You are on page 1of 13

MASTER OF EDUCATION

HMEF 5043
Educational Psychology

ASSIGNMENT

Behaviorism, Cognitivism and Constructivism

Name : ZAINAH BINTI DON

Matric number : CGS 00373406

NRIC : 660426-07-5178

Telephone number : 019-4437782

E-mail address : enzd2604@yahoo.com

Tutor’s name : DR. LEE WAI HENG

Learning Centre : PPW Kedah

March 2009 : Semester II


1.0 Pengenalan

1.1 Behaviorisme

Kemunculan Behaviorisme sebagai system yang mentafsir psikologi


sebagai kajian tingkah laku bermula apabila Zeitgeist atau semangat zaman
mula menunjukkan tanda-tanda kea rah menjadikan tingkah laku yang boleh
diperhatikan secara langsung dan dikuantiti dianggap lebih bermakna sebagai
bahn subjek kajian psikologi, bukan hanya suatu manifestasi yang mendasari
peristiwa mental. Secara formal pergerakan behaviorisme, bermula apabila
John B.Watson menerbitkan kertas kerjanya berjudul “Psychology as the
behaviorist views it (1913). Watson mengemukan suatu cadangan ke arah
perubahan radikal formulasi psikologi yang sedia ada dengan menegaskan
suatu haluan yang dianggaapnya lebih munasabah bagi perkembangan displin
psikologi. Ia bukan lagi tertumpu kepada isu-isu fikiran sedar dan fikiran tidak
sedar dalaman seperti yang terdapat dan menguasai pemikiran ahli psikologi
pada masa itu. Malahan, Watson menolak langsung keseluruhan keadaan
mental fikiran sedar bukan fizikal yang dianggapnya sebagai permasalahan
pseudopsikologi. Menurutnya’
Psychology as the behaviorist views it is a purely objective branch of
natural science. Its theoretical goal is the prediction and control of
behavior. Introspection forms no essential part of its methods, nor is
the scientific value of its data dependent on the readiness with which
they lend themselves to interpretation in terms of conciouness. The
behaviorist, efforts to get unitary scheme of animal response,
recognizes no dividing line between man and brute. The behavior of
man, with all of its refinement and complexity, forms only part of the
behaviorist’s total scheme of investigation.(1913, m.s. 158).

Melalui pengisytiharan Watson itu, bermula satu zaman hamper setengah


abad lamanya psikologi dianggap sebagai sains yang kehilangan “akal” dan
kemungkinan juga “kemanusiaannya”. Ini terutama sekali apabila dilihat daripada
kajian pengikut aliran tingkah laku itu sendiri yang sebahagian besarnya
melibatkan haiwan makmal seperti tikus putih sebagai subjek kajian mereka.
Daripada penemuan diperolehi dari kajian ke atas haiwan, pengkajian aliran
tingkah laku mengemukakan generalisasinya kepada tingkah laku manusia.
Dalam tahun 1930, Watson sekali lagi menegaskan,
Behaviorisme claims that conciousness is neither a definite nor
usable concept. The Behaviorist who has been trained always as an
experiment holds further that believe in the existence of the
conciaosness goes back to the anciests of superstitidus and magic.
(Watson, 1930, m.s.2).

Kehilangan akal dan kemanusiaan daripada disiplin psikologi boleh juga


dilihat daripada cadangan Watson supaya pengikut aliran tingkah laku
mengetepikan langsung isu-isu seperti kepekaan, pengamatan, imej, keinginan,
hasrat, emosi dan pemikiran kerana istilah sedemikian boleh ditafsir hanya
secara subjektif. Program penyelidikan dan isu di ketengahkan oleh golongan ini
turut menafikan sebarang usaha mengkaji persoalan tentang akal dan fikiran.
Pengikut aliran tingkah laku dengan penuh yakin merujuk kepada penemuan
kajian ke atas tikus dan haiwan makmal lain bertujuan memperolehi pengertian
tentang motivasi dan pembelajaran maanusia, termasuk formulasinya tentang
pembelajaran bahasa.

