You are on page 1of 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PERKAHWINAN NANA

6 JANUARI 2011 ( AHAD)

PENGERUSI MAJLIS : SHARIFAH KASTINAH BT H.M.KASSIM

Sirih junjung berhias indah,


Sekacip pinang pembuka kata,
Bunga manggar kilau bercahaya,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran sejarah kini bermula.

(KOMPANG DIMAINKAN) – 8 Minit

Diiringi paluan kompang, sama cantik dan sama padan, beriringan masuk ke
perkarangan laman, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi
menawan, pasangan Raja Sehari;
**
(SELAWAT – ) – 3 Minit

(Pengantin akan berjalan menuju ke pelamin)

Anak muda memasang lukah


Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih

Dari Raub menuju ke Pontian


menghala pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis

BismilLahir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T.
Hari ini menugal jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli

Di malam hari terang senegeri


Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai

Yang dihormati

__________________________________________________________

Izinkan saya ………………

yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, bekas-bekas guru, teman sekerja dan
rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati
Allah S.W.T. sekalian.

Selaku tuan rumah kepada Majlis meraikan pasangan mempelai;

dengan penuh rasa takzim dan hormatnya mengucapkan Selamat datang ke :

Majlis Perkahwinan

dan

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Burung Nuri hinggap di balai


Balai seri buatan Pak Tua (nada rendah ke tinggi)
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah SWT, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh :

**

Dipersilakan.

(BACAAN DOA – 5MINIT)

Terima kasih diucapkan kepada _____________________ di atas bacaan doa


sebentar tadi.

Orang jauh dikenang-kenang


Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Anak Pak Sani mengail patin


patin dikail di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati

Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan


ketika** ,
akhirnya memutikkan rasa cinta di dalam hati kedua-dua pasangan ini.

Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, mereka
mengikat tali pertunangan pada _________________. Dan pada hari yang penuh
bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang
penuh berbahagia ini.

Bagi tidak melengah masa, kita terus ke majlis menepung tawar dan merenjis air
mawar.

(GAMELAN DIMAINKAN)

Dengan itu, saya menjemput :


(Nama dan gelaran dalam keluarga)

Yang pertama –

Seterusnya –

3–

4–

5–

6–

7–

8–

9–

10 –

Demikianlah tadi, acara menepung tawar dan merenjis air mawar bagi memeriahkan
majlis persandingan pasangan dua sejoli yang segak dan cantik di singgahsana.

Puan diiring ke Gunung Ledang


penuh istiadat penuh beradab
segala juadah telah terhidang
Kini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab.
Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk
bersama - sama ke meja yang disediakan bagi menikmati hidangan.

(PENGANTIN BERJALAN DARI PELAMIN KE MEJA)


PENGANTIN DUDUK
Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan

Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk
sama – sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya
mengalu – alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan pengantin lelaki, Mohd Firdaus Bin Azman
dengan diiringi oleh pengantin perempuan, Nor Khalida Binti Makmor untuk ke pentas
bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

PENGANTIN BERUCAP
5MINIT

Terima kasih diucapkan kepada pengantin lelaki, _______________, yang turut


mewakili pengantin perempuan, di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Kini beralih pula ke agenda istemewa

Pemanis mulut adat tradisi


Tanda kenangan raja sehari
Acara memotong kek menyusul kini
Dipersilakan mempelai raja sehari

PENGANTIN MEMOTONG KEK


(15MINIT)
Tiup serunai di pinggiran kota
Sidara menyulam bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan
terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas
kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Tanam laguna tumbuh keladi


Terbit bunga pucuknya mati
Budi mu tuan harum mewangi

tersemat utuh di dalam hati

Puteri berselimpuh dibalik langsir


putera idaman bermain nobat
Senyuman terukir manis dibibir
Sudah sempurna segala adat

cincin dijari lambang cinta


terbukti kini termetri janji
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita
lagi pada masa yang akan datang. salam hormat , salam takzim, salam kekeluargaan
buat semua hadirin , Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.

You might also like