You are on page 1of 67

Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

PENDAHULUAN

Pendidikan khas merupakn satu cabang pendidikan yang sangat istimewa. Ini
kerana hanya kanak-kanak istimewa sahaja yang boleh menyertai kelas pendidikan
khas. Walaupun kanak-kanak ini mempunyai masalah kesihatan, namun mereka
masih mempunyai keinginan untuk untuk belajar dan menimba ilmu. Pujian harus
diberikan kepada mereka kerana kesungguhan dan kecekalan hati mereka yang
sanggup menempuh dugaan hidup ini walaupun tidak seperti masyarakat normal
yang lain. Saya merasakan yang mereka ini haruslah diberi kepentingan di dalam
komuniti supaya mereka tidak tercicir dan pada masa ini kita lihat terdalpat banyak
kemudahan yang membantu mereka yang istimewa ini.

Jadi, untuk membuat tugasan ini, saya telah memilih tajuk Sindrom Down
kerana saya sangat berminat untuk mengkaji tentang kanak-kanak ini. Ini kerana
pada pendapat saya, kanak-kanak ini sangat istimewa dan ramah. Mereka juga
mempunyai wajah yang hampir sama dan itu merupakan ciri yang sangat unik.

Dengan itu saya telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemulihan Komuniti di


Parit dan saya juga telah melawat sekolah yang mempunyai masalah pembelajaran.
Sedikit sebanyak saya dapat memahami segala perkara tentang Sindrom Down
melalui pengamatan saya terhadap pelajar-pelajar ini.

Selain itu, saya juga berpeluang untuk melihat proses pembelajaran yang
dijalankan untuk mereka serta suasana kelas mereka. Ini semua merupakan perkara
baru bagi saya dan saya sangat gembira kerana telah diberi peluang untuk melihat
dengan lebih dekat kanak-kanak ini.

1
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

OBJEKTIF

Objektif tugasan ini adalah seperti berikut:

1) Mengumpul segala maklumat brkaitan dengan sejarah perkembangan dan


perundangan yang berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas.

2) Mengumpul maklumat tentang khidmat sokongan disediakan untuk kanak-


kanak berkeperluan khas di Malaysia dan bgaimana kolaborasi pelbagai
pihak berlaku di Malaysia.

3) Mengenaslpasti ciri-ciri kanak-kanak Sindrom Down.

4) Mengenalpasti sebab berlakunya Sindrom Down.

5) Mengenalpasti strategi pembelajaran dan pengajaran yang sesuai untuk


kanak-kanak mengikut keperluan khas mereka.

6) Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak Sindrom Down dan


mengumpul kejayaan-kejayaan atau potensi kanak-kanak berkeperluan khas.

2
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

KANDUNGAN

1.0 Pengenalan Pendidikan Khas 1

1.1 Definisi dan Konsep

1.1.1 Definisi Pendidikan Khas

1.1.2 Konsep Pendidikan Khas

1.1.3 Definisi kanak-kanak berkeperluan khas 2

1.1.4 Konsep kanak-kanak berkeperluan khas

1.2 Sejarah Pendidikan Khas di Malaysia 3-4

1.3 Perundangan berkaitan Pendidikan Khas 5-10

1.4 Jenis-jenis Kanak-kanak Berkeperluan Khas 11

1.4.1 Kurang Upaya Mental (Kerencatan Akal) 12

1.4.2 Kanak-kanak bermasalah pembelajaran(Learning disabilities) 13

1.4.3 Kanak-kanak kecelaruan Tingkah Laku(Behavioral Disorder) 13

1.4.4 Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran 14

1.4.5 Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan 15

1.4.6 Kanak-kanak Cacat Fizikal 15

1.4.7 Kanak-kanak Pintar Cerdas dan Berbakat 16

1.5 Khidmat Sokongan yang disediakan untuk Kanak-kanak


Berkeperluan khas 16

1.5.1 Perkhidmatan yang Disediakan oleh Kerajaan 17-23

1.5.2 Perkhidmatan yang Disediakan oleh NGO 24-26

1.6 Isu-isu Semasa Berkaitan Pendidikan Khas 27-28

3
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

2.0 Sindrom Down 29

2.1 Ciri-ciri Pelajar Sindrom Down 29

2.1.1 Fizikal 30

2.1.2 kognitif 31

2.1.3 Emosi 32

2.1.4 Sosial 33-35

2.1.5 Tingkah Laku 35-36

2.2 Sebab-sebab berlakunya masalah Sindrom Down 37

2.2.1 Faktor Kromosom 37

2.2.2 Pemakanan Ibu Mengandung 38

2.2.3 Umur Ibu 38

2.3 Pendidikan Kanak-kanak Sindrom Down

2.3.1 Jenis-jenis P&P kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran 39-42

2.4 Kekuatan dan kelemahan kanak-kanak sindrom down 43

2.4.1 Kelemahan 43

2.4.2 Kelebihan 44

2.5 Kejayaan orang Sindrom Down 45

Penutup 46

Rujukan

4
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

1.0PENGENALAN PENDIDIKAN KHAS

1.1 definisi dan kosep

1.1.1 Definisi pendidikan khas

Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna


pengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa
seseorang kanak-kanak yang luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik
pengajaran, peralatan dan kemudahan-kemudahan diperlukan.
Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan Khas ialah pengajaran yang
bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan
berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan
peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku
atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa.

1.1.2 Konsep pendidikan khas


Boleh dirumuskan di sini bahawa pendidikan khas ialah satu program di mana ia
adalah satu bentuk rancangan pengajaran khas yang diajar oleh guru yang mahir
dalam bidang pendidikan khas. Alat-alat yang digunakan juga adalah alat-alat dan
bahan-bahan khas serta guru mempunyai teknik khas untuk mengajar pelajar.
Rancangan pembelajaran kanak-kanak khas bersifat individu dan tertumpu kepada
seorang pelajar khas sahaja.

5
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

1.1.3 Definisi kanak-kanak berkeperluan khas

Kirk et al (1993) menjelaskan definisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai


kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri
mental keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam
tingkahlaku sosial atau emosi dalam keupayaan untuk berkomunikasi atau dalam
pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang
diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh
berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.

1.1.4 Konsep kanak-kanak berkeperluan khas.

Kanak-kanak berkeperluan khas juga dikenali sebagai kanak-kanak istimewa kerana


keadaan mereka adalah berbeza disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, otak dan
emosi mereka yang tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Justeru pertumbuhan
dan perkembangan diri mereka- fizikal, otak emosi dan sosial tidak menyamai
kanak-kanak biasa. Lazimnya keupayaan maksimum mereka dalam semua bidang
jauh berkurangan daripada kanak-kanak biasa. Di samping itu tingkahlaku mereka
juga adalah tersendiri dan berbeza mengikut jenis kecacatan atau masalah yang
dialami.

6
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

1.2 sejarah pendidikan khas di malaysia

Pendidikan khas telah dimulakan di Malaysia sejak awal tahun 1920an lagi iaitu di
dalam kalangan sukarelawan yang telah membuka sekolah-sekolah untuk pelajar
bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Tarikh-tarikh
pentingnya adalah seperti di dalam jadual 1.2 berikut:

TAHUN PERISTIWA PENTING


1926 Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas di Melaka
1931 Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas berpindah ke Pulau
Pinang
1948 Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan Princess Elizabeth
dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyrakat di
Johor Bahru.
1953 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)
1954 Pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan
Menengah) di Pulau Pinang.
1958 Pembukaan Insitut Taman Cahaya, Pusat Pertanian Sandakan (JKM).
1962 Rancangan Percatuman bagi Pendidkan Kanak-kanak Bermasalah
Penglihatan dengan pelajar biasa di sekolah rendah dan menengah.
1963 Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan khas Masalah Pendengaran
di Maktab Perguruan Ilmu Khas.
1977 Pertubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa
Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu.
1978  Pembukaan Sekolah Menengah Berrama Kurang Upaya
Penglihatan, Setapak.
 Pengenalan kaedah komunikasi dan penggubalan Sistem Kod
Tangan Bhasa Melayu.
 Kelas pemulihan untuk pelajar yang ‘lembam’ atau lemah dalam
pelajaran.
1979 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah menengah
Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan.
1983 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille al-Quran. Pengambil alihan
SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai
sekolah bertaraf penuh.

1984 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel

7
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-


Quran. Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan
Braille/Kerabunan, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan
penyelenggaraan alatan Braille.
1987 Pembukaan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Shah
Alam.
1988 Permulaan Kelas perintis untuk Pelajar Bermasalah Pembelajaran.
1994 Pembukaan kelas-kelas program inkusif di 14 sekolah.
1995 Program Bermasalah Pembelajaran peringkat Menengah dimulakan.

Secara ringkasnya, jika kita lihat jadual 1.2 di atas, sekolah pendidikan khas yang
paling awal ditubuhkan ialah pada tahun 1948 iaitu Sekolah Rendah Pendidikan
Khas Princess Elizabeth iaitu di Johor bahru untuk kanak-kanak buta. Selain itu,
pembukaan sekolah kanak-kanak Pekak Perseketuan pula dibuka untuk para pelajar
sekolah menengah dan sekolah rendah yang terletak di Pulau Pinang. Program
untuk kanak-kanak ‘lembam’ iaitu kanak yang lemah untuk menguasai kemahiran
mengira, membaca dan menulis pada peringkat umurnya telah dimulakan pada
tahun 1978. Dan pada tahun 1994, kelas-kelas program inklusif di 14 sekolah telah
ditubuhkan.

