You are on page 1of 17

USAHA – USAHA GATT/WTO DALAM

MENGGALAKKAN PERDAGANGAN BEBAS SERTA KESANNYA TERHADAP


EKONOMI NEGARA – NEGARA MEMBANGUN

1.Pendahuluan

1.1. Latar belakang pembentukan GATT

Akhir Masa Keemasan Perdagangan Bebas (1815-1914)


Perang Dunia I dianggap telah menamatkan masa keemasan Perdagangan Bebas (1815-
1914) iaitu masa dimana aktiviti ekonomi dan perdagangan berkembang dengan pesat, dimana
ramai negara-negara Eropah mengambil langkah untuk memenuhi segala keperluannya dengan
upaya sendiri (swasembada) ekoran suasana yang tegang di persekitaran Eropah. Dalam
pertanian, langkah yang diambil oleh negara-negara Eropah untuk mengembangkannya ialah
larangan import, subsidi dan peningkatan tarif sehingga menimbulkan distorsi dalam
perdagangan antarabangsa. Di Amerika, kemelesetan ekonomi yang dialami pada tahun 1929
juga telah membuat para ahli Kongres untuk menerapkan polisi proteksionisme. Sehingga ramai
negara lain juga mula mengamalkan polisi proteksi. Namun, perdagangan dan perekonomian
dunia tetap tidak membaik sehingga Perang Dunia II pecah.
Usaha-usaha untuk menghidupkan kembali sistem perdagangan sebenarnya telah mula
pada tahun 1930-an. Amerika Syarikat sendiri telah mengeluarkan Akta Perjanjian Perdagangan
Resiprokal (Reciprocal Trade Agreement Act) pada tahun 1934. Isi akta tersebut ialah
membolehkan Presiden mengadakan perjanjian dengan negara rakan dagang Amerika Syarikat
untuk menurunkan tarifnya scara resiprokal (dilakukan oleh kedua pihak). Bagaimanapun, usaha-
usaha ini mula serius dilakukan setelah Perang Dunia II.

1
1.2. Penubuhan GATT
Pada tahun 1944, dengan mulai berakhirnya PD II, maka negara-negara Sekutu mulai
berusaha untuk mempersiapkan orde baharu sistem ekonomi antarabangsa. Untuk mencapai
tujuan tersebut, pada tahun 1944 diadakan persidangan Breton Woods untuk membentuk IMF
dan IBRD atau Bank Dunia. Kedua pertubuhan di atas hanya mengatasi masalah kewangan
antarabangsa dan pembangunan. Bagaimanapun, menyedari bahawa dasar tarif beggar-thy-
neighbor tahun 1930-an telah memberikan sumbangan terhadap persekitaran yang menyebabkan
perang, negara-negara membahas perlunya lembaga ketiga selepas perang, Pertubuhan
Perdagangan Antarabangsa (ITO). Pada akhir tahun 1940-an, wakil daripada kerajaan AS telah
bertemu beberapa kali dengan wakil dari negara-negara utama lainnya untuk merancang sebuah
sistem perdagangan antarabangsa pasca perang yang akan selari dengan sistem kewangan
antarabangsa. Pertemuan ini mempunyai dua tujuan iaitu untuk merancang piagam untuk ITO
dan untuk merundingkan substansi suatu perjanjian ITO, khususnya, peraturan yang mengatur
perdagangan antarabangsa dan pengurangan tarif. Pada bulan Oktober 1947 di Geneva
Switzerland, 23 negara menandatangani Perjanjian Umum mengenai Perdagangan dan Tarif
(GATT) sebagai pemangkin awal untuk liberalisasi perdagangan. Pada bulan November 1947 di
Havana Kuba, wakil daripada 56 negara mula membincangkan piagam dari ITO dan
menghasilkan piagam Havana. Pada Mac 1948, Piagam ITO (piagam Havana) ditandatangani,
namun kerana Kongres AS tidak menyetujuinya AS tidak ikut serta. Kongres AS menganggap
penubuhan sebuah pertubuhan perdagangan antarabangsa seperti ITO telah melebihi hak
presiden yang telah diberikan oleh Kongres dalam Akta Perjanjian Dagang Resiprokal dimana
disebutkan hak presiden hanyalah untuk menurunkan tarif dalam perdagangan sahaja.1 Dengan
ketidakikutsertaan AS sebagai salahsatu kuasa ekonomi terbesar maka ITO pun gagal dibentuk,
dan menyebabkan GATT sebagai satu-satunya instrumen antarabangsa dalam bidang
perdagangan.

1.3. GATT sebagai pengganti ITO


GATT sebagai perjanjian tidak mempunyai ahli seperti sebuah pertubuhan, negara-negara yang
menandatangani GATTdisebut sebagai contracting parties (pihak yang berkontrak). Dalam
pengambilan keputusan, GATT secara formal tidak bertindak sebagai pertubuhan namun
1
Kartadjoemena, H.S. (1996) GATT dan WTO: sistem, forum dan lembaga internasional di bidang perdagangan.
Jakarta : Universitas Indonesia. halaman 66.

2
sekumpulan negara-negara yang menandatangani GATT yang bertindak bersama (contracting
parties acting jointly) walaupun secara de facto masyarakat antarabangsa telah menerima GATT
sebagai pertubuhan antarabangsa.

