Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword or section
Like this
5Activity
P. 1
Adab Pergaulan

Adab Pergaulan

Ratings: (0)|Views: 446 |Likes:
Published by mddin07

More info:

Published by: mddin07 on Mar 11, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/10/2013

pdf

text

original

 
Adab Pergaulan, Persaudaraan Dan Persahabatan
 
Keutamaan pergaulan dan persaudaraanKetahuilah, bahwasanya pergaulan baik itu adalah buah daripada kemurniaan budipekerti, manakala perpecahan pula merupakan buah daripada kejelekan budi pekerti. Makakebaikan dan kemurniaan budi pekerti itu menelurkan sikap saling cinta mencintai, bersatu-padu antara satu sama dengan yang lain dan berhaluan satu, manakala kejelekan budipekerti membuahkan sikap saling benci-membenci, dengki antara satu dengan yang laindan bermusuh-musuhan.Mengenai kebaikan budi pekerti ini, sudah tidak sepi lagi keutamaannya dalamagama sebab dengan sifat inilah Allah s.w.t. telah memuji NabiNya alaihis-salam dalamfirmanNya.
³Dan sesungguhnya engkau memiliki budi perkerti yang luhur.´ 
(
al-Qalam: 4)Rasulullah s.a.w telah bersabda:
³Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah taqwa kepadaAllah dan kebaikan budi pekerti.´ 
Sabdanya lagi:
³Aku telah diutus untuk menyempurnakan kebaikan-kebaikan budi pekerti.´ 
Dengan itu sudah jelaslah, bahwa buahnya budi pekerti yang baik menimbulkan rasaperpaduan dan menghalang rasa kesepian jiwa. Dalam hal ini terdapat banyak huraian yangmenyimpulkan berbagai-bagai kepujian terhadap sikap perpaduan itu, terutama sekali bilayang menyebabkan ikatan itu, ialah taqwa atau agama ataupun cinta kepada Allah.Kepujian-kepujian itu ada yang terdiri dari ayat-ayat al-Quran, Hadis-hadis Rasulullahs.a.w., atau atsar para sahabat dan tabi¶in, semuanya cukup dan lengkap.Allah s.w.t. telah berfirman untuk memperlihatkan kebesaran kurniaNya ke ataskaum Mu¶minin, katanya:
³Maka kamu sekalian, dengan sebab kurniaNya itu menjadi saudara.´ 
(
ali-Imran: 103)Maksud dari ayat tersebut ialah kurnia perpaduan antara satu dengan yang lain.Allah s.w.t. mencela perpecahan dan menegah dengan keras sikap itu dalamfirmanNya:
³Berpegang teguhlah dengan tali Allah bersama-sama, dan janganlah berpecah-belah´ 
(
ali-Imran: 102)Rasulullah s.a.w. pula telah bersabda:
³Sesungguhnya orang yang paling hampir kedudukannya kepadaKu, ialah orangyang paling terbaik budi pekertinya. Mereka yang bersikap merendah diri dan senangbermesra dan dimesrai.´ 
Sabdanya lagi:
 
 
 
³Seorang Mu¶min ialah orang yang senang bermesra dan dimesrai dan tiada gunanyapada orang yang tidak tahu bemersra dan tidak suka dimesrai.
Sabdanya lagi:³
Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, dikurniakannya seorangteman yang saleh. Apabila terlupa diingatkan dan apabila teringat ditolong oleh teman itu.´ 
Lagi sabdanya:³
iadalah dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah itu, melainkan yanglebih dicintai oleh Allah itu, ialah orang yang lebih banyak cintanya kepada rakannya.´ 
Sabdanya lagi:³
Sesungguhnya Allah s.w.t. telah berkata: Sudah pastilah kecintaanKu itu terhadaporang-orang yang ziarah-menziarahi keranaKu: Sudah pastilah kecintaanKu itu terhadaporang-orang yang cinta-mencintai keranaKu. Sudah pastilah kecintaanKu itu terhadaporang-orang yang bersusah payah keranaKu. Dan sudah pastilah kecintaanKu itu terhadaporang-orang yang tolong-menolong keranaKu.´ 
Lagi sabdanya:
³Sesungguhnya orang yang amat dicintai oleh Allah, ialah orang yang senangbermesra-mesra dan senang dimesrai. Dan sesungguhnya orang yang amat dibenci olehAllah, ialah orang yang suka menaburkan kata-kata nista dan suka memecah-belahkanantara sesama saudara.´ 
Dari atsar pula, apa yang diriwayatkan dari al-Fudhail rahimahullah Ta¶ala, katanya:Ah! Engkau ingin menetap dalam Syurga Firdhaus, serta harap bertetangga dengan Allah didalam rumahNya
(
Syurga) bersama-sama para Nabi dan Siddiqin, Syuhada dan Salihin!Amalan apakah yang telah anda kerjakan? Syahwat manakah yang telah anda tinggalkan?Kemarahan yang mana satukah telah anda manahan diri? Keluarga yang mana satu telahanda perhubungkan? Kikhilafan saudaramu, sudahkah anda maafkan? Orang dekat yangmana telah anda jauhkan kerana mencari keredhaan Allah? Dan dengan orang jauh yangmana telah anda dekatkan kerana mencari keredhaan Allah!Dia berkata lagi: Seseorang yang mengamat-amati wajah saudaranya kerana cintadan rahmat adalah melakukan suatu ibadat.
 