1.3 Perudangan berkaitan pendidikan khas

8
9
akta ini telah ditubuhkan pada tahun 1961.
dalam bahagian L, akta ini menytakan bahawa:
'sekolah khas bermakna sekolah yang Akta Pelajaran
menyediakan layanan pendidikan khas untuk
murid-murid kurang upaya'.
PBB telah ditubuhkan pada tahun 1959.
PBB telah megisytiharkan hari kanak-kank Bersatu (PBB)
sedunia. Bangsa-bangsa
perkara yang ditegaskan ialah kanak-kanak
istimewa berhak mendapat penjagaan khusus Pertubuhan
dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami
seta peluang untuk menjadi sebarapa normal
yang mungkin
ditubuhkan pada tahun 1948.
Ia meliputi hak yang bagi individu untuk mendapatkan
pendidikan.
perkara ini telah ditegaskan dalam Persidangan
Dunia bertemakan 'Pendidikan untuk Semua' di
Sejagat
Jomtien, Thailand. Kemanusiaan
Ia menekankan bahawa: 'keperluan-kepreluan
pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut Deklarasi Hak-hak
perhatian yang khusus. langkah-langkah ini perlu
diambil untuk menyediakan perasamaan akses
kepada pendidikan untuk semua kategori orang
kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam
sistem pendidikan.' [terjemahan]
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down
10
mesyuarat jawatankuasa perancangan pendidikan
telah bersidang pada 30 Jun 1981.
mereka memutuskan penubuhan sebuah
Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji
dan menentukan bidang tugas masing-masing
mengenai hak kanak-kanak kurang upaya.
kementerian yang terlibat ialah Kementerian
pendidikan
Pendidikan , Kementerian Kesihatan, Kementerian perancangan
Kebajikan dan Msyarakat (kini Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian
Jawatankuasa
Buruh.
pada amnya jawatankuasa ini menetapkan:
Tnggungjawab Kementerian Pendidkan terhadap
pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan,
pendengaran, kanak bermasalah pembelajaran dan
kerencatan akal yang boleh dididik
laporan ini telah dibuat pada tahun 1978.
Ia mengkaji tentang Perlaksanaan Dasar Pelajaran
melalui Perakuan 169 yang menjadi tumpuan yang
lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas
di Malaysia. Kabinet
perakuan itu menyebut 'Dengan adanya kesedaran
bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab Jawatankuasa
terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah Laporan
diperakukan kerajaan hendakl;ah mengambil alih
sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari
pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada
masa ini. di samping itu, penyertaan oleh badan-
badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-
kanak cacat hemndaklah terus digalakakkan.
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

suaimanfaat.
menengah yang difikirkan oleh menteri
atau di mana-mana sekolah rendah atau
yang ditubuhkan di bawah perenggan 34 (1)(b)
mengadakan pendidikan khas di sekolah khas
Akta Pelajaran 1961 menyarankan bahawa 'Menteri hendaklah
dimasukkan dalam akta tersebut yang
satu bab khusus tentang pendidikan khas telah
dengan Akta Pendidikan 1996.
akta ini telah disemak semula dan digantikan

Terdapat dua seksyen dalam akta ini iaitu seksyen 40 dan seksyen 41. Di dalam
akta 1996, ia dilihat oleh pelbagai pihak sebagai ‘era baru’ dalam bidang pendidikan
khas ini yang mengkehendaki untuk membuka kelas sekiranya terdapat permintaan
daripada masyarakat sekeliling. Selain itu, akta ini juga memperuntukkan kuasa
kepada Menteri Pelajaran untuk menentukan tempoh persekolah serta sukatan
matapelajaran dan kandungan kurikulum keperluan pendidikan khas. Pada waktu ini,
kanak-kanak ini bersekolah sehingga umur 19 tahun. Berdasarkan peta grafik di
atas, jelaslah bahawa pendidikan khas merupakan satu cabang pendidikan yang
penting dan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara. Persatuan Bangsa-
bangsa Bersatu(PBB) misalnya telah mengisytiharkan satu hari untuk kanak-kanak
khas ini di mana di dalam pernyataan PBB kanak-kanak ini berhak mendapat
penjagaan yang sewajarnya dan merima pendidikan senormal boleh.

Selain itu, terdapat juga kementerian-keneterian di Malayisa yang begitu


menitikberatkan pendidikan khas ini misalnya seperti Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pendidikan dan sebagainya.
kesemua kementerian ini bertanggungjawab dalam membantu memelihara hak-hak
kanak-kanak khas ini dan dan memberi satu bentuk persepsi positif kepada
masyarakat bahawa kanak-kanak khas ini perlu dibentu dan bukannya disorok atau
diabaikan. Terdapat juga beberapa peristiwa penting seperti di dalam peta grafik di
atas. Tujuannya adalah sama iaitu ingin membela hak kanak-kanak khas di seluruh
dunia.

11
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Terdapat Akta Orang Kurang Upaya 2008 di mana akta ini memperjuangkan hak-
hak orang kurang upaya di Malaysia. akta ini mengandungi berpuluh-puluh seksyen
iaitu sebanyak 46 seksyen. Di dalam seksyen-seksyen ini, orang kurang upaya
diberi hak yang sama dengan hak masyarakat normal yang lain. Berikut di bawah
merupakan beberapa seksyen yang ditekankan dalam hak orang kurang upaya.

Seksyen 21: Daftar Orang Kurang Upaya

Iaitu orang kurang upaya haruslah mendaftar sebagai kurang upaya. Pendaftar
haruslah menyenggara dan mengemaskini Daftar supaya butir-butir orang kurang
upaya tidak tercicir.

Seksyen 25: Pengeluaran Kad OKU

Kad OKU ini dikeluarkan bagi OKU yang berdaftar.

Dengan adanya pendaftaran dan kad OKU disediakan, hak OKU akan lebih terjamin
khususnya kepada pelajar pendidikan khas. Segala butiran mereka akan dapat
direkod dan ini akan membantu mereka untuk memiliki segala hak bagi orang
kurang upaya.

Seksyen 26: Akses kepada kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan


bangunawan

Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses kepada pelbagai
kemudahan yang disediakan. Kerajaan dan penyedia haruslah mengambil langkah
yang perlu untuk memastikan segala kemudahan ditambahbaik.

Seksyen 27: Akses kepada kemudahan pengangkutan awam

Orang kurang upaya haruslah mempunyai hak untuk akses kepada kemudahan
yang dibuka kepada orang ramai dan OKU ini perlulah mendapat hak yang sama
dengan masyarakat. Langkah keselamatan pengkutan awam haruslah selaras
dengan OKU.

12
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Dengan adanya kemudahan kepada perkhidmatan bangunan dan pengangkutan


awam, para pelajar pendidikan khas akan dapat bergerak ke mana-mana tanpa
sekatan dan ini memudahkan mereka sekirannya mereka mengikuti lawatan sambil
belajar yang disediakan oleh pihak sekolah atau pergi melawat bangunan-bangunan
serta tempat yang menarik.

Seksyen 28: Akses kepada pendidikan

Kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan dalam mendapatkan


pendidikan. Kerajaan haruslah menyediakan kemudahan sekolah yang sesuai,
sukatan pelajaran serta kokurikulum yang selaras dengan pelajar OKU.

Di dalam seksyen ini, kanak-kanak khas boleh mendapat hak yang sama rata untuk
belajar seperti dengan pelajar normal yang lain. Namun, mereka mempunyai
sukatan pelajaran serta teknik khas untuk mengajar pelajar ini.

Seksyen 29: Akses kepada pekerjaan

Majikan haruslah melindungi hak orang kurang upaya ini untuk mendapatkan
suasana kerja yang adil dan baik termasuklah peluang sama rata dengan
masyarakat lain. Bagi pelajar pendidikan khas ini mereka dapat bekerja selepas
habis belajar di sekolah. jadi ini daapt membuatkan mereka berdikari dan mereka
akan berasa dihargai.

13
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Seksyen 32: Akses kepada rekreasi, santai dan sukan

Seksyen ini menjelaskan bahawa OKU seharusnya diberi peluang untuk berekreasi
serta bersukan dengan memastikan keselamatan mereka terjamin. Selain itu, OKU
juga haruslah diberi peluang untuk menganjurkan, menyertai mana-mana aktiviti
sukan tanpa rasa rendah diri. Dan jikalau kita lihat kepada pelajar pendidikan khas
pula, mereka akan dapat pendedahan dan pengalaman melalui aktiviti sukan yang
mereka lakukan. Secara tidak langsung, pelajar ini akan dapat ilmu dan menguatkan
fizikal mereka.

Seksyen 38: Perlindungan sepanjang hayat dan sistem sokongan sosial

Kerajaan haruslah memastikan kebajikan orang kurang upaya yang teruk terbela
setelah kematian ahli keluarga mereka dan memberikan kehidupan yang berkualiti
kepada mereka. Di dalam seksyen ini, para pelajar pendidikan khas yang
kehilangan ibu bapa mereka atau waris akan terbela nasib mereka kerana adanya
pihak untuk membantu. Jadi, mereka akan masih dapat belajar dengan berkesan
dan baik.

14
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

1.4 Jenis-jenis kanak-kanak berkeperluan khas

Menurut pakar-pakar pendidikan khas di serata dunia serta berdasarkan Akta


Individu Kurang Upaya yang telah dibentuk di Amerika Syarikat iaitu IDEA, mereka
telah mengklasifikasikan kanak-kanak berkeperluan khas (PL 105-117) yang
mencadangkan 13 kategori kurang upaya (diasability). Berdasarkan peta grafik di
bawah, beberapa kategori telah disatukan dan menjadi 8 kategori sahaja.

cacat
pendengaran
dan
bermasalah
komunikasi

pintar dan cacat


cerdas penglihatan

KANAK-KANAK
BERKEPERLUAN
KHAS

kecelaruan kerencatan
tingkah laku akal

bermasalah cacat fizikal


pembelajaran dan kesihatan

15
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

1.4.1 Kurang upaya mental (kerencatan akal)

Kanak-kanak kerencatan akal merujuk kepada kanak-kanak yang mempunyai darjah


kecerdasan (Intelligent Quetion, IQ) di antara 35 hingga 85. Biasanya, kanak-kanak
dalam kategori ini menghadapi kerosakan sistem saraf akibat masalah kederaan,
kelahiran, warisan baka keluarga, kekurangan zat makanan, masalah hormon dan
sebagainya.

Terdapat tiga darjah kecerdasan kanak-kanak kerencatan mental yang


pertama ialah antara 50-70. Ia merupakan kadar kecacatan yang sederhana dan
mereka boleh dididik dan dilatih sekolah. kanak-kanak cacat ini tergolong dalam
kumpulan pelajar yang lambat belajar(slow learners.

Antara ciri-ciri yang dapat dilihat adalah seperti berikut:-

a) Kanak-kanak ini boleh mengikuti pelajaran hingga Darjah 4, sehingga mereka


mencapai umur 16 tahun.
b) Taraf pencapaian murid-murid ini adalah sebanyak setengah hingga tiga
perempat dari kanak-kanak normal.
c) Kanak-kanak ini hanya boleh membaca atau memhami konsep asas
matematik apabila mencapai umur 9 hingga 12 tahun.
d) Mereka cepat lupa dan ingatan tidak kekal.
e) Mereka sukar untuk belajar konsep abstrak.
f) Mereka juga lambat belajar dan perlukan banyak aktiviti pengukuhan untuk
meningkatkan kemahiran mereka.