Dalam melakukan aktivitinya, GATT merujuk kepada dokumen utama GATT, yang
secara harfiah adalah General Agreement on Tariffs and Trade, dan secara awamnya dikenal
sebagai the General Agreement, terdiri daripada 38 pasal yang dibahagi menjadi empat bahagian.

 Bagian I
Ianya terdiri daripada dua pasal iaitu Pasal I yang menghuraikan prinsip Most-Favoured Nation
atau MFN dimana perlakuan paling baik yang diterima oleh satu ahli kena diterapkan ke semua
ahli di GATT. Pasal II merupakan pasal yang mengatur penurunan tarif yang disetujui dalam
GATT.
 Bagian II
Bagian kedua terdiri daripada dua puluh pasal (pasal III – pasal XXII). Peraturan dalam bagian
kedua GATT ialah peraturan sementara (provisional). Bagian ini mengatur hal penting seperti
prosedur kastam, subsidi, cukai anti pelambakan dan perlakuan nasioanal (national treatment).
Setiap ahli GATT mesti menerapkan peraturan yang tercantum “sejauh mungkin tanpa
bertentangan dengan undang-undang yang berlaku pada waktu negara tersebut menjadi ahli
GATT”2.
 Bagian III
Ianya terdiri dari pasal XXIV hingga pasal XXXV (12 pasal). Bagian ini mengatur tentang Free
Trade Area dan ketentuan prosedural dan operasional yangdiperlukan dalam menerapkan
perjanjian.
 Bagian IV
Bagian ini terdiri dari tiga pasal iaitu pasal XXXVI, pasal XXXVII dan pasal XXXVIII. Ianya
mengatur ketentuan spesial dan berbeza (special and different treatment) kepada negara
membangun. Bagian ini ditambahkan ke dalam GATT pada tahun 1965.

GATT, sebagai sebuah perjanjian interim, dan tidak pernah rasmi disahkan sebagai
pertubuhan antarabangsa melakukan aktiviti “pertubuhan/organisasi”nya melalui Protokol
2
Teks sebenar kalimat dalam tanda kutip ialah “…to the fullest extent not inconsistent with existing legislations”
seperti yang tercantum dalam Protocol of Provisional Agreement.

3
Penerapan Sementara (Protocol of Provisional Application). Dengan protokol ini, negara-negara
ahli scara teknikal boleh segera menerapkan perjanjian GATT secara provisional atau darurat.
Dalam PPA, negara ahli kena menerapkan bagian I dan III dari GATT tanpa perkecualian.
Sedangkan bagian II, ianya terdapat pengecualian iaitu klausa grandfather dimana negara ahli
boleh tidak menerapkan perjanjian dalam bagian tersebut kerana bertentangan dengan undang-
undang yang telah berlaku ketika GATT ditubuhkan. 3

Pada masanya, GATT berjaya mengadakan delapan putaran perdagangan sebelum diubah
menjadi WTO. Putaran-putaran ini bermula dari putaran Geneva (1947), Annecy (1949),
Torquay (1951), Geneva (1956), Dillon (1960-1961) Kennedy (1964-1967), Tokyo (1973-1979),
dan Uruguay (1986-1994). Lima putaran pertama hanya membahas masalah penurunan tariff,
mula dari putaran Kennedy, langkah-langkah untuk mengatasi perlambakan (dumping) mula
dibincangkan. Kemudian, pada putaran Tokyo, halangan bukan tarif seperti subsidi mula
dibahas.

1.4. Kelemahan GATT dan Perubahan GATT menjadi WTO


Walaupun GATT berjaya dalam menurunkan tarif dalam perdagangan antarabangsa, ianya
terdapat beberapa masalah dengan struktur GATT. Masalah tersebut ialah mekanisme
penyelesaian masalah (dispute settlement) tidak berfungsi seberkesan yang diharapkan. Negara-
negara dengan pertikaian/ketidaksetujuan (disagreement) yang berlangsung lama tidak boleh
mencapai resolusi pemecahan masalah. Kedua, beberapa komoditi seperti tekstil dan barangan
pertanian tidak termasuk dalam GATT. Ketiga, ianya ramai dipercaya bahawa proteksi
perdagangan yang diperbolehkan menghadkan perdagangan dan merusak pola perdagangan di
beberapa sektor penting. Keempat, negara-negara yang menghasilkan barangan intelektual
seperti film, program komputer, dan paten ubat-ubatan frustasi kerana kurangnya perlindungan
hak intelektual daripada negara sedang membangun dan GATT juga tidak mencakup
perdagangan perkhidmatan yang kini berkembang pesat. Untuk mengatasi masalah ini, putaran
Uruguay diadakan pada tahun 1986. Ianya menghasilkan perjanjian GATT 1944 dan
menciptakan WTO. Lebih jauh, putaran Uruguay meluaskan GATT authoriti ke area baharu iaitu

3
Ibid, halaman 47

4
tekstil, pertanian, perkhidmatan dan kekayaan intelektual. Akhirnya, set peraturan baharu
tersebut berlaku dengan WTO terbentuk rasmi pada tahun 1995.

