You are on page 1of 2

HASIL DARI PENGUMPULAN DATA BORANG KAJI SELIDIK PUNCA PELAJAR KURANG MINAT AKAN

SUBJEK SEJARAH
25

20

15

10
YA
PELAJAR TIDAK

0
ar ka
n
ka
n
ot
a
ka
n m
a
ian
suk n r a l n ju la i s
at sa n fa ru ra
n ng
am bo gua gha an ja i pe
an em ng en h la m
M Ga ba be ha
ap m g m a
n g rlu ra
n
ap
e em
ra Pe Ku as m
Be M a k
Tid

PUNCA

Graf bar di atas menunjukan hasil pengumpulan data borang kaji selidik yang telah
diedarkankepada beberapa orang responden yang terpilih dalam kajian ini. Graf bar ini menunjukkan
tentang punca-punca kurang berminat akan subjek sejarah.

Merujuk kepada bar graf di atas jumlah tertinggi menunjukan seramai 20 orang
responden menyatakan subjek sejarah perlu menghafal nota-nota sejarah yang banyak.pelajar juga
beranggapan aktiviti menghafal hanya membuang masa mereka.Terdapat juga jumlah kedua tertinggi
iaitu seramai 14 orang responden menyatakan tumpuan mereka sering terganggu oleh rakan sekelas
semasa sesi pembelajaran subjek sejarah sedang berjalan.

Seramai 13 orang responden menyatakan juga punca mereka tidak meminati subjek
sejarah adalah berpunca dari kurangnya bahan rujukan.Mereka menyatakan bahan rujukan subjek
sejarah kurang di dapati di perpustakaan.Selain itu pelajar beranggapan subjek sejarah adalah satu
kesukaran bagi mereka. Hal ini kerana terdapat pelbagai nama tokoh-tokoh,peristiwa dan tarikh yang
sukar untuk di ingati.
Seramai 6 orang responden menyatakan pembelajaran subjek sejarah mengambil masa yang
terlalu lama sehingga menyebabkan pelajar berasa bosan dan tidur. Punca lain yang mencatatkan
seramai 5 orang responden pula menyatakan sukar memahami pengisian yang diajar oleh guru kerana
cara penyampaian guru yang kurang memberangsangkan pelajar.

Di samping itu, terdapat punca lain iatu subjek sejarah membosankan. Jumlah ini seramai 4
orang responden.Mereka menyatakan adakalanya subjek sejarah amat membosankan kerana mereka
tidak dapat memahami apa yang di sampaikan oleh guru.

Kesimpulannya, terdapat segelintir sahaja pelajar Enam SKP Atas yang tidak meminati subjek
sejarah.

You might also like