Tahap kecerdasan yang kedua ialah di antara 35-49. Selalunya, kanak-kanak


ini menghadapi masalah untuk menjaga diri mereka sendiri contohnya seperti
membuka baju, makan, buang air dan sebagainya. Kanak-kanak ini tidak dididik
di sekolah kerana mereka tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk belajar
dalam apa-apa matapelajaran pun.

Tahap ketiga adalah di mana tahap kecerdasannya adalah yang paling teruk
iaitu di bawah 35. Mereka tidak berupaya untuk melakukan sebarang kerja dan
perlukan perhatian khusus dari orang dewasa untuk menjaga mereka
termasuklah melakukan perkara yang mudah seperti memakai baju dan
membuang air.

16
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

1.4.2 Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (learning disabilties)

Kanak-kanak ini mempunyai masalah keran tidak berupaya untuk mengikuti


kelas seperti biasa. Ini adalah kerana mereka mempunyai masalah peribadi atau
peribadi atau kedua-duanya. Bagaimanapun, kanak-kanak bermasalah
pembelajaran ini tidak menghadapi sebarang masalah fizikal, emosi, penglihatan,
pendengaran dan kecacatan mental(kerencatan akal).

Keadaan kanak-kanak bermasalah pembelajaran khusus dirujuk sebagai


halangan psikologikal atau neurologikal terhadap gerakbalas bahasa, samada
lisan atau tulisan, persepsi kognitif, atau aktiviti psikomotor.

Ciri-ciri yang dirumuskan bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah:-

a) Pencapaian akademik keseluruhannya tidak sampai tahap memuaskan.


b) Lemah dalam subjek Matematik dan Bahasa.
c) Tidak menunjukkan minat dalam kelas.
d) Hanya berupaya memberi perhatian atau tumpuan singkat terhadap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
e) Masalahnya tidak dipedulikan atau tidak dapat dibantu oleh ahli keluarganya.
f) Mereka juga sering mengantuk, mudah lupa seta mempunyai sifat malu dan
segan untuk bertanya.

1.4.3 Kanak-kanak kecelaruan tingkah laku(behavioral disorders)

Secara am, kanak-kanak kecelaruan tingkah laku mempunyai 4 kategori iaitu seperti
berikut:-

a) Tingkah laku terbias: mempunyai tingkah laku yang menentang autoriti, tidak
memenuhi peraturan atau undang-undang, kurang bertimbang rasa dan suka
menyerang orang. Kanak-kanak golongan ini adalah hiperaktif atau
hiperkinetik.
b) Sifat pengongkongan dalaman: kanak-kanak yang bersifat pemalu, pendiam,
sensitif, pasif, tidak suka berkawan, dan mudah tersinggung. Mereka sering
melakukan tindakan di luar dugaan.

17
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

c) Tingkah laku ketidakmatangan: kanak-kanak yang kurang berupaya dalam


menumpukan perhatian dalam pelajaran. Mereka tidak berminat belajar,
sering berkhayal dan tidak mengendahkan nilai kendiri sendiri.
d) Tingkah laku antisosial: kanak-kanak sering bertindak liar dan kerap
menimbulkan masalah disiplin sekolah. contohnya seperti memeras ugut,
mencuri, ponteng dan sebagainya.

1.4.4 Kanak-kanak cacat pendengaran dan bermasalah pendengaran

Kanak-kanak cacat pendengaran sering menghadapi masalah komunikasi


dan mereka sukar untuk mempelajari sebutan perkatan-perkataan dengan jelas dan
tepat. Kanak-kanak ini tergolong dalam dua kumpulan kanak-kanak cacat
pendengaran pratutur (prelingual) dan kanak-kanak cacat pendengaran postutur
(postlingual). Jadual 1.4.4 di bawah merupakan banding beza antara dua jenis
kumpulan ini.

kanak-kanak cacat kanak-kanak cacat


pendengaran pratutur pendengaran postutur
(prelingual) (postlingual)
kanak-kanak yang pekak kanak-kanak cacat
sejak lahir. pendengaran separa atau
menghadapi masalah sepenuhnya.
pembelajaran dan
komunikasi yang lebih teruk
dari postlingual.

Ciri-ciri kanak-kanak cacat pendengaran ialah seperti berikut:-

a) Terlalu pasif, tidak suka bergaul dengan rakan-rakan sebaya.


b) Mereka juga menghadapi masalah memahami kata orang lain, pertuturan
kurang lancar dan tersekat-sekat serta berulang-ulang.
c) Kurang arif untuk meggunakan perkataan-perkataan tepat bagi menerangkan
sesuatu perkara atau situasi.
d) Sering membaca pergerakan bibir untuk untuk memahami apa yang
diucapkan oleh orang sekeliling.

18
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

1.4.5 Kanak-kanak cacat penglihatan

Kanak-kanak cacat penglihatan ialah kanak-kanak yang buta serta


mempunyai kadar kecekapan penglihatan di antara 20/200 hingga 20/70 selepas
pembetulan, berbanding dengan kanak-kanak penglihatan normal yang mempunyai
kadar kecekapan penglihatan 20/20.

Terdapat beberapa jenis kanak-kanak bermasalah penglihatan ini antaranya


ialah kanak-kanak rabun dekat, rabun jauh, rabun malam, rabun warna,
astigmatisme, katarak, glukoma dan juling. Antara sebab-sebabnya ialah kesakitan
mata, kekurangan zat makanan ataupun erosakan saraf optik atau menghidap
penyakit seperti hypermetropia, myopia, dyslexia dan sebagainya.

Antara ciri-ciri yang boleh dikenalpasti ialah:-

a) Kesukaran membaca tulisan dan ilustrasi dalam buku serta di papan kapur.
b) Sering mengesat mata dan mata selalu kelihatan kemerah-merahan.
c) Matanya juling, terpesong sedikit kedudukan mata hitamnya dan sering
berasa penig kepala.
d) Matanya amat sensitf terhadap cahaya dan mereka juga tidak dapat
membaca dalam tempoh yang lama.

1.4.6 Kanak-kanak cacat fizikal

Kanak-kanak cacat fizikal ialah kanak-kanak yang mempunyia kecacatan anggota


badan ataupun ortopedik. Kecacatan ortopedik memepengaruhi funsi sendi atau
otot, pinggang, tangan atau kakinya hingga lemah dan tidak berdaya dan
sebagainya. Bagi pelajar yang menghadapi masalah ini, ia pasti akan menjejaskan
prestasi akademik mereka kerana ketidakcekapan anggota badan mereka misalnya
dalam seni lukis, muzik dan pendidikan jasmani.

19
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

1.4.7 Kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat

Kebiasaaannya, kanak-kanak cerdik ini mempunyai darjah kecerdasan melebihi


120. Mereka biasanya dkategorikan dalam 3 kategori iaitu:-

a) Kanak-kanak yang mempunyai intelek yang tinggi.


b) Kanak-kanak yang mempunyai bakat mencipta.
c) Kanak-kanak yang mempunyai bakat mencipta.

Ciri-ciri kanak-kanak pintar ini adalah seperti berikut:-

a) Mempunyai kemahiran kognitif dan sifat ingin tahu yang tinggi.


b) Menunjukkan motivasi dan perasaan afektif yang tinggi serta ada potensi
untuk menjadi kreatif dan sensitif.
c) Dapat mengukuhkan dan mengekalkan dalam ingatan apa yang dipelajari
tanpa latihan yang berulang-ulang.
d) Cekap menyiasat, menjadual, mengelasifikasi, mengumpul, menginferensi
dan melapor.
e) Bermiant terdap alam sekitar dan persekitaran sekeliling dan ingin meneroka
dengan lebih meluas.

20
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

1.5 Khidmat sokongan yang ada disediakan untuk kanak-kanak berkeperluan


khas

1.5.1 Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan

Jabatan kebajikan masyarakat (JKM)

1)PENDAFTARAN DAN KAD KENAL DIRI OKU

• Tujuannya adalah untuk mengumpul data dan statistikbagi program perancangan


program pemulihan, pencegahan, latihan dan sebagainya.

• Kad tersebut adalah untuk pengenalan diri yang berdaftar supaya memudahkan urusan
pihak yang berkenaan

2)BANTUAN ALAT TIRUAN/ORTORTIK

• Bantuan ini bertujuan untuk membantu OKU mendapatkan peralalatan tiruan/sokongan


(assitive devices) seperti kerusi roda, kaliper yang tidak mampu dibeli oleh mereka.

3) GERAN PELANCARAN

• Bertujuan untuk membantu OKU yang berpengetahuan dan berkemahiran tetapi mereka
tidak mempunyai modal dan peralatan yang cukup bagi menjayakan projek.

4)ELAUN PEKERJA CACAT

• Elaun ini diwujudkan untuk menggalakkan OKU untuk berdikari.

5) BENGKEL TERLINDUNG

• JKM berusaha untuk mendapatkan peluang pekerjaan untuk OKU samada di sektor
awam mahupun swasta.

21
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

6) LATIHAN KEMAHIRAN VOKASIONAL

• Pusat ini menawarkan kursus peringkat persijilan dan mendapt pengiktirafan MLVK.

• Ia dibuka untuk OKU yang berumur 18-40 tahundan kelulusan sekurang-kurangnya


PMR.

• Antara kursus yang ditawarkan ialah jahitan, elektronik dan sebagainya.

7) INSTITUT PEMULIHAN

• (Taman Sinar Harapan)

• Memberi perlindungan kepada OKU yang mempunyai kecacatan yang teruk.

• Aktiviti yang dijalankan ialah pemulihan kehidupan seharian, latihan pra-vokasional,


kelas akademik formal dan sebagainya.

8) PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)

• PDK merupakan satu strategi dalam pembangunan komuniti golongan kurang


upayamenajlani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat.

• PDK memberi peluang mereka berinteraksi dengan masyarakat serta peluang sama
rata seperti masyarakat normal yang lain.

22
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Kementerian pelajaran malaysia (KPM)

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi kemudahan perkhidmatan kepada


pelajar-pelajar kurang upaya seperti masalah penglihatan, pendengaran,
bermasalah pembelajaran dan pelajar pemulihan khas. Kategori bagi masalah
pembelajaran di bawah tanggugjawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah
berikut:-

1)SINDROM
DOWN

BERMASALAH
PEMBELAJARAN 2) AUSTISME
SPESIFIK RINGAN

BERMASALAH
PEMBELAJARAN

3) ATTENTION
TERENCAT AKAL DEFICIT
MINIMUM HYOERACTIV
DISORDER
(ADHD)

Terdapat beberapa jenis Program Pendidikan Khas yang dilaksanakan oleh KPM:-

A. Sekolah khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah


pendengaran.
B. Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid-murid berkeprluan khas,
bermaslaah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah
penglihatan. Ia diwujudkan melalui sekolah rendah, menengah dan
sebagainya.

