You are on page 1of 5

MENILAI PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN SECARA BERSEPADU

DISEDIAKAN OLEH:
HAJI ZOLKAPLY BIN YUNUS
PENGETUA SMK TUN MUTAHIR

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan di SMK Tun
Mutahir. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan pengurusan dalam penilaian
prestasi kakitangan SMK Tun Mutahir. Kajian ini melibatkan pengetua, guru-guru
penolong kanan, ketua-ketua bidang dan ketua pembantu tadbir yang terlibat dalam
menilai prestasi kakitangan di bawah seliaan mereka. Kajian ini menggunakan
kaedah pemerhatian. Perisian MS Excell digunakan bagi memudahkan kerja-kerja
menilai prestasi kakitangan. Kajian ini mula dijalankan pada bulan Oktober dan
dijalankan sepenuhnya padea bulan November 2010.

1.0 Refleksi dan Latar Belakang Kajian

Penilaian prestasi secara bersepadu dilaksanakan bagi memudahkan dan


mempercepatkan tugas pentadbir. Menilai prestasi seorang kakitangan bukanlah
satu kerja yang mudah. Ia memerlukan penelitian dan pemantauan sepanjang
tahun. Hakikatnya tidak semua kakitangan yang dapat dipantau oleh seorang
pentadbir dalam masa yang sama. Bagaimana menilai kemampuan kakitangan
selaras dengan bidang tugas mereka.
Sehubungan itu, satu jawatankuasa yang terdiri daripada pentadbir-pentadbir
mengikut bidang-bidang tertentu perlu dalam menyelaras dan memberi
maklumbalas terhadap prestasi kakitangan. Perbincangan menyeluruh dengan
mengambilkira bidang tugas dan sejauh mana keakuran terhadap tugas boleh
dibincangkan bersama.
2.0 Isu Keprihatinan

Kajian ini dijalankan berdasarkan perkara-perkara berikut;

2.1 Pentadbir yang terlibat dalam menilai markah prestasi kakitangan mengambil
masa yang lama menilai PYD di bawah seliaan mereka. Sehubungan itu saya
memperkenalkan penggunaan perisian MS Excell. Perisian ini didapati mudah
digunakan dan mesra pelanggan. Formula yang digunakan senang dibentuk
dan mudah difahami. Pengiraan markah PYD boleh diubah mengikut
kesesuaian dan jumlah markah dikira secara automatik. Penyusunan markah
dapat dikira mengikut markah tertinggi hingga terendah atau sebaliknya
secara automatik.
2.2 Selain itu pentadbir yang tidak mahir dalam matematik juga boleh
menggunakan perisian ini dan penilaian PYD boleh dilakukan dengan mudah.
Selepas perbincangan mengenai markah PYD dijalankan, penukaran markah
dapat dilakukan dengan segera dan pengiraan markah secara automatik
dilakukan. Seterusnya penyusiunan markah dari tertinggi ke markah terendah
dapat dijalankan dengan cepat dari markah tertinggi ke markah terendah dan
begitu juga sebaliknya.

2.3 Penggunaan perisian ini juga dapat meluaskan lagi penggunaan ICT dalam
kalangan pentadbir. Semua kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan
cekap.

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Umum

Meningkatkan keberkesanan menilai penilaian prestasi tahunan kakitangan.


3.2 Objektif Khusus
a) Memudahkan tugas seorang pengetua
b) Menyelaras markah setiap kakitangan di bawah seliaan
c) Mengelakkan bias / pilih kasih

4.0 Kumpulan Sasaran

4.1 Pengetua
4.2 Guru Penolong Kanan
4.3 Guru Penolong Kanan
4.4 Ketua Pembantu Tadbir

5.0 Pelaksanaan Kajian

Kajian dijalankan berdasarkan pemerhatian, merancang, bertindak,


memerhati dan mereflek.

5.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian berdasarkan pengalaman saya bertugas


sebagai pentadbir sebelum ini di beberapa buah sekolah. Kaedah menilai
prestasi tahunan kakitangan sebelum ini memerlukan masa dan tenaga yang
banyak. Pengiraan semula seringkali dijalankan sekiranya terdapat
perubahan dalam memberi markah PYD. Dengan menggunakan inovasi
baru ini kerja-kerja pengiraan dibuat oleh komputer dan ia dapat
dilaksanakan dengan cepat.
5.2 Merancang

Hasil pemerhatian tersebut, maka saya telah merancang satu kaedah


dengan menggunakan perisian MS Excell untuk kerja-kerja pengiraan
markah berdasrkan formula-formula tertentu yang direka khas oleh saya.

5.3 Tindakan yang dijalankan


5.3.1 Pembentukan tapak perisian dalam MS Excell
5.3.2 Test Run’ perisian MS Excell
5.3.3 Latihan kepada semua pentadbir terlibat
5.3.4 Memasukkan data PYD
5.3.5 Pelaksanaan program

5.4 Pelaksanaan tindakan dan penilaian

Kajian ini telah dijalankan sejak bulan Oktober tahun 2010 dan
pelaksanaannya telah dimulakan sepenuhnya pada bulan November.
Semua pentadbir sekolah yang terlibat telah didedahkan dengan program
ini.

5.5 Refleksi Kajian

Pada peringkat awal, proses ini dirasakan amat sukar kerana terpaksa
memasukkan data gutru dan staf sokongan ke dalam tapak perisian yang
dibina. Namun begitu setelah semua kerja memasukkan data selesai,
kerja-kerja seterusnya menjadi mudah. Semua pentadbir terlibat berasa
amat bertuah kerana dapat mengaplikasikan ICT dalam pengurusan yang
akhirnya memudahkan kerja-kerja mereka malah telah menjimatkan
masa. Hal ini kerana program ini didapati'

5.5.1 Memudahkan / meringankan tugas pentadbir


5.5.2 Menjimatkan masa
5.5.3 Memberi pendedahan cara menilai prestasi yang efektif kepada
pentadbir
5.5.4 Memperkenalkan cara pengiraan markah prestasi menggunakan
ICT

Akhir kata, kajian ini diharap dapat meningkatkan keberkesanan


pengurusan SMK Tun Mutahir dan pengalaman ini dapat dikongsikan
bersama pengetua-pengetua lain di seluruh negeri Melaka.

You might also like