You are on page 1of 11

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

Soalan (b)

Tajuk : Penyakit Demam Denggi

Pengenalan

Kajian ini dilakukan di sekolah saya iaitu SK. Lubok Song. Sekolah saya terletak jauh
di pedalaman yang jauhnya kira-kira 20 kilometer dari pekan Song. Tidak ada jalan raya
menghubungi sekolah saya dari pekan Song. Pengangkutan utama hanyalah perahu panjang
yang mengambil masa enam jam baru sampai ke sekolah dari pekan Song.Walaupun kes
denggi belum lagi berlaku di sekolah saya, namun tidak mustahil ia akan berlaku kerana
kawasan persekitaran sekolah saya di kelilingi hutan tebal dan banyak tempat yang mungkin
mengundang risiko penyakit demam denggi. Oleh kerana sekolah saya sekolah di pedalaman
enrolment murid hayalah lima puluh orang murid sahaja dan mempunyai dua belas orang
guru dan 7 tujuh orang staff sokongan.
Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui lebih mendalam tentang penyakit denggi.
Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut
kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini. Denggi
boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk
aedes. 
Penyakit ini biasanya berlangsung selama sepuluh hari dan kadangkala mengambil
masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding
dengan luar bandar. 
Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini
tergolong di dalam keluarga togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam
serangga. Terdapat 4 jenis ´serotype´ virus yang telah dikenalpasti iaitu den 1, den 2, den 3
dan den 4. Semua jenis ´serotype´ ini boleh merangsang pembentukan antibodi yang berbeza-
beza. 
Namun begitu, kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh
terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus
tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk
aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal
penyakit. 
Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk
merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada

1
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak dua hingga empat miligram darah iaitu 1.5
kali berat badannya. 
Nyamuk aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di
kaki.Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu: 

1. Aedes aegypti. Ciri-ciri nyamuk ini ialah tanda putih-perak bentuk kecapi di kepala.
Nyamuk aedes aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di
dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar
rumah. 

2. Aedes albopictus. Ciri-ciri nyamuk ini pula ialah terdapat garisan putih-perak disepanjang
pertengahan kepala dan badan. Nyamuk albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di
bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan
menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit
manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-
bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti
daun pandan dan nenas dan tempat air bertakung. 
Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter. 

Cara jangkitan: 
Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup
dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama
lapan hingga sepuluh hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk.
Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya. 
Apabila nyamuk aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan
sekali virus denggi yang ada terdapat dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia.
Apabila nyamuk aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia
akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain. 
Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang
menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera
menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk
tersebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa
pengeraman. Cara ini dipanggil ´penularan mekanikal´. 

2
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
Selain itu, jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari di mana ia
merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur,
jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya. Penularan transovari sangat
penting bagi virus denggi kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di
persekitaran. Melalui proses penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen
pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agen penyakit. 

Tempat pembiakan: 
Nyamuk aedes membiak di dalam takungan air jernih sama ada di dalam dan luar
rumah tetapi tidak boleh membiak di dalam air yang kotor. Bahagian dalam rumah ia dapat
membiak di piring alas pasu bunga, tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi dan
perangkap semut. Manakala di luar rumah seperti di dalam tayar buruk, saluran air hujan, tin-
tin kosong, kawasan pembinaan, cawan getah, lubang pokok, tungguk buluh, ketiak daun
seperti, daun pandan dan nanas. 

Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu: 


i) Demam denggi klasikal. 
Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot.
Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini
juga pernah dinamakan ´demam patah tulang´ atau ´breakbone fever´. 
ii) Demam denggi berdarah. 
Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun.
Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi
klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah,
ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna
hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika
rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai ´demam berdarah Filipina´. 

Tanda-tanda atau gejala: 


1. Demam denggi klasikal 
Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau
kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa
dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7
hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang

3
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh
didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam
darah menurun. 
2. Demam denggi berdarah 
Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat
panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang
berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah
dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang
berlebihan. 
Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh
mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau
gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit,
kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian
dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai ´Dengue
Shock Syndrome´ (DSS). 
Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu antara
rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah: 

Rawatan demam denggi klasikal: 


Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan
pesakit iaitu mengurangkan demam(suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku. 

Rawatan demam denggi berdarah: 


Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan
dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas
juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik.
Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan
masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran
intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah
kehilangan plasma. 
Oleh hal yang demikian, orang ramai perlu lebih peka terhadap kawasan sekitar tempat
tinggal mereka agar nyamuk ini tidak dapat membiak dengan membersihkan kawasan rumah
dan membuang segala sampah sarap yang mungkin menjadi sarang nyamuk ini melakukan

4
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
proses pembiakkan malah pihak berkuasa juga perlu memastikan setiap premis bebas
daripada denggi

Bagaimanakah penyakit ini merebak?

Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau
tropika.Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi
risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan
ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.

Pemindahan penyakit:

 Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa
virus denggi.
 Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari
selepas menghisap darah manusia (perumah).
 Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke
generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
 Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat
kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan
menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
 Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat
menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan
sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.

