You are on page 1of 37

SKP 2404

HUBUNGAN ETNIK

2009

TAJUK TUGASAN;

KEPERCAYAAN KARUT : ANTARA MASYARAKAT MELAYU DAN


MASYARAKAT CINA
Penghargaan
Assalamualaikum..

Pertama sekali, bersyukur kehadrat illahi kerana dengan izinNya dapat kami
menyiapkan tugasan kerja khusus ni dengan jayanya. Terlebih dahulu, jutaan ribuan
terima kasih kami tujukan kepada Encik Faizal Bin Harun kerana sudi memberi tujuk
ajar agar dapat memudahkan kami menyiapkan tugasan ini.

Disamping itu, penghargaan terima kasih ini juga kami tujukan kepada semua
yang membantu kerana sudi memberikan kerjasama dan komitmen yang kuat dan
tinggi kepada kami semasa proses menyiapkan tugasan ini supaya tugasan ini
berjalan dengan lancar. Tanpa kerjasama dari mereka tidak mungkin kami dapat
menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, tidak kami lupakan ucapan penghargaan ini kepada kedua ibu
bapa kami kerana sudi memberikan sumbangan dari segi sokongan dan kewangan
agar kami dapat menyelesaikan tugasan ini dengan baik dan mendapat hasil yang
memuaskan dari apa yang kami usahakan.

Akhir sekali, saya tujukan ucapan ribuan terima kasih ini kepada semua ahli
dalam membuat kerja serta rakan sepejuangan yang lain yang terlibat secara
langsung ataupun tidak dalam menyelesaikan dan menyiapkan tugasan. Sekian,
terima kasih.
PENDAHULUAN
Sepanjang sejarah Malaysia daripada era klasik (1400) hingga kepada era selepas
merdeka (1960-2000), Islam telah menjadi daya utama yang membawa perubahan
kepada masyarakat Melayu. Merujuk kepada politik hukum dan pengubalan dasar
awam di Malaysia, fungsi Islam ini tidak terhad kepada pengamalan ritual semata-
mata tetapi turut menjadi inspirasi and mekanisme utama yang diterapkan ke dalam
sesuatu dasar awam. Hal ini antara lainnya boleh dikesan dari pengenalan Dasar
Penerapan Nilai-nilai Islam di dalam pentadbiran negara yang kemudiannya diikuti
dengan pelbagai program “Islamization”, yang membuahkan hasil yang cukup
memberangsangkan di dalam pelbagai dimensi;

1. Penerapan nilai-nilai Islam di dalam jentera pentadbiran kerajaan,


2. Pembaikian terhadap sistem perundangan Negara yang lebih bersesuaian
dengan prinsip-prinsip Islam,
3. Penambahbaikan pelbagai agensi yang berkaitan dengan Islam,
4. Pengubalan dasar pendidikan negara yang lebih bersesuaian dengan
semangat Islam,
5. Penerapan nilai-nilai Islam di dalam organisasi politik masyarakat Melayu,
6. Pengenalan dasar domestik and luar negara yang lebih bersimpati dengan
masyarakat Islam,
7. penubuhan pelbagai institusi keislaman bentuk baru, seperti Bank Islam,
UIAM, Takaful, LUTH and banyak lagi.

Kejayaan program Islamization yang bersifat holistic ini antara lainnya berpunca dari
keterbukaan dan komitmen pihak kerajaan (actor politik) yang menerima pandangan
ataupun desakan daripada NGO Islam dan perancangan yang bersistematik yang
disusun oleh pihak kerajaan, seperti penubuhan Badan Perunding Islam yang terdiri
daripada pelbagai pakar Islam dari dalam and luar negeri.

Selepas kemenangan majority pihak kerajaan dalam Pilihanraya 2004, sekali lagi
slogan and dasar Islam yang mirip kepada dasar ”Islamization” ini telah ditimbulkan,
dengan nama Islam Hadhari yang cuba memperkukuhkan dasar lama dengan
pendekatan baru yakni menerapkan elemen proaktif bagi melahirkan tamadun
Malaysia yang lebih berteraskan nilai-nilai Islam.

Konsep Islam hadari ini diperkenalkan sebagai lanjutan daripada pengaruh gerakan
kebangkitan semula Islam era 1970an-1990an yang berusaha menonjolkan
keunggulan dan keindahan ajaran Islam. Ianya diperkenalkan berasaskan kepada
beberapa sebab yang utama diantaranya sebagai usaha mematang dan
memperkasakan kesedaran Islam dalam bentuk yang lebih progressif dan dinamik
bagi menghadapi cabaran dunia globalisasi. Usaha ini boleh dianggap sebagai
usaha Tajdid yang bertujuan memperbaiki kemunduran umat Islam. Seandainya
sorotan sejarah dilakukan terhadap usaha Tajdid ini yang berkembang di dalam
sejarah Malaysia dan boleh dibahagikannya kepada tiga tahap yang utama;
1. Tahap awal abad 19 yang menyaksikan perkembangan tajdid dalam bentuk Pan-
Islamism yang cuba memperincikan kelemahan intelektual umat Islam dan
seterusnya menuntut kemerdekaan negara umat Islam daripada belenggu
penjajahan,

2. Tahap tahun 1970an-1990an yang menyaksikan timbulnya kesedaran


pentingnya menghidupkan Islam sebagai al-Din (way of life), penolakan terhadap
warisan tinggalan penjajah British dan Islam perlu disesuaikan dengan realiti
tempatan Malaysia semasa. Dalam tahap ini, kerajaan Malaysia telah bersikap
“receptive” terhadap tuntutan dan gagasan gerakan kebangkitan Islam, yang
boleh dilihat daripada pelbagai program Islamization yang dijalankan secara
meluas di dalam masyarakat,

3. Tahap post era kebangkitan Islam dan era globalisasi yang menyaksikan umat
Islam Islam menjadi semakin tertekan dan memerlukan formula penyelesaian
Islam apabila berhadapan dengan desakan yang ditimbulkan oleh gelombang
globalisasi tajaan dunia barat. Dalam menghadapi hegomoni globalisasi ini pihak
kerajaan Malaysia telah menawarkan gagasan Islam hadari, demi untuk
meneruskan agenda Tajdid yang telah berjalan di dalam masyarakat Malaysia.
RINGKASAN ISLAM HADHARI

Definisi:

• Hadhari – yang bertamadun

• Dalam bahasa Arab dikenali sebagai Al-Islam Al- Hadhari

Takrif:

• Sesuatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat, dan negara yang


bersifat menyeluruh.

Visi:

• Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju ikut
acuan sendiri.

Misi:

• Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan


pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan
seimbang.

Objektif:

• Melahirkan individu dan msyarakat yang mempunyai kekuatan spritual,


akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing dan melihat
kehadapan.

Prinsip Islam Hadhari:

1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah

2. Kerajaan adil dan beramanah

3. Rakyat berjiwa merdeka

4. Penguasaan ilmu pengetahuan

5. Pembangunan ekonomi:seimbang dan komprehensif

6. Kehidupan berkualiti

7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita

8. Keutuhan budaya dan moral

9. Pemeliharaan alam semulajadi


10. Kekuatan pertahanan
Pemantapan hubungan etnik berteraskan prinsip Islam
Hadhari

KEPELBAGAIAN kelompok etnik di negara ini diterima oleh semua dan ia


merupakan sumber kekuatan. Dari segi sejarah, kerjasama dan ikatan perpaduan
pelbagai bangsa dan kaum di negara kita bermula dengan apa yang dinamakan
sebagai kontrak sosial antara etnik terbesar di negara ini. Kontrak sosial adalah satu
persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum melalui proses muafakat dan
musyawarah ke arah peralihan kuasa pemerintahan sendiri daripada pihak Inggeris
dan dimanifestasikan melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955.
Semangat kontrak sosial ini berasaskan semangat kerjasama dan setiakawan serta
perkongsian kuasa yang kemudiannya terjelma dalam perjuangan menuntut
kemerdekaan dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan. Pemuafakatan formula
perkongsian kuasa telah dipersetujui oleh semua pihak sejak daripada dulu
lagi.Semangat dan falsafah Islam Hadhari telah terjelma ketika itu lagi dengan
adanya sikap bermuafakat, bermusyuawarah dan keadilan dalam menjalani
kehidupan secara bersama dengan aman, harmoni, saling menghormati dan
memahami antara satu sama lain walaupun berbilang agama, bangsa dan
keturunan.

