You are on page 1of 12

LAPORAN KHIDMAT MASYARAKAT

TEMA : MALAYSIA NEGARA BERDAULAT

TAJUK PROJEK :

KAJIAN LATAR BELAKANG DAN MAKSUD JATA NEGERI

NAMA MURID : MUHAMMAD ABDUL ‘ALIM

BIN MUSTAFFA

TINGKATAN : 4 CENDEKIAWAN

NAMA GURU : PN. NOOR AZLINA BT. AB. AZIZ

DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH :

..................................... .............................

( MUHAMMAD ABDUL ‘ALIM ( PN.NOOR AZLINA BT.

BIN MUSTAFFA ) AB. AZIZ )


BIL. KANDUNGAN HALAMAN
1. PENGENALAN
2. OBJEKTIF
3. LOKASI
4. STRATEGI PELAKSANAAN
5. MASALAH-MASALAH PELAKSANAAN
6. KOS PELAKSANAAN
7. TEMPOH PELAKSANAAN
8. PENGHARGAAN
9. KESIMPULAN
10. LAMPIRAN :
LAMPIRAN A : Gambar dan Maksud
LAMPIRAN B : Borang maklumat
Menjalankan projek khidmat
Masyarakat .
LAMPIRAN C : Borang penilaian tahap
Kesedaran sivik murid
Saya Muhammad Abdul ‘Alim Bin Mustaffa ialah murid Tingkatan
4 Cendekiawan di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Bunga ,
Johor . Saya bersama-sama dengan ahli kumpulan yang terdiri
daripada Amiruddin B. Idris , Alif Azizul Afiq B. Anuar , Muhammad
Afiq B. Sapuan , Muhammad Asyiq B. Sulaiman , Shamsuddin B.
Ismail dan Muhammad Abdul ‘Alim Bin Mustaffa telah
menjalankan projek Khidmat Masyarakat yang bertajuk “Kajian
Latar Belakang dan Maksud .” Koleksi ini telah dibuat dalam
bentuk folio .

Kami memilih tajuk tersebut kerana semangat cinta kami


kepada negeri di Malaysia dan memenuhi keperluan mata
pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4 .
Antara objektif projek ini termasuk untuk :

Mengenal pasti jata di setiap negeri di Malaysia .


Memupuk semangat cinta kepada negeri di Malaysia.
Mengetahui maksud dan latar belakang di negeri Malaysia.

Kami telah menjalankan projek ini dengan cara mendapatkan


maklumat melalui internet , buku teks dan jurnal di Pusat

Sumber Sekolah . Projek yang telah siap adalah dalam bentuk

folio dan ditempatkan di Pusat Sumber Sekolah sebagai

rujukan warga sekolah .

Persediaan Awal :
Sebelum memulakan projek ini , kami telah berjumpa
sebanyak dua kali untuk berbincang tentang pelbagai
perkara yang berkaitan . Akhirnya , kami telah mencapai
keputusan seperti yang berikut :
Memutuskan untuk memilih tajuk jata negeri dan
maksud .
Mendapatkan surat maklumat daripada pihak sekolah
untuk ibu bapa .
Mendapatkan surat kebenaran daripada ibu bapa untuk
menjalankan projek yang berkenaan .
Membahagikan tugas kepada ahli kumpulan untuk :
- Mendapatkan semua surat kebenaran
- Mencari maklumat melalui internet , buku teks dan
jurnal .
Menentukan reka bentuk folio untuk mengumpulkan
maksud dan jata negeri Malaysia .

Pada 22 Februari 2011 , perjumpaan dengan ahli


kumpulan diadakan untuk berbincang tentang tugas
dan perkara-perkara yang akan dilakukan .
Mulai 22 Februari 2011 hingga 21 Mac 2011 , kami
mendapatkan surat makluman daripada pihak sekolah
untuk disampaikan kepada ibu bapa dan kemudiannya
mendapatkan surat kebenaran daripada ibu bapa .
Pada 6 hingga 8 Mac 2011 , kami mula mencari
maklumat melalui internet , buku teks dan jurnal
tentang individu dan kumpulan yang kami pilih . Dalam
hal ini , saya telah dipertanggungjawabkan untuk
mencari dan mengumpulkan maklumat tentang maksud
dan jata negeri di Malaysia .
Pada 17 Mac hingga 19 Mac 2011 , setiap ahli kumpulan
diberi masa untuk merumuskan dan menyusun bahan
serta maklumat yang diperolehi .
Pada 20 Mac 2011 , kami telah bertemu dengan
membawa bahan dan maklumat masing-masing .
Dalam tempoh 2 jam 30 minit , kami telah berbincang
tentang reka bentuk folio dan susun atur bahan serta
maklumat dalam folio .
Pada 21 Mac 2011 , tugas menghasilkan folio “Kajian
Tentang Latar Belakang Negeri di Malaysia . Folio
diserahkan kepada guru Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan untuk menilai .