2. Inti

2.1. Prinsip-prinsip GATT/WTO

2.1.1. Perdagangan tanpa diskriminasi


 Most-Favoured Nation (MFN) atau non-diskriminasi

Secara ringkas MFN adalah prinsip bahawa perdagangan antarabangsa antara ahli harus
dilakukan secara non-diskriminatif. Dengan demikian prinsip utama adalah bahawa konsesi yang
diberikan kepada satu negara rakan niaga harus berlaku pula bagi semua negara lainnya. Satu
negara tidak boleh diberi perlakuan lebih baik atau lebih buruk daripada negara lain, sehingga
semua negara ditempatkan pada kedudukan yang sama. Prinsip ini tercantum dalam artikel
pertama GATT, artikel kedua GATS (General Agreement on Trade in Services) dan artikel
keempat TRIPS (Trade-Related Aspects of Intellectual Property Rights). Walau dalam
penerapannya, ianya agak sedikit berbeza.

 Perlakuan Nasional/National Treatment


Prinsip ini melarang perbezaan perlakuan antara barangan asing dan barangan tempatan yang
berarti bahawa ketika barangan import telah lulus semua peraturan kastam dan masuk ke pasar
tempatan ianya tidak boleh diperlakukan lebih buruk daripada barangan tempatan. Ianya juga
mesti diterapkan pada perkhidmatan tempatan dan asing, jenama, hak cipta, dan paten tempatan
dan asing. Prinsip ini juga tercantum pada artikel 17 GATS dan artikel 3 TRIPS. Perlakuan
Nasional hanya berlaku sebaik suatu barangan, perkhidmatan atau hak cipta telah memasuki
pasaran. Sehingga, mencaj cukai kastam pada sebuah import bukanlah sebuah pelanggaran
terhadap perlakuan nasional bahkan apabila barangan tempatan tidak dikenakan cukai yang
sama.

 Waiver dan had darurat terhadap import

5
Waiver ialah perkecualian terhadap aturan GATT oleh suatu negara kerana negara tersebut telah
memiliki dasar yang berlawanan dengan GATT sebelum GATT ditubuhkan. Salahsatu negara
yang mendapat waiver adalah Amerika Syarikat iaitu dalam bidang pertanian.

Hak darurat ialah hak negara untuk membatasi import apabila ia dirasa berlebihan
sehingga menimbulkan kesulitan yang berat atau menjejas industri tempatan, bagaimanapun
ianya bersifat sementara dan non-diskriminatif. Hak ini disebut safeguard. Hal ini diatur dalam
pasal XIX GATT, dimana negara ahli boleh menerapkan had dalam importnya atau mencabut
konsesi tarif kepada negara lain untuk barangan yang mengalami peningkatan import yang besar
sehingga menimbulkan kesulitan untuk industri tempatan negara tesebut. Dalam kata lain, had
boleh diterapkan apabila peningkatan import barangan telah mencapai taraf yang boleh
menimbulkan injury bagi industri tempatan.

 Perkecualian untuk Perjanjian Perdagangan Regional


Walau berlawanan dengan MFN, perjanjian seperti ini diperbolehkan dalam GATT apabila untuk
menggalakkan perdagangan negara-negara dalam wilayah tersebut, contoh EU, AFTA dan
NAFTA.

Pada tahun 1947, ketika perjanjian GATT dibentuk, para perunding menyadari bahawa
dari semasa ke semasa, beberapa negara mungkin ingin terus maju dengan perdagangan bebas
yang lebih besar lagi. Walau GATT lebih menyukai tarif yang non-diskriminatif, ianya tidak
bertujuan untuk menghalang keuntungan yang mungkin boleh dicapai apabila beberapa ahli
berkeinginan menurunkan tarifnya lebih jauh lagi. Sehingga GATT mengecualikan perjanjian
perdagangan regional ini. Perkecualian ini berlaku bagi kedua bentuk perjanjian perdagangan
regional iaitu wilayah perdagangan bebas (free trade area) dan persatuan kastam (customs
unions)

Pada wilayah perdagangan bebas, ahli-ahli tetap mengekalkan tarif luaran yang berbeza-
beza tergantung kepada negara-negara di luar wilayah tersebut tapi terlibat dalam perdagangan
bebas sesama ahli dalam wilayah tersebut. Wilayah perdagangan bebas ini seperti NAFTA
(North America Free Trade Area) dan AFTA (ASEAN Free Trade Area). Dalam persatuan
Kastam/Customs Unions, semua negara ahli persatuan tersebut mnetapkan tarif luaran yang sama

6
kepada negara di luar wilayah persatuan dan menghapuskan tarif import dalam perdagangan
sesama ahli. Salahsatu customs unions adalah Masyarakat Eropah atau Europe Unions.

2.1.2. Perdagangan yang lebih bebas, transparan dan boleh dijangka

 Tarif sebagai alat tunggal proteksi negara


GATT mengizinkan proteksi terhadap barangan tempatan oleh kerajaan melalui tarif sahaja.
Ianya agar perlindungan yang diberikan dan batasan kepada barangan luar dapat diterapkan
dengan cara yang lebih jelas dan transparan, dan dampak distorsi akibat proteksi tersebut dapat
dilihat secara lebih jelas.