Keimanan dan Ketakwaan

Hubungan etnik yang utuh lagi jitu akan dapat dibina sekiranya ia dijalin berteraskan
ajaran agama bersekali dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Islam
sebagai Ad-Din telah secara holistik mengintegrasikan hubungan kemanusiaan dan
kemasyarakatan (termasuk komuniti dan hubungan etnik) dengan hubungan
manusia-Allah, manusia-makhluk dan hubungan manusia-alam. Justeru, hubungan
kemanusiaan dan sosial sudah terkandung dalam ajaran Islam yang mementingkan
perpaduan, perdamaian, keharmonian dan keamanan tanpa mengira bangsa, ras,
kaum dan etnik. Kesejahteraan hidup hanya akan dapat direalisasikan sekiranya
manusia dan masyarakat berpandukan ajaran Allah s.w.t.

Integrasi iman dan takwa serta amal bukan hanya dijuruskan dalam aspek hubungan
etnik tetapi dilihat secara menyeluruh dalam komponen pembangunan insan,
komuniti dan negara yang akhirnya menganjak paradigma dalam aspek peningkatan
kualiti hidup dan taraf hidup, kehidupan bermasyarakat dan bernegara, kemajuan
dan pembangunan negara (emosi, mental, fizikal dan spiritual masyarakat).

Orang yang kuat iman dan takwanya adalah mereka yang menjalin dan memelihara
hubungan baik dan beradab sesama manusia walaupun dengan bukan Islam kerana
ia adalah ajaran Islam dan suruhan Allah serta Junjungan Besar Rasulullah
s.a.w.Islam mewajibkan penganutnya menjalin hubungan yang baik sama ada
sesama Muslim ataupun dengan bukan Muslim. Islam juga mengajarkan
penganutnya agar menghindarkan diri daripada mewujudkan permusuhuan,
perseteruan, perselisihan faham yang negatif dan fitnah.

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Anfal, ayat 25 yang bermaksud: “Dan jagalah diri
kamu daripada berlakunya dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja
akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kaum secara khusus, (tetapi akan
menimpa kaum secara umum).”

Dengan kekuatan imanlah, orang Islam boleh menjalin hubungan dengan orang lain,
bukannya dengan dasar keturunan atau pertalian darah atau kewarganegaraan
semata-mata.

Allah s.w.t telah menjelaskan dalam Surah Ali Imran ayat 102–103, bahawa takwa
adalah asas perpaduan sesama Muslim dan dalam konteks bernegara. Orang
Muslim menjadikan takwa sebagai tonggak untuk menjamin hubungan etnik yang
baik dengan kaum agama lain. Orang-orang Islam juga tidak dapat bertolak ansur
untuk menjalin hubungan dan memperkukuhkannya sesama Muslim. Ia adalah satu
kemestian dan kewajipan sepertimana dalam sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud: “Kasih sayang Mukmin itu dengan Mukmin yang lain bagaikan struktur
binaan yang saling mengeratkan.” Dalam sebuah hadis yang lain, baginda
menjelaskan, yang bermaksud:”Orang Mukmin, dalam soal kasih sayang, cinta dan
belas ihsan sesama mereka, bagaikan badan, jika ada anggota yang sakit, maka
seluruh badan itu juga turut berasa sakit, lalu demam dan tidak dapat tidur.”

Kerajaan Adil dan Beramanah

Dasar keadilan dan amanah kerajaan juga telah lama dilaksanakan dalam konteks
memantap dan memperkukuhkan hubungan etnik. Kerajaan Malaysia dalam ruang
yang ada sejak daripada selepas Peristiwa 13 Mei 1969 berusaha membentuk
perpaduan dan keutuhan masyarakat berbilang kaum yang mempunyai identiti
nasional dan tidak menghalang hak-hak bukan Islam dalam menjalani semua aktiviti
kehidupan. Kepelbagaian budaya dan agama diterima sebagai satu entiti kekuatan,
bukannya melemahkan. Kerajaan juga sentiasa berwaspada dan berusaha
mengelakkan ketegangan dan pergaduhan etnik walau apapun puncanya.

Respons kerajaan kepada tuntutan etnik minoriti sentiasa adil dan saksama, maka
kerana itulah ketegangan dan perbalahan antara etnik dapat diatasi dengan bijak
dan saksama. Etnik majoriti merasa selamat dan etnik minoriti pula turut menikmati
keamanan, pembangunan dan kemajuan negara secara bersama. Ini mengurangkan
rasa tersisih dan kurang selamat di kalangan etnik minoriti. Kita percaya, tidak ada
sebuah negarapun yang mampu melahirkan rasa selamat golongan minoriti kecuali
dalam kes Malaysia.

Golongan minoriti kadangkala menikmati lebih kelebihan (walaupun kebiasaannya


sedikit berkurang) dalam sektor pekerjaan, kemajuan ekonomi dan pembangunan
fizikal kerana peluang, dasar dan ruang yang diwujudkan oleh pihak kerajaan.
Kerajaan juga telah secara perlahan-lahan menghapuskan pengkelasan dan
identifikasi kelompok etnik mengikut jenis pekerjaan ataupun aktiviti ekonomi kesan
daripada strategi penjajahan British ke atas negara kita dahulu.

Kerajaan telah mengatur pelan dan strategi perpaduan melalui beberapa dasar
sedia ada untuk membentuk masyarakat berbilang kaum yang utuh lagi padu. Dasar
Kebudayaan Kebangsaan (DKK) telah digubal sebagai garis panduan dalam
membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti nasional negara dan masyarakat
berbilang kaum yang bersatu padu. Mengakui kerumitan pelaksanaannya, kerajaan
meminta rakyat agar insaf serta faham tentang kepentingan perpaduan antara kaum
dan perlunya dihakis kebudayaan kesukuan yang menidakkan kebudayaan nasional.
Apa yang lebih penting ialah kerajaan ingin melihat masyarakat berbilang kaum
berbudaya keperibadian kebangsaan Malaysia yang lebih ekstensif menjangkau
batasan suku kaum sempit dengan Islam dijadikan sebagai komponen utama
kebudayaan nasional. Betapa pentingnya perpaduan kaum dan semangat muhibah
dipupuk di peringkat awal lagi, kerajaan telah memperkenalkan Rancangan Integrasi
Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) hasil daripada ilham YAB Perdana Menteri, Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi. Polisi ”Bersih, Cekap dan Amanah” pula menampilkan
integriti tinggi yang dikehendaki kerajaan di kalangan kakitangan awam khususnya.

Rakyat Berjiwa Merdeka

Setiap kelompok etnik menyumbang kepada perjuangan menuntut kemerdekaan.


Maka, sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah menghayati hakikat perjuangan
tersebut dan sama-sama memastikan kesinambungan kemerdekaan negara
dikecapi oleh generasi masa hadapan.Hubungan etnik di Malaysia tidak lagi berkisar
dalam soal-soal keagamaan (walaupun agama adalah sandaran) tetapi yang lebih
penting ialah keadilan kerajaan dalam memenuhi kehendak dan keperluan rakyat
yang berbilang agama dan kaum, program-program sosioekonomi untuk
meningkatkan status ekonomi mereka yang memerlukan, pembangunan yang lebih
ditumpukan di kawasan luar bandar dan desa, pembangunan sektor pertanian dan
industri asas tani dan seumpamanya. Kerajaan terus berusaha membentuk bangsa
Malaysia menerusi berbagai-bagai usaha termasuklah pengukuhan konsep
perpaduan nasional agar terhasil rakyat Malaysia yang berjiwa merdeka, iaitu yang
menyumbang dan berbakti kepada negara serta menumpahkan ketaatsetiaan yang
tidak berbelah bahagi kepada negara di samping bersatu padu, saling menghormati,
tolong menolong dan berkongsi masa depan.

Kerajaan juga telah memperkenalkan pendekatan ’Membudayakan Perpaduan,


Meraikan Kepelbagaian’ dalam proses pembentukan bangsa Malaysia yang kuat.
Islam mewajibkan manusia Muslim sentiasa tolong menolong atas dasar kebaikan
dan ketaqwaaan dan bukannya atas dasar perlakuan dosa, pencerobohan atau
perseteruan. Sebagai warga Malaysia yang berjiwa merdeka, Rukun Negara
merupakan teras ke arah mengwujudkan bangsa yang berwibawa dan berprinsip.
Rakyat mestilah mendukung kepercayaan kepada Tuhan dan menolak atheisme.
Oleh sebab itu, bukanlah seseorang itu dianggap sebagai warganegara Malaysia
sekiranya ia mengaku tidak beragama atau tidak mempercayai Tuhan.