Bagaimanakah terjadinya demam denggi?

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.

Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini
kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja
seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya,
maka bermulalah penyakit ini.

5
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
Apakah penyebab demam denggi?

Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia
melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-
4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum
memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah
nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang
merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.

Apakah faktor yang meningkatkan risiko denggi?

Pada asasnya, mereka yang tinggal di kawasan endemik denggi dan terdedah kepada nyamuk
Aedes menghadapi risiko dijangkiti demam ini.

Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat penyakit denggi ialah:

 Penduduk dan pelawat kawasan endemik denggi.


 Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah. Penyakit ini menjadi lebih teruk dan sering
membawa kematian kepada kumpulan ini.

Apakah gejala denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi demam denggi,
demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.

Demam Denggi

Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:

 Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta
dengan kemunculan ruam.
 Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom
demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk,
ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.
 Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.

6
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
 Kadar kematian amat rendah.

 Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti
gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam
denggi yang tidak spesifik.
 Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan
sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.
 Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi
40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.
 Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang
selepas demam sembuh.
 Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit
(ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)

Sindrom Renjatan Denggi

Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam
beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:

Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral
(circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan
yang kritikal.

Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah
(hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan
terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh
mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan
adalah pendek. Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh
dengan cepat selepas diberi terapi antirenjatan.

Apakah komplikasi yang mungkin timbul?

Komplikasi demam denggi ialah:

 Demam Denggi Berdarah.


 Sindrom Renjatan Denggi.

7
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

Apakah ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyakit ini?

 Pemeriksaan darah digunakan untuk membantu dalam diagnosis demam denggi.


Kiraan sel platlet yang rendah (trombositopenia) dan kepekatan hematokrit
(hemokonsentrasi) yang tinggi lazimnya dikesan.
 Ujian serologi menawarkan kaedah yang paling cepat dan ringkas untuk mengesahkan
diagnosis klinikal demam denggi. Pengasingan virus merupakan kaedah diagnosis
yang paling boleh dipercayai.

Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?

Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.

 Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral
sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat,
anoreksia dan muntah-muntah.
 Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau
bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan
kesakitan, antipyresis - mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan
aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh
menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda
awal renjatan.
 Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang
hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan
menghasilkan kesan yang menggalakkan.

Rawatan bukan farmakologi

Rawatan termasuk:

 Meningkatkan pengambilan cecair.


 Meningkatkan bekalan oksigen.

8
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera
sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena
(melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi
berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya.
Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan.

Rawatan farmakologi

Tiada ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan gejala
yang timbul.

Apakah jenis pemantauan yang perlu dibuat?

Apabila sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi tanggung
jawab doktor yang merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan mengenai
perkara ini kerana denggi merupakan penyakit yang perlu dilaporkan. Laporan ini penting
supaya tindakan lanjutan seperti di bawah ini dapat dijalankan:

 Kawasan dan persekitaran di mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan
(fogging) oleh pihak berkuasa.
 Memantau kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya ianya tidak
merebak ke tempat lain. Jika tempat pembiakan ditemui pemilik rumah akan didenda.
 Apabila pesakit telah keluar dari hospital, beliau dan ahli keluarganya perlu mengambil
langkah-langkah pencegahan dan bertindak untuk mencegah penyakit ini dari berulang.
Ini kerana pesakit yang pernah mengalami denggi jika ia mendapat semula penyakit ini,
kesannya adalah amat teruk.

Apakah prognosis bagi demam denggi?

Pada umumnya, prognosis bagi demam denggi dan demam denggi berdarah adalah
baik jika rawatan sokongan diberi lebih awal.

Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?

Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa
kemajuan telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia

9
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
dari keempat-empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran
dalam beberapa tahun lagi.

Bagaimana cara untuk mencegah denggi di sekolah

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:

 Perlindungan dari gigitan nyamuk.


 Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
 Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
 Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.

Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk

Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang pelajar itu perlulah mengetahui tabiat
makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah
apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh
melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk
mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang

Jalan terbaik ialah mengelak murid-murid dari bertandang ke kawasan berisiko


(kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam.
Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan
nyamuk di kawasan sekolah. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air
seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Pihak sekolah juga juga perlu selalu menukar
air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari
membiak. Apa yang pihak sekolah perlu lakukan ialah:

 Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan
ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.

10
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
 Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
 Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga

Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?

Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa
kemajuan telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia
dari keempat-empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran
dalam beberapa tahun lagi.

Penutup

Masalah denggi merupakan ancaman besar bagi kesihatan pelajar-pelajar. Sewajarnya pihak
kementerian kesihatan memandang serius akan perkara ini. Dengan itu pihak sekolah perlu
bertanggungjawab bersama untuk membasmi dan mencegah penyakit ini daripada
berlaku.Dengan penjelasan daripada kajian kes yang saya buat ke atas sekolah saya seperti
yang diterang di atas akan dapat menjadi panduan dan seterusnya pihak sekolah perlu
mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum kes ini berlaku. Pencegahan awal adalah
langkah terbaik untuk menangani masalah ini.

11

You might also like