You are on page 1of 6

Masyarakat yang asalnya terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya ini telah mengamalkan satu

budaya yang sama dengan tempat yang mereka tinggal itu, dan dalam masa yang sama masyarakat
yang berada disitu telah bertindak untuk melupakan atau bertolak ansur dengan masyarakat lain
dalam mengamalkan satu budaya yang sama dengan masyarakat yang wujud disitu. Keadaan yang
wujud ini telah berpunca daripada asimilasi yang telah berlaku dalam masyarakat yang wujud di situ.
Melting pot inilah yang menjadikan masyarakat atau penduduk Amerika Syarikat sebagai salah satu
penduduk atau rakyat didunia pada hari ini yang terdiri daripada kumpulan kaum yang terbesar di
dunia.

Manakala dari segi bahasanya pula melting pot ini pula telah membawa kepada wujud satu istilah
yang turut serta atau tidak boleh dipisahkan daripada melting pot, iaitu multiculture. Perkataan
multiculture ini membawa maksud kepelbagaian budaya yang teradun didalam sesebuah
masyarakat yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Sememang melting pot dan multiculture ini
wujud di kalangan masyarakat di Amerika Syarikat pada hari ini dan membolehkan penyatuan
dilakukan. Dengan penytuan ini, pelbagai bangsa dapat hidup bersama dan sama-sama berinteraksi
antara satu sama lain dalam kehidupan seharian walaupun pada zahirnya mereka berbeza dari segi
ras dan keturunan.

Kepelbagaian budaya ini pula terhasil daripda melting pot yang telah teradun dan membentuk satu
budaya yang tersendiri. Didalam masyarakat Amerika Syarikat hari ini kita boleh melihat pelbagai,
etnik yang wujud seperti, Hisponic, Natherland, Indian, Cina, dan sebagainya yang telah bersasimilasi
di kalangan penduduk di Amerika Syarikat yang telah membentuk budaya yang tersendiri.

Percantumanan yang terdiri daripada pelbagai etnik ini juga telah menyebabakan wujudnya
kepelbagaian agama dikalangan penduduk Amerika Syarikat, justeru pada hari ini kita dapat melihat
bagaimana di Amerika Syarikat tempat pelbagai bentuk dan jenis agama yang telah diamalkan
seperti, Kristian, Hindu, Budhha, Yahudi, Islam dan sebagainya. Walupun dari fizikalnya mereka
berbeza, namun disebabkan perasaan kekitaan yang sama itu, mereka dapat membentuk koloni
masyarakat yang boleh dikatakan aman dan menganggap tiada perbezaan diantara mereka kerana
mereka adalah sama-sama rakyat Amerika. Manakala dari segi warna kulit yang datang ke Amerika
ini, secara majoritinya adalah ramai yang bukan daripada kulit putih sebenarnya. Hal ini kerana
kebanyakkan golongan yang melakukan migrasi ini adalah terdiri daripada golongan kelas
pertengahan yang berasal daripada kelompok middle class, kebanyakaan gologan imgran yang
melakukan migrasi ini akan terlibat samada sektor pengeluaran, sebagai sumber pendapatan utama,
namun terdapat juga imigran yang terlibat dalam pekerjaan professional seperti doktor, jurutera,
peguam dan sebagainya. Kedatangan kaum imigran ini yang pada kadar besar telah membentuk satu
kawasan sendiri yang di panggil sebagai sub-urban, sebagai contoh sub-urban yang telah di bentuk
adalah oleh kaum imigran cina di Monterey Park California.Hal ini terjadi kerana penduduk Amerika
Syarikat yang telah berasimilasi ini yang membentuk melting pot adalah terdiri daripada pelbagai
rakyat yang berasal daripada seluruh dunia. Kebanyakan penduduk Amerika Syarikat pada hari ini
sebenarnya adalah kumpulan penduduk yang berasal dariapada seluruh dunia yang telah melakukan
imiginasi kenegara tersebut.