Rakyat juga sama-sama tanpa mengira bangsa dan agama menumpahkan


kesetiaan kepada Raja dan negara, pemimpin dan pemerintah, menjunjung
kedaulatan undang-undang dan menghayati kesopanan dan kesusilaan dalam
masyarakat berbilang kaum.Ancaman penjajahan pemikiran, ekonomi, politik dan
budaya serta globalisasi negatif adalah dua musuh yang dihadapi oleh semua
kelompok etnik di Malaysia. Oleh kerana masalah yang ditimbulkan oleh kedua-
duanya sama-sama memberikan kesan buruk kepada setiap kelompok etnik, maka
kelompok etnik yang bersatupadu akan lebih kuat menghadapi musuh-musuh ini.
Justeru, Islam sentiasa menyuruh umatnya untuk berpegang teguh dengan agama
Allah dan jangan berpecah belah. Sepanjang sejarah Islam juga kita akan dapati
rekod pemerintahan Islam dan layanan yang baik untuk kelompok agama lain dan
dari sudut hubungan diplomatik dan antarabangsa. Begitu juga rekod pemerintahan
negara kita.

Penguasaan Ilmu Pengetahuan

Kerajaan sentiasa menganjurkan rakyatnya agar sentiasa menguasai ilmu


pengetahuan. Islam mewajibkan umatnya untuk mencari dan menuntut ilmu
pengetahuan. Dalam konteks Malaysia, jalinan hubungan etnik akan menjadi lebih
padu sekiranya masing-masing melihat signifikan hubungan etnik dalam konteks
ilmu dan realiti, bukannya emosi, perasaan, dan prasangka. Dialog tamadun atau
dialog antara agama akan berlaku dengan wujudnya interaksi individu. Nabi
Muhammad s.a.w banyak menggunakan dialog dan hikmah ketika berhujah dengan
orang Musyrikin Mekah. Orang Melayu tidak mempunyai masalah dalam interaksi
tamadun. Agama-agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian dapat berkembang
di Kepulauan Melayu kerana pemahaman orang Islam berasaskan ilmu al-Quran
yang mementingkan toleransi dan menerima hakikat kepelbagaian agama dan
keturunan dan hidup bersama dalam kerukunan, aman dan damai kecuali pada
waktu darurat.

Orang Melayu juga menerima bahasa kelompok etnik lain walaupun bahasa
kebangsaan adalah Bahasa Melayu. Pakaian kebangsaan yang berasaskan
kemelayuan diterima oleh semua kelompok etnik walaupun setiap kelompok etnik
mempunyai pakaian etnik masing-masing. Kerana Islam mengharuskan mengambil
makanan yang halallah, orang-orang Melayu boleh menerima makanan orang asing
(yang halal) seperti makanan segera Barat (asal daripada Barat), Char Koay Teaw
(asal daripada China) dan Tosai (asal daripada India). Semua ini diterima oleh orang
Islam berasaskan pemahaman ilmu.Tamadun India yang masyhur dengan falsafah
dan matematik, tamadun China dengan ilmu hisab, perpuluhan dan aritmatik dan
tamadun Islam yang menampilkan konsep angka dan meletakkan asas dalam
matematik moden dan bidang astronomi cerapan telah bersama-sama menjayakan
interaksi tamadun hasil daripada penguasaan ilmu pengetahuan.

Maka, kelompok etnik Cina, India dan Melayu dan lain-lain sepatutnya tidak
mempunyai masalah memperkukuh hubungan etnik di Malaysia hasil daripada
interaksi sains dan teknologi dan interaksi budaya tamadun masing-masing
terdahulu. Penguasaan ilmu pengetahuan adalah faktor pembentukan dan
kesinambungan kejayaan ketiga-tiga tamadun di atas. Ungkapan Arab, ”Tuntutlah
ilmu walau sampai ke negeri China” membuktikan dua aspek; pertama interaksi dan
dialog tamadun, kedua; transmisi ilmu dan pengejaran ilmu pengetahuan. YAB
Perdana Menteri juga telah menawarkan Malaysia sebagai `focal point` untuk
mengadakan usaha-usaha perbincangan terbuka berkaitan Islam. [Ucapan PM, Asia
Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005]

Maksudnya ialah sebagai pusat dialog antara agama ataupun dialog peradaban.
Usaha yang lebih perlu dilipatgandakan oleh berbagai-bagai pihak bermula daripada
masyarakat awam, pemimpin masyarakat, pemimpin tinggi, pertubuhan bukan
kerajaan dan institusi pendidikan untuk mengadakan dialog antara Muslim dan
bukan Islam. Dialog, perbincangan dan interaksi sebenarnya menambahkan ilmu
pengetahuan dan maklumat tentang hakikat kelompok etnik dan agama-agama lain.
Ruang-ruang untuk perbincangan mestilah dibuka dan dikendalikan dengan
keadaan yang baik dalam suasana dan semangat setiakawan.

YAB Perdana Menteri telah melahirkan keyakinannya, katanya:“ Islam sebenar yang
toleran, berkebajikan dan yang utama mengajarkan keamanan antarabangsa,
keselamatan dan kerjasama akan melonjak. Orang-orang Islam di mana-mana
sahaja bukan sahaja mempunyai kewajipan untuk mengembalikan kegemilangan
Islam, bahkan menganjurkan rasa saling bersama antara satu sama lain di kalangan
agama-agama di dunia.” [Ucapan YAB Perdana Menteri, Asia Society of Australia,
Sydney, Australia, 8 April 2005]

Apa yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri adalah berlandaskan kepada
ajaran Islam yang menganjurkan keamanan, kedamaian, dan kesejahteraan.

Pembangunan Ekonomi yang Komprehensif dan Seimbang

Malaysia adalah sebuah masyarakat berbilang kaum yang sentiasa hidup dalam
aman dan harmoni, penuh dengan perasaan saling menghormati dan bertoleransi.
YAB Perdana Menteri telah menekankan bahawa perkara ini tercapai bukanlah
secara kebetulan tetapi menerusi pengurusan hubungan etnik berlandaskan
perkongsian kuasa dalam pembentukan kerajaan dan penumpuan kepada
pengurusan ekonomi yang mampan serta pembahagian ekonomi yang seimbang.
[Ucapan PM, Asia Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005]

Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mensasarkan pembasmian kemiskinan dan


penyusunan semula masyarakat harus dilihat juga signifikannya dari sudut
hubungan etnik. Pencapaian DEB yang diharapkan iaitu 30 peratus pemilikan
Bumiputera dalam semua bidang dan peringkat ekonomi akan memobilasikan
Bumiputera untuk bergerak maju dan berdaya saing seiring dengan bukan
Bumiputera. Status sosial dan pendapatan Bumiputera diharapkan akan setara
dengan bukan Bumiputera. Objektif penyusunan semula masyarakat yang
menyumbang kepada pengukuhan hubungan etnik akan dapat direalisasikan. Sebab
itu, DEB harus dilihat signifikannya daripada sudut hubungan etnik.

Pelan dan strategi pembangunan jangkamasa pendek dan panjang akan memberi
impak yang positif kepada keutuhan perpaduan kaum. Antara dasar berkaitan ialah
seperti Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar
Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta Penduduk, Dasar Pertanian Nasional
Ketiga (1998-2010), Halacara Baru Dalam Pembangunan Kampung dan Luar
Bandar, Dasar Urbanisasi Negara (DUN), Dasar Sains dan Teknologi Negara dan
Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Pembentukan dan kejayaan integrasi nasional sepatutnya juga dilihat kepada


pelaksanaan dan kejayaan Dasar Sosial Negara, Dasar Pembangunan Negara,
Dasar Ekonomi Baru, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
secara komprehensif di mana setiap komponen masyarakat majmuk dan kerajaan
turut sama menyumbang dan berbakti. Semua dasar negara akan tercapai sekiranya
orang Islam memahami bahawa asas keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi adalah
pemangkin kepada kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Kehidupan Berkualiti

Hubungan etnik yang baik akan menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti.
Berdasarkan kepada Indeks Kualiti Hidup Malaysia, kita dapati hubungan etnik boleh
dikaitkan dengan banyak perkara dalam kehidupan kita. Indeks Kualiti Hidup
Malaysia merangkumi 11 aspek, iaitu:

(i) Dunia pekerjaan – Hubungan etnik boleh dimantapkan dengan menjalin


hubungan yang baik di tempat kerja. Dalam aspek pekerjaan, semua kaum
mendapat peluang yang sama rata untuk memberikan tenaga dan bakti dalam apa
jua profesion.