 Tarif Binding
Ianya merupakan komitmen untuk mengikat negara-negara ahli supaya tidak meningkatkan cukai
terhadap barangan import setelah masuk ke dalam daftar binding. Dalam GATT/WTO, ketika
negara-negara setuju untuk membuka pasar mereka terhadap barangan dan perkhidmatan,
mereka mengikat komitmen mereka. Untuk barangan, ikatan (binding) ini berwujud tarif
maksimum. Suatu negara boleh mengubah tarifnya asal masih di bawah tarif maksimum tersebut.
Apabila ia ingin mengubah komitmen binding-nya, ia kena berunding dengan rakan dagangnya.
Ini bertujuan agar rakan dagang memperoleh pampasan terhadap dampak perubahan dalam tarif
maksimum. Satu dari pencapaian Putaran Uruguay ialah peningkatan jumlah perdagangan yang
di bawah komitmen binding. Pada pertanian, 100% barangan telah mempunyai tarif yang diikat
(bound tariff). Sehingga ianya meningkatkan kestabilan pasaran bagi pedagang dan pelabuh.4

 Larangan terhadap batasan kuantitatif


Iaitu larangan terhadap batasan import yang bersifat kuantitatif seperti kuota dan yang lain. Ianya
dianggap sebagai hambatan yang paling serius dan paling sering ditemui sebagai warisan dari
zaman depresi pada tahun 1930-an. Namun ianya diperbolehkan apabila suatu negara
menghadapi masalah dalam perimbangan perbelanjaannya. Perkecualian ini diatur dalam pasal
XVII GATT yang menentukan bahawa restriksi kuantitatif boleh dilakukan oleh satu negara
membangun untuk mencegah mengecilnya simpanan devisa kerana peningkatan import.5 WTO
4
World Trade Organization. (2008).Understanding the WTO. Geneva : World Trade Organization. Halaman 12
5
Teks sebenar dari artikel di atas ialah “…to apply quantitative restrictions for balance of payments purposes in a
manner which takes full account of the continued high level of demand for imports likely to be generated by their
programs of economic development.” Seperti yang tercantum di artikel XVII

7
juga memberikan konsultasi kepada negara yang menerapkan halangan kuantitatif ini untuk
memulihkan perekonomian negara tersebut dan kemungkinan polisi alternatif lain yang boleh
diambil selain had import kuantitatif tersebut.

2.1.3. Menggalakkan persaingan yang adil


Atau fair competition, dengan semakin seringnya negara-negara mengenakan subsidi ekspor dan
dumping, WTO seringkali menghadapi masalah. Hal ini diatasi dengan memberi negara
pengimport hak untuk mengenakan countervailing duties dan anti-dumping duties seperti yang
tertulis dalam perjajnjian teks GATT dan hasil daripada Tokyo Round. Countervailing duties
ialah cukai yang dikenakan kepada barangan yang mendapat subsidi export dari negara
pengeluar dan anti-dumping duties ialah cukai bagi barang yang dianggap dilambak oleh negara
pengeluar. Dalam Putaran Uruguay, kedua cukai ini diatur, disempurnakan dan menjadi
bahagian integral perjanjian WTO.

2.1.4. Perlakuan khusus dan berbeda bagi negara-negara berkembang


(Special dan Differential Treatment for developing countries – S&D).
Untuk meningkatkan partisipasi negara-negara berkembang dalam perundingan perdagangan
internasional, S&D diterapkan, ianya boleh berupa masa lebih bahagi negara membangun untuk
memenuhi komitmen mereka dalam banyak perjanjian WTO dan hak istimewa yang dibuat
untuk meningkatkan kesempatan dagang negara membangun melalui akses pasar yang lebih luas.

2.2. Usaha-usaha GATT/WTO dalam menggalakkan perdagangan bebas

2.2.1. Menurunkan tarif melalui reciprocity dan non-discrimination


Timbal-balik (reciprocity) ialah amalan yang wujud dalam putaran perundingan GATT/WTO
dimana suatu negara menawarkan untuk mengurangi salahsatu halangan perdagangannya dan
negara kedua “timbal-balik” dengan menawarkan untuk mengurangi salahsatu halangan
perdagangannya. Timbal-balik, suatu proses penukaran konsesi, memudahkan pengurangan
halangan perdagangan. Non-discrimination atau perlakuan yang sama rata, berarti bahawa ketika
salahsatu ahli GATT/WTO menawarkan sebuah konsesi tarif kepada ahli GATT/WTO lain, ia
mesti menerapkannya ke semua ahli GATT/WTO. Sehingga prinsip non-discrimination

8
memperluas keuntungan yang didapat daripada pengurangan tarif resiprokal daripada
perundingan dua negara ke semua ahli GATT/WTO.

WTO melalui amalan pengurangan tarif resiprokal (timbal-balik) menyediakan


mekanisma yang diperlukan untuk negara-negara komit dalam perdagangan bebas. Di bawah
WTO, negara-negara besar yang mengurangi tarif import mereka akan mengalami keuntungan
kerana rakan niaga mereka secara bersamaan akan mengurangkan tarif import mereka. Sehingga
timbal-balik ianya diperlukan oleh dua negara besar untuk terlibat dalam liberalisasi
perdagangan, tetapi ini boleh dicapai melalui hubungan rangkaian bilateral. Mengapa WTO
mengadopsi pendekatan multilateral dengan syarat yang ketat untuk non-diskriminasi?