Melting pot yang berlaku ini sebenarnya disebabakan berberapa perkara antaranya ialah terdapat
berberapa faktor yang menyebabkan wujudnya melting pot di amerika syarikat ini, faktor utama
yang menyebabkan wujudnya melting pot ini ialah faktor migrasi. Definisi migrasi adalah membawa
maksud penghijrahan dari sesuatu kawasan ke sesuatu kawasan baru. Hal inilah yang membawa
kepada berlakunya melting pot. Migrasi yang berlaku di Amerika ini adalah suatu migrasi yang
berlaku secara besar-besaran dan menyeluruh, hal ini kerana, Amerika memjadi tempat tumpuan
dunia oleh kerana kepesatan ekonomi yang wujud di Amerika. Oleh kerana itu, peluang pekerjaan
yang telah wujud di Amerika ini menjadi faktor tarikan berlakunya migrasi oleh masyarakat asing ke
Amerika Syarikat, menurut pengarang buku Multiculture in United state, Peter Kivisto, beliau
menyatakan bahawa Amerika Syarikat adalah sama seperti magnet yang menarik imigrasi dari
seluruh dunia. Antara tempat utama di Amerika yang menjadi tumpuan imigran ialah California, New
York, New Jersey, Texas, Florida, dan Illinois, pecahan kedatangan imigran ke Amerika Syarikat ini
boleh di bahagikan kepada 3 kumpulan utama iaitu dari Latin Amerika, Carribean, dan Asia.

Faktor migrasi ini telah meramaikan lagi penduduk Amerika disamping menambahkan kepelbagaian
kaum yang ada. Walaubagaimanapun, golongan imigran dan penduduk asal berasimilasi antara satu
sama lain dan seterusnya membentuk masyarakt yang kompleks. Kedatangan imigran ke Amerika
Syarikat juga di kaitkan dengan dasar kerajaan Amerika Syarikat yang memudahkan sebarang urusan
kewarganegaraan, kebanyakkan urusan yang dilakukan dalam hal berkaitan kewarganeagaran di
Amerika Syarikat adalah mudah, oleh yang demikian ianya telah menyebabkan berlakunya imigrasi
ke Amerika Syarikat. Kemudahan yang ada ini telah menarik minat imigran dan seterusnya
menghasilkan Negara Amerika yang berbilang bangsa.

Selain itu juga, perasaan penduduk yang mahukan perpaduan sesama mereka juga menjadi
penyumbang kepada proses ini. Kesedaran betapa pentingnya perpaduan telah menyebabkan
mereka sanggup untuk bersama-sama melupakan perasaan obsess kepada kaum sendiri dan
menerima kaum yang ada. Jika pada dahulu mereka menyebut diri mereka sebagai berdasarkan
tempat tinggal seperti orang Kentucky, orang Miami, atau juga berdasarkan negara seperti orang
Irish, orang Jerman, orang India atau Orang China, namun kini mereka lebih senang menggelarkan
diri mereka sebagai orang Amerika.

KESAN IMIGRAN DAN MELTING POT YANG BERKAITAN

Fenomena melting pot telah membawa banyak kesan dalam kehidupan masyarakat Amerika
Syarikat. Keadaan ini telah menunjukkan betapa melting pot ini mempunyai pengaruh yang kuat
dalam mencorakkan suasana samada ekonomi, politik, budaya, mahupun sosiologi masyarakatnya.

Kesan yang dibawa oleh melting pot ini merangkumi pelbagai aspek. Kesan ini wujud hasil dari
proses melting pot itu sendiri. Pertambahan penduduk yang pelbagai kaum sekaligus akan
membawa banyak perubahan keatas Amerika itu sendiri. Tidak hanya melihat kepada jumlah
penduduk, perubahan ini juga melibatkan ekonomi, sosial dan juga kebudayaan masyarakat Amerika
yang semestinya turut menerima tempias dari fenomena melting pot ini.

