beberapa persoalan yang berkaitan dengan pendidikan seks menurut perspektif Islam. Secara lebih khusus, ia akan menyentuh definisi, konsep dan objektif serta kedudukan pendidikan seks. Ia juga membincangkan pendidikan seksdalam konteks holistik dan objektif jangka pendek serta jangka panjangpendidikan seks menurut perspektif al-Quran.
Pendidikan Seks
Menurut Kamus Dewan (1994), perkataan ‘seks’ bermaksud sifat-sifat yangmembezakan laki-laki dan perempuan (jantina) atau keinginan syahwat. Secaraumumnya, perkataan seks memberikan gambaran tentang suatu keadaan dimana wujudnya hubungan di antara berlainan jantina iaitu lelaki danperempuan. Bagi sesetengah masyarakat, perbincangan tentang topik seksdianggap sebagai
taboo
atau tidak wajar dibicarakan kerana ia adalah perkarayang terlalu peribadi atau dianggap sebagai persoalan ‘dalam selimut’. Namun,apabila perkataan seks dikaitkan dengan pendidikan, ia akan memberi satumaksud yang amat berbeza. Pendidikan seks secara umumnya merupakansatu proses mendidik yang bersifat maklumat (
cognitive
), pemahaman dalaman(
internal cosnsiousness/spiritual/ morality
) dan juga jasmani (
physical
) kepadagolongan sasaran tertentu seperti pelajar sekolah dan juga orang awam tentangamalan kehidupan yang berkaitan dengan hubungan di antara dua jantinatersebut. Ia boleh dilaksanakan samada secara formal atau pun tidak formal.Di dalam Islam, isu yang berkaitan dengan seks bukanlah perkara asing. Iatelah dibincangkan dengan begitu meluas oleh para ilmuan dan agamawanIslam. Perbincangan tersebut bukanlah berdasarkan kepada pandanganmereka semata-mata tetapi adalah bertunjangkan kepada apa yang telahdinyatakan oleh Allah s.w.t melalui kitab al-Quran dan juga penjelasan olehRasulNya melalui al-Sunnah. Pemerhatian yang mendalam terhadapkandungan al-Quran dan al-Hadith akan mendapati bahawa perbincangantentang seks sentiasa dikaitkan dengan persoalan akidah, akhlak, tingkah lakumulia, menjauhi kemungkaran dan tidak mendatangkan kemudaratan kepadaorang lain. Sebagai contoh, al-Quran telah menggambarkan institusiperkahwinan sebagai sebuah institusi suci yang mampu memberi ketenangandan merealisasikan erti kasih sayang yang sebenar melalui firmanNya yangbermaksud:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakanuntukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasatenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Al-Rum: 21)
Apabila membicarakan perkara yang berkaitan dengan penyelewengan seks(
sexual deviance
) seperti zina, Allah s.w.t menegaskan ia sebagai perbuatanmungkar yang terkutuk. Ini dapat difahami melalui firman-Nya yangbermaksud:
"Dan Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk." (Al-Isra':32)
Apabila menyentuh persoalan hubungan seks songsang (
homosexsuality
)seperti yang dikisahkan melalui kaum Nabi Luth, Allah s.w.t telah mengecam
Muka 3 dari 11
Add a Comment
deleted_fbuser_1294485513left a comment
Syukur Abine Firyalleft a comment
kamilialeft a comment
petromaxsupeleft a comment