M
enentukan cinta kerana Allah
 
C
inta yang hakiki yang didasarkan kerana Allah semata-mata, ialah bila andamencintai seseorang bukan kerana peribadinya, malah kerana kelebihan-kelebihannya yangbergantung dengan keakhiratannya. Misal cinta itu ialah: Seseorang yang mencintaigurunya sebab menerusi guru itu ia akan memperolehi ilmu pengetahuan yang akanmemperbaiki amalannya. Sedang tujuan utama dari menuntut ilmu pengetahuan danamalan yang baik itu, ialah keselamatan diri di Hari Akhirat. Inilah yang dikatakan antaracontoh-contoh cinta kerana Allah semata-mata.Misal yang lain ialah: Seorang guru mencintai muridnya, sebab kepadanya guru itudapat menurunkan ilmu pengetahuan dan dengan sebab itu pula guru itu memperolehpangkat seorang pendidik atau guru. Orang ini juga, dikira cintanya kerana Allah semata-mata. Begitu pula orang yang bersedekah dengan harta bendanya kerana menuntutkeredhaan Allah, atau orang yang suka mengundang tetamu di rumahnya, lalumenghidangkan berbagai-bagai makanan yang lazat, semata-mata kerana inginmendekatkan diri kepadaAllah Ta¶ala. Kemudian lahirlah dalam diri orang itu perasaansayang dan kasih terhadap tukang masaknya, kerana kemahirannya untuk menyediakanmakanan-makanan yang lazat; cinta ini juga dikira sebagai cinta kerana Allah.Misal lain lagi ialah misal seorang yang suka menyampaikan sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya, maka perilakunya itu dikira sebagai cinta kerana Allah juga.Ataupun orang yang mencintai pekerja yang membantu mencuci pakaiannya,membersihkan rumahnya, dan memasak makanannya, yang mana dengan terlepasnya iadari tugas-tugas ini, senanglah ia dapat menuntut ilmu atau membuat pekerjaan yang lain,sedang tujuan utama dari mempekerjakan orang itu semata-mata kerana melapangkan diriuntuk memperbanyakkan ibadat, maka ia juga terkira pencinta kerana Allah.Begitu juga ia mencintai seorang kerana orang itu mencukupkan keperluannya dariwang dan pakaian, makanan dan rumah dan lain-lain keperluan yang mesti untukkehidupan di dunia, sedang maksud orang yang menderma itu ialah supaya ia dapatmelapangkan diri untuk menuntut ilmu pengetahuan yang berguna, sambil melakukanamalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah Ta¶ala maka cintanya itu dikira keranaAllah Ta¶ala jua.Segolongan para Salaf Saleh yang terdahulu, sering segala keperluannya ditanggungoleh hartawan-hartawan yang murah hati. Jadi dalam hal ini, kedua-dua pihak tergolongpencinta-pencinta yang mencari keredhaan Allah Ta¶ala.Juga, jika seseorang itu menikahi seorang wanita yang salehah untuk melindungidari godaan syaitan, serta memelihara agamanya, atau untuk menginginkan seorang anakyang saleh dari pernikahan itu, ataupun dia mencintai isterinya kerana menerusinya iadapat sampai kepada tujuan-tujuan yang suci, seperti misal-misal yang disebutkan di atastadi, maka ia adalah seorang pencinta kerana Allah Ta¶ala.Demikian pula, jika seseorang itu dalam hatinya tersemat cinta kerana Allah dandunia, seperti seorang yang mencintai guru yang mendidiknya, lalu ia pun mencukupkansegala keperluan guru itu di dunia dengan wang dan sebagainya, maka ia dikira orang yangmencintai kerana Allah.Seterusnya, bukanlah dari syarat-syarat cinta kerna Allah Ta¶ala itu, ia mestitinggalkan semua nasibnya dari harta kekayaan dunia sama sekali, sebab para Nabisalawatullahi alaihim sering menyeru kita berdoa, agar Allah s.w.t. mencukupkan kedua-duakeperluan dunia dan akhirat.³
ahai 
uhan kami! Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.´ 
(
al-Baqarah: 201)Juga dalam doa yang ma¶tsur berbunyi:

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Sia Mee Mee liked this
Ayong Husna liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->