Kemunculan behaviourisme sebagai aliran paling berpengaruh di Amerika


bukannya peristiwa yang berlaku dengan tiba-tiba. Tanda-tanda kemunculan
Behaviorisme boleh dikesan sejak zaman sebelum Greek Klasik hinggalah ke
abad ke Sembilan belas. Ahli-ahli falsafah zaman pra Socrates seperti ahli fizis
ionia dan hippocrate mula menghurai aktiviti manusia sebagai reaksi mekanikal
berasaskan penyebab biologi atau hukum fizikal. Dalam abad ke Sembilan belas
terdapat pula ahli falsafah British menyediakan asas intelektual paling jelas yang
membawa kepada kemunculan behaviorisme. Falsafah Locke tentang kepasifan
mental, misalnya menyediakan bukti minda manusia bergantung kepada alam
sekitar bagi mendapatkan kandungannya selain itu, dua tema utama falsafah
British, iaitu empirisme dan aliran perkaitan, Turut menyediakan kekuatan ke
arah kemunculan behaviorsme. Pembelajaran melalui adaptasi tingkah laku
organisme sebagai perangsang alam sekitar yang ditentukan prinsip perkaitan
adalah teras utama Behaviorisme.

Ditinjau dari segi kajian saintifik terdapat dua aliran penyelidikan muncul
selari dan menyediakan asas kemunculan behaviorism. Pertama, terdapat kajian
yang cuba menghurai proses tingkah laku berasaskan fisiologi dipelopori
sekumpulan ahli fisiologi Rusia terdiri daripada Ivan M. Sechenov (1829 -1905),
Vladimir M. Bekhterev (1857-1927) dan Ivan P. Pavlov (1849-1936). Kedua,
terdapat kajian ahli fungsional Amerika yang dipeloporo Edward M. Thorndike
dan diteruskan oleh Watson, Edwin B. Holt (1873 – 1946), Albert P. Weiss (1879
– 1931), Walter S. Hunter (1889-1954) dan Karl S. Lashley (1890-1954) yang
seterusnya membawa kepada kemunculan behaviorisme Amerika moden, yang
dikemukakan oleh Edwin R. Guthrie (1886- 1959), Clark L. Hull (1884-1952),
Edward C. Tolman (1886-1959), dan B. F. Skinner (1904-1990). Secara
keseluruhannya, tumpuan utama behaviorisme ialah untuk mengkaji tingkah laku
kerana ia boleh dikaji melalui pemerhatian dibuat secara langsung. Di
sebaliknya, pengikut aliran tingkah laku menganggap peristiwa mental perlu
diketepikan kerana ia tidak boleh dikaji secara langsung.

Walaupun pengikut behaviorisme mempunyai matlamat yang sepunya


yakni mengkaji tingkah laku yang boleh diperhatikan secara langsung, mereka
masih boleh dibahagikan sekurang-kurangnya kepada tiga kumpulan. Setiap
kumpulan mempunyai paradigmenya masing-masing. Pertama, terdapat
golongan yang berpegang kepada pendirian fungsionalistik yang banyak
dipengruhi kaedah saintifik Darwinisme, dalam ertikata, ia mengutamakan
hubungan di antara tingkah laku dan penyelarasannya terhadap tuntutan alam
sekitar. Kedua, terdapat pendirian perkaitan (associationistic), kerana
pengikutnya melihat pembelajaran atau tingkah laku dipelajari atau terbina
berasaskan hokum perkaitan. Pendirian perkaitan bermula daripada falsafah
Aristotle yang kemudiannya dihurai oleh Locke, Berkeley dan Hume. Ketiga,
terdapat segolongan pengikut behaviorisme yang menghurai tingkah laku
dengan memberi perhatian aspek kognitif. Pendirian yang diperkenalkan oleh
Plato itu di perkembangkan oleh ahlifalsafah kemudian seperti Ibnu Sina,
Descrates, Kant dan ahli psikologi Gestalt.