Melting pot juga dilihat dapat memberikan kesan samada dari segi positif dan juga negatif.
Walaupun boleh dikatakan melting pot ini membawa banyak kebaikan dalam proses pembinaan
bangsa, kesan negatif yang menyusul masih ada. Kedua-dua kesan ini dilihat memainkan peranan
yang besar dalam proses melting pot ini. Sebagai contoh, kesan melting pot dilihat amat bermakna
dalam proses pembentukan bangsa. Keadaan ini membolehkan proses penyatuan antara kaum
dapat berlaku dari peringkat dalaman masyarakat itu sendiri. Manakala kesan buruk adalah telah
mencampur adukkan kebudayaan dan sosial asal sesuatu kaum. Pencampuran dan pertembungan
boleh membawa kepada krisis identiti kepada kaum-kaum tertentu. Keadaan ini seterusnya secara
tidak lansung akan mengurang dan menghapuskan tradisi asal mereka. Pengurangan ini dapat dilihat
juga seperti pengamalan gaya hidup eropah oleh golongan imgran dari negara luar seperti Asia telah
menjauhkan mereka dari kebudayaan asal mereka sendiri samada dari segi gaya hidup, sosial, dan
juga keagamaan.

KESAN KEPADA EKONOMI

Kepesatan ekonomi Amerika yang giat berkembang menjadi tarikan utama manusia kepada negara
tersebut. Kedatangan imigran, pelabur, dan juga pekerja untuk berkumpul di negara tersebut.
Keadaan ini menimbulkan stuktur kegiatan ekonomi yang beroperasi melalui pelbagai bangsa yang
terdapat di Amerika. Golongan imigran terlibat dalam pelbagai sektor yang dijadikan sebagai sumber
pendapatan utama. Walaupun kebanyakan adalah terdiri daripada buruh-buruh di sektor
perindustrian, namun terdapat juga imigran yang terlibat dalam pekerjaan profesional seperti
doktor, jurutera, peguam dan sebagainya.

Proses pembentukan ekonomi yang berlaku ini telah mewujudkan hubungan yang tersendiri dalam
kehidupan rakyat Amerika. Kepelbagaian bangsa yang wujud telah meningkatkan pasaran Amerika
Syarikat menjadi lebih besar seiring dengan pertambahan penduduknya. Secara asasnya, permintaan
tinggi terhadap sesuatu barangan akan meningkatkan lagi pengeluaran dan turut menyumbang
kepada pembangunan ekonomi. Kedatangan ramai tenaga buruh, pekerja pakar, dan golongan
akedemik telah banyak membantu menyediakan suatu medium yang penting dalam membantu
merancakkan ekonomi. Keadaan inilah yang telah berlaku di Amerika Syarikat.

Kajian yang dilakukan pada tahun 1980 telah mendapati golongan imigran initelah menghasilkan
pulangan yang agak tinggi kepada ekonomi Amerika. Kajian yang bertajuk "The New Americans:
Economic, Demographic, and Fiscal Effects of Immigration", oleh James Smith yang merupakan ketua
United States National Research Council telah mengtakan bahawa imigran ini membawa kepada
perolehan sebanyak $10 billion kepada ekonomi amerika Syarikat setiap tahun dan bertambah
mengikut peningkatan penduduk.. Hasil ini diperolehi melalui pengutipan cukai dan juga khidmat
sosial.

Peningkatan pemilikan harta oleh golongan imigran juga memperlihatkan sumbangan mereka dalam
bidang ekonomi. Dalam satu kaji selidik yang dilakukan oleh U.S. Census Bureau's Survey of Business
Owners: Hispanic-Owned Firms: 2002, telah mendapati kadar pemilikan harta oleh orang Hispanic
telah banyak meningkat sebanyak dengan pemilikan perniagaan sebanyak 1.6 billion pada tahun
tersebut. Jumlah pemilikan ini menghasilkan pendapatan sebanyak $222 billion.