Ianya kerana non-diskriminasi adalah cara yang selesa untuk mengurangi kompleksitas
hubungan perdagangan antarabangsa. Di peringkat praktikal yang murni, mungkin lebih mudah
untuk bernegosiasi dalam satu set tarif import multilateral daripada terlibat dalam puluhan
perjanjian bilateral. Ianya juga memiliki keuntungan praktikal, perancang tidak perlu menyalin
sebahagian besar daripada perjanjian lagi dan lagi.

Selain keuntungan praktikal, non-diskriminasi juga mempunyai keuntungan ekonomi.


Non-diskriminasi dalam polisi tarif, yang bererti mengatur tarif yang sama ke import dari semua
negara, memastikan bahawa sumber-sumber dialokasikan ke penggunaan yang paling produktif
dan berkesan. Di sisi lain, non-diskriminasi memastikan kerajaan mengimport dari negara
pengeluar dengan kos yang paling rendah. Non-diskriminasi juga mencegah pengalihan
perdagangan (trade re-routing) dimana barangan dihantar melalui negara ketiga untuk
mengelakkan tarif yang tinggi. Sehingga, non-diskriminasi melindungi negara pengeksport
daripada oportunisme bilateral.

Pengalihan perdagangan ialah amalan yang mahal dimana pengeksport menghantar


barangannya ke negara ketiga, mengubah pakejnya dan menghantar barangan tersebut ke negara
tujuan dimana barangan itu dikenakan tarif bagi negara ketiga yang lebih rendah (kerana
“datang” dari negara ketiga). Terkadang, untuk memenuhi syarat tarif yang lebih murah ini,
barangan kena menjalani perubahan yang besar sehingga syarikat memindahkan tahap
pengeluarannya ke negara ketiga. Dengan pengamalan tarif tunggal non-diskriminasi, proses
pengalihan perdagangan tidak perlu wujud.

9
2.2.2. Menghilangkan rintangan perdagangan bukan tarif
Pada tahun-tahun pertama, putaran perdagangan GATT/WTO berfokus untuk menurunkan tarif
lebih jauh. Kemudian putaran Kennedy (1964-1967) mula membincangkan tentang perjanjian
anti-dumping. Lalu, putaran Tokyo (1973-1979) menjadi usaha pertama dalam melawan
halangan bukan tarif seperti subsidi dan cukai yang dkenakan untuk mengimbangi subsidi
tersebut (countervailing duties), halangan teknikal, dan masalah lain seperti prosedur perizinan
import. Ianya juga mengatur isu-isu birokratik dan undang-undang yang boleh menjadi
penghalang dalam perdagangan seperti prosedur lesen import, peraturan pengiraan nilai barangan
kastam, inspeksi barangan sebelum dikapalkan (preshipment inspection), dan aturan mengenai
asal barangan (rules of origin). Dalam prosedur lesen import, WTO mengatur agar pelesenan
import transparan, sederhana dan boleh dijangka. Pada peraturan pengiraan nilai barangan
kastam (rules for the valuation of goods at customs), persetujuan WTO bertujuan untuk sistem
pengiraan nilai kastam (customs valuation) yang adil, seragam dan netral. Preshipment
inspection ialah penyemakan yang lebih jauh terhadap import terutama butiran penghantaran
seperti harga, kuantiti, dan kualiti barangan yang ditempah dari luaran oleh negara membangun.
Ianya bertujuan untuk melindungi kepentingan kewangan negara (mencegah perpindahan modal,
penipuan komersial dan penghindaran cukai). Aturan asal barangan adalah kriteria yang
digunakan untuk menentukan dimana suatu barangan dikeluarkan. Ianya merupakan hal yang
penting kerana beberapa polisi menerapkan perlakuan yang berbeza terhadap negara-negara
pengeksport seperti polisi anti-dumping dan anti-subsidi.

2.2.3. Perluasan ke bidang lain (TRIPs, TRIMs, SPS dan GATS)


Ketika GATT digantikan oleh WTO, ianya dirasakan bahawa WTO perlu memperluas bidang
perdagangan yang dicakup. Pada GATT, ianya hanya mengurus perdagangan barangan sahaja.
Namun pada WTO, ianya diperluas ke bidang lain seperti perkhidmatan dan beberapa peraturan
lain.
1. TRIPs (Trade-related of Intelectual Property ) iaitu perjanjian mengenai hak cipta/hak
kekayaan intelektual. Ianya merupakan perlindungan terhadap hak cipta (copyright), cap
dagang (trademark), penunjuk geografi (geografical indication) iaitu ketika nama
barangan merupakan nama tempat pengeluar seperti keju cheddar dari kampung

