You are on page 1of 5

Penjanaan Ekonomi Asas Pembinaan Tamadun: Pengajaran Daripada Tamadun

Cina,Bincangkan.

Tamadun cina mula terbentuk di lembah Sungai Hwang Ho atau juga dikenali Sungai Kuning .
Tamadun ini berkembang hingga ke selatan China. Perkembangan ini berlaku dengan meluas
pada zaman dinasti chin di bawah pemerintahan Maharaja Shing Huang Ti yang meluaskan
jajahan takluknya hingga ke Sungai Merah Vietnam. Antara factor yang menjadi asas
pembentukan sesuatu tamadun adalah penjanaan ekonomi. Begitu juga dengan tamadun cina
penjanaan ekonomi menjadi asas perbinaan tamadun ini. Penjanaan ekonomi di tamadun ini
dijana oleh aktiviti seperti pertanian, perternakan,perlombongan,perdagangan dan aktiviti
sampingan lain seperti membuat kraftangan dan sebagainya.Selain aktiviti ini,system ekonomi
yang diamalkan juga menjadi asas pembinaan tamadun di dalam tamadun ini. Misalnya system
ekonomi sara diri,system ekonomi komersial dan system ekonomi perdagangan. Perjanaan
ekonomi di dalam tamudun ini juga di bantu oleh perkembangan teknologi yang terdapat pada
zaman tersebut.

Aktiviti ekonomi utama yang dijalankan dalam tamadun cina adalah aktiviti pertanian yang
melibatkan penanaman tanaman seperti bijirin di dataran loes dan padi di selatan cina serta
tanaman –tanaman yang lain. Penggunan alat pertanian yang diperbuat daripada besi seperti
cangkul telah mengalakkan aktiviti pertanian. Selain itu system pengairan yang digunakan telah
meningkatkan hasil pertanian. Selain daripada pengunaan system pengairan tamadun china juga
memperkenalkan beberapa pembaharuan seperti mengamalkan penanaman padi dua musim dan
juga system tanaman bergilir untuk memastikan kesuburan tanah . tanaman baru juga turut
diperkenalkan untuk mempelbagaikan lagi hasil pertanian dalam tamadun cina seperti jagung
india,ubi kentang manis dan kekacang. Selain daripada itu pengunaan baja turut diperkenalkan
untuk meningkatkan hasil pertanian. Melalui peningkatan ini maka ekonomi cina telah
berkembang daripada ekonomi yang berbentuk sara diri kepada ekonomi komersial.

Aktiviti lain yang turut dijalankan dalam tamadun cina ialah aktiviti peternakan seperti
perternakan lembu,kambing,kerbau dan kuda dalam dinasti Shang dan perternakan
lembu,khinzir,kambing dan ulat sutera dalam dinasti Zhou. Perternakan ulat sutera telah
mengalakkan perusahaan kain sutera . Selain daripada perternakan masyarakat dalam tamadun
ini turut menjalankan kegiatan ekonomi lain seperti membuat kraftangan seperti tembikar,sutera
dan seni lukis pada dinding. Selain itu perusahaan logam dan tembikar turut berkembang dalam
dinasti hand an hasilnya diperdagangkan di dalam negeri dan ke luar negeri seperti ke alam
melayu,India,Timur tengah dan barat . Penghasilan hasil –hasil lain yang bukan berasaskan
pertanian telah mengalakkan perkembangan ekonomi cina dari bersifat sara diri ke bersifat
komersial dan berkembang pada ekonomi berasaskan perdagangan.

Aktiviti perdagangan yang dijalankan oleh Tamadun melibatkan perdagangan hasil kraftangan
seperti sutera,tembikar,barang-barang ukiran dari kayu,gangsa,kulit binatang dan jed. Aktiviti
pertanian ini melibatkan interaksi antara tamadun iaitu interaksi dengan tamadun
India,Rom,Mesir,Mesopotamia dan Alam melayu. Kegiatan perdagangan pada awalnya melalui
jalan darat iaitu jalan sutera darat dan kemudiannya melalui jalan laut iaitu mulai zaman dinasti
Tang. Antara pelayar yang hebat dalam tamadun cina ialah laksamana Cheng Hong yang telah
datang berdagang ke Tanah Melayu.Aktiviti perdagangan telah mengalakkan interaksi dan
membawa perkembangan positif dalam perkembangan tamadun seperti telah mempelbagaikan
jenis tanaman di dalam tamadun melalui pengenalan tanaman baru yang dipelajari daripada
tamadun lain.