23
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

C. Program Pendidikan Inkusif membolehkan murid pendidkan khas berpeluang


belajar bersama-sama dengan murid biasa dalam satu kelas dengan bantuan
guru sumber.
D. Program Pemulihan Khas disediakan bagi membantu murid mengatasi
masalah belajar yang khusus terutama dalam kemahiran 3M
membaca, mengira dan menulis.
E. Kurikulum Program Pendidikan Khas merupakan sebuah kurikulum yang
digunakan oleh sekolah pendidikan kahs.
F. Aktivti Kokurikulum untuk murid pendidikan khas disediakan juga antaranya
ialah futsal, goalball dan pingpong locang.
G. Terdapat dua jenis kategori Program Pendidikan Khas Prasekolah disediakan
oleh KPM iaitu Programa Pendidikan khas Inklusif Prasekolah si sekolah
biasa untuk murid-murid bermasalah pendengaran dan penglihatan dan
Program Pendidikan Khas Inklusif Prasekolah di sekolah biasa untuk murid
bermasalah pembelajaran.
H. Terdapat 7 buah pusat berkeperluan khas iaitu:-
a) Khidmat audiologi
b) Kelas bahasa isyarat
c) Kelas terapi pertuturan
d) Kaunseling ibu bapa
e) Perpuskataan, tempat permainan dan bahan rujukan

I. Semua sekolah pendidikan khas bermasalahpendengaran dan penglihatan


menawarkan aliran akademik iaitu Ujian Penilaian Rendah (UPSR).
Kemudahan juga telah diberikan termasuklah asrama dan makan minum
percuma.
J. Program Pendidikan Khas Peringkat Menengah diberikan kepada pelajar
bermasalah pendengaran dan penglihatan. Pereka akan mengambil
Penilaiaan Menengah Rendah ( PMR) dan mereka jugs akan diberi peluang
untuk menyambung pelajaran di epringkat vokasional atau akademik.
K. Murid bermasalah pembelajaran yang memilih untuk ke alairan vokasional
atau elektif mata pelajaran vokasional (MPV) boleh meneruskan pelajaran di
sekolah menegah atau teknik(pendidikan khas).

24
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

L. Jabatan Pendidikan Teknik juga memberi pelunag kepada pelajar bermasalah


pendengaranuntuk melanjutkan pelajaran di Politeknik. Mereka boleh
mengikuti kursus dengan pendaftaran percuma, yuran pengajian percuma,
makan percuma serta wang saku RM300 diberikan setiap bulan.
M. Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah
rendah adalah enam tahun.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

a) Peringkat hospital
-Di hospital-hospital Kementerian
Kesihatan Malaysia, Jabatan Rehabilitasi
menawarkan rawatan mubidisciplinary.
-ahli yang terlibat adalah pakar perubatan,
rehabilitasi, pengawai perubatan, jurupulih
perubatan anggota, jurupulih perubatan
carakerja dan sebagainya.

b) Peringkat klinik
-terdapat dua jenis perkhidmatan
untuk golongan kurang upaya
disediakan iaitu perkhidmatan
pemulihan psikologi bagi pesakit
mental dan pemulihan bagi kanak-
kanak khas.

25
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

1) Perkhidmatan
Jabatan Perubatan
Rehabilitasi Hospital
Kuala Lumpur
contohnya
membantu pesakit
dalam urusan
keperluan alat
bantuan

2) Perkhidmatan
5) kemudahan
Hospital di luar
untuk OKU
Lembah
contohnya seperti
Klang(termasuk
tandas, lif, temapat
Sabah dan Sarawak)
letak kereta
untuk OKU
Peringka
t hospital

4) Pengecualian 3) Smart
bayaran Partnership
rawatan dengan Jabatan
Kebajikan
Masyarakat(JKM)

26
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

PERINGKAT KLINIK

Ia merupakan satu proses untuk


memudahkan dan menggalakkan individu
1) Pemulihan yang kurang upaya bagi mencapai tahap
berdikari dalam komuniti.
psikologi bagi Antara aktivitinya adalah latihan kemahiran
pesakit mental sosial, riadah, kaunseling

Menitiberatkan saringan awal untuk


mengesan kanak-kanak kurang upaya.
2) Pemulihan bagi Antara latihan yang dijalankan ialah latihan
kemahiran motor kasar dan halus, latihan
kanak-kanak kurang kemahiran komunikasi, latihan kemahiran
upaya sosial dan sebagainya.

Kementerian sumber manusia (KSM)

OKU juga boleh menyumbang dalam pembangunan dan lantas sebab itu,
sebuah Jawatankuasa Penggalakan Jawatankuasa Penggajian OKU di sektor
swasta telah diwujudkan pada tahun 1990.

Pada Novenber 2001, KSM telah melancarkan Kod Amalan Penggajian OKU
di sektor swasta. Ia merupakan garis panduan kepada majikan, kesatuan pekerja
dan sebagainya dalam penempatan OKU dalam sektor swasta. Tambahan lagi, ia
juga merupakan satu langkah bagi OKU untuk mempersiapkan diri dalam
melangkah ke alam pekerjaan.

Mereka juga menghargai OKU yang tidak menjadikan kecacatan sebagai


banteng untuk menyekat diri mereka sendiri.

Aktiviti-aktiviti pendaftaran telah dijalankan melalui program-program berikut:-

a) Mempromosikan penempatan OKU kepada majikan.


b) Membuka kaunter pendaftaran OKU di tempat awam.
c) Menjadi ahli jawatankuasa beberapa pertubuhan OKU dan sebagainya.

27
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT)

KPKT telah menyrankan supaya bangunan baru yang mempunyai kemudahan untuk
OKU dibina. Contohnya seperti ramp, tandas, tempat parking, visual sign, tangga,
dan sebagainya.

Kesemua kemudahan ini haruslah dibina di pejabat pos, pusat membeli belah,
restoran, bangunan ibadah, hotel, asrama, sekolah, hospital dan lain-lain tempat
yang sibuk dan menjadi laluan bagi OKU.

1.5.2 Perkhidmatan yang disediakan oleh NGO

5.2.1 Program Intervensi Awal

-Penting pada peringkat awal untuk mengembangkan potensi mereka dalam


mempelajari kemahiran komunikasi, pergerakan, kemahiran mentafsir dan penjgaan
diri.

-Meliputi aktiviti seni dan kraf, muzik dan nyanyian, persembahan dan aktivti fizikal.

5.2.2 Pusat Latihan Harian

-Menawarkan kemudahan penjagaan kanak-kanak kurang upaya khususnya ibu


bapa yang bekerja.

-Terdapat juga asrama yang menjga sepenuh masa kanak-kanak khas ini yang
membantu memereka berdikari dan belajar untuk mrnguruskan hal sendiri..

28
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

5.2.3 Pemulihan dalam komuniti(PDK)

-Menyedikana program pertuturan, kekuatan fizikal, kemahiran sosial dan sebagainya.

5.2.4 Program Pendidikan Khas

-Program pendidikan oleh NGO adalah pelbagai dan berbeza mengikut keperluan
golongan kurang upaya dari segi fizikal, mental, masalah pertuturan, dan masalah
pembelajaran.

5.2.5 Latihan dan Pekerjaan

-Perkhidmatan memberi latihan dan pekerjaan kepada orang OKU. Latihan


diberikan dan mereka juga ditawarkan peluang pekerjaan oleh NGO.

-Hasil karya mereka akan dijual di dalam atau pun di luar negara.

5.2.7 Kursus Latihan Intensif untuk Ibu Bapa

Kursus ini ditawarkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak khas, biasanya
latihan ini adlaah seminggu dan ia dijalankan sewaktu cuti sekolah.

-Ia boleh menigkatkan kebolehan dan menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam
perkembangan anak-anak mereka.

29
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

5.2.8 Perkembangan Bahasa

NGO juga membantu OKU untuk meningkatkan penguasaan bahasa isyarat


mereka dan ia dilatih oleh pakar yang terlatih dan berkelayakan.

5.2.9 Pengajaran Braille

-Merupakan satu pembelajaran untuk OKU bermasalah penglihatan.

5.2.10 Kaunseling

-Ia diadakan untuk meningkatkan tahap keyakinan diri OKU serta keluarga
mereka untuk menerima diri mereka seadanya dan tidak menyalahkan pada
takdir.

30
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

1.6 Isu-isu semasa berkaitan pendidikan khas

Pendidikan khas semakin penting

1) Hari anugerah cemerlang

Pendidikan khas menjadi salah satu keutamaan Kementerian Pelajaran dalam


menghargai guru-guru yang gigih berusaha dan berkorban untuk memberi
pendidikan kepada pelajar yang berkeperluan khas. Anugerah Guru Cemerlang
Pendidikan Khas 2005 disediakan oleh Kementerian Pelajaran untuk menghargai
mereka.

Ia merupakan pengiktirafan kepada guru tersebut kerana jasa yang telah dicurahkan
selain menggalakkan lebih banyak guru terlibat dalam pendidikan khas. Anugerah ini
juga bertujuan untuk menggalakkan guru pendidikan khas lebih kreatif dan inovatif.
Ia juga sebagai pengiktirafan kementerian kerana menyedari kemahiran mengurus
pelajar berkeperluan khas bukan sahaja melalui membaca buku tetapi perlu melalui
pelbagai pengalaman dan ini menjadikan guru Pendidikan Khas istimewa dan
berbeza dengan guru-guru yang mengajar pelajar normal.

2) Guru cemerlang Pendidikan khas

Sebagai menghargai guru Pendidikan khas ini, Hari anugerah khas 2005 bagi Guru
Cemerlang Guru Pendidikan khas ini telah diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Ini untuk menambahkan semangat para guru untuk berusaha dengan lebih
gigih lagi di dalam kelas. Sebagaimana yang kita tahu, mengajar kanak-kanak khas
bukanlah satu tugas yang mudah dan ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Justeru
itu, wajarlah guru Pendidikan Khas diberikan anugerah. Ia merupakan pengiktirafan
kepada guru tersebut kerana jasa yang telah dicurahkan selain menggalakkan lebih
banyak guru terlibat dalam pendidikan khas. Anugerah ini juga bertujuan untuk
menggalakkan guru pendidikan khas lebih kreatif dan inovatif.

