You are on page 1of 2

Ramalam Karangan SPM 2 - Karangan

Bergambar (Bahagian A)

Kepentingan Mempertahankan Permainan Tradisional

Sebagaimana kita sedia maklum, setiap negara di muka bumi bertuah ini memiliki permainan
tradisional yang tersendiri. Jika ditinjau dari sudut sejarah, permainan tradisional dimainkan
pada kala lapang sejak dahulu kala. Oleh hal yang demikian, permainan tradisional seperti
congkak, guli, wau, gasing dan tingting memainkan peranan yang penting dalam mengisi masa
lapang para penduduk zaman nenek moyang. Kini, permainan tradisional semakin dipandang
enteng, justeru rakyat kita mula memboikot permainan ini tanpa menyedari kepentingannya.

Sebenarnya, rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam penjagaan permainan


tradisional. Anjakan paradigma mestilah kita ambil agar permainan ini tidak hilang ditelan
zaman. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Janganlah kita
merindui permainan tradisional selepas permainan ini pupus ditelan zaman. Oleh itu, langkah
mempopularkannya seperti kempen “Jom Main Permainan Tradisional” dan pertandingan
bermain permainan tradisonal merupakan rencah maslahat untuk mempertahankannya.
Langkah tersebut penting supaya ahli masyarakat mendapat pendedahan dan mempelajari
permainan tradisional sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal,
maka tak cinta.Dengan langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan
tradisional mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan datang.

Realitinya, permainan tradisional memainkan peranan penting sebagailambang keagungan


bangsa dan negara tercinta ini. Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum, permainan
tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang. Tanpa
melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat sebagai permainan rakyat
yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Kini, kerajaan sudah pun
menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong asing
ke negara kita. Yang di luar jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan takjub dengan warisan
bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama di sini hanya untuk mempelajari permainan
tradisional kerana pelancong sedar akan peribahasa “sambil menyelam, minum air”. Hal ini
sekali gus menjana pendapatan negara melalui industri pelancongan yang semakin
meningkat.

Daripada persepsi cendekiawan, permainan tradisional merupakan sejenispendidikan tidak


formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan
pemikiran di samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa
memainkan permainan tardisional. Sebagai contoh, permainan congkak menguji kebijaksanaan
dan kesabaran pemain memasukkan biji guli ke dalam “rumah” dan “kampung” pada papan
congkak. Yang indahnya, kita dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dalan kalangan
rakyat sesebuah negara supaya lebih cinta akan negara daripada dijajah oleh anasir jahat dari
luar. Natijahnya, kita harus sedar bahawa permainan tradisional dapat mengukuhkan
semangat perpaduan nasional dalam kalangan rakyat supaya mereka sedar
bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

Akhirulkalam, permainan tradisional mestilah dihidupkan semula supaya menjadi tak lapuk


dek hujan, tak lekang dek panas. Saya berharap, satu hari nanti, permainan rakyat ini akan
lebih dipandang berat dan diapresiasi oleh segenap lapisan masyarakat di nusa ini. Warisan
bangsa ini sebenarnya mestilah kita kekalkan demi kesejahteraan negara. Secara tidak langsung,
permainan tradisional dapat mengharumkan nama negara dan menaikkan imej Malaysia di
persada dunia. Kesimpulannya, saya berharap permainan tradisional di Malaysia akan
terus popular dalam carta kehidupan rakyat dan terus diminati sebagai hobi yang
berfaedah. Ayuh kita main congkak!

You might also like