You are on page 1of 2

FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN

(PERDAGANGAN)
___________________________________________________________________________

TITLE :

PROFIL USAHAWAN BERJAYA DI MALAYSIA

___________________________________________________________________________

NAME:

WAN NURSHAHIDA BT WAN ZULKIFLI

A08A095

SUBMIT TO:

FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN

GROUP:

SAK1_1B

SUBMITION DATE:

13 OCTOBER 2008
PROFIL USAHAWAN BERJAYA DI MALAYSIA

ROBERT KUOK
RAJA GULA
ASET : 14.1 BILLION

Namanya memang tidak asing lagi. Ramai yang pernah mendapat biasiswa daripada
Yayasan Kuok dan lebih ramai lagi yang mengenali Shangri-la, rangkaian hotel ternama
milik keluarganya. Robert anak kelahiran Johor yang menjadi jurutera empayar Kuok,
dianggap satu lagenda di negara ini di mana perniagaan yang dikendalikannya dikatakan
contoh klasik sebuah perniagaan keluarga Cina.

Dilahirkan pada 1923, dia memulakan perniagaan bersama abangnya dengan


semangat industry keluarga menjadi kuasa pemacu. Kedua-dua beradik itu kemudian
memasuki industri gula menerusi Perlis Plantations. Pada suatu ketika, Robert menguasai 10
peratus bekalan gula dunia dan melakukan urus niaga di hotel di London hingga rakan-rakan
perniagaan menggelar beliau sebagai “Raja Gula”.

Walaupun Hong Kong menjadi pusat operasinya sekarang, Robert masih menjadi
sebutan ramai di Malaysia. Ia barangkali disebabkan oleh latar belakang Robert sendiri.
Bapanya, Kuok Keng Kang lebih rapat dengan komuniti Melayu berbanding Cina. Dia dating
dari wilayah Fujian, China pada tahun 1909 dan kemudian menubuhkan Tong Seng & Co.
Bapanya mempunyai reputasi sebagai pengedar beras, tepung dan gula di negara ini setelah
mendapat lesen perniagaan daripada Sultan Johor. Kuok Keng Kang juga membuang ketagih
ganja dengan bantuan kawan-kawan Melayu. Bahkan dia membawa rakan-rakannya itu
melawat Eropah pada tahun 1928.

Semasa hidupnya, Keng Kang percaya anak-anaknya mesti mendapat pendidikan


Inggeris yang terbaik sebab itu mereka dihantar ke Raffles Institution Singapura. Dia juga
memastikan anak-anaknya menghargai hubungan rapatnya dengan orang Melayu dan dalam
masa yang sama tahu menyesuaikan diri sebagai ahli perniagaan pendatang.

Robert mungkin anak yang mendengar kata. Ketika di sekolah, Robert membina
persahabatan dengan Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn, yang kemudian menjadi
Perdana Menteri kedua dan ketiga Malaysia. Hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin
negara dapat dilihat melalui pelantikan berprofil tinggi Robert sebagai CEO Penerbangan
Malaya-Singapura, MISC dan Bank Bumiputra.

Robert banyak membuat keputusan yang berani. Dia kekal di Malaysia semasa
rusuhan kaum 1969 yang menyaksikan ramai ahli perniagaan meninggalkan negara ini. Dia
juga terus melabur di Filipina walaupun rejim Marcos jatuh pada tahun 1986. Dia mendirikan
hotel Shangri-la di Manila, iaitu hotel pertama yang dibina dalam tempoh 20 tahun. Hari ini,
empayar perniagaan Kuok dianggap satu contoh klasik perniagaan keluarga Cina.

You might also like