1.2 Kognitivisme
1.3 Kongstruktivisme

2.0 Teori Pembelajaran

Pembelajaran adalah satu fenomena biasa bagi kita. Dalam kehidupan.


kita banyak belajar daripada pengalaman. Malah kita tidak dikatakan belajar
kalau kita bertingkahlaku seperti dahulu. Dengan itu, pembelajaran membuatkan
kita berbeza daripada dahulu. Sesuatu perbuatan atau pekerjaan akan menjadi
senang kalau kita mempelajarinya dengan tekun.

Mengikut Kamus Dewan, Pembelajaran dikatakan sebagai “tindakan


untuk memperoleh ilmu, kefahaman, atau menguasai dengan bantuan
pengalaman atau kajian”. Kimble, seorang ahli psikologi pembelajaran telah
memberi satu definisi yang agak munasabah bagi ahli-ahli psikologi yang lain,
Satu perubahan yang agak kekal dalam potensi bertingkah laku yang
berlaku hasil dari amalan yang diberi pengukuhan. Kemudian definisi ini
diperbaiki, dan kini pembelajaran didifinisikan sebagai:

“Satu perubahan yang secara relatifnya kekal dalam tingkah laku atau
tingkah laku yang berpotensi hasil daripada pengalaman dan perubahan ini
berlaku bukan kerana perubahan keadaan badan yang sementara seperti ketika
dipengaruhi keletihan, penyakit atau dadah”.
Ini adalah kerana dadah boleh mengubah tingkah laku seseorang. Contoh
yang ketara ialah apabila kita mengambil ubat untuk melegakan demam badan
kita berubah daripada segar menjadi ‘layu’ kerana kesan dadah penenang.
Begitu juga orang yang letih seringkali membuatkan dia tidak ingin bekerja keras
seperti kebiasaan. Perubahan ini adalah sementara.

Walaupun kesan pembelajaran boleh dalam pelbagai bentuk, ramai ahli


psikologi berpendapat ada tiga jenis pembelajaran utama: pembelajaran klasik,
pembelajaran instrumental dan pembelajaran secara pengamatan.

2.1 Behaviourisme

2.1.1 Teori Pelaziman Klasik Pavlov


Pavlov adalah seorang ahli fisiologi pemakanan. Beliau pernah
memperoleh hadiah novel kerana penyelidikan beliau dalam fisiologi
pemakanan. Ketika menjalani penyelidikan fisiologi inilah beliau bertembung
dengan fenomena yang menarik tentang peranan rangsangan yang
berhubungkait dengan pemberian makanan kepada haiwan beliau.

Anjing-anjing eksperimen beliu didapati memperlihatkan pengliuran ketika


makanan dibawa kepada mereka. Malahan ada anjing mengliur ketika berbau
makanan atau kadang-kadang dengan hanya melihat pinggan yang biasanya
diletakkan makanan ke dalamnya. Ada juga yang mengeluarkan air liur dengan
hanya melihat kedatangan pengkaji atau mendengar bunyi tapak kasut mereka.
Pavlov dengan itu berpendapat bahawa rangsangan-rangsangan ini telah
menjadi isyarat kepada makan. Anjing-anjing itu telah mempelajari bahawa
rangsangan-rangsangan ini bertindak sebagai isyarat bahawa makanan akan
dibawa selepas itu. Beliau menyedari hakikat bahawa dengan mengulang
padanan dua rangsangan, haiwan akan mempelajari bahawa makanan akan
mengekori kalau rangsangan –rangsangan yang dengannya sudah wujud.
Rangsangan itu dikatakan boleh memencing sesuatu respons. Selepas ini
Pavlov banyak menghabiskan eksperimen yang berkait dengan pembelajaran
klasik ini.