3) PIPP: Teras 4: Merapatkan jurang pendidikan

Dalam Teras 4 dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) juga


memperlihatkan kesungguhan pihak kerajaan membantu kanak-kanak ini iaitu
merapatkan jurang pendidikan antara pelajar normal dengan berkeperluan khas
31
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

berdasarkan kesesuaian dan keperluan mereka. Antara langkah yang diambil dalam
memastikan PIPP ini berjaya ialah pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui
Jabatan Pelajaran Negeri telah berusaha membangunkan dan membuka sekolah
Intregrasi Pendidikan Sekolah, Pendidikan Masalah Pendengaran dan juga Sekolah
Khas Masalah Penglihatan. Perluasan pembukaan Sekolah Pendidikan Khas
terutamnya PKBP, adalah satu perkara perlu dipandang positif. Ia juga
mempamerkan kesungguhan dan usaha pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
dalam mempertingkatkan tahap kesedaran ibubapa dan juga masyarakat di
Malaysia terhadap keperluan pendidikan di kalangan anak mereka serta peluang -
peluang yang telah disediakan pihak berwajib.

4) Kurangnya sokongan pihak sekolah

Kita semua tahu yang pendidikan kahs di negara kita masih baru. Kita boleh lihat
masyarakat sekarang mempunyai tahap kesedaran yang semakin meningkat
khususnya ibubapa dan pihak lain terhadap keperluan kanak-kanak berkeperluan
khas.

Isu sokongan daripada pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah adalah sangat
penting dalam sesebuah sekolah pendidikan khas memandangkan pihak inilah yang
paling hampir dengan program pendidikan khas. Masalah pihak pentadbiran yang
masih kurang memberi sokongan kepada pendidikan khas bukan sahaja menjadi
masalah beberapa buah sekolah malah mencakupi beberapa sekolah lain di
Semenanjung Malaysia. Kurangnya sokongan pihak pentadbiran boleh dilihat dari
segi layanan pihak pentadbir terhadap guru dan murid pendidikan khas sebagai
golongan kelas kedua. Kekurangnya peruntukan kewangan serta sikap kurang
senang pihak pentadbir apabila murid pendidikan khas mengikuti peperiksaan awam
di mana ia akan menjatuhkan graf peperiksaan awam sekolah menjadi faktornya.

Dalam menangani isu ini, perlunya ada program pendedahan Pogram Pendidikan
Khas terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dikalangan semua
pihak pentadbir terutamanya bagi sekolah-sekolah yang baru membuka program ini
dan juga pihak pentadbir yang baru berkecimpung dalam dunia pendidikan khas
terutamanya Guru Besar atau Pengetua.

32
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

2.0 SINDROM DOWN

Salah satu masalah pembelajaran yang kerap berlaku di Malaysia ialah


Sindrom Down atau trisomy 21. Ia merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh
kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Bayi normal dilahirkan dengan
jumlah 46 kromosom (23 pasang) iaitu hanya sepasang kromosom 21 (2 kromosom
21). Sindrom Down yang kerap terjadi ialah disebabkan oleh kromosom 21yang
terlebih 3 kromosom 21 menjadikan jumlah kesemua kromosom ialah 47 kromosom.
Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina (lelaki dan perempuan).

Sindrom down ini mendapat namanya sempena John Langdon Down iaitu
seorang doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866.

2.1 ciri-ciri pelajar sindrom down

Ciri-ciri sindrom down boleh dikategorikan kepada beberapa aspek iaitu aspek
fizikal, kognitif, emosi, sosial dan tingkah laku.

2.1.1 fizikal

Jikalau kita lihat dari segi fizikal kanak-kanak sindrom down ini, mereka
mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongol. Setiap
seorang dari mereka mempunyai wajah yang hampir sama antara kanak-kanak
sindrom down yang lain. Selain itu, pangkal hidung mereka juga kemek. Tambahan
lagi, mata mereka berbentuk badam disebabkan pada kelopak mata mereka
mempunyai lipatan epikanthik (lebihan kulit di sudut dalam). Jarak antara dua mata
juga kelihatan jauh antara satu sama lain.

Saiz mulut adalah kecil dan saiz lidah yang besar menyebabkan lidah selalu
terjelir. Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur. Paras telinga adalah lebih
rendah. Kepala biasanya lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke
belakang. Lehernya agak pendek.

Tambahan lagi, sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai
jari-jari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam. Tapak tangan
mereka biasanya hanya terdapat satu garisan urat dinamakan "simian crease".

33
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Selain itu, kaki mereka agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki
kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki. Kanak-kanak sindrom down mempunyai
otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah
serta lambat sedikit dalam perkembangan motor kasar. Berikut gambar 1 di bawah
adalah contoh kanak-kanak sindrom down. Gambar di bawah ialah Puteri Aqilah
berumur 2 tahun. Dia merupakan pelajar PDK di Parit,Perak.

Gambar 1

Kadang-kala pelajar-pelajar sindrom ini juga mengalami masalah atau kompilasi


dalaman contohnya seperti seperti masalah jantung dan masalah usus.

Masalah jantung berlubang ialah masalah yang kerap berlaku kepada mereka.
Contohnya Ventricular Septal Defect (VSD) iaitu jantung berlubang diantara bilik
jantung kiri dan kanan atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu jantung berlubang
diantara atria kiri dan kanan. Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang
berkekalan (Patent Ductus Ateriosis / PDA). Bagi kanak-kanak sindrom down ini,
mereka juga boleh mengalami masalah jantung berlubang jenis kebiruan (cynotic
spell) dan susah bernafas.

Masalah usus pula biasanya boleh dikesan sewaktu awal kelahiran seperti salur
esofagus yang tidak terbuka (atresia) ataupun tiada saluran sama sekali di bahagian

34
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

tertentu esofagus. Biasanya ia dapat dekesan semasa berumur 1 - 2 hari dimana


bayi mengalami masalah menelan air liurnya atau di kesan oleh doktor, jururawat
kerana mereka tidak dapat memasukkan tiub untuk menyedut air semasa baru lahir.

Salur usus kecil duodenum yang tidak terbuka penyempitan yang dinamakan
"Hirshprung Disease". Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di
bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan
seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air
besar.

2.1.2 kognitif

Kanak-kanak sindrom down ini selalunya mengslami kerencatan akal. Mereka


lemah dalam keupayaan daya ingatan (memori), memberikan sepenuh tumpuan,
dan proses berfikir.

Manusia normal mempunyai kebolehan untuk mengingat memori melalui dua


proses memori iaitu short term memory dan long term memory. Short term memory
atau memori jangka masa pendek merupakan memori yang baru kita peroleh dan
tidak disimpan lagi dalam ingatan kekal. Memori ini akan mudah kita lupa melainkan
kita berulang kali mengingatinya. Long term memory pula ialah memori jangka masa
panjang di mana memori ini kita boleh ingat sepanjang hayat kita. Contohnya
perkara yang kita suka, kita akan mudah mengingatinya dan tidak memerlukan
proses berulang kali.

Tetapi ini tidak berlaku kepada kanak-kanak sindrom down, mereka tidak
dapat mengingat perkara yang mudah melainkan mereka melakukannya berulang-
ulang kali sehinggalah mereka tidak perlu untuk mengenalpasti sesuatu dengan
bantuan orang lain. Sebagai contoh, mereka akan kenal ahli keluarga mereka
seperti ibu, ayah, kakak dan mana-mana orang yang rapat dengan mereka. Tetapi
sekiranya mereka tidak mengulangkaji maklumat tersebut, mereka akan lupa ia
dalam ingatan mereka.

35
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Tambahan lagi, jikalau kita lihat dari segi penumpuan kanak-kanak sindrom
down ini pula, mereka mempunyai kesusahan yang sangat luarbiasa untuk
menumpukan kepada satu perkara penting yang berlaku di persekitaran mereka.
Sebagai contoh, apabila guru mengajar di depan, jikalau mereka terdengar bunyi
motor di luar, sidah pasti perhatian mereka akan terganggu kerana mereka ingin
mengetahui siapa di luar. Mereka juga akan memberikan tumpuan lebih kepada guru
yang menjadi kegemaran mereka.

Selain itu,kanak-kanak sindrom down ini juga menghadapi masalah dalam


proses berfikir mereka. Kanak-kanak normal biasanya dapat mengaplikasikan apa
yang mereka belajar dengan persekitaran mereka. Tetapi ini tidak bagi kanak-kanak
sindrom down, mereka tidak dapat mengaitkan apa yang mereka belajar dengan
keadaan sekeliling. Mereka memerlukan bantuan guru untuk memberitahu mereka
tentang perkaitan pembelajaran mereka. Sebagai contoh, mereka belajar segi tiga,
segi tiga iialah satu bentuk di mana menyerupai kon ais krim dan topi hari jadi. Jika
kita bertanya pada kanak-kanak normal sudah pasti jawapannya pantas tetapi bagi
kanak-kanak sindrom down, mereka baru mengetahuinya.

2.13 emosi

Sebagaimana yang kita tahu, kadangkala emosi kanak-kanak khas ini tidak
menentu dan tidak dapat dijangka. Bagi kanak-kanak sindrom down ini, mereka
sangat disayangi oleh ahli keluarga mereka kerana sikap kanka-kanak ini yang
sangat ceria dan sentiasa tersenyum. Mereka selalunya di dalam mood yang baik
dan ini bergantung kepada persekitaran mereka juga. Ada sesetengah kanak-kanak
sindrom down ini yang boleh mengawal emosi mereka sebagai contoh apabila
mereka tidak dapat membuat sesuatu latihan akademik. Kanak-kanak ini akan
marah dan mengamuk kerana tidak berjaya dan ini bergantung kepada guru atau ibu
bapa untuk mengawal mereka. Tetapi sebaliknya sekiranya mereka berjaya
membuat latihan tersebut, mereka akan berasa sangat gembira dan ingin membuat
lebih lagi.

