Professional Documents
Culture Documents
PENGENALAN:
KESAN POSITIF:
1. Industri pelancongan menambahkan sumber pendapatan Negara
menerusi pertukaran wang asing.
Kira-kira 15.7 juta pelancong yang melawat Malaysia pada tahun
2004 telah menyumbangkan pendapatan sebanyak RM30 billion
kepada Malaysia.
Pendapatan yang dijana menerusi pelbagai kegiatan pelancongan
membantu meningkatkan perdagangan antarabangsa dan
membangunkan ekonomi negara.
2. Industri pelancongan menambahkan peluang pekerjaan di negara kita.
Peluang pekerjaan dapat dipertingkatkan menerusi pelbagai
perusahaan yang berkaitan dengan industri pelancongan.
Secara langsung ,pelbagai peluang pekerjaan ini membantu
mengurangkan kadar pengangguran di negara kita.
Peluang pekerjaan yang disediakan dapat membantu mengikis
atau mengurangkan masalah sosial di negara kita.
3. Aliran pelancong dari luar dan tempatan dapat mengeratkan
kesefahaman dan hubungan diplomatik di peringkat antarabangsa.
Kemasukan pelancong asing secara langsung membantu
hubungan diplomatik antara negara jiran .Hubungan
persaudaraan yang terjalin membantu menjamin kedamaian
dunia.Pelancong tempatan juga menjalin hubungan dan
kesefahaman yang lebih erat.
4. Kewujudan pusat-pusat pelancongan membantu memelihara alam
sekitar.
Keindahan alam dapat dipelihara dengan adanya kawasan
pelancongan kerana apabila sesuatu kawasan dijadikan pusat
pelancongan,kawasan itu dijaga dan dipelihara .Kesannya,flora
dan fauna tidak akan pupus.
KESAN NEGATIF:
1. Lazimnya,industri pelancongan akan mengakibatkan pencemaran
budaya tempatan.
Pencemaran budaya berlaku kerana terdapat kemasukan
pengaruh budaya asing yang negatif seperti pergaulan
bebas,tarian yang sensasi,pakaian yang menjolok mata dan
penyalah gunaan dadah.
Kemunculan pusat-pusat hiburan seperti kelab malam,disko,dan
karaoke menambahkan perlakuan sumbang seperti yang sering
berlaku di pantai perkhelahan Batu Ferringhi,Pulau Pinang.
2. Industri pelancongan mengancam kesihatan penduduk dengan
merebaknya penyakit berbahaya dan kronik akibat kelakuan sumbang
termasuklah kegiatan pelacuran.
Akibat kegiatan pelacuran ,penyakit seksual seperti AIDS turut
menular.
Penyakit-penyakit berjangkit turut bertambah akibat pergerakan
dan kebanjiran manusia,khususnya di pusat-pusat pelancongan.
3. Pembangunan yang pesat dalam industri pelancongan akan
meningkatkan kejadian jenayah di sesuatu kawasan.
Kemasukan pelancong asing secara beramai-ramai meningkatkan
kegiatan pengedaran dadah,penyeludupan dan pengintipan yang
boleh mengancam keselamatan dan kestabilan politik negara.
4. Pembangunan infrastruktur yang pesat akan mempercepat kadar
pemusnahan alam sekitar atau ekologi negara.
Pembangunan infrastruktur yang pesat akan mengakibatkan
pencemaran alam seperti pencemaran laut dan sungai.
Penebangan hutan di kawasan bukit akan menjejaskan
keseimbangan ekologi.Perbuatan ini akan mengakibatkan tanah
runtuh,banjir dan sebagainya.
Pembangunan yang pesat dari segi pelancongan juga akan
memusnahkan kawasan terumbu karang seperti yang berlaku di
Pulau Perhentian ,Terengganu.
KESIMPULAN:
1. Perkembangan industri pelancongan pasti akan mendatangkan
beberapa kebaikan dan keburukan dari segi pembangunan negara.
2. Strategi-strategi tertentu harus dirancang dan dilaksanakan bagi
menjayakan Tahun Melawat Malaysia,agar negara dapat mengecapi
segala kesan positif kegiatan pelancongan demi pembangunan negara.
Disediakan oleh;
Tingkatan 6BS1.