panik. Sekali gus kita dapat
mengendalikan perkara-perkara seperti itu tanpa sebarang komplikasi.

You might also like