36
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Selain itu, kanak-kanak ini juga kadang kala akan berasa sedih dan
mengalami kemurungan tidak kira masa dan di mana. Menurut penyelia PDK (di
Perak, saya membuat lawatan bersama rakan untuk mengkaji tentang sindrom down
ini,) beliau mengatakan yang terdapat pelajar sindrom down di situ yang menangis
tiba-tiba dan berada dalam kemurungan selama hampir seminggu. Jika ditanya,
mereka pasti menjawab mereka tidak apa-apa namun, jauh di sudut hati mereka
pasti ada persoalan yang mereka inginkan jawapan. Sebagi contoh, kanak-kanak
khas ini ada juga yang bertanyakan kepada ibu bapa atau para guru mereka
mengapa mereka dilahirkan sedemikian? Atau adakah mereka tidak disayangi oleh
ibu bapa dan adakah masyarakat akan menerima mereka? Semua persoalan ini
perlu dijawab secara berhati-hati oleh guru dan ibu bapa supaya tidak mengguris
perasaan mereka.

2.1.4 sosial

Bergaul dengan masyarakat secara baik adalah satu perkara yang paling
dikehendaki oleh kanak-kanak khas ini. Mereka inginkan semua orang untuk
menganggap mereka sebagai kanak-kanak normal yang lain. Terdapat beberapa
kanak-kanak sindrom down ini yang positif dan boleh bergaul mesra dengan orang
yang baru dikenalinya walaupun mereka agak malu pada awalnya. Namun, mereka
tetap memberikan yang terbaik sekiranya kita memerlukan apa-apa dari mereka.
Gambar di bawah menunjukkan senyuman seorang kanak-kanak khas yang
bernama Aini (gambar 2) serta buku tulisnya (gambar 3) yang beliau berikan kepada
kami untuk dijadikan bahan bukti.

37
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

GAMBAR 2

GAMBAR 3

Tetapi terdapat juga pelajar yang malu-malu dan tidak selesa sekiranya
berada bersama orang yang baru dikenali mereka. Namun,selepas lama berada
bersama, mereka akhirnya biasa dengan orang asing tersebut, mereka akan mula
biasa dan selesa untuk bermain dan bercakap sesama sendiri.

38
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Namun, kebiasaannya pelajar sindrom down ini sangat ramah dengan orang
sekeliling. Mereka akan memeluk sesiapa sahaja walaupun baru berjumpa. Kanak-
kanak ini juga biasanya mempunyai seseorang yang digemarinya misalannya guru.
Apabila mereka menyukai seseorang, mereka akan sentiasa memeberikan yang
terbaik kepada orang yang disukai namun, sekiranya ada orang lain yang mendekati
‘orang kegemaran’ mereka, mereka akan merajuk dan marah kerana mereka
berpendapat ‘orang kegemaran’ mereka tidak memberi perhatian kepada mereka
lagi.

2.1.5 tingkah laku

Masalah tingkah laku sering melanda pelajar-pelajar bermasalah


pembelajaran ini. Menurut Kirk 1997, Torgese and Litcht, 1983 mengatakan bahawa
antara 15 hingga 40 peratus pelajar initerlalu aktif, resah, tidak mengikut arahan,
tidak menyiapkan tugasan dan sebagainya. pelajar sindrom down ini khususnya
mudah mengalih perhatian mereka terhadap persekitaran mereka. Selain itu,
mereka juga kadang kala tidak mengikut arahan yang diberikan oleh guru. Sebagai
contoh, guru menyuruh mereka duduk untuk melakukan kerja rumah tetapi mereka
tidak mengendahkannya sebaliknya bermain atau melakukan apa saja yang mereka
lakukan. Pelajar-pelajar sindrom down ini akan dikenakan denda oleh guru kerana
mereka tidak mendengar kata.

Namun, ada juga pelajar sindrom down yang sangat mendengar kata dan
tidak melawan guru mereka. Melalui lawatan saya ke PDK tempoh hari, saya telah
berjumpa dengan pelajar yang sangat baik dan tidak memberontak sebaliknya
membuat segala arahan guru mereka. Walaupun mereka kelihatan seperti pelajar
pasif, tetapi mereka sangat pintar dan boleh bergaul mesra dengan orang lain.

Selain itu, kanak-kanak khas ini juga gemar mengambil barang orang dan
menganggap seperti harta mereka sendiri.jikalau mereka menyukai sesuatu barang
(orang lain). Sebagai contoh, pelajar sindrom down ini bermain dengan permainan
milik temannya, apabila pelajar tersebut mahu pulang, dia membawa pulang barang
mainan temannya tanpa segan silu dan sekiranya mainan itu diambil, dia akan

39
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

menangis dan meraung. Namun, terdapat juga kanak-kanak normal yang mengalami
masalah ini dan bukannya tertumpu kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran
sahaja.

Tambahan lagi,ada juga sesetengah kanak-kanak sindrom down ini juga


bersifat pemalu. Mereka pada mulanya segan dengan orang asing terutamanya
namun setelah lama berkenalan, mereka akan biasa dan dapat menyesuaikan diri.
Sebagai contoh, pelajar sindrom down di PDK Parit, Perak yang saya lawati, pelajar
di bawah ini berbangsa cina bernama Wei (gambar 4). Wei pada mulanya malu
untuk mengambil gambar, namun setelah dipujuk beberapa kali, dia akhirnya mahu
bergambar dan memberikan senyuman yang manis.

GAMBAR 4

2.2 sebab-sebab berlakunya masalah sindrom down

40
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Menurut pakar perubatan, terdapat empat faktor umum yang boleh menjadi
punca berlakunya masalah sindrom down ini. Ini boleh dilihat melalui rajah di bawah.

2.2.1 faktor kromosom

Baka Apabila dikaitkan dengan baka, ia bermula daripada hubungan seksual


suami dan isteri. Umumnya suami menghasilkan sperma dalam 23 pasangan
kromosom. Begitu juga dengan isteri menghasilkan telur dalam 23 pasangan
kromosom. Ia berlaku dalam 2 jenis pewarisan.

Dalam pewarisan pertama ini ibu bapa tidak mempunyai baka cacat. Setiap
pasangan kromosom yang wujud dalam pasangan itu menghasilkan empat
percantuman apabila berlaku persenyawaan. Dalam keadaan inilah anak mungkin
mewarisi sifat cacat. Ketidakseimbangan kromosom yang pertama iaitu ‘autosomal
dominant’, di mana pewarisan baka ini diwarisi oleh anak. Contohnya jika salah
seorang daripada ibu dan bapanya mempunyai baka cacat maka peluang mendapat
anak bermasalah pembelajaran serta kecacatan yang lain adalah 50% pada setiap
kali kandungan.

Pewarisan kedua, ‘autosomal excessive’ iaitu kedua ibu bapa pembawa


cacat. Jika salah seorang saja pembawa baka cacat, maka anak yang dilahirkan
tidak cacat cuma masih sebagai pembawa baka cacat. Bagaimanapun, bagi
pasangan yang normal tetapi kedua-duanya pembawa baka cacat kemungkinan
anak cacat tetap ada kerana kedua-dua ibu bapanya adalah pembawa baka cacat.
Peratus mendapat anak cacat adalah 25%, 50% menjadi pembawa manakala 25%
lagi mungkin normal. Keadaan ini berlaku setiap kali kandungan. Contohnya
daripada tiga kandungan mungkin dua anaknya dilahirkan normal kerana
penerimaan baka normal. Oleh itu, sebahagian ibu bapa yang normal juga
mempunyai anak cacat.

41
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

2.2.2 pemakanan ibu mengandung

Ibu yang kerap mengambil ubat kerana penyakitnya boleh menyebabkan


kecacatan kepada janin. ubat-ubatan masih dapat mengganggu perkembangan
normal otak, jantung dan organ-organ lain. Masalah timbul apabila anak dilahirkan.
Organ-organ ini masih lagi belum matang dan anak itu mempunyai risiko yang tinggi
akibat bahan kimia ubat yang digunakan. Selain itu, pengambilan gula yang banyak
juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi dalam kandungan. Ibu juga
haruslah menjauhi asap rokok, alkolhol dan dadah untuk menjamin perkembangan
bayi yang sihat. Bagi ibu yang mengandung, amalan pemakanan dan diet yang
seimbang penting untuk melahirkan bayi yang sihat.

2.2.3 umur ibu

Ada kajian yang mengatakan bahawa faktor umur ibu adalah salah satu
perkara terjedinya sindrom down. Ibu yang mengandung pada umur 38 tahun dan ke
atas adalah sangat berisiko untuk mendapatkan bayi sindrom iaitu nisbah satu
dalam 200 kelahiran. Walau bagaimanapun, sebaiknya ibu-ibu yang ingin
melahirkan anak pada umur itu, perlu menjalani ujian biopsi korion dan seterusnya
analisis kromosom ketika umur kandungan dua bulan, bagi mengesan kecacatan
Sindrom Down.

2.3 pendidikan kanak-kanak sindrom down

42
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

2.3.1 jenis-jenis pembelajaran murid bermasalah pembelajaran

Permainan sangat penting dalam pembesaran anak-anak sindrom down ini. Mereka
sangat sukakan permainan dan belajar melalui permainan yang mereka main.

a) Permainan selidik dan jelajah

Kanak-kanak ini sangat tertarik kepada semua benda yang ada di persekitaran
mereka contohnya kertas, pensil, pokok dan sebagainya. Pelajar ini akan mengutip
benda tersebut dan membelek objek yang mereka jumpai. Selepas itu, mereka akan
menggigit, melantun dan menekan benda itu untuk melihat tindak balas/respons
yang berlaku. Kanak-kanak sindrom down ini mempunyai semangat ingin tahu yang
sangat tinggi, jadi mereka akan mengenal pasti objek tersebut menggunakan deria
mereka. Sebagai contoh, apabila mereka mengutip bola, mereka akan melantun,
membaling serta menyepak bola itu untuk mengetahui sifat bola tersebut.

Apa yang guru boleh lakukan ialah dengan membawa kanak-kanak sindrom down ini
pergi ke padang dan menyuruh mereka melihat bunga, serangga dan tumbuh-
tumbuhan. Guru boleh membiarkan pelajr tetapi dalam pengawasan. Selepas pelajar
berjaya mencari sesuatu bahan, guru boleh menerangkan kepada mereka dengan
lebih lanjut mengenai sifat objek tersebut.

b) Permainan membina dan kognitif

Contoh permainan ini ialah menyusun suai gambar, menyusun objek mengikut
warna bentuk dan saiz dan bermain permainan lego. Antara contoh permaian ialah
permainan suai gambar, susun blok, bongkah kayu dan sebagainya. kesemua
permainan ini akan dapat membantu belajar menggunakan kemahiran berfikir dan
koordinasi mata serta tangan mereka akan dapat dipertingkatkan.

