You are on page 1of 18

EUTANASIA

DAN
BUNUH DIRI
EUTANASIA
Definisi Eutanasia
• Kamus Dewan - suatu perbuatan mematikan seseorang
yang menanggung azab penyakit yang tidak dapat
disembuhkan lagi atas dasar perikemanusiaan supaya
pesakit tersebut tidak berpanjangan mengalami azab.

• Eutanasia difahami sebagai mercy killing, iaitu bunuh


atas belas kasihan, untuk mengurangi penderitaan
terhadap anak cacat, orang sakit jiwa atau pesakit yang
tiada harapan untuk disembuhkan.
Jenis-jenis Eutanasia
• Eutanasia Aktif

• Eutanasia Pasif

• Eutanasia Secara Sukarela

• Eutanasia Bukan Sukarela


Eutanasia Aktif
• Tindakan mempercepatkan kematian, biasanya
dibantu oleh doktor
 Suntikan Dadah  Pemberian pil aman
Eutanasia Pasif
• Tidak secara langsung untuk mengakhiri
kehidupan seseorang pesakit.

• Memberhentikan pemberian rawatan yang


dapat memanjangkan hayat hidup pesakit

• Contoh: kaedah penyekatan sokongan hidup,


kaedah penyekatan prosedur perubatan,
kaedah kebuluran dan penyahhidratan.
Eutanasia Secara Sukarela
• Atas permintaan
pesakit
• Pesakit boleh menolak
rawatan lanjutan,
meminta untuk
menanggalkan alat
bantuan hidup atau
memohon untuk
mendapatkan suntikan
mati.
Eutanasia Bukan Sukarela
• Pesakit tidak mampu
menyampaikan keiginannya,
contohnya orang yang
mengalami koma.
• Keputusan diletakkan pada
ahli keluarga pesakit

Terri Schiavo yang berada dalam


keadaan vegetatif selama 15 tahun,
menjalani eutanasia atas
permintaan suaminya yang disetujui
oleh pengadilan.
Punca-punca Melaksanakan Eutanasia

• Mengakhiri penderitaan pesakit dan ahli


keluarganya

• Mengurangkan beban kewangan ahli keluarga


Mengakhiri penderitaan pesakit dan ahli keluarganya

• Tindakan eutanasia dikatakan sebagai suatu tanda


kasih sayang terhadap pesakit yang menderita.
• Pesakit dapat terbebas daripada mengalami
kesengsaraan untuk menahan rasa sakit yang amat
kritikal
• Dari segi ahli keluarga, perasaan depresi, konflik
keluarga, perasaan ditinggalkan, dan putus asa
merupakan beban emosi pada mereka
• Penderitaan ditamatkan lebih awal mengikuti
penamatan hayat pesakit.
Mengurangkan beban kewangan
ahli keluarga
• Beban kewangan atas membiayai kos perubatan
memang berat terutamanya kebanyakan individu
cenderung mendapatkan rawatan daripada
hospital swasta
• Melalui eutanasia terhadap pesakit yang tiada
harapan untuk disembuhkan, beban kewangan
ahli keluarga dapat diringankan.
Kesan-kesan Perlaksanaan Eutanasia
• Menimbulkan persoalan legalisasi eutanasia

• Menimbulkan rasa bersalah pada ahli keluarga


Menimbulkan persoalan legalisasi

• Menurut Wikipedia(2011), terdapat 15 negara


yang membenarkan perlaksanaan eutanasia,
termasuk Belanda, Belgium, US, dan Jepun.
• Eutanasia tidak dapat dilaksanakan di seluruh
dunia kerana ini boleh membangkitkan persoalan
moral, dan bertentangan dengan ajaran agama
serta undang-undang yang sedia ada di negara
masing-masing.
Timbul rasa bersalah pada ahli keluarga

• Dalam kes eutanasia bukan sukarela, ahli keluarga


pesakit yang membuat keputusan samaada untuk
menamatkan riwayat pesakit melalui eutanasia.
• Namun, mereka mungkin berasa menyesal dan
timbulnya rasa bersalah atas si mati
• Ahli keluarganya digelar sebagai pembunuh dan
tidak bertimbang rasa atas keadaan pesakit.
Langkah-langkah Mengatasi Eutanasia

• Perkembangan kecanggihan perubatan

• Mendapatkan bantuan kewangan


Perkembangan kecanggihan perubatan

• Teknologi perubatan telah membawa harapan


kepada pesakit.
• Pesakit tidak harus melepaskan harapan untuk
meneruskan hayat mereka.
• Dengan usaha para saintis yang berterusan,
masalah penyakit tanpa penawar tentu dapat
diselesaikan pada suatu hari nanti.
Mendapatkan bantuan kewangan

• Ahli keluarga pesakit boleh mengutip derma


daripada orang ramai melalui pihak media.
• Pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital
swasta boleh menukar ke hospital kerajaan yang
juga berupaya untuk membekalkan perubatan
yang rapi dan baik.
The Suicide Tourist

You might also like