Selain itu sumbangan tenaga pakar dan buruh membolehkan ekonomi berkembang dengan lebih
pesat. Kebanyakan imigran yang datang juga turut sama membawa kepakaran dari negara asal
mereka dan mengembangkannya di Amerika. Keadaan ini membolehkan kepakaran mereka samada
dalam bidang pembuatan atau perkhidmatan yang sebelum ini tiada atau kurang diberi tumpuan
dapat dibangunkan dengan lebih giat lagi. Orang imigran juga didapati sanggup bekerja di sector
yang selalunya tidak digemari oleh orang Amerika seperti menjadi buruh kasar. Keadaan seperti ini
mengurangkan persaingan yang mungkin terjadi dengan kehadiran begitu ramai imigran ke negara
tersebut. Walau bagaimana pun, timbul pula spekulasi bahawa kemasukan buruh yang terlalu ramai
ini menjadi ancaman kepada orang kulit hitam di Amerika. Kemasukan buruh-buruh ini
menyebabkan persaingan untuk mendapatkan kerja menjadi lebih sengit dan keadaan didapati lebih
merugikan orang kulit hitam berbanding imigran dari bangsa lain.

Golongan imigran yang datang dari Asia pula dilihat lebih berjaya dalam segi ekonomik berbanding
orang-orang Amerika Latin. Orang-orang Asia Amerika dilabel sebagai contoh yang baik golongan
minoriti. Mereka juga dianggap sebagai rakan kerja yang bagus kerana mempunyai semangat dan
daya kerja yang tinggi. Sifat ini membolehkan imigran dari Asia lebih berjaya dan dilaporkan jumlah
perniagaan milik orang Asia Amerika ini adalah sebanyak lebih 1.1 billion pada 2002 dengan
pembabitan 2.2 billion orang yang berasaskan kekeluargaan. Angka yang besar ini juga telah
menghasilkan perolehan sebanyak $326 billion dari perniagaan tersebut. Jumlah ini memperlihatkan
sumbangan besar orang Asia dalam ekonomi dan juga perkembangan yang seiring dengannya
seperti peningkatan kemajuan teknologi.

KESAN KEPADA POLITIK

Selain itu, kedatangan pelbagai bangsa turuut membawa budaya politik yang pelbagai. Kedatangan
golongan imigran telah membawa sekali sokongan kepada ideologi parti tertentu. Keadaan ini
mungkin disebabkan oleh faktor struktur politik negara-negara asal mereka secara tidak lansung
telah mencorakkan persepsi mereka tentang pegangan politik.

Sebagai perbandingan, golongan imigran yang datang dari negara berbentuk republik seperti imigran
dari Cuba, Colombia lebih menjiwai pemikiran konservatif. Oleh itu, sokongan mereka dilihat banyak
berpaksikan kepada parti Republikan. Sementara pendatang dari Mexico, Puerto Rico, Dominican
dan juga Asia lebih menggemari Parti Demokratik. Kehadiran golongan imigran jug telah membuka
peluang bagi golongan ahli politik untuk cuba melobi sokongan golongan ini dalam politik. Peluang
ini dilihat sebagai satu kelebihan kerana bilangan imigran yang ramai membolehkan mereka
memainkan isu yang dilihat memberi kepentingan kepada golongan imgran. Walau bagaimanapun,
Parti Demokratik dilihat lebih mendapat sokongan dari golongan imigran kerana jumlah orang
Hispanic yang tinggi dan hampir 60% orang-orang Hispanic adalah imigran dari Mexico.

Kehadiran imigran ini juga secara tidak langsung telah menyebabkan perubahan politik dalam negara
Amerika. Keadaan ini terjadi kerana corak sokongan pengundi dari kalangan orang imigran telah
memberikan kelebihan kepada parti tertentu. Semakin ramai juga golongan imigran yang dapat
diterima pembabitan mereka dalam politik melalui kesan melting pot. Sebagai contoh adalah
Gabenor California sekarang iaitu Arnold Schwenerzenger adalah berasal Australia dan menetap di
Amerika. Walaupun faktor populariti menjadi sandaran, rakyat Amerika dilihat telah dapat
menghayati sepenuhnya konsep melting pot ini.