(ii) Pengangkutan dan komunikasi – Kemalangan jalan raya kadangkala


mengakibatkan perbalahan berasaskan sentimen etnik. Ini perlu dielakkan, biarlah
mahkamah menentukan sesiapa yang bersalah ataupun tidak. Berbudi bahasa dan
bersopan santun di jalan raya dan ketika menggunakan pengangkutan awam adalah
amalan mulia dan amalan kesedaran sivik yang tinggi. Alat telekomunikasi seperti
faksimili, telegraf, e-mel dan SMS boleh menyumbang kepada pengukuhan
hubungan etnik.

(iii) Kehidupan berkeluarga – Individu yang baik dan beradab akan melahirkan
keluarga yang baik. Keluarga yang baik akan melahirkan komuniti dan masyarakat
yang baik. Masyarakat yang baik adalah pemangkin kepada kemajuan dan
kesejahteraan negara. Di Malaysia, walaupun keakraban keluarga semakin baik,
setiap ahli keluarga perlulah mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarga
kelompok etnik yang lain.

(iv) Keselamatan dan ketenteraman awam – Rakyat pelbagai kaum mestilah sama-
sama memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara dan
mengelakkan daripada menjadi pencetus kepada perselisihan faham ataupun konflik
etnik, menimbulkan provokasi ataupun isu-isu sensitif.

(v) Pendapatan dan pengagihannya – Kita mendapat tempat untuk mencari rezeki
hasil daripada kemakmuran dan kesejahteraan negara yang diusahakan pemerintah
dan rakyat dengan izin Allah s.w.t. Tidak lagi timbul rasa cemburu dan iri hati kerana
kita sama-sama menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara. Wang
pembayar cukai digunakan untuk membangunkan keluarga, masyarakat dan juga
negara.

(vi) Kesihatan – Isu-isu seperti HIV AIDS, dadah, sakit jantung dan kanser
melibatkan semua kaum. Kita mesti bersatu untuk memerangi dan menanganinya.

(vii) Pendidikan – Bidang pendidikan sendiri sama ada di peringkat rendah,


menengah dan tinggi adalah satu wadah yang boleh digunakan untuk
menyatupadukan kaum. Secara teorinya, semakin tinggi pendidikan seseorang itu,
semakin tinggilah juga kesedaran dan amalan dalam memperkasa hubungan etnik
dan intra etnik. (viii) Perumahan – Terdapat kecenderungan pembeli rumah membeli
rumah di kawasan kelompok etnik sendiri. Sikap ini perlu dibendung kerana ia boleh
mengwujudkan polarisasi kaum. Banyak kawasan perumahan yang mempunyai
pelbagai kelompok etnik. Maka usaha perlu dijalankan untuk memperkukuh
hubungan etnik di kawasan kediaman terlebih dahulu.(ix) Alam sekitar – Isu alam
sekitar sebaiknya ditangani secara bersama. Kempen gotong royong pembersihan
taman perumahan yang melibatkan pelbagai kelompok etnik boleh mengwujudkan
semangat dan sikap kerjasama berkumpulan dan tolong menolong.(x) Penglibatan
sosial – Kerja-kerja sukarela sama ada di peringkat komuniti dan masyarakat boleh
mewujudkan sikap sayang menyayang dalam konteks hubungan etnik. Begitu juga
kerja sosial dan pembangunan komuniti dan masyarakat.(xi) Budaya dan hiburan –
Program kebudayaan dan hiburan yang melibatkan penyertaan pelbagai kelompok
etnik mestilah sentiasa digalakkan kerana ia boleh memperkukuhkan hubungan
etnik.Sukan ternyata boleh mewujudkan semangat patriotisme yang tinggi di
kalangan rakyat Malaysia sekali gus mempereratkan hubungan kaum dan integrasi
nasional. Sudah ada langkah-langkah menggunakan sukan sebagai alat untuk
memupuk hubungan kaum yang erat. Orang Cina sudah ada yang bermain sepak
takraw yang sebelum ini didominasi oleh orang Melayu. Orang Melayu sudah
bermain bola keranjang walaupun sebelum ini sukan ini didominasi oleh orang Cina.
Kita perlu sukan yang boleh menaikkan imej negara di persada antarabangsa.
Badminton, hoki, bola sepak dan squasy adalah di antara sukan yang boleh
membangkitkan perasaan patriotisme rakyat.Orang boleh menangis kesedihan kalau
negara kalah dalam sesuatu jenis sukan, dan begitu juga orang boleh menangis
kegembiraan kalau negara menang dalam sesuatu jenis sukan.

Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita

Islam telah lebih 1400 tahun yang lampau memperjuangkan konsep hubungan etnik
dan hak-hak asasi manusia. Islam menjamin hak-hak bukan Islam dan warga dunia.
Jaminan ini akan memperkukuhkan hubungan etnik di negara yang diperintah oleh
orang Islam. Pengisytiharan Universal Islam Mengenai Hak-hak Asasi Manusia di
Paris pada September 1981 antara lain mengiktiraf hak-hak manusia untuk hidup,
hak kebebasan manusia, hak persamaan dan larangan diskriminasi terlarang, hak
keadilan, hak perbicaraan yang saksama, hak mendapat perlindungan daripada
penyalahgunaan kuasa, hak perlindungan daripada penyeksaan, hak perlindungan
maruah dan reputasi, hak pelarian, hak-hak minoriti, hak dan obligasi untuk
menyertai pengurusan hal ehwal awam, hak untuk menganut mana-mana agama
dan berucap, hak amalan keagamaan, hak untuk berkumpul dan menubuhkan
persatuan, hak melakukan aktiviti ekonomi, hak perlindungan harta benda, status
dan maruah pekerja, hak keselamatan sosial, hak berkeluarga dan yang berkaitan
dengannya, hak wanita yang telah berkahwin, hak pendidikan, hak ‘privacy ‘ dan hak
bergerak dan menginap.Kumpulan minoriti terdiri daripada golongan bukan Islam,
anak yatim, warga emas, kanak-kanak istimewa, orang kurang upaya, fakir miskin
dan ibu tunggal. Prinsip ini menampilkan hak-hak kumpulan minoriti dan wanita akan
dijaga dan dibela serta memastikan mereka berada dalam arus perdana kemajuan
dan pembangunan negara.

Keutuhan Budaya dan Moral


Rakyat Malaysia yang berbilang kaum mestilah bersama-sama memerangi elemen
negatif budaya dan pemikiran Barat yang bertentangan dengan nilai agama dan
ketimuran. Budaya dan moral bangsa Malaysia mestilah dipertahankan demi
keutuhan budaya kebangsaan dan menghalang ia daripada dicemari oleh budaya
yang merosakkan akhlak dan moral serta budi bahasa rakyat Malaysia.Budaya dan
moral yang kuat lagi jitu adalah pemangkin dalam usaha kita menjadi negara maju
dan ke arah pencapaian Wawasan 2020. Nilai-nilai murni dan budi bahasa rakyat
Malaysia adalah di antara identiti rakyat Malaysia yang mesti dipertahankan
walaupun kita sudah moden dan membangun. Ketua keluarga mestilah memastikan
keutuhan budaya dan moral ahli keluarga masing-masing. Pemimpin masyarakat
pula bertanggungjawab terhadap masyarakat masing-masing. Kerajaan ingin
wujudkan masyarakat yang mempunyai personaliti unggul (towering personality)
agar bangsa Malaysia dapat duduk dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa
lain. Personaliti unggul terletak pada diri dengan kekuatan hemah yang tinggi,
berilmu pengetahuan tinggi, tinggi pencapaian, ketokohan dan keintelektualan.

Perayaan-perayaan kaum di Malaysia boleh menjadi satu mekanisme memupuk


semangat muhibah di kalangan masyarakat berbilang kaum. Bagi orang Islam,
amalan kunjung mengunjung ke rumah kaum lain ketika perayaan tertentu bukanlah
bermakna merestui sistem kepercayaan agama lain, tetapi lebih sebagai satu
amalan mengeratkan perasaan saling menghormati, persefahaman dan
persahabatan dengan kawan-kawan lain walaupun yang bukan seagama dengan
mereka. Ini patut dijadikan budaya hidup kita.

Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar

Rakyat Malaysia pelbagai kaum mestilah sama-sama memelihara dan memulihara


alam sekitar demi kepentingan bersama dan untuk generasi akan datang. Alam
sekitar dan persekitaran yang kondusif bersekali denan penjagaan kesihatan yang
sempurna akan memastikan masyarakat yang sihat, kuat dan sejahtera.

Rakyat Malaysia mestilah memperjuangkan isu-isu alam sekitar mengikut saluran


yang betul dan peraturan dan benar-benar ikhlas demi kepentingan negara,
bukannya kepentingan peribadi atau kelompok berkepentingan tersendiri.

Kempen gotong royong kebersihan dan seumpamanya di kawasan penempatan


masyarakat berbilang kaum boleh mempupuk perasaan muhibah, kasih sayang dan
tolong menolong.

Kekuatan Pertahanan

Program Latihan Khidmat Masyarakat (PLKN) sudah menunjukkan tanda-tanda


penumpuan dan perkembangan integrasi nasional, perpaduan kaum dan semangat
patriotisme. Generasi muda perlu disedarkan tentang keperluan mempertahankan
kedaulatan negara daripada sebarang ancaman musuh. Mungkin sudah ada usaha
sedemikian di peringkat pendidikan rendah yang lebih bersifat kekuatan
jatidiri.Penyertaan kelompok etnik bukan Melayu dalam pasukan beruniform seperti
Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia masih di tahap yang rendah
dan perlu dipertingkatkan.Penyertaan berbagai-bagai kelompok etnik dalam Ikatan
Sukarelawan Rakyat (RELA) dan pasukan Pertahanan Awam boleh dibanggakan. Ini
juga boleh memantapkan perpaduan kaum. ”Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”
adalah pepatah yang melambangkan perpaduan dan kerjasama. Jika dikaitkan
dengan kekuatan pertahanan, maka asas kepada persefahaman yang utuh ialah
perpaduan yang jitu.Perumpamaan ”bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat” menggambarkan signifikan kerjasama berkumpulan,
bermesyuwarah dan saling memahami serta tolong menolong. Tanpa muafakat dan
terlalu banyak persengketaan akan menyebabkan negara kita mudah untuk
ditewaskan oleh musuh.”Menang sorak, kampung tergadai” menggambarkan
bahawa yang penting ialah “substance” (isi) bukannya slogan atau cakap-cakap
kosong. Kita perlu mengotakan apa yang telah dijanjikan dan konteks sayangnya
kita kepada negara dan para pemimpin. Rakyat Malaysia berbilang kaum mestilah
menanam dalam diri mereka prinsip ”biar putih mata, jangan putih tulang” dalam
konteks pertahanan negara.

Semua bangsa mestilah menanam dalam diri mereka semangat dan sikap
sayangkan negara dan sanggup mempertahankannya ke titisan darah terakhir dan
sentiasa komited sebagai warganegara yang baik dan berguna. Dalam Islam, orang
yang mempertahankan negara dan mati kerana mempertahankan agama dan
negara diberi penghormatan tinggi oleh Allah. Iklan TV3 ”Ikan di laut, asam di darat”
membuktikan bahawa rakyat Malaysia yang berbilang kaum boleh menjalin
hubungan baik dan bersatu padu. Media massa adalah mekanisme paling berkesan
untuk memupuk perasaan muhibah dan hubungan etnik yang positif. Sebab itu
media massa perlu memainkan peranan lebih proaktif untuk memupuk integrasi
nasional dan perpaduan kaum bukannya perpecahan dan polarisasi.

Bantuan-bantuan kemanusian (humanitarian) terhadap mangsa peperangan atau


malapetaka alam menonjolkan ciri terbaru hubungan etnik yang menjangkau batas
geografi dan sempadan antarabangsa. Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum telah
sama-sama menyumbang bagi membantu mangsa gempa bumi di China, taufan di
Myanmar, mangsa perang Amerika-Iraq, mangsa gempa bumi di Kashmir dan
malapetaka Tsunami, dan lain-lain lagi. Kesimpulannya, pendekatan Islam Hadhari
diperkenalkan bertujuan untuk membawa perubahan kepada mentaliti dan sikap
masyarakat serta peralihan kepada yang lebih baik dalam konteks kemajuan dan
pembangunan negara. Pendekatan ini akan membawa pembaikan dalam semua
aspek kehidupan untuk menuju ke arah sebuah masyarakat dan negara maju dan
mencapai objektif Wawasan 2020.

Orang bukan Islam tidak perlu bimbang terhadap pendekatan ini kerana ia akan
membawa kebaikan kepada semua golongan tanpa mengira perbezaan agama dan
etnik.
Melakar Persefahaman Islam dan Agama Lain
Dunia telah sejak lama mengalami kesengsaraan yang diakibatkan oleh
peperangan yang memusnahkan manusia dan kemanusiaan dan tidak lagi kuat
untuk menanggung beban serta penderitaan peperangan yang lain. Justeru itu amat
tepat sekali gesaan Dato’ Sri Najib Tun Razak bahawa Pergerakan Negara-Negara
Berkecuali (NAM) perlu menjadi jambatan penghubung antara dunia Islam dengan
negara-negara Kristian bagi mewujudkan keamanan yang berkekalan.

Usaha ke arah kedamaian ini akan memberi ruang yang luas bagi umat Islam
mengenali dan memahami peradaban Barat (Kristian) dan agama-agama yang lain
di Malaysia dengan mengambil manfaat daripada sumbangan-sumbangan mereka
tanpa mengabai ataupun menggadai agama dan metodologi sendiri. Peluang baik
menyebarkan Islam ke dunia materialisme dengan tujuan untuk menyuntik
peradaban mereka dengan dasar-dasar akhlak serta untuk menjaga peradaban
manusia daripada kejahatan, kerosakan, dan keruntuhan nilai-nilai murni di kalangan
umat manusia.

Di dalam Islam Hadhari terdapat juga langkah-langkah untuk membina


persefahaman antara Islam dengan agama-agama yang lain. Antara langkah-
langkah yang dapat dilihat adalah seperti:-

1. Setiap masyarakat beragama berhak melaksanakan kehidupan


agamanya dengan bebas dan sempurna.

2. Dalam masyarakat, walaupun satu kelompok merupakan penduduk


minoriti, hendaklah mereka dapat merasakan kewujudannya secara sah
menurut hukum (dejure)

3. Bahawa keluarga adalah suatu institusi yang berharga dan perlu


mendapat perhatian serius terhadap ancaman disintegrasi dan
sekularisasi yang dihadapi institusi keluarga dan menyarankan hukum
atau undang-undang keluarga dalam agama Islam atau Kristian tidak
dicampuri atau diubah dengan cara apapun, baik secara langsung
mahupun tidak langsung oleh pihak luar terhadap tradisi agamanya.
Demikian juga dalam penentuan pendidikan agama kanak-kanak
Pendekatan Islam Hadhari Menangani Isu Kewangan global

Pihak polis tidak menolak kemungkinan meningkatnya kes jenayah di negara kita
sekarang berpunca daripada krisis ekonomi yang menyebabkan tekanan hidup dan
kesempitan wang. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd
Bakri Zinin berkata sehingga Oktober 2008, sebanyak 177, 141 kes jenayah
dilaporkan berbanding 171,454 kes dalam tempoh sama tahun lalu. Ini meliputi
samun bersenjata api, curi kenderaan, pecah rumah, bunuh serta rogol dan rompak.
Walaupun peningkatan indeks jenayah di Malaysia lebih rendah berbanding negara
jiran tetapi polis tetap memantau perkembangan.

Ini adalah antara manifestasi betapa besar dan teruknya krisis ekonomi yang
dihadapi dunia hari ini. Ia terburuk dihadapi AS dalam tempoh 80 tahun. Kegagalan
sistem kewangan dan institusi krisis pinjaman sub-prima pada 2007 telah
melumpuhkan banyak syarikat gergasi seperti Fannie Mae and Freddie Mac yang
kini terbelenggu dengan hutang USD5 trilion (lebih kurang RM16 ribu billion) dan
seteguh Merrill Lynch dan Lehman Brothers. Di AS, kadar pengganggurannya
dijangka meningkat daripada 6.1% kepada 8%, iaitu kadar tertinggi dalam tempoh
25 tahun. Manakala di Eropah, pengangguran bakal meningkat daripada 11.3 juta
orang kepada 14.5 juta orang pada Disember 2008.