Di dalam kelas, guru boleh memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang cara-cara
untuk menyelesaikan permainan tersebut. Untuk menjadikan ia lebih menarik, guru
boleh mengadakan pertandingan dan memberikan mereka hadiah.

c) Perminan sosial

43
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Permainan sosial adalah permainan yang dimainkan pelajar bersama-sama rakan


mereka. Permainan ini boleh membantu merapatkan hubungan silaturrahim pelajar
dengan rakan dan pelajar dengan guru. Antara contoh permainan yang mereka
boleh main ialah permainan sorok-sorok, nenek kebayan, musang dengan anak
ayam dan sebagainya. selain itu, guru juga boleh bermain bersama dengan para
pelajar seperti melakukan aktivti fizikal. Contohnya melompat katak, berlari anak
dan sebagainya.

Pemerhatian guru sangat pentong sewaktu permainan ini dimainkan kerana


bimbang kanak-kanak sindrom down ini akan terjatuh atau bergaduh sesama
sendiri.

d) Permainan khayalan

Pelaajr sindrom down kebanyakannya gemar bermain permainan khayalan ini.


Mereka selalunya akan berimaginasi sendiri dengan melakukan perkara-perkara
tanpa ada peralatannya. Sebagai contoh, mereka akan berpura-pura menggunakan
tangan mereka untuk bercakap telefon. Kadang kala guru juga boleh melayan
kerenah pelajar ini dengan melakukan perkara yang pelajar sedang lakukan.

Sebagai contoh, guru lihat pelajar sindrom down ini tidak ceria. Guru boleh berpura-
pura menelefon pelajar ini contohnya’hello, boleh saya cakap dengan qilah, ini
teman lelakinya’. Secara automatik pelajar itu pasti berasa ceria kembali. Kadang
kala, jikalau pelaajr lelaki melayan kerenah pelaajr perempuannya, mereka berpura-
pura menjadi teman lelaki atau bapa atau apa saja watak mengikut kesesuaian
masa dan mood pelajar tersebut.

e) Permainan merangsang pergerakan otot

44
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Permainan otot sangat penting untuk merangsang pertumbuhan kanak-kanak


sindrom down ini. Pelajar sindrom down ini biasanya sangat aktif dan suka berlari.
Para guru boleh membawa pelajar untuk bermain sukan seperti bola sepak,
badminton, renang, berkuda dan sebagainya. Ia bukan sahaja dapat membantu
meningkatkan psikomotor halus dan kasar mereka sebaliknya ia juga memberikan
pengalaman baru kepada mereka untuk bermain sukan.

f) Permainan bahasa

Sebagaimana yang kita sedia maklum, kanka-kanak sindrom down ini mempunyai
masalah pertuturan. Mereka sukar untuk berkomunikasi dengan kita dan mereka
selalunya menggunakan bahasa isyarat. Untuk memperbaiki kemahiran komunikasi
mereka, para guru boleh melakukan nyanyian bersama-sama para pelajar. Nyanyian
adalah salah satu cara yang berkesan terhadap kanak-kanak kerana mereka
memang sukakan muzik. Selain itu, guru juga boleh menyuruh pelajar membaca
untuk kelas. Dengan aktivti ini, guru boelh memeperbetulkan sebutan para pelajar
dan mereka menigkatkan pembacaan mereka.

Tambahan lagi, para guru juga boleh mengadakan pertandingan bercerita, pidato
dan lain-lain lagi supaya kelas mempunyai semangat daya saing yang tinggi untuk
berusaha bersungguh-sungguh.

45
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Berikut jadual a di bawah merupakan permaian yang boleh dilakukan untuk kanak-
kanak sindrom down mengikut peringkat umur mereka.

Umur Permainan
Loceng, alat permainan bergerak, tangan sendiri atau alat permainan
0 - 6 bulan
yang boleh dipegang dan digigit
Alat permainan berbunyi dan boleh ditarik serta
6 - 12 bulan
permainan cantum bina
Kotak boleh disusun tinggi, kepingan kadbod
12 - 18 bulan
bercorak, bol, ai, buku bergambar
Kotak, kepingan kadbod bercorak, permainan cantum 2 tahun bina,
18 bulan -
buku bergambar, boneka

Jadual a

Jadi, jelaslah bahawa pembelajaran yang berkesan sangat penting untuk menarik
minat para pelajar bermasalah pembelajaran ini untuk mengikuti proses P&P. Guru
haruslah bijak mengajar dengan teknik yang boleh menarik perhatian para pelajar
supaya ia akan dapat memberi input dan maklumat pembelajaran akan dapat
disampaikan dengan berkesan.

2.4 Kekuatan dan kelemahan kanak-kanak sindrom down

46
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

2.4.1 Kelemahan

Sebagaimana yang kita tahu, kanak-kanak Sindrom Down ini mempunyai beberapa
masalah seperti:-

a) Kemahiran untuk menguruskan diri sendiri


b) Kecekapan psikomotor halus dan kasar

Sebagaimana yang kita tahu, kanak-kanak Sindrom Down ini ada di antara
mereka yang tidak pandai untuk menguruskan diri sendiri. Mereka selalunya akan
bergantung kepada kedua ibu bapa mereka untuk melakukan sesuatu seperti
memakai baju,mandi, makan dan sebagainya. oleh itu, ibu bapa haruslah tegas
untuk mendidik anak-anak mereka untuk berdikari(sekiranya mereka mampu) dan
tidak bergantung harapan kepada orang di sekeliling mereka sahaja.

Namun, ada sesetengah pelajar Sindrom Down yang mempunyai masalah untuk
berkomunikasi dan makan. Ini kerana mereka mempunyai masalah hypotonia dan
kelemahan pada otot pipi, lidah dan bibir dan menyukarkan mereka untuk menyebut
sesuatu ujaran.

Sewaktu mereka bayi, mereka sukar untuk menerima susu kerana kelemahan
otot pipi dan mulut mereka, jadi, ibu bapa haruslah memberikan susu dengan
menggunakan teknik yang betul supaya kanak-kanak ini tidak tercekik dan tersedak
sewaktu makan. Selain itu, bergantung kepada para ibu bapa untuk memahami apa
yang diujarkan oleh anak mereka dan guru juga perlulah mengajar teknik yang betul
dan membantu kanak-kanak ini untuk berkomunikasi.

Kanak-kanak Sindrom Down ini juga menghadapi masalah dengan


psikomotor halus dan kasar mereka.

Kadang kala mereka mempunyai otot tangan yang lemah dan ini memerlukan
mereka untuk mengikuti latihan terapi supaya otot mereka akan dapat dikuatkan dan
mereka akan dapat melakukan semua perkara dengan mudah. Selain itu, latihan
sewaktu yang boleh mereka lakukan untuk psikomotor halus ini adalah dengan
membuka dan menutup tingkap, menyusun mainan mengikut warna, saiz dan
bentuk, menyusun bongkah kayu membentuk bangunan, membutang baju dan
berlatih menggunakan krayon dan pensil. Guru dan para ibu bapa haruslah

47
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

membantu dalam membentuk kemahiran psikomotor mereka kerana untuk


mengelakkan mereka dari berasa rendah dri sewaktu bergaul dengan masyarakat
lain.

Dan bagi memantapkan psikomotor kasar mereka, ibu bapa haruslah melatih
anak-anak mereka untuk menggunakan kaki seperti berlari, melompat, menari
dan sebagainya. di sekolah, para guru boleh mengajak mereka bermaian dengan
rakan-rakan seperti maian kejar-kejar, main polis dan sebagainya. Di samping
dapat melatih kekuatan fizikal mereka, mereka juga akan dapat bersosial dengan
rakan yang lain. Latihan fisioterapi sangat penting untuk membina kekuatan otot
para pelajar ini kerana sesetengah pelajar mungkin menghadapi cabaran kerana
kekuatan otot yang rendah dan kelemahan ligamen sendi.

2.4.2 Kelebihan

Orang Sindrom Down ini mempunyai beberapa kelebihan yang boleh


membuka mata semua orang di dunia ini. Mereka sangat penyayang, suka
memeluk dan merawat orang lain. Walaupun mereka baru berjumpa dengan
orang asing, namun mereka sudah berani untuk beramah mesra dan memeluk
orang tersebut. Sebab itulah, ramai kanak-kanak Sindrom Down ini yang sangat
disenangi oleh orang lain.

Selain itu, mereka juga sangat jujur dalam menyatakan pendapat mereka.
Mereka tidak akan menipu sekiranya mereka tidak suka akan sesuatu perkara atau
orang di sekeliling mereka. Dan sekiranya kita memberi pujian kepada mereka
sebagai contoh, “anda melakukan pekerjaan yang baik", sebahagian besar akan
menjawab soalan secara sederhana dan tanpa basa-basi, "Ya, saya lakukan." Ini
menunjukkan mereka tidak suka diperlakukan seperti orang yang tidak boleh
melakukan apa-apa.

2.4.5 Kejayaan orang Sindrom Down

48
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Chris Burke

Chris Burke, terkenal kerana watak, Corky, bermain selama empat tahun di siri
televisyen, Life Goes On, dan menjadi salah satu kegemaran Amerika. Melalui
karyanya, ia mampu mengubah persepsi Amerika terhadap orang-orang kurang
upaya. Sejak Chris mengucapkan kata pertama, menjadi jelas bahawa dia adalah
seorang individu yang luar biasa dengan banyak bakat.

Chris Burke adalah orang pertama dengan sindrom Down untuk membintangi siri
televisyen mingguan. Pada waktu ini beliau terlibat dengan National Down
Syndrome Society (NDSS) dan menjadi Duta Besar. Chris percaya dengan
kemampuan sendiri dan keberanian serta tabah menghadapi dugaan hidup demi
mengejar impiannya untuk menjadi seorang pelakon.

Sekarang jika kita lihat perjalanan Chris di seluruh negara memberikan ceramah
inspirasi kepada pelbagai kumpulan anak-anak, pelajar, orang tua, dan profesional.
Ia tidak hanya berfungsi sebagai editor-in-chief daripada majalah NDSS untuk
remaja dan dewasa dengan sindrom Down, tapi juga menulis kolum dan respons
pembaca dalam sesebuah majalah terkemuka.

49
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

RUMUSAN

Setelah melawat PDK, Parit tersebut, saya dapat mengenalpasti beberapa kelemah
serta kelebihan PDK ini. Yang pertama ialah dari segi kewangan pusat ini mere
mendapatkan bantuan dari majlis kebajikan dan terdapat juga sumbangan dari Sul
Perak iaitu Sultan Azlan Shah. Selain itu, terdapat juga bantuan dari NGO dan ibu ba
para pelajar yang memberikan sumbangan kepada PDK ini.