Pavlov meminjam istilah yang digunakan Socrates ribuan tahun terdahulu


iaitu apabila dua sensasi dialami bersama secara berulangan ia akan saling
berkaitan. Misalnya, kalau anda sering bersama seseorang ke pantai atau ke
tempat-tempat tertentu ia akan mencetus kenangan manis/pahit apabila suatu
ketika anda melawati tempat tersebut seorang diri. Pavlov menyatakan bahawa
pembelajaran klasik itu adalah satu bentuk yang berlaku secara perkaitan
(asosiasi). Ia merupakan perkaitan antara rangsangan yang biasanya
memancing tingkah laku dengan rangsangan yang mula-mula tidak memberi
kesan apa-apa kepada tingkah laku atau rangsangan neutral. Secara khususnya
Pavlov membunyikan loceng (rangsangan neutral) yang boleh didengari anjing
sebelum makanan diberi. Air liur seperti biasa akan menitis. Selepas beberapa
kali dipasangkan atau dipadankan bunyi loceng dengan makanan anjing mula
mengeluarkan air liur pada ketika loceng dibunyikan. Jadi, apabila loceng sahaja
dibunyikan, haiwan itu akan mula mengeliur sekalipun daging belum diberikan.

Fasa 1
UCS UCR
(daging) (pengliuran)

Fasa 2
UCS + NS UCR
(daging) + loceng (pengliuran)

Fasa 3
CS CR
(loceng) (pengliuran)

Rajah 1
Pelaziman klasik dengan menggunakan loceng
dan daging pada anjing
Dalam fasa 1, daging yang dikatakan sebagai rangsangan tak terlazim
(UCS) memencing respon tak terlazim (UCR) dan ini adalah proses biasa.
Daging boleh memencing respons tanpa dipelajari. Ia adalah satu refleks yang
ada pada setiap organisma hidup. Dalam fasa 2, rangsangan neutral (NS)
digunakan yang selalunya tidak diberi perhatian oleh organisme kerana tidak ada
perkaitan antara NS dengan makanan yang memancing respons pengliuran.
Bagaimanapun selepas beberapa waktu, peranan NS menjadi ketara kerana
kehadirannya sudah boleh memancing pengliuran. Fasa 3, melihat urutan dari
persembahan NS. Ketika ini loceng sudah boleh memancing pengliuran. Ia kini
berfungsi sebagai rangsangan terlazim (CS) yang boleh memancing pengliuran
sekalipun UCS tidak ada. Dengan iut rangsangan terlazim adalah rangsangan
yang memperoleh data memancing respons yang dipancingnya (dalam kes ini
pengliuran) adalah respons terlazim (CR).

2.1.2 Teori Thorndike

Ahli psikologi yang terkemuka dalam bidang pembelajaran, Thorndike


adalah orang yang pertama menemukan pembelajaran secara instrumental ini.
Beliau telah menggunakan sebuah sangkar yang dikenali sebagai ‘kotak sesat
Thorndike). Dalam kotak ini ada satu tuas kecil yang perlu dipijak haiwan yang
dikurung untuk keluar melalui pintu yang terselak (kunci). Apabila kucing Berjaya
memijak tuas ini, selak akan terangkat dan pintu akan terbuka. Kucing kemudian
akan diberi makan sebagai ganjaran kepada kejayaan membuka pintu sangkar
tersebut. Prosedur ini diulang sampai kucing itu menyedari bahawa untuk keluar
daripadasangkar dan kemudian mendapat ganjaran makanan ia perlu menekan
tuas kecil itu.

Thorndike menyatakan bahawa kucing itu telah mempelajari sesuatu


kerana masa yang diambil untuk menekan tuas telah berkurangan dan dengan
itu dinyatakan bahawa pembelajaran instrumental telah berlaku. Bermula dengan
eksperimen ini Thorndike telah memperkenalkan beberapa istilah yang penting
dalam psikologi terutama sekali psikologi pembelajaran. Antara hokum ciptaan
Thorndike yang sering dibincangkan ialah: Hukum Kesediaan, Hukum Latihan,
Hukum Kesan, Respons secara analogi, kesepunyaan dan penyebaran kesan.
Hukum-hukum ini ada kaitan dengan asosiasi antara respons dan pengukuhan
yang diberikan.