10
Cheddar, Britain, lalu desain industri, paten dan lain-lain. Perjanjian ini mencakupi lima
isu iaitu
a. Bagaimana perjanjian prinsip asas sistem perdagangan dan barangan intelektual
lainnya diterapkan.
b. Bagaimana untuk memberi perlindungan yang cukup bagi hak kekayaan
intelektual
c. Bagaimana negara-negara menerapkan perlinfdungan hak tersebut dalam
wilayahnya
d. Tatacara peralihan yang khusus selama sistem baru dieprkenalkan.
2. TRIMs (Trade-related of Investment Measure) iaitu perjanjian mengenai syarat kerajaan
tempatan terhadap suatu pelabuhan. Ianya hanya berlaku pada tindakan yang
mempengaruhi perdagangan barangan sahaja. Ianya menyatakan bahawa beberapa
tindakan daripada kerajaan boleh membatasi dan mengganggu perdagangan dan oleh itu,
ahli-ahli tidak boleh mengeluarkan polisi yang membezakan dan merugikan orang asing
atau barangan asing.Ianya juga melarang polisi pelabuhan yang akhirnya berhujung ke
batasan terhadap kuantiti, polisi yang mengenakan syarikat untuk menggunakan sumber-
sumber tempatan dan polisi yang menghadkan import syarikat atau mengenakan target
untuk export suatu syarikat.
3. SPS (Sanitary and Phytosanitary Measure) iaitu perjanjian mengenai keselamatan
makanan (daripada bakteria, kontaminan,dan pestisida) dan keselamatan tumbuhan dan
haiwan. Ianya mengizinkan setiap negara untuk mengatur standard keselamatannya
sendiri. Namun, ia juga menyatakan bahawa peraturan tersebut kena berasaskan sains
yang mendukung. Peraturan tersebut kena diterapkan hanya sejauh yang diperlukan untuk
melindungi kehidupan atau kesehatan manusia, tanaman, atau haiwan. Dan peraturan
tersebut tidak boleh dengan sewenang-wenang membezakan negara-negara dalam kes
dan kondisi yang sama. Negara ahli digalakkan menggunakan standard, garispandu
(guideline) dan rekomendasi antarabangsa bila ada. Apabila mereka melakukannya, kecil
kemungkinan mereka akan dituntut melalui jalur hukum dalam suatu pertikaian.
4. GATS (General agreement on Trade Service) iaitu perjanjian mengenai perdagangan
perkhidmatan seperti perbankan, telekomunikasi, pengangkutan dan lain-lain. Bidang
perkhidmatan mewakili sektor yang tumbuh paling cepat dari ekonomi global dan

11
meliputi dua per tiga daripada pengeluaran global, sepertiga dari pekerjaan global dan
hampir 20 peratus dari perdagangan global. Oleh itu, perkhidmatan kini dimasukkan ke
dalam peraturan WTO. Bagaimanapun, berbeza dengan perdagangan barangan,
perdagangan perkhidmatan lebih kompleks. Bagian tambahan GATS menunjukkan
beberapa masalah dalam perkhidmatan yang tidak ada dalam barangan.
a. Perpindahan manusia (movement of natural persons). Bagian ini beurusan dengan
hak individual untuk menetap sementara di suatu negara untuk menyediakan
perkhidmatan. Ianya menjelaskan bahawa GATS tidak berlaku pada orang-orang
yang mencari pekerjaan tetap atau sebagai syarat untuk mendapatkan
kewarganegaraan, warga tetap (permanent residence) atau pekerjaan tetap.
b. Perkhidmatan kewangan, ketidakstabilan dalam sistem perbankan mempengaruhi
keseluruhan ekonomi.
c. Telekomunikasi, sektor komunikasi mempunyai dua peranan, iaitu sebagai
salahsatu sektor aktiviti ekonomi dan sebagai alat dasar suplai aktiviti ekonomi
lain (contoh transfer wang elektronik).

2.3. Kesan terhadap negara membangun

2.3.1. membantu perekonomian negara membangun


Dengan liberalisasi perdagangan, maka pelabuhan akan masuk ke dalam negara membangun dan
menciptakan pekerjaan dan akhirnya menambah pendapatan negara. Dengan meliberalisasikan
perdagangan, barangan import dengan harga yang murah boleh masuk ke pasar domestik, dan
memberikan pilihan yang lebih banyak terhadap pengguna. Harga barangan yang lebih murah
akhirnya akan meringankan biaya hidup bagi masyarakat dalam suatu negara dan menginkatkan
kualiti hidup mereka. Ianya juga memperkuat posisi negara membangun. Tanpa sebuah regim
multilateral seperti sistem WTO, negara yang lebih berkuasa akan lebih bebas dalam
menerapkan kemahuan mereka secara unilateral kepada negara yang lebih lemah. Negara yang
lebih lemah mesti berurusan dengan setiap kuasa ekonomi utama secara individu dan mungkin
tidak tahan terhadap tekanan yang tidak dinginkan daripada negara maju. Dimana dalam WTO,
negara kecil lebih mempunyai suara dalam urusan perdagangan dengan negara besar. Negara
membangun juga memperoleh perlakuan khusus dan berbeza dalam WTO berupa tarif import

12
yang lebih rendah terhadap barangan mereka dan perpanjangan masa dalam memenuhi
komitmen mereka dalam perjanjian WTO.

2.3.2. Sebagai platform penyelesaian sengketa


WTO boleh menjadi platform bagi negara membangun dalam menyelsaikan sengketa mereka
dengan negara maju. Terdapat 300 sengketa telah dibawa ke WTO sejak penubuhannya pada
tahun 1995. Tanpa sebuah cara penyelesaian yang konstruktif dan harmoni (perjanjian WTO),
beberapa kes ini mungkin akan menyebabkan konflik politik yang serius. Fakta bahawa sengketa
boleh diselesaikan dalam perjanjian WTO, menunjukkan bahawa terdapat dasar yang jelas untuk
menilai siapa yang salah dan benar.