Terdapat beberapa masalah yang kami hadapi semasa melakukan


projek ini . Pertamanya , kami kekurangan masa dengan
menyiapkan kerja-kerja sekolah yang guru bagi kepada murid .
Selain itu , komputer kami telah meletup akibat dibuka selama 5
hari . Tambahan pula , mesin pencetak kami telah kehabisan
dakwat . Namun , kami bersyukur kerana berkat kesabaran kami ,
akhirnya kami bejaya juga dapat menyiapkan kerja folio kami .
Projek yang kami jalankan hanya melibatkan kos untuk
menghasilkan folio dan kos tersebut tidaklah begitu tinggi . Kos ini
termasuk juga kos memproses semua gambar foto aktiviti yang
diambil sebelum dan semasa melaksanakan projek . Kami telah
berkongsi untuk menampung kos tersebut . Kami bertuah kerana
mempunyai ibu bapa yang sanggup mengeluarkan sedikit kos
untuk menyiapkan kerja folio Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan . Oleh itu , tiada kos pengangkutan yang harus
kami tanggung . Dalam pada itu , kerjasama pihak sekolah yang
membenarkan kami menggunakan internet di Pusat Akses sekolah
secara percuma menyebabkan kami tidak perlu mengeluarkan
wang .

Kerja projek dimulakan pada 22 Februari 2011 yang bermula


dengan sesi perbincangan selama 1 jam bersama guru Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan . Selepas itu , kami mula
melaksanakan tugas untuk mendapatkan surat kebenaran . Selain
itu , dalam tempoh 6 Mac hingga 10 Mac 2011 , kami mencari
maklumat melalui internet , dengan peruntukan selama 1 jam
sehari . Masa yang selebihnya , iaitu 2 jam 30 minit , kami gunakan
untuk menyusun reka bentuk folio serta memilih maklumat dan
gambar yang sesuai untuk dimasukkan dalam koleksi yang
berkenaan sehinggalah tugasan selesai . Semuanya memakan
masa selama 10 jam .
Keseluruhan projek dapat dilaksanakan dengan lancar dan
sempurna kerana mendapat bantuan , sokongan , dan kerjasama
daripada beberapa pihak . Saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada :

Guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan saya , iaitu


Pn.Noor Azlina Bt. Ab. Aziz yang sentiasa memberikan
bimbingan dan menguatkan semangat kami sepanjang
tempoh pelaksanaan projek ini .
Ibu bapa saya yang telah memberikan kebenaran dan
sokongan dari mula hingga akhir pelaksanaan projek ini ,
termasuk meluangkan masa bersama saya untuk
mengeluarkan kos untuk menyiapkan kerja folio kami .
Puan Pengetua , Puan Hjh. Siti Rumjah Binti Banaji yang telah
memberikan kebenaran kepada kumpulan kami untuk
menjalankan projek ini dan seterusnya mengizinkan kami
menggunakan internet di sekolah secara percuma .
Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru dan
rakan-rakan yang sudi berkongsi bahan atau maklumat
tentang individu dan kumpulan yang kami pilih untuk koleksi
berunsur patriotik ini .
Akhir sekali , saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada semua ahli kumpulan yang sememangnya
menunjukkan komiten penuh dalam menjayakan projek ini .
Kerjasama , sokongan , dan semangat tinggi yang
ditunjukkan telah memungkinkan terhasilnya folio Kajian
Maksud dan Latar Belakang negeri di Malaysia .

Secara keseluruhannya , projek Khidmat Masyarakat ini telah


dapat dijalankan dengan sempurna sehingga berjaya
menghasilkan folio “Maksud dan Jata diri Negeri Malaysia” .
Diharapkan bahawa dengan adanya folio ini , pelajar-pelajar
dapat mengetahui jata-jata negeri di Malaysia dalam usaha
mengharumkan nama Malaysia di persada dunia . Seterusnya
diharapkan murid-murid dapat menjadikan negeri-negeri di
Malaysia yang berkenaan sebagai idola untuk dijadikan
teladan .
Kami dapat menghayati erti kesabaran dan semangat
setia kawan dalam menjayakan projek ini , terutama dalam
menghadapi situasi yang sukar . Semangat dan dorongan
daripada ahli-ahli kumpulan telah membulatkan tekad kami
untuk meneruskan projek ini hingga berjaya .
Kesimpulannya , melalui pelaksanaan projek ini , saya
dan ahli-ahli kumpulan beroleh kesedaran bahawa Khidmat
Masyarakat dapat dijadikan suatu amalan yang sungguh
murni .

You might also like