KESAN KEPADA KEBUDAYAAN


Kedatangan imigran ke Amerika Syarikat ini juga telah menyebabkan berlakunya asimilasi dikalangan
penduduk asal dan kaum imigan ini, namun apa yang ingin diperkatakan disini ialah kedatangan
imigran ini telah menyebabkan berlakunya percampuran budaya yang terlalu besar.

Namun begitu, golongan imigran ini turut membawa kebudayaan merekawalaupun telah melakukan
migrasi ke Amerika Syarikat. Keadaan ini bermakna mereka masih lagi mengekalkan sifat asal negara
mereka. Sebagai contoh di sebuah tempat kecil di pinggir Bandar Miami yang didiami oleh
sekumpulan masyarakat Haiti yang di panggil sebagai Haitian, mereka yang tinggal disitu masih lagi
terus bercakap dalam bahasa Haiti mereka walaupun bergaul dengan golongan yang bukan
berketuruanan Haiti, kedaan ini telah menyebabkan keadaan yang mana masyarakat Haitian ini
masih lagi merasakan yang mereka ini terpinggir daripada penduduk lain di Amerika syarikat ini.

Contoh diatas jelas menunjukkan pertembungan budaya telah dapat mempelbagaikan kebudayaan
di Amerika. Kemasukan budaya-budaya dari pelbagai negara luar membolehkan ianya bersatu di
Amerika. Ciri-ciri budaya golongan imigran ini tidak ditinggalkan, malahan diteruskan dan
dikembangkan juga di Amerika. Keadaan ini banyak menghasilkan beberapa bandar yang seolah-oleh
bandar asal penduduk tersebut keran majorit penduduk, gaya hidup,dan seni bina di kawasan serta
kegiatam harian yang mirip kepada tempat sal mereka. Contoh adalah masyarakat cina di
ChinaTown, Masyarakat Haiti di Miami, dan beberapa masyarakat seperti belanda, Perancis serta
Irish yang turut membina komuniti mereka di sesuatu tempat.

KESAN KEPADA STRUKTUR MASYARAKAT

Pertambahan penduduk yang pada asalnya ini hanya terdiri daripada masyarakat Red Indian ini
adalah berpunca kerana berberapa faktor seperti imigrasi yang telah dilakukan oleh penduduk luar
keatas negara baru yang dibentuk ini iaitu Persekutuaan Amerika Syarikat ini. Pertambahan ini telah
meyebabkan masyarakat atau penduduk Amerika Syarikat berkembang menjadi sebuah masyarakat
yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya, keturunan dan berasal daripada seluruh
pelusuk dunia.

Melting pot yang berlaku ini juga telah menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk secara
drastik di Amerika Syarikat. Sebagai contoh, kedatangan awal orang Hisponic adalah untuk tujuan
seperti perdagangan dan buruh pada permulaanya adalah dalam jumlah yang kecil. Namun pada
tahun 1990 terdapat 22 juta orang hisponic di Amerika Syarikat dan angka ini bertambah sebanyak
53% berbanding dengan jumlah penduduk Hisponic pada tahun 1980. Angka yang dicapai ini telah
meyebabkan orang hisponic membentuk hampir 7% daripada keseluruhan penduduk di Amerika
Syarikat pada masa ini, dan adalah dijangkakan menjelang tahun 2015, penduduk Hisponic akan
muncul sebagai kaum imigran majoriti di Amerika Syarikat. Pertambahan penduduk ini telah
membawa kepada kepelbagaian masyarakat di Amerika Syarikat. Hal ini menyebabkan timbul
masalah seperti masalah konflik antara berasaskan etnik. Masalah ini agak rumit dan sentiasa
berlaku dari masa ke semasa dan sentiasa tercetus jika ada kes baru yang dilaporkan. Konflik seperti
pergaduhan yang tercetus dari golongan imigran itu sendiri. Sebagai contoh, konflik yang sering
berlaku adalah antara orang kulit hitam dengan imigran Korea pada 1992 di kwasan Los Angelas dan
juga konflik orang kulit hitam dengan orang Hispanic seperti orang Mexico yang memang memusuhi
orang-orang kulit hitam hingga seringkali dilaporkan serangan berlaku kepada orang kulit hitam yang
baru masuk ke kawasan yang didiami ramai orang Mexico. Begitu juga konflik yang sama turut
berlaku antara penduduk setempat dengan imigran Hispanic, persaingan ekonomi telah
menimbulkan krisis walaupun tidak ketara. Masalah dari etnik yang sama tetapi kawasan berbeza
juga turut berlaku seperti masalah konflik yang terjadi antara pendatang dari Afrika dan juga orang
kulit hitam setempat.