2.3.3. Sebagai alat negara maju dalam mengatur perekonomian dunia


Negara membangun menganggap bahawa WTO telah menjadi alat bahagi negara maju dalam
mengatur perekonomian dunia demi kepentingan mereka sendiri. Ianya juga dianggap bahawa
negara maju membawa kepentingan syarikat multi-nasional dalam perundingan WTO dalam
memperluas kuasa mereka pada negara membangun. Perjanjian seperti TRIMs yang
menghilangkan syarat-syarat bagi pelabuhan asing dianggap membawa kepentingan syarikat
multi-nasional. Negara membangun beranggapan bahawa syarat tersebut diperlukan untuk
melindungi perimbangan perbelanjaan pembayaran mereka (balance of payments), untuk
mengelakkan amalan TNC seperti transfer pricing dan monopolistic market allocation, untuk
memastikan keberadaan dan perkembangan firma lokal dan memberi had kepada dalam
kepemilikan TNC terhadap sektor-sektor penting. TRIPs juga dianggap memperkuat monopoli
TNC terhadap teknologi sehingga memperlemah posisi negara membangun. Di Afrika, harga
ubat AIDS yang mahal kerana paten yang dikenakan telah menjejaskan usaha untuk memerangi
penyakit tersebut sebab ramai epnderita yang tidak boleh membeli obat tersebut. Hal ini telah
membawa konflik antarabangsa dan mencetuskan deklarasi Doha pada November 2001 yang
berusaha untuk mengecualikan perubatan daripada perjanjian TRIPs terutama ubat terhadap
AIDS, malaria dan tuberkulosis. Negara maju juga cuba untuk membawa isu-isu baharu yang
negara membangun anggap tidak berhubungan dengan perdagangan seperti pada Singapore Issue
pada tahun 1996, dimana negara maju cuba membawa isu investasi, polisi persaingan,

13
government procurement, dan trade facilitation. Ketiga isu pertama dianggap tidak berhubungan
dengan perdagangan.

2.3.4. Meletakkan negara membangun pada level yang sama dengan negara maju
tanpa benar-benar mempertimbangkan kapabiliti mereka
Perdagangan bebas yang diperjuangkan WTO dirasakan tidak adil bahagi negara membangun.
Dalam perdagangan bebas, ianya boleh menguntungkan kedua pihak apabila kedua pihak
tersebut setara namun apabila salahsatu pihak lebih berkuasa dari pihak yang lain, maka pihak
yang lebih lemah akan cenderung menanggung kerugian. Dengan perdagangan bebas, WTO
telah berjaya dalam menggalakkan perdagangan namun keuntungan perdagangan tersebut tidak
terbahagi secara merata. Sebagai contoh 20 peratus daripada populasi dunia ialah negara kurang
membangun, namun ianya hanya menghasilkan 0.03% dari arus perdagangan. Apa yang negara
membangun inginkan ialah perdagangan yang adil dimana sistem perdagangan antarabangsa
mendukung keperluan pembangunannya sehingga dapat setara dengan negara maju. Walau
dalam WTO terdapat perlakuan khusus dan berbeza bahagi negara membangun, ianya masih
dirasakan kurang, kerana beberapa peraturan WTO memberatkan negara membangun. Paten
benih yang dilindungi TRIPs, menjejaskan pertanian negara membangun kerana menaikkan
harga benih.

2.3.5. Kesan Prinsip dan Usaha WTO

 Prinsip MFN menyebabkan negara membangun kurang mendapat bahagian dalam


akses pasaran. Akses pasaran dalam WTO diperoleh melalui negosiasi dengan asas
timbal-balik. Untuk sebuah negara memperoleh peningkatan akses pasaran, ia kena
membuka pasrannya sendiri dan pembukaan pasaran ini mesti cukup menarik bagi negara
rakan untuk mahu terlibat dalam negosiasi. Ianya merupakan fakta yang menyedihkan
bahawa dalam WTO negara dengan pasaran yang kecil merugi dalam proses negosiasi
timbal-balik kerana mereka tidak cukup menarik bahagi rakan dagangnya. Pada tahun 200,
menurut Bank Dunia, terdapat 62 negara kecil dan miskin yang menyumbang 0.05 peratus
dalam perdagangan dunia secara individual dan 1.1 peratus secara kolektif. Negara-negara
ini secara struktur merugi dalam negosiasi akses pasaran. Ianya dianggap bahawa negara

14
membangun menjadi penumpang gratis (free rider) dalam sistem WTO kerana mengambil
keuntungan dari prinsip MFN dan menawarkan sedikit daripada liberalisasi perdagangan
mereka.

 Pemotongan tarif import dalam sektor penting negara membangun boleh


menjejaskan perekonomian negara. Pada banyak negara membangun, pertanian adalah
sumber utama pekerjaan masyarakat terutama yang berskala kecil. Sebagai contoh, di
India, 58 peratus daripada tenaga kerja terlibat dalam pertanian. Di Kenya, jumlah pekerja
yang menjadi petani ialah 74 peratus daripada keseluruhan pekerja. Apabila tarif import
pertanian dipotong, barangan import yang lebih murah akan menggantikan hasil keluaran
petani tempatan yang akhirnya akan kehilangan pekerjaan mereka. Sedangkan di negara
maju seperti Amerika Syarikat, hanya satu peratus dari tenaga kerja terlibat dalam
pertanian. Oleh itu, India mengambil posisi tegas dalam perbincangan untuk tidak
bernegosiasi yang boleh menghilangkan pekerjaan masyarakatnya. Ianya disokong dengan
kuat oleh kumpulan 42 negara membangun lain yang dikenal sebagai G33.