Langkah diambil 

Dalam buku Islam Hadhari: Pendekatan Pembangunan Peradaban (Mahmood Zuhdi


Hj Ab. Majid et.al, YADIM Kuala Lumpur 2008), Datuk Aidit Ghazali, bekas felo IKIM
dan pensyarah ekonomi Universiti Brunei, telah menggariskan 5 faktor utama yang
dapat menjamin pembangunan ekonomi dan kemajuan umat, yakni:

- Berkat Ilahi

- Usaha yang gigih dan bijaksana

- Pertahanan yang kukuh terhadap ancaman dalaman mahupun luaran

- Perancangan teliti dan lengkap secara berterusan, serta

- Peningkatan standard pencapaian, khazanah ilmu dan tahap kemahiran.

Faktor-faktor ini diambil kira bukan sahaja dalam usaha menangani keadaan
semasa tetapi adalah pre-requisite untuk mewujudkan pembangunan ekonomi yang
seimbang dan komprehensif (Prinsip ke-5 Islam Hadhari). Ini bermaksud langkah-
langkah pemulihan ekonomi dan sistem kewangan yang dilaksanakan mestilah
holistik atau menyeluruh, membawa manfaat dunia dan akhirat, mempunyai unsur
rohani dan jasmani, meliputi pelbagai bidang, bersifat jangka pendek dan forward-
looking, menggiatkan peranan sektor awam dan swasta, memenuhi keperluan
bandar dan desa serta semua lapisan masyarakat, Muslim dan bukan Muslim,
majoriti dan minoriti.
Agensi seperti Majlis Ekonomi Tindakan Negara dan Majlis Harga Negara perlu
mengambil inisiatif mengemukakan mekanisme yang dapat mengurangkan
kehadiran ‘orang tengah’ atau kaji semula pengeluaran permit kepada pihak yang
hanya untung ‘atas angin’. Barangan keperluan seperti beras, minyak masak, susu
dan sebagainya boleh dipasarkan terus kepada pengguna. Mereka tidak perlu
mengambil masa yang panjang. Kebajikan rakyat mesti diutamakan.

Satu usaha sehubungan yang tidak kurang penting ialah memperluaskan jaringan
keselamatan sosial. Beberapa langkah yang dicadangkan dalam Bajet 2009,
andainya dilaksana dengan berkesan dan penuh komitmen, akan memberi faedah
kepada lebih kurang 150,000 rakyat miskin dan berpendapatan rendah .

Diperingkat global pula, ramai pemimpin negara Barat dan Asia serta pakar ekonomi
dunia bersetuju bahawa mekanisme dan gagasan baru perlu dikemukakan bagi
menggantikan budaya korporat dan falsafah pasaran bebas Barat yang pincang.
Mereka sedar sistem kewangan kapitalisme ala Anglo Saxon tidak sempurna
rekabinanya, tidak lengkap dan tidak adil. Mereka mahu diwujudkan sistem
kewangan lebih lestari dan ekonomi dunia berdaya tahan.

Sistem alternatif

Sistem kewangan dan perbankan alternatif, khususnya sistem Islam mula


dikemukakan untuk membentuk suasana global lebih adil, seimbang dan lestari. AS,
United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali dan Belgium kini menimbang menggunakan
sistem kewangan Islam kerana dianggap lebih selamat. Begitu juga beberapa
negara Asia seperti Jepun, China, Singapura, Hong Kong, Brunei dan Thailand
kerana memiliki prospek mengembangkan produk kewangan Islam.

Krisis kewangan sekarang memberi peluang kepada Malaysia mengukuhkan


kedudukan sektor kewangan Islamnya. Malaysia adalah satu-satunya negara di
rantau ini yang mempelopori industri kewangan Islam melalui pengenalan perbankan
bank Islam pertamanya pada 1980an lagi. Perkembangan awal 20 tahun lalu agak
lembab tetapi 5-6 tahun kebelakangan ini, kemampuannya mengendalikan urus
niaga moden sudah diterima umum. Hari ini, hampir semua bank konvensional turut
mengadakan urusniaga perbankan Islam termasuk Maybank, CIMB, RHB dan Hong
Leong.

Menyambut baik pelantikan dua tokoh negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (Gabenor
Bank Negara) dan Prof. Dr Jomo Kwame Sundaram (Penolong Setiausaha Agung
bagi Pembangunan Ekonomi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) menganggotai
Pasukan Reformasi Kewangan PBB baru-baru ini, Rashdan percaya mereka akan
berperanan memberi pandangan mengenai keberkesanan sistem kewangan Islam
diperingkat global.

Pada Forum Kewangan Islam yang berlangsung di Kuala Lumpur 19 Nov lalu,
Malaysia mencadangkan beberapa langkah meningkatkan lagi potensi pasaran
industri ini, termasuk:
- Industri kewangan Islam perlu melipatganda usaha mendekati dan mendidik
masyarakat secara berterusan. Sasaran ialah penduduk Islam yang berjumlah lebih
satu billion di seluruh dunia;

- Tumpuan lebih perlu diberi untuk menambah bilangan pakar dalam bidang
kewangan Islam, dan seterusnya meningkatkan inovasi produk dan perkhidmatan;

- Lebihkan penyelidikan, pendidikan dan latihan dikalangan peserta pasaran dan


industri kewangan Islam;

- Menyesuaikan mekanisme bagi penyelesaian pertikaian dengan peraturan undang-


undang dan kaedah Islam. Ini bertujuan mengelakkan sebarang perkara yang boleh
membawa kesan tidak elok akibat penghakiman yang janggal dan tidak ketentuan;

- Membangunkan prosedur pengawasan dan pengawalseliaan yang setanding


piawai antarabangsa. Prosedur dan struktur sedia ada perlu dikaji semula untuk
ubahsuai.

Waktu ini, industri kewangan Islam adalah satu-satunya segmen dalam industri
kewangan antarabangsa yang paling pantas berkembang. Namun, dari segi saiz, ia
masih terlalu kecil berbanding potensi pasaran yang dikenal pasti.

Apapun, Malaysia masih berada pada kedudukan yang agak baik. Kita perlu terus
mengambil pendekatan pragmatik dan bijaksana. Kerjasama semua pihak amat
perlu dalam usaha negara mengekalkan kedudukan sebagai negara ke-19 paling
kompetitif di dunia (mengikut Persaingan Perdagangan Dunia 2008 yang dikeluarkan
Institut Pengurusan Pembangunan, Switzerland) dan antara 20 negara perdagangan
utama dunia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengajak rakyat untuk berusaha
bersungguh-sungguh dan bersatu menghadapi keadaan berasaskan pendekatan
Malaysia Boleh dan punching above our weight.
Islam Hadhari Menolak Politik wang
Prinsip ketiga Islam Hadhari ialah kerajaan adil dan beramanah. Tetapi tentunya
dalam usaha membangunkan sebuah kerajaan adil dan beramanah, amalan-amalan
buruk dalam berpolitik seperti politik wang, gila kuasa, rasuah, fitnah politik,
nepotisme, tamak kuasa dan gila wanita adalah ditolak oleh gagasan Islam Hadhari.

Sememangnya Islam dengan jelas menolak amalan-amalan buruk dalam berpolitik


itu. Tetapi apabila dikaitkan dengan Islam Hadhari, iaitu ciri-ciri ketamadunan adalah
lebih ketara amalan-amalan itu ditolak kerana ia akan menyemai kerosakan dan
akhirnya meruntuhkan peradaban dan jati diri sesebuah negara.

Sememangnya dalam perkiraan akhir, sebarang perubahan terletak pada kehendak


dan usaha individu bagi menentukan jalan untuk mengelak daripada terjebak ke
dalam amalan-amalan buruk dalam berpolitik. Bagaimanapun jika melihat sejarah
dakwah Rasulullah s.a.w di Mekah dan Madinah, tajdid atau pembaharuan perlu
dilakukan secara penglibatan masyarakat. Perkara ini pula memerlukan tindakan
secara kolektif melalui jemaah. Sama ada jemaah dalam bentuk bilangan yang kecil
atau angkatan yang besar. Jika dalam bentuk angkatan yang besar, maka
diperlukan jemaah yang kecil di dalamnya untuk menggerakkan pembaharuan.

Dalam mendorong para pemimpin supaya melaksanakan pemerintahan yang adil


dan amanah, peranan pengikut amat penting. Selain itu rakyat dan masyarakat juga
mampu mencorakkan jalan mana yang akan menjadi pilihan pemimpin mereka.
Lebih-lebih lagi pada zaman ini apabila pemerintahan dilakukan dalam bentuk
demokrasi.