KESAN SOSIAL

Kepelbagaian kaum di Amerika juga ada meninggalkan kesan daripada aspek sosial. Kesan ini dilihat
dari segi pertembungan budaya dan konsep melting pot itu sendiri. Hasil dari fenomena ini secara
tidak lansung telah menemukan kaum-kaum yang ada dengan golongan imigran seluruh dunia.
Keadaan ini menimbulkan stuktur sosial yang agak kompleks disebabkan kemasukan pelbagai
budaya.

Pertembungan ini akan menghasilkan struktur sosial baru samada bersifat positif mahupun negatif.
Dari segi positif, kesan ini dilihat dapat mempelbagaikan lagi nilai-nilai sosial masyarakat Amerika.
Kehadiran imigran sekaligus dapat memberi manfaat keatas nilai yang sedia ada dengan
mempelbagaikn lagi nilai yang ada. Manakala dari segi negatif pula boleh menimbulkan krisis identiti
yang lebih gemar mengamalkan gaya hidup tertentu berbanding nilai sedia ada seperti seseorang
Muslim yang tinggal di Amerika tidak lagi mengamalkan nilai-nilai Islam. Pertembungan pelbagai
etnik juga telah menyababkan berlaku krisis antara etnik yang lazimnya bermotifkan ekonomi.
Persaingan dalam pekerjaan dan ekonomi telah menyebabkan ada etnik tertentu yaang tertindas
dan lebih suka membentuk koloni sendiri. Masalah sosial juga bertambah rumit dengan bilangan
imigran yang tinggi. Masalah seperti pergaduhan berdasarkan etnik, dan peningkatan kadar jenayah
juga seringkali dilaporkan berlaku dan berlarutan hingga menjadi tidak terkawal. Golongan Hispanic
seperti Orang mexico dan Brazil gemar menubuhkan konsi gelap dan kumpulan mafia.Mengikut
purata, terdapat lebih 25,000 samseng jalanan dan 750,000 ahli yang terlibat secara aktif di seluruh
Amerika syarikat. Pada tahun 1999, penyertaan paling ramai adalah dari orang Hispanic iaitu 46%,
orang kulit hitam 31%, dan Asia 7%.

Kumpulan-kumpulan ini bnayak bergiat dalam aktiviti samseng seperti peras ugut,rompakan, jual
beli dadah, pelacuran dan kegiatan jenayah lain. Angka yang diperolehi oleh Bureau of Justice
Statistics, 2001, menyatakan bahawa 4% lelaki Hispanic berumur 20-30 tahun meringkuk dalam
penjara. Jumlah ini lebih tinggi jika dibandingkan dengan hanya 1.8% lelaki kulit putih. Ahli sosiologis,
Tony Water (1999) dalam bukunya Crime and Immigrant Youth menyatakan bahawa golongan
imigran terutama dikalangan juvana di Amerika Syarikat ini seolah-olah tidak kisah dan lebih suka
jika ditahan di penjara. Hal ini disebabkan oleh masalah kemiskinan yang dihadapi mereka, masalah
sosial di kawasan kejiranan miskin dan juga pengaruh kumpulan mafia.

You might also like