 Perlakuan Khusus dan Berbeza untuk negara membangun telah menjadi alat oleh
negara maju untuk mengawal negara membangun tersebut. Perlakuan khusus dan
berbeza ianya diciptakan untuk mendukung perekonomian negara membangun. Oleh itu,
mereka diberikan akses preferensial kepada pasaran negara maju di bawah Generalized
Scheme of Prefrerences (GSP). GSP memberikan negara membangun akses pasaran
dengan tingkat tarif yang lebih rendah daripada tarif MFN. Selain itu, negara membangun
juga dibolehkan tanpa had untuk mengurangkan apa-apa sekatan perdagangan dalam kadar
peratus dan produk yang mereka tentukan antara mereka sendiri (berlawanan dengan
prinsip non-diskiriminasi) di bawah Enabling Clause.6 Bagaimanapun perlakuan ini tidak
diterapkan dalam sektor penting yang merupakan eksport utama negara membangun seperti
tekstil, keramik, barangan kulit dan barangan industri sederhana lainnya. Melalui PTA
(Preferential Trade Agreement) dan skim S&D, negara maju cuba memasukkan agenda
mereka yang tidak berhubungan dengan perdagangan ke dalam institusi dan perjanjian
perdagangan. Mereka menggunakan PTA dan skim S&D agar negara membangun mahu
6
Enabling Clause ialah bahagian dari GATT 1994 di bawah WTO yang membolehkan pengecualian daripada
perlakuan non-diskriminasi dalam menyokong negara membangun.

15
mendukung mereka dalam isu yang tak berhubungan dengan perdagangan seperti standard
buruh dan lain-lain.

3. Kesimpulan

Sejak penubuhannya, GATT (kemudian menjadi WTO) telah berjaya menurunkan tarif
perdagangan dan menghilangkan beberapa halangan perdagangan lainnya dalam usaha untuk
meliberalisasikan perdagangan antarabangsa. Ianya juga menjadi badan yang mengurus maslah
perdagangan dan pertikaian perdagangan antarabangsa. Bagi negara membangun, sistem WTO
telah menjadi pemangkin perdagangan dan juga tantangan. Ianya boleh memberikan akses
pasaran yang lebih luas ke negara-negara maju, memberikan lebih banyak pilihan barangan bagi
pengguna tempatan dan menjadi platform penyelesaian pertikaian perdagangan. Bagaimanapun,
perbezaan kapasiti dan kapabiliti antara negara maju dan negara membangun telah memberikan
kesan bahagi negara membangun dalam sistem WTO. Usaha WTO dalam meliberalisasikan
perdagangan dianggap telah memberikan kesan negatif bahagi perekonomian negara
membangun yang berupa industri tempatan yang tidak boleh bersaing dengan barangan import
dan meluasnya jangkauan MNC terhadap perekonomian negara membangun. Beberapa
perjanjian seperti TRIPS dianggap memberatkan negara membangun terutama dalam hal
perubatan dan pertanian. Oleh itu, negara membangun meminta perdagangan yang lebih “adil”
daripada “bebas” dalam sistem WTO. Ianya diwujudkan dengan perlakuan yang spesial dan
berbeza dimana negara maju tidak mengharap negara membangun untuk membalas apa-apa
konsesi perdagangan dalam negosiasi. Bagaimanapun, hal ini masih dirasa kurang bagi negara
membangun yang memerlukan bantuan kewangan dan teknikal untuk mengejar ketinggalan
mereka daripada negara maju.

16
Bibliografi

Bhagwati, Jagdish. (2005). Reshaping the WTO. Far Eastern Economic Review, 1-7. Diperoleh
pada Mac 2010, dari http://time.dufe.edu.cn/wencong/bhagwati/FEERFinal.pdf
Crowley, M. A. (2003). An Introduction to the WTO and GATT. Economic Perspectives, Q IV,
42-57. Diperolehi pada bulan Februari 2010, dari http://www.chicagofed.org/digital_
assets /publications/economic_perspectives/2003/4qeppart4.pdf
Kartadjoemena, H. S. (1996). GATT dan WTO : sistem, forum dan lembaga internasional di
bidang perdagangan. Jakarta: Universitas Indonesia.

Mattoo, A., & Arvind Subramaniam. (2004, Mei). The WTO and the Poorest Countries: The
Stark Reality. Diperolehi Mac 11, 2010, dari http://cpqrack2.sice.oas.org/
geograph/devpmt/matoo.pdf
Katrak, Homi & Roger Strange. (Eds.). (2004). The WTO and developing countries. New York :
Palgrave Macmillan.
The Text of GATT. (n.d.) diperolehi pada 7 haribulan Mac 2010, dari
http://www.wto.org/english/docs_e/legal_e/gatt47_e.pdf
World Trade Organization. (2008).Understanding the WTO. Geneva : World Trade
Organization.

17

You might also like