Maka, perjuangan bagi pembersihan dalam amalan berpolitik dapat dilakukan


melalui kesedaran umum tentang pentingnya politik bersih daripada perkara-perkara
baru. Di peringkat parti, jika ahli-ahli parti berkenaan mempunyai kesedaran tinggi
dalam hal ini, mereka bukan saja menghindarkan diri daripada korupsi politik tetapi
menolak pemimpin yang berbuat begitu.

Di sinilah terletaknya kepentingan pada kesedaran di kalangan masyarakat bagi


menolak politik wang. Tentunya kesedaran memerlukan pendidikan yang
berpanjangan dan berterusan. Maka pada keseluruhan, gerakan Islam Hadhari juga
pasti merangkumi juga usaha membanteras politik wang dan rasuah.
Islam Hadhari Dalam Pembangunan Modal Insan
 

Kerajaan amat komited untuk membangun Negara dan masyarakat dalam menuju
sebuah Negara maju mengikut acuannya tersendiri melalui pembangunan modal
insan. Modal insan pula perlu dibangunkan secukupnya kerana ia menjadi alat
utama dalam pembangunan dan kemajuan dan merupakan elemen kritikal dalam
mencapai Misi Nasional dan merealisasikan Wawasan 2020. Pembangunan modal
insan secara holistik yang dilaksanakan oleh kerajaan merangkumi pemerolehan
pengetahuan termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan sains dan
teknologi serta memiliki sikap positif dan progresif melalui pendidikan, latihan dan
pembelajaran sepanjang hayat.

 Pembangunan modal insan menjadi agenda utama dalam pelaksanaan Rancangan


Malaysia Kesembilan (RMK-9). Kepentingan pembangunan modal insan kerana ia
berkaitan dengan peningkatan tahap pendidikan, kemahiran, akhlak, keyakinan dan
sebagainya. Tujuan pembangunan modal insan adalah juga untuk menghasilkan
rakyat yang mempunyai pemikiran minda pertama. Apa yang dimaksudkan dengan
modal insan ialah individu dalam sebuah masyarakat yang dapat memberi satu
kekuatan kepada negara yang lebih berharga dari nilai mata wang.

 Dalam membicarakan mengenai pembangunan modal insan, pembangunan modal


insan yang telah digariskan oleh negara bukan bermatlamat untuk melahirkan
individu yang menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran semata-mata.
Sebaliknya modal insan yang hendak dilahirkan oleh negara adalah seimbang dari
segi aspek rohani, fizikal dan intelektual. Ini telah dinyatakan dengan jelas oleh
Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika berucap
merasmikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-48. Beliau berkata ”Untuk
membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu pengetahuan yang
secukupnya, kita mahu mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia,
yang mempunyai hemah yang tinggi, yang berjiwa besar, cintakan negara dan
mereka juga mempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani (BERNAMA, 31
Ogos 2005).

 Keperluan kepada usaha pembangunan insan lebih jelas terutamanya setelah


dalam masa-masa akhir ini berlaku pelbagai masalah kerohanian dan keruntuhan
akhlak sehingga sampai pada satu tahap yang membimbangkan semua pihak .
Pelbagai jenis jenayah, masalah sosial dan bermacam-macam perilaku negatif
dihadapi oleh masyarakat Malaysia sekarang. Keadaan seperti ini tidak boleh
dibiarkan terus berlaku kerana ia akan menghalang pencapaian Negara maju
sebagaimana yang dihasratkan. Usaha yang jelas dan menyeluruh yang dimulakan
dari akar umbinya sangat diperlukan untuk digerakkan oleh semua pihak dalam
memastikan tahap pembangunan insan rakyat negara ini berjalan seperti yang
diinginkan.
HUBUNGAN ETNIK DARI PERSPEKTIF
PENDEKATAN ISLAM HADHARI DI
MALAYSIA

Rakyat Malaysia yang berada dalam sebuah Negara merdeka malah damai amat

bernasib baik kerana pembangunan Negara dalam pelbagai bidang seperti politik,sosial,

ekonomi dan lain-lain lagi telah ditangani dengan jayanya oleh pihak

pemerintah.Kesepakatan tiga etnik terbesar Negara ketika Persekutuan Tanah Melayu

mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 membolehkan rakyat menikmati kuasa politik yang

sama rata dengan dasar perkongsian kuasa.Usaha dan langkah kerajaan dalam hal seperti ini

seharusnya ditonjolkan dengan sebaik-baiknya untuk generasi baharu dan akan datang, agar

mereka benar-benar dapat memahami perjuangan para perintis kemerdekaan dan semangat

bertolak ansur yang ditanam oleh mereka yang terdahulu demi kesejahteraaan rakyat dan

Negara ini. Konsep perkongsian kuasa , pengagihan pendapatan Negara secara adil, peluang

pendidikan yang sama antara kaum minority dan terkini pendekatan Islam Hadhari serta

dasar-dasar yang lain, telah dapat menjamin keharmonian rakyat berbilang kaum dan etnik di

Negara kita.
PENDEKATAN ISLAM HADHARI BAGI
MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA

Selaras dengan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia kerajaan telah

memperkenalkan “Islam Hadhari” sebagai satu pendekatan baharu dalam memacu agenda

pembangunan Negara kearah merealisasikan Negara maju berdasarkan acuan sendiri

sebagaimana yang termaktub dalam Wawasan 2020.Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan

oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di perhimpunan

Agung UMNO kali ke-55 pada 23 September 2003. Islam Hadhari bukanlah satu ajaran atau

mazhab baharu tetapi ialah satu pendekatan bagi menjelaskan kepada masyarakat tentang

kesempurnaan ajaran Islam seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.Tambahan pula,

pendekatan Islam Hadhari yang menitikberatkan keharmonian hubungan etnik ini telah pun

wujud pada zaman awal Islam lagi. Islam Hadhari juga member tekanan kepada aspek

pembangunan yang menjurus kepada menjana pembinaan peradaban iaitu peradaban yang

dicanai dengan pegangan Islam dan member fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu

kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta

pembangunan fizikal iaitu hubungan etnik antara mukmin di Malaysia.Pendekatan Islam

Hadhari yang hendak disampaikan amat komprehensif dan menyeluruh dan sewajarnya

dilaksanakan secara jujur dan berterusan di Malaysia sekiranya penduduk sejagat ingin hidup

dalam satu tempat yang sejahtera dan aman.Untuk mencapai hasrat dan aspirasi ini, maka

masyarakat perlu mempelajari dan memahami sosiobudaya sesuatu kaum dan bangsa lain

secara lebih mendalam.Pembangunan ilmu mengenai hubungan etnik menjadi faktor penting

yang boleh menyatukan masyarakat Malaysia kini. Selain itu, prinsip kerajaan dalam Islam

Hadhari yang adil dan amanah menjadi pemangkin dan pendorong ke arah tercetusnya sistem

ekonomi agar kekayaan Negara dapat diagihkan secara adil dan saksama. Tindakan ini
merupakan satu instrumen penting bagaimana pembahagian kekayaan dan harta dapat

diwujudkan untuik melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu.Walaupun prinsip

keimanan dan ketaqwaan kepada Allah ditekankan dalam masyarakat Hadhari, ini tidaklah

bermakna kebebasan beragama disekat. Manusia yang berilmu seharusnya tahu membezakan

antara kebenaran dan kebatilan.


