You are on page 1of 2

Pelbagai langkah perlu dijalankan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan

pelajar. Pada pandangan anda apakah cara-cara yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah
untuk memupuk semangat ini.Jelaskan.

Pendahuluan ********************

Usaha utama untuk melaksanakan wadah ini adalah melalui penerapan nilai murni iaitu
mencintai negara yang disemai melalui pendidikan.Melalui beberapa subjek seperti Pendidikan
Sejarah, Bahasa Melayu, Sivik dan Kenegaraan, Pendidikan Islam dan Moral, sukatan pelajaran
ini sewajarnya diterapkan dengan unsur-unsur menghayati negara tercinta. Subjek sejarah adalah
antara yang relevan untuk mendidik pelajar mengenali asal-usul pembentukan dan jatuh bangun
sesebuah negara itu, justeru pejuang-pejuang terdahulu akan menjadi sumber inspirasi untuk
mengajak generasi pelajar supaya lebih sayang dan cinta akan tanah tumpah darah mereka.
Selain itu, sejarah perjuangan tokoh-tokoh untuk menjadikan bangsa yang berdaulat wajar
menyuntik kesedaran kepada generasi pelajar supaya mereka insaf bahawa di mana bumi dipijak
di situ langit dijunjung dan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri . Generasi
muda akan berasa bertuah dilahirkan di negeri sendiri. Peribahasa ada menyatakan tak jauh
seluang melaut akhirnya balik ke muara menggambarkan betapa jauh dan lama seseorang itu
merantau akan balik ke pangkal ibu pertiwi.Oleh itu, perasaan patriotik seyogianya tidak laput
dek hujan, tidak lekang dek hujan untuk menjana individu yang lebih luhur peribadinya dan
bersahsiah tinggi.

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang berteraskan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu
untuk membentuk pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani hendaklah dijadikan teras paksi. Falfasah ini sekiranya dihayati dan diimplementasikan
dengan penuh iltizam sudah pasti akan dapat membentuk insan yang cukup ideal terhadap
dirinya sendiri. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan
semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam
diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya
semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan
dikekalkan hingga dewasa. Guru ialah individu yang wajar berada di garisan paling hadapan untuk
melaksanakan tugas berat ini. Oleh itu, guru wajar mempersiapkan diri mereka agar menjadi
insan yang tanpa cacat cela untuk diteladani oleh para pelajar. Guru wajar mengelak daripada
terdedah kepada elemen yang negatif kerana semua pembawaan personaliti mereka dirujuk oleh
pelajar-pelajar, ibarat guru kencing berdiri, pelajar kencing berlari. Oleh itu, setiap guru
hendaklah menjadikan kandungan FPN sebagai doktrin rujukan mereka yang utama dalam hal
mendidik.

Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media
massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran
kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita
Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio
memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.
Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat
meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan
negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”,
“Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.

Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian
dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk
semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan.
Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung
perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan
forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan
juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut
bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di
negara kita.

Penutup *************************

You might also like