2.1.3 Teori Pelaziman Operan Klasik

Pembelajaran instrumental lebih banyak dikaitkan dengan seorang lagi


ahli psikologi pembelajaran Universitu Harverd, Skinner. Beliau menggunakan
alat yang ciptaannya sediri yang dinamakan Kotak Sknner. Dalam kotak ini,
terdapat tuas yang perlu ditekan haiwan supaya ia dapat menghubungkan litar
mekanisme yang akhirnya akan membebaskan pellet makanan kepada haiwan
yang terlibat. Di samping itu terdapat juga perakam kumulatif yang boleh
memberi maklumat melalui graf tentang kadar respons haiwan bagi satu-satu
masa.

Pelaziman Instrumental atau operan istilah Skinner melibatkan beberapa


langkah utama. Kalau langkah-langkah ini tidak diikuti, pembelajaran operan
mungkin tidak berlaku seperti yang dikehendaki. Pertama sekali haiwan perlu
menjalani proses deprivasi. Dalam proses ini haiwan diletakkan sama ada
mengikut jadual deprivasi selama 23 jam atau makan bebas dengan makanan
terhad yang telah ditetapkan beratnya. Dalam kes pertama haiwan diberi makan
sebanyak mana yang disukainya selepas dideprivasikan selama 23 jam. Dalam
diprevasi ini bagaimanapun air disediakan. Dalam kes kedua pula haiwan diberi
beberapa gram makanan untuk selama 24 jam. Berat badan harus berkurang
sehingga 80 peratus daripada asal sebelum eksperimen dimulakan. Jika tidak
haiwan tidak ‘berminat’ (bermotivasi) untuk menjalani “latihan pembelajaran”.
Selepas diprevasi, haiwan diletakkan ke dalam kotak Skinner bagi latihan
magazine. Pengkaji boleh menggunakan suis tangan untuk menggerakkan
mekanisme pemberi makanan yang akan menjatuhkan pellet makanan ke
mangkuk makanan yang ada di dinding kotak Skinner, di samping memastikan
haiwan itu tidak selalu berada dekat dengan mangkuk makanan. Ketika
menjatuhkan makanan, biasanya mekanisma pemberi makanan ini akan
mengeluarkan bunyi ‘klik’ yang kuat. Tujuan latuhan ini ialah untuk mengajar
haiwan itu mengaitkan bunyi tersebut dengan kewujudan makanan dalam
mangkuk makanan. Pada masa ini bunyi ‘klik’ itu menjadi pengukur sekundarnya
yang bertindak sebagai isyarat atau tandasaran yang menendakan bahawa
makanan itu akan berada dalam mangkuk makanan.

Prosedur seterusnya ialah meletak haiwan ke dalam kotak Skinner tanpa


diganggu. Lama-kelamaan, haiwan itu akan menekan tuas dan makanan akan
dijatuhkan ke mangkuk. Pada permulaannya secara tidak disengajakan tetapi
kemudian tikus menjadi lazim menekan tuas bagi mandapat ganjaran makanan.
Mengikut prinsip operan, sesuatu tingkahlaku apabila diberi ganjaran dan
meningkatkan kebangkalian ia diulangi pada masa yang akan dating.

Cara di atas mengambil masa yang agak lama. Ada satu cara lain yang
lebih cepat iaitu pembentukan. Dalam prosedur ini, respons yang diingini
digalakkan dengan menggunakan pengukuhan keberbedaan dan tafsiran
berurutan. Haiwan seperti biasa diletakkan dalam skinner tetapi tidak dibiar
sampai tertekan tuas dengan tidak sengaja. Sebaliknya haiwan itu diajar melalui
pembentukan sampai menyedari bahawa tindakan menekan tuas boleh
mendatangkan ganjaran makanan.