Antara system ekonomi yang dijalankan dalam tamadun cina ialah system ekonomi sara
diri.Dalam system ini aktiviti pertanian penduduk lebih kepada aktiviti pertanian dan perternakan
tetapi hanya skala yang bertujuan untuk memenuhi keperluan seharian sahaja. Sistem ini
diamalkan pada zaman dinasti Shang hinggalah ke abad 7. Pada zaman Dinasti Chou, satu sistem
yang dipanggil well-field system dilaksanakan. Di bawah sistem ini, tanah dipecahkan kepada 9
bahagian. 8 bahagian diusahakan oleh petani sendiri manakala hasil tanah kesembilan diserahkan
kepada pemerintah. Penternakan masih diamalkan pada zaman Dinasti Chou. Dari segi alat
pertanian, ia masih bersifat primitif dan dibuat daripada batu dan kayu.

Selepas abad ke 7 sistem ekonomi telah berubah dari ekonomi sara diri kepada sistem ekonomi
komersial.Pelbagai pembaharuan telah dilaksana seperti penggunaan peralatan pertanian yang
diperbuat daripada besi. Penggunaanyan telah bertanggungjawab menghasilkan hasil pertanian
yang lebih banyak.Selain itu sistem pembajakan yang mengunakan binatang juga dimulakan.
Penggunaan alat besi juga telah memperluaskan sistem pengairan dan kawalan air boleh
dilakukan dengan berkesan. Salah satu contoh projek pengairan ialah projek pengairan Chengtu
di Szechuan. Selain pertanian, barang kraftangan seperti sutera juga dihasilkan dengan banyak.
 Pada zaman Dinasti Chin, China yang berpecah-belah telah disatukan dan satu kerajaan pusat
ditubuhkan. Pemilikan tanah persendirian telah diperluaskan. Matlamat ekonomi kerajaan zaman
ini adalah memaksimakan pengeluaran melalui pertanian, penternakan dan pengeluaran kain.
Pengeluaran pertanian dengan peningkatan dalam kawasan pertanian diperlihatkan. Pertanian
secara komersil menjadi salah satu ciri ekonomi yang penting pada zaman ini. Sebagai
kesimpulan, dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakan pada pelbagai zaman berjaya
merangsangkan ekonomi sara diri berkembang menjadi ekonomi komersil dimana tingkat
pengeluaran telah meningkat berlipat-ganda dan hasil yang berlebihan dapat dijual kepada orang
lain. Hal ini kemudian telah mewujudkan kegiatan perdagangan di negara China.

Seterusnya system ekonomi berasaskan perdagangan telah wujud sejak zaman dinasti shang yang
dilihat melalui pengunaan kulit siput sebagai mata wang. Kegiatan ini kemudian terus
berkembang pada zaman Dinasti Chou. Penyeliaan jalan-jalan baru, terusan dan sungai
meningkatkan kemudahan dan membawa kepada kemunculan pedagang-pedagang prominen
yang melabur keuntungan mereka khususnya dalam tanah berperanan mengutip cukai. Tetapi
golongan ini didiskriminasikan oleh pemilik tanah aristokrat dan mereka menduduki tempat
paling rendah dalam pengklasifikasian penduduk iaitu shih (bangsawan), nung (petani), gong
(tukang) dan shang (pedagang). Selepas zaman Chou, kemajuan pesat dalam perdagangan juga
dapat dilihat pada zaman Dinasti Chin. Kemunculan kelas pedagang dalam zaman ini adalah
banyak sekali.Pada zaman Dinasti Han pula, peningkatan dalam pengeluaran perlombongan dan
garam telah membawa kepada kemajuan perdagangan tempatan dan asing.