Kelemahan yang saya dapat kenalpasti ialah Pusat pemulihan ini kekurangan da
untuk membeli barang-barang keperluan contohnya seperti barang makanan, alat-a
senaman, mainan, buku dan sebagainya. para ibu bapa juga kadang kala tid
melangsaikan yuran pendaftaran setiap bulan dan ini menyukarkan penyelia un
membeli barang keperluan. Jadi, kerjasama semua pihak dalam memba
memberikan dana khususnya ibu bapa sangat membantu dalam memberik
perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepada para pelajar di sana.

Tambahan lagi, dari segi pengangkutan pula, pusat ini tidak mempunyai pengangku
sendiri. Sekiranya terdapat para pelajar yang sakit, penyelia atau guru akan memba
menggunakan kenderaan mereka (selain ibu bapa mereka sendiri). Sem
pengangkutan adalah secara sendiri namun, di pusat ini mereka mengamalkan da
tolong menolong. Usaha yangboleh dilakukan ialah PDK ini seharusnya mempun
pengangkutan khas dan sepatutnya sebuah kenderaan disediakan bagi memudahk
pelajar dibawa ke hospital. Dengan adanya kenderaan seperti van, para pelajar bo
dibawa untuk melawat ke tempat-tempat menarik dan ini dapat meluaskan pengalam
para pelajar.

Selain itu, pusat PDK ini tidak mempunyai guru yang mencukupi dalam menga
kanak-kanak khas ini. Sebagaimana yang kita sedia maklum, PDK ini han
mempunyai 3 orang guru sahaja yang bertugas termasuklah penyelia di situ. P
terdapat jadual disediakan untuk mengelakkan kesesakan dan ketiadaan kelas. Jadi
langkah yang boleh dibuat ialah dengan menambah guru untuk Pusat berkenaan
supaya semua pelajar dapat belajar dengan selesa.

50
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Tambahan lagi, kelebihan yang saya dapat kenal pasti dalam PDK ini ialah kaedah
pembelajaran dan kaedah yang digunakan oleh para guru sangat membantu dalam
proses perkembangan kanak-kanak khas ini. Di sini, kaedah pendekatan guru yang
mengutamakan seorang guru seorang pelajar sangat berkesan dan membantu
pelajar. Selain itu, para guru juga menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang
sesuai contohnya menggunakan gambar, kad, tanah liat dan sebagainya. Terdapat
juga kaedah visual atau video ditayangkan contohnya seperti pengenalan haiwan,
nyanyian dan sebagainya. ini merupakan satu pendekatan yang baik kerana
kebanyakan para pelajar di situ bijak dan sudah boleh menguasai kemahiran 3M.

Di samping itu, Program yang disediakan di sini juga sangat membantu murid dari
pelbagai aspek sama ada kognital, mental mahupun fizikal para pelajar. Alat-alat
yang disediakan di sini juga mencukupi dan boleh dikatakan kesemuanya ada.alatan
seperti kerusi roda, alat-alat senaman dan mainan juga mencukupi. Kemudahan
yang disediakan sangat lengkap.PDK ini menyediakan dapur, tempat belajar, bilik
untuk komunikasi, stor penyimpanan barang dan pejabat. Terdapat juga latihan
fisioterapi bagi kanak-kanak bermasalah ini.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kelemahan PDK ini yang saya rasa perlu diberi
penambahbaikan seperti bangunan PDK ini sederhana dan mencukupi sekiranya
terdapat lebih kurang 20 pelajar pada satu masa. Bangunan ini seharusnya
dibesarkan sedikit supaya dapat memberikan keselesaan kepada para pelajar
(sekiranya jumlah pelajar pada masa itu ramai). Selain itu.bilik untuk menyimpan
kesemua alat ini kecil dan penuh sesak dengan alat-alat senaman.antara langkah
yang boleh dilakukan ialah dengan bangunan PDK itu dibesarkan, pasti kesemua
alat-alat itu senang untuk dikelurkan dan digunakan.

Kesimpulannya, kesemua langkah dan cadangan perlu diambil kira supaya kanak-
kanak ini dapat belaajr dengan selesa dan kondusif.

51
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Penutup

Sepanjang membuat tugasan ini, saya telah belajar banyak perkara tentang
Pendidikan khas. Sebelum ini, saya tidak tahu menahu langsung tentang apa yang
berlaku di dalam dunia Pendidikan khas ini. Namun, selepas saya membuat tugasan
ini, saya berasa amat bersyukur kerana telah dilahirkan cukup anggota badan dan
sihat berbanding kanak-kanak tidak normal yang lain.

Melalui pengamatan saya sepanjang mengadakan lawatan di PDK Parit, saya


telah dapat mengenal pasti ciri-ciri pelajar down sindrom. Selepas menemubual guru
di sana, saya dapat menambah kefahaman saya dalam memahami kanak-kanak
sindrom down ini. Selain itu, saya juga telah menemubual ibu kepada kanak-kanak
sindrom down ini. Dan ternyata kanak-kanak ini sememangnya sangat amat
disayangi oleh ahli keluarga mereka. Mereka juga sangat ramah dan ceria sewaktu
bermain mahupun belajar.

Para ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak istimewa ini ternyata perlu
mempunyai semangat yang kuat dan tidak mudah menyalahkan takdir. Ini kerana
untuk menjaga kanak-kanak istimewa ini memerlukan kesabaran,masa, wang yang
tinggi supaya mereka menerima pendidikan dan segala kemudahan yang cukup dan
lengkap.

Perkara ini sangat memberi kesedaran kepada saya yang kita semua
haruslah saling bantu membantu dalam memberi pertolongan kepada ibu bapa ini.
Kanak-kanak ini juga tidak wajar disisihkan kerana mereka juga insan yang perlukan
kasih sayang dan perhatian. Usaha semua pihak perlu untuk memberikan
kemudahan yang paling baik bagi kanak-kanak istimewa ini. Oleh itu, kita harus
bersyukur dengan semua kurniaan Allah walaupun kita merasa kepayahan dalam
segala pemberianNya, itu tandanya kita disangat disayangi dan sekiranya kita tabah
menghadapi ujian hidup ini, kita akan dapat ganjaran yang lebih besar nanti.

52
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

RUJUKAN

Christopher Kliewer. (1998). Schooling Children With Down Syndrome. Teacher


College Columbia University.

Hebert Crossman. (1995). Special Education in a Diverse Society. A. Simon and


Schuster Company.

Marilyn Friend. (2005). Special Education, Contemporary Perspectived for


school Profesional. Pearson Education Inc.

Thomas C. Covitt. (1989). Introduction to Learning Disabilities. Division of Simon


and Schuster.

------------------(2007). Open University; Pengenalan Pendidikan Khas. Kuala


Lumpur; Meteor Doc Sdn. Bhd.

-------------------(tidak dinyatakan).Kanak-kanak down sindrom. Dilayari pada 24


Februari 2010 dari laman sesawang http://ligakampung.com/blog/kanakkanak-down-sindrom/

-------------------(2006). Sindrom Down. Dilayari pada 25 Februari 2010 dari laman


sesawang http://www.myhealth.gov.my/myhealth

--------------------(tidak dinyatakan). Sindrom Down-Maklumat dan Fakta dari laman


sesawang http://www.phkks.org/bm/info_syndown.html

Charles I. Scott,MD (2008). Down syndrome. Dilayari pada 24 Februari 2010 dari
laman sesawang
http://kidshealth.org/parent/medical/genetic/down_syndrome.html

Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya(tidak dinyatakan). Bias pengajaran guru

53
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

dalam pelajaran khas dan pelajaran Normal. Dilayari pada 25 Feburuari


2010 dari laman sesawang http://eprints.utm.my/2236/1/7_9.pdf.

Maryanne Bruni.(2001).Occupational Therapy and the Child with Down


Syndrome. Dilayari pada 28 Mac 2010 dari laman sesawang
http://www.ds-health.com/occther.htm

Wikipedia (tidak dinyatakan). Down Syndrome. Dilayari pada 25 Februari 2010 dari
laman sesawang www.wikipedia/downsyndrome

Wikiipedia (2007).Chris Burke. Dilayari pada 28 Mac 2010 dari laman sesawang
http://en.wikipedia.org/wiki/Chris_Burke_(actor)

54
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Program Pemulihan dalam Komuniti (PDK)

55
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Pelajar-pelajar PDK

Gambar di atas merupakan gambar Puteri Aqilah bersama ibunya di PDK.

56
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Gambar di atas merupakan seorang pelajar Cebral Palsy yang sedang melakukan
latihan fisioterapi.

Gambar di atas menunjukkan Aini seorang pelaajr Sindrom Down.

57
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Buku latihan pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran

Buku lukisan 1

Buku lukisan 2

58
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Buku latihan 3

Buku latihan 4

Buku latihna 5

Kemudahan-kemudahan yang disediakan di PDK

59
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Bilik darjah

Kemudahan fisioterapi 1

60
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Kemudahan fisioterapi 2

Dapur 1.dapur merupakan tempat untuk para pelajar mempelajari masakan yang
mudah (ikhtiar hidup).

61
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Dapur 2

Bilik alatan. Di sini, segala penyimpanan barang-barang seperti kerusi roda,


trampolin dan sebagainya ditempatkan di sini.

62
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Alatan senaman. Alatan ini digunakan untuk menguatkan otot tangan dan kaki
pelajar.

Bilik mainan 1. Di dalam billik disediakan banyak permainan bagi para pelajar untuk
meningkatkan tahap psikomotor mereka.

63
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Alat mainan 2

Alat mainan 3

64
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Bilik komunikasi. Ia adalah bilik untuk para pelajar masuk dan berlatih komunikasi
mereka. Setiap pelajar akan masuk secara berseorangan dan mereka belaajr
bercakap dengan menggunakan cermin yang ada di dalam bilik tersebut.

Gambar permainan 1. Permainan seperti gelungsur dan bola disediakan di PDK ini.
Puteri Aqilah sedang bermain bola.

65
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Gambar permainan 2

Pejabat. Pejabat merupakan tempat untuk guru penyelia dan guru-guru membuat
tugas.

66
Pengenalan Pendidikan Khas: sindrom Down

Di dinding

‘Parts of body’ merupakan salah satu perkara yang pelajar di sini belajar.

Semua sijil-sijil pengiktirafan PDK ini.

67

You might also like