2.2 Kognitivisme
2.2.1 Teori Pembelajaran Gestalt
Ahli Psikologi Gestalt sudahpun diperkenalkan ketika membicarakan
fenomena persepsi. Pada asasnya mereka berpendapat bahawa pembelajaran
sebagai fenomena kognitif. Apabila sesuatu makhluk mengalami sesuatu
masalah wujudlah apa yang dikatakan sebagai ‘ketidak seimbangan kognitif’.
Keadaan ini menimbulkan desakan atau motivasi yang mendorong makhluk
terlibat mengembalikan keseimbangan. Keseimbangan akan wujud apabila
masalah dapat diselesaikan.

Apabila sesuatu makhluk dihadapkan dengan masalah, ia akan


memikirkan kesemua kemungkinan yang ada untuk menyelesaikan masalah
tersebut. Secara kognitifnya ia akan cuba menyatukan unsur-unsur yang
bersesuaian bagi menyelesaikan sebelum mencuba alternative yang lain.
Biasanya, penyelesaian kepada masalah datang secara tiba-tiba. Dengan kata
lain, makhluk itu dikatakan telah mendapat kecelikan akal bagi menyelesaikan
masalah tersebut. Pembelajaran celik akal mempunyai empat cirri utama.
Pertama, transisi daripada masa sebelum ada penyelesaian sampai kepada
penyelesaian masalah adalah satu proses yang terjadi secra tiba-tiba yang
lengkap. Kedua, penyempurnaan tugas dengan cara celik akal biasanya licin dan
bebas daripada kesalahan. Ketiga, cara menyelesaikan masalah melalui celik
akal akan lebih kekal dalam ingatan daripada kaedah lain. Akhir sekali, prinsip
yang diperoleh melelui celik akal boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah
lain.

Selain itu, mengikut Gestalt pembelajaran itu didasarkan kepada


memahami apa yang mendasari sesuatu masalah itu. Pembelajaran cara ini
datang daripada individu itu sendiri tanpa dipaksa oleh orang lain. Dengan itu
juga ia mudah dimanfaatkan kepada keadaan lain dan diingati untuk sekian
lama. Pemahaman sesuatu masalahmelibatkan emosi, sikap, persepsi dan daya
intelek seseorang individu. Apabila menyelesaikan masalah, individu harus
secara kognitif menyusun komponen-komponen masalah sehingga tercapai
penyelesaian melalui pemahaman.

2.2.2 Teori Pembelajaran Piaget

2.2.3 Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Permodelan didapati banyak mempengaruhi tingkah laku manusia.


Banyak tingkah laku boleh dipelajari dengan melihat cara model
bertingkah laku dan diberi pengukuhan kerana tingkah laku tersebut.
Perolehan tingkah laku ini adalah hasil daripada pengukuhan vikarius.
Begitu juga banyak tingkah laku diketepikan kerana melihat model
didenda akibat tingkah laku bersalahan dengan harapan masyarakat. Ada
tingkah laku yang digeruni tetapi dilakukan juga oleh pemerhati kerana in
telah dilakukan oleh model tanpa mendatangkan apa-apa kesan yang
memudaratkan. Pemodelan juga boleh merangsang kreativiti dalam diri
pemerhati. Pemerhati boleh melihat an memilih strategi-strategi yang
berkesan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

2.2.4 Teori Pembelajaran Ausubel


2.2.5 Model Pemprosesan Maklumat

2.3 Konstruktivisme

2.3.1 Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme


2.3.2 Peranan Pelajar dan Peranan Guru

3.0 Implikasi Terhadap Pembelajaran


3.1 Behaviourismedalam pembelajaran berbantukan computer
3.2 Kognitivisme dalam perisian Pembelajaran Berbantukan Kompoter
3.3 Konstruktivisme dalam Sains

4.0 Perbandingan antara Teori-teori Pembelajaran

4.1 Pembelajaran
4.2 Pengajaran
4.3 Penilaian
4.4 Pengurusan Bilik Darjah

Rujukan

You might also like