Pengajaran daripada perkembangan tamadun cina boleh di aplikasi bagi membantu


perkembangan tamadun melayu pertama adalah kreatif dan inovatif. Ini dapat dilihat daripada
penciptaan alat pertanian daripada besi yang membantu meningkatkan pengeluaran hasil
pertanian di dalam tamadun tersebut. Selain itu peningkatan dalam penyelengaraan terusan yang
makin baik dari satu dinasti ke satu dinasti yang digunakan untuk mengawal banjir untuk
mengelakkan kemusnahan harta benda dan untuk meningkatkan hasil pertanian telah Berjaya
mengembangkan tamadun cina. Seterusnya bukti kreativiti masyarakat tamadun ini dapat dilihat
daripada penciptaan kolar kuda dan tengala yang digunakan untuk membuat batas tanaman
pengunaan tengala yang ditarik dengan kuda telah mempercepatkan penyediaan batas untuk
tanaman dan menjimatkan masa dan tenaga manusia.selain itu penciptaan kereta sorong roda tiga
dan penyisir tanah telah membantu dalam perkembangan aktiviti pertanian.

Pengajaran seterusnya adalah keberanian dalam membuat perubahan dalam kegiatan ekonomi.
Hal ini dapat dilihat dengan memperkenalkan kaedah pertanian baru itu tanaman padi secara dua
musim yang diperkenalkan dalam dinasti Ming.Kaedah telah meningkatkan keluaran padi dalam
tamadun cina dan membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat cina dalam tamadun ini yang
rata-rata terdiri dari golongan petani. Selain memperkenalkan kaedah baru mereka turut
memperkenalkan tanamana baru seperti jagung india, ubi kentang manis dan kekacang. Melalui
pengenalan ini telah mempelbagaikan hasil pertanian di dalam tamadun cina. Seterusnya
kerajaan cina turut memperkenalkan tanaman bergilir pada skala yang besar yang bertujuan
meningkat kesuburan tanah ,dan pengenalan baja telah diperkenalkan untuk meningkatkan mutu
hasil pertanian dan seterusnya meningkatkan pengeluaran hasil pertanian di dalam tamadun cina.
Melalui pengenalan-pengenalan kaedah baru ,tanaman baru dan sebagainya telah meningkatkan
hasil pertanian dan mengalakkan aktiviti penanaman secara komersial yang akhirnya membawa
kepada aktiviti perdagangan.

Pengajaran yang seterusnya ialah tamadun china lebih banyak mengeksport daripada
mengimport yang menyebabkan pendapatan Negara lebih tinggi daripada nilai yang dibayar ke
luar Negara. Antara barang yang dieksport oleh cina ialah sutera,tembikar,barang-barang ukiran
dari kayu,gangsa,kulit binatang dan jed. Manakala barang import china dari tamadun lain adalah
seperti gading dan kuda baka baik dari Negara tropika,kaca,linen,dan kain bulu dari Negara asia
barat,alfalfa dan anggur dari asia tengah dan mutiara dari laut merah.

Pengajaran yang seterusnya rahsia kejayaan perniaga-perniaga china dalam mengembangkan


empayar perniagaan mereka. Antara rahsia mereka adalah kerana mereka tidak suka makan gaji
kerana makan gaji pendapatannya adalah sedikit ,selain itu mereka juga memandang rendah
kepada sesiapa yang gagal dalam perniagaan malah member galakkan kepada mereka ini.
Seterusnya mereka pandai mengira dan mengendali wang dan tahu membelanjakan wang untuk
tujuan membesarkan lagi perniagaan mereka. Mereka juga berpendapat untuk Berjaya dalam
perniagaan kita perlu berusaha dan mengeluarkan modal kerana tanpa usaha kita tak akan
Berjaya dan tanpa modal kita tidak boleh memulakan perniagaan. Mereka juga bukanlah seorang
yang suka mencari keuntungan untuk diri sendiri . Bagi mereka sebagai perniaga baru mestilah
bersederhana tidak terlalu bermegah atau berlebih-lebihan. Selain itu untuk berjaa perlulah tahan
caci maki orang dan anggap itu sebagai untuk kita Berjaya. Dan yang paling penting janganlah
hanya hangat-hangat tahi ayam kerana sikap sebegini tidak membuahkan hasil dalam apa juga
yang kita ceburi samada ada dalam perniagaan atau aktiviti lain juga.

Kesimpulannya dalam membangunkan sesebuah tamadun pembangunan ekonomi adalah penting


bagi memastikan pembangunan dapat dijalankan dengan pesat . Kreatif dan inovatif adalah
penting untuk meningkatkan hasil pengeluaran sesuatu Negara misalnya aplikasi teknologi dalam
pertanian,peternakan dan sebagainya.

You might also like