You are on page 1of 10

BEBERAPA CIRI YANG

WUJUD PADA KAUNSELING


1. Kaunseling memberi penekanan kepada
hubungan rapat antara domain kognitif,
afektif dan tingkahlaku bagi
menunjukkan fungsi kaunseling yang
bersepadu dan holistik itu.
2. Kaunseling tidak semestinya berlaku
secara “dyadic” bahkan boleh melibatkan
dengan beberapa orang klien.

1
3. Kaunseling meng “imply” yang ia adalah satu
proses yang berlaku di dalam suatu siri
aktiviti di dalam tempoh masa tertentu.
4. Kaunseling melibatkan secara khusus
perhubungan yang berbentuk menolong yang
dicirikan dalam bentuk kemesraan,
kefahaman, penerimaan, ketulenan dll.
5. Kaunselor selalunya digambarkan sebagai
seorang yang terlatih, lebih berpengetahuan
khusus, manakala klien pula sebagai yang
bermasalah atau perkembangannya tersekat.
2
6. Kesan kaunseling digambarkan
sebagai perubahan pada tingkahlaku
overt dan kovert klien.

7. Definisi terakhir menekankan aspek


kesukarelaan klien mendapatkan
bantuan, keupayaannya menangani
sendiri masalah di masa hadapan serta
peri pentingnya kod etika.
3
DEFINISI KAUNSELING
….sebagai satu proses pembetulan diri
untuk berkembang secara biasa dengan
pertolongan pakar dan dapat pula
menerima pengalaman yang belum
pernah dirasai supaya ia dapat
disesuaikan dengan diri seseorang itu.
Carl Rogers
Buku Counseling and Psychotherapy.
4
DEFINISI BIMBINGAN
…satu proses yang membantu individu-individu
memahami diri mereka dan dunia mereka
Shertzer dan Stone (1981)
… bantuan yang diberikan kepada seseorang
individu untuk menentukan matlamat-
matlamat jangka pendek dan panjang,
merancang cara-cara bertindak dan
memperbaiki sikap dan tingkahlaku dalam
aspek yang dirasakan perlu oleh individu itu.
Alice Crow (1964)
5
CIRI-CIRI UTAMA
KAUNSELING
 Memudahkan perubahan tingkahlaku overt dan
kovert secara sukarela.
 Menyediakan keadaan-keadaan yang
memudahkan perubahan tingkahlaku sukarela.
 Menetapkan matlamat-matlamat yang jelas dan
realistik bersama klien.
 Memastikan yang keadaan-keadaan yang
memudahkan perubahan tingkahlaku wujud di
dalam proses perhubungan menolong.

Patterson (1967) 6
CIRI-CIRI UTAMA KAUNSELING
 Mewujudkan luahan klien, yakni memahami
isi hati dan perasaan klien dan berupaya
menyampaikan kefahaman ini kepada klien
melalui refleksi atau parafrasa.
 Kaunseling dijalankan secara “private” dan
semua perbincangan dirahsiakan.
 Pelaksanaan kaunseling dikawal oleh kod
etikanya.
Patterson (1967)
7
CIRI-CIRI BUKAN KAUNSELING
 BUKANLAH memberi maklumat, walaupun maklumat
mungkin diberikan di dalam kaunseling.
 BUKANLAH memberi nasihat, saranan dan perakuan.
 BUKANLAH mempengaruhi sikap, kepercayaan dan
t/laku melalui pujukan, pimpinan atau dengan
menyakinkan klien.
 BUKANLAH mempengaruhi t/laku dgn memaksa,
memberi amaran/ugutan atau memarah atau dgn
kekerasan.
 BUKANLAH memilih dan meletakkan individu ke
dalam kerja-kerja/aktiviti-aktiviti tertentu.
8
MATLAMAT KAUNSELING
1. Perubahan Tingkahlaku (Behavior Change)
2. Penyelesaian Masalah (Problem Resolution)
3. Keberkesanan Peribadi (Personal Effectiveness)
4. Membuat Keputusan (Decision Making)
5. Kesihatan Mental yang Positif (+ Mental Health)
a. integrasi b. penyesuaian c. identifikasi diri
d. menerima t/jawab e. bebas dan autonomi

9
RUMUSAN:
ERTI KAUNSELING
Kaunseling adalah satu proses perhubungan
menolong di mana kaunselor membantu klien
dalam mencapai matlamat kaunseling seperti
menyelesaikan masalah/keberkesanan
peribadi/membuat keputusan/perubahan
t/laku/kesihatan mental melalui perbincangan alternatif
Dan perancangan supaya klien dapat membuat
analisis dan penilaian sesuatu masalah dari
perspektif yang rasional dan seterusnya mengambil
tindakan yang sewajarnya serta bertanggungjawab
atas apa keputusan yang diambilnya.
10

You might also like