BAHAGIAN A
Soalan 1 : Umur

Jadual 1.1 : Jadual Kekerapan Soalan 1


Umur Kekerapan Peratusan
16 hingga 18 tahun 10 20%
19 hingga 22 tahun 30 60%
23 hingga ke atas 10 20%

Jumlah 50 100%

Rajah 1.1 : Graf Kekerapan Soalan 1

30

25
20

15

10
5

0
16-18 19-22 23-keatas

Daripada jadual di atas didapati bahawa sebanyak 10 orang responden merupakan


mereka yang berumur diantara 16 hinggah 18 tahun. 30 orang responden pula adalah berumur
19 hingga 22 tahun. Manakala 23 tahun keatas seramai 10 orang reponden.
Soalan 2 : Bangsa

Jadual 1.2 : Jadual Kekerapan Soalan 2

Bangsa Kekerapan Peratusan

Cina 10 20

India 20 40

Lain-lain 20 40

Jumlah 50 100%

Rajah 1.2 : Graf Kekerapan Soalan 2

Cina
India
Lain-lain

Kajian di buat khas hanya untuk masyarakat bukan beragama Islam yakni Cina , India
dan lain-lain. Manakala masyarakat Melayu tidak disenaraikan kerana kesemua masyarakat
Melayu adalah beragama Islam selaras mengikut perlembagaan Negara.
Soalan 3 : Perkerjaan

Jadual 1.3 : Jadual Kekerapan Soalan 3

Jenis Perkerjaan Kekerapan Peratusan

Kerajaan 5 10%

Swasta 15 30%

Berkerja sendiri 10 20%

Tidak berkerja 20 40%

Jumlah 50 100%

Rajah 1.3 : Graf Kekerapan Soalan 3

25

20

15

10

0
Kerajaan Swasta Berkerja Tidak
Sendiri Berkerja

Kebanyakannya responden tidak berkerja sebanyak 20 orang. Manakala 15 orang


responden lagi berkerja di sektor swasta. Sebanyak 10 orang responden berkerja sendiri.
Akhir sekali, sebanyak 5 orang responden berkerja di sektor kerajaan.
Soalan 4 : Status

Jadual 1.4 : Jadual Kekerapan Soalan 4

Status Kekerapan Peratusan

Berkahwin 11 22%

Belum berkahwin 39 78%

Jumlah 50 100%

Rajah 1.4 : Graf Kekerapan Soalan 4

Status

11
22%

39
78%

Kebanyakan daripada responden tidak mendirikan rumah tangga atau belum


berkahwin. Ini diwakili oleh peratusan sebanyak 78%. Dapat dijelaskan bahawa responden
masih belum merasai kesan Islam Hadhari dalam kehidupan berkeluarga.

Soalan 5 : Agama
Jadual 1.5 : Jadual Kekerapan Soalan 5

Agama Kekerapan Peratusan

Kristian 21 42%

Hindu 15 30%

Buddha 9 18%

Lain-lain 5 10%

Jumlah 50 100%

Rajah 1.5 : Graf Kekerapan Soalan 5

25

20

15

10

0
Kristian Hindu Buddha Lain-lain

Daripada jadual di atas didapati bahawa agama Kristian adalah majoriti


kerana diamalkan oleh setiap masyarakat, sebanyak 42% orang responden beragama
Kristian . Kepercayaan dan agama yang di pegang hindu sebanyak 30%, Buddha 18% dan
lain-lain sebanyak 10%.

BAHAGIAN B
Soalan 1 : Adakah anda memahami konsep Islam Haddari?

Jadual 1.1 : Jadual Kekerapan Soalan 1

Kekerapan Peratusan

Amat Mendalam 10 20%

Memahami 25 50%

Tidak Faham 15 30%

Jumlah 50 100%

Rajah 1.1 : Carta Pai Kekerapan Soalan 1

11%

33%
Amat Mendalam
Memahami
Tidak Faham

56%

Sebanyak 50% daripada responden menunjukkan bahawa mereka memahami


dengan soalan 1. Mereka menganggap bahawa kosep Islam Haddari adalah penting sebagai
isu utama dalam dunia serba moden ini.

Soalan 2 : Adakah konsep Islam Haddari memberi impak terhadap kehidupan seharian anda?
Jadual 1.2 : Jadual Kekerapan Soalan 2

Kekerapan Peratusan

Bersetuju 2 4%

Kurang bersetuju 38 76%

Tidak bersetuju 10 20%

Jumlah 50 100%

Rajah 1.2 : Carta Pai Kekerapan Soalan 2

4%
20%
Bersetuju
Kurang bersetuju
Tidak bersetuju
76%

Seramai 76% responden kurang bersetuju bahawa kosep Islam Haddari


memberi impak terhadap kehidupan seharian mereka. Ini adalah kerana mereka tidak dapat
merasai perubahan yang besar terhadap diri mereka darpadai kosep yang diperkenalkan
tersebut .
Soalan 3 : Adakah anda berasa terikat dengan kosep Islam Haddari?
Jadual 1.3 : Jadual Kekerapan Soalan 3

Kekerapan Peratusan

Bersetuju 11 22%

Kurang bersetuju 30 60%

Tidak bersetuju 9 18%

Jumlah 50 100%

Rajah 1.3 : Carta Pai Kekerapan Soalan 3

18% 22%
Bersetuju
Kurang bersetuju
Tidak bersetuju

60%

Daripada graf diatas, 60% daripada responden kurang bersetuju dengan


soalan 3 yang menjelaskan bahawa responden tidak terikat dengan konsep tersebut kerana
bagi mereka ia hanya berkaitan dengan masyarakat beragama Islam sahaja .
Soalan 4 : Adakah kosep Islam Haddari masih releven utuk di teruskan?
Jadual 1.4 : Jadual Kekerapan Soalan 4

Kekerapan Peratusan

Bersetuju 7 14%

Kurang bersetuju 14 28%

Tidak bersetuju 29 58%

Jumlah 50 100%

Rajah 1.4 : Carta Pai Kekerapan Soalan 4

14%

Tidak Bersetuju
Kurang bersetuju
28% 58% Bersetuju

Seramai 29 orang daripada 50 responden tidak bersetuju dengan pernyataan


soalan diatas. Ini adalah bagi mereka kerana kosep tersebut gagal mencapai matlamat yang
dituju.
Soalan 5 : Adakah konsep ‘”One Malaysia” dapat menggantikan Islam Haddari?
Jadual 1.5 : Jadual Kekerapan Soalan 5

Kekerapan Peratusan

Bersetuju 40 80%

Kurang Bersetuju 9 18%

Tidak bersetuju 1 2%

Jumlah 50 100%

Rajah 1.5 : Carta Pai Kekerapan Soalan 5

2%

18%

Bersetuju
Kurang bersetuju
Tidak bersetuju

80%

Mengikut soalan 5, majoriti seramai 80% dari 50 responden bersetuju konsep


“One Malaysia” dapat mengantikan konsep Islam Haddari kerana bagi mereka , kosep baru
ini lebih menyeluruh berbanding konsep yang lama.
KESIMPULAN

Setelah beberapa kajian telah kami lakukan, kami mendapati bahawa agama

merupakan satu institusi yang amat penting dalam kehidupan masyarakat Melayu dan juga

suku kaum lain di Malaysia. Selain itu, perkongsian harmoni atau co-existence, nilai-nilai

agama Islam dan nilai agama lain di Malaysia mempunyai banyak persamaan dari segi nilai-

nilai sejagat yang diterima dan diamalkan.Walaupun di Malaysia mempunyai pelbagai kaum

yang berbeza agama tetap dapat hidup bersama dalam satu kelompok atau sebagai

masyarakat kerana nilai-nilai etnik dan agama yang mengajar erti harmonis dan sejahtera

antara satu sama lain.Demikian juga kemajuan material dan fizikal perlu diseimbangkan

dengan kemantapan serta kemajuan rohani.Pendekatan Islam Hadhari juga dilihat amat sesuai

bagi tujuan memantapkan kemajuan kerohanian masyarakat di Malaysia.


BIBLIOGRAFI
1. Rahimin Affandi Abd. Rahim, “Gerakan Tajdid di Malaysia : Teori dan realiti “,
dalam Dinamisme Pengajian Syariah, (ed) oleh Mahmood Zuhdi Hj. Ab.
Majid, Kuala Lumpur : Berita publishing, 1997
2. Donald L. Horowitz, “ The Quran and the Common law : Islamic law reform
and the theory of legal change “, dalam The American Journal Of
Comparative law, v. 42, 1994.
3. Wan Mohd Nor Wan Daud, The educational philosophy and practice of Syed
Muhammad Naquib al-Attas ; an exposition of the original concept of
Islamization, Kuala Lumpur : ISTAC, 1998.
4. Mohd Nasran Mohamad, “ Dimensi dan pendekatan hubungan antarabangsa
Islam dalam dasar luar Dr. Mahathir “, dalam Prosiding Seminar Dr. Mahathir
pemikir Islam Abad ke 21, Anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian
Penerangan Malaysia, Kuala Lumpur.
5. Wan Mohd Nor Wan Daud, Pembangunan di Malaysia : ke arah suatu
kefahaman baru yang lebih sempurna, Kuala Lumpur : ISTAC, 2001
6. Mohd. Zuhdi Marsuki, “ Pengajian sains, teknologi dan masyarakat :
pendekatan bersepadu ke arah wawasan 2020 “, dalam Pengajian Umum di
Alaf Baru, UKM, Bangi, 2000.

You might also like