Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
5Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
ulas jurnal

ulas jurnal

Ratings: (0)|Views: 830|Likes:
Published by Yana Eliana

More info:

Published by: Yana Eliana on Mar 15, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/16/2012

pdf

text

original

 
Perkembangan sosial merupakan satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung denganorang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Proses tersebutmelibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial (Rohani Abdullah,2008). Oleh itu, kemahiran sosial amat penting dalam kehidupan manusia. Antara kemahiranasas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik perhatian orang lain,berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberipenghargaan (Vijayen a/l Gopal).Autisme merupakan gangguan perkembangan pervasif (
pervasif development disorder 
).Menurut American Psychiatric Association (1994), gangguan ini berkisar pada tiga perkarautama iaitu gangguan interaksi sosial, komunikasi dan tingkah laku berulangan yang streotaipdan terhad. Selain itu, tahap gangguan yang dihadapi tidak sama antara satu individu autismedengan individu yang lain (Wing, 1976).Kanak-kanak autisme juga dikenali sebagai kumpulan bermasalah pembelajaran(Kurikulum Program Bermasalah Pembelajaran Peringkat Rendah, 1999). Hal ini keranamereka tidak dapat mempelajari untuk berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya merekadan turut menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran asas sosial (Simpson et al. 1991;Sewell 1998).Menurut jurnal yang dibaca, didapati kajian kes yang dilakukan bertujuan untukmengenal pasti kemahiran asas sosial yang telah dikuasai oleh kanak-kanak autisme,mengenal pasti kemahiran asas sosial yang belum dikuasai oleh kanak-kanak autisme danmengenal pasti faktor-faktor yang membolehkan kanak-kanak autisme menguasai dan tidakmenguasai kemahiran asas sosial mengikut pandangan guru dengan menggunakan tiga subjekdan tiga orang guru yang mengajar subjek. Kajian ini berfokus kepada lima kemahiran asassosial sahaja iaitu kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, bertanyadan meminta, memberi idea dan memberi serta menerima pujian dan penghargaan.Kajian ini menggunakan method; senarai semak dan temubual. Selain itu, sample kajianterdiri daripada tiga pelajar lelaki: Ah Meng (10 tahun), Tan (10 tahun) dan Mark (9 tahun).Pemerhatian dijalankan untuk menilai kemahiran asas sosial yang digunakan oleh ketiga-tigasubjek ini semasa mereka berinteraksi dengan rakan dan guru di persekitaran sekolah.Pemerhatian dijalankan sebanyak 16 bagi setiap persekitaran (lapan kali di bilik darjah danlapan kali pada waktu rehat). Temubual pula dijalankan ke atas guru yang mengajar subjek
 
untuk mendapatkan pandangan kemahiran-kemahiran asas sosial kanak-kanak ini. Temubualini dirakam dan mengikut jadual temubual yang telah ditetapkan.Berdasarkan jurnal ini, ketiga-tiga subjek sudah menguasai kemahiran menarikperhatian orang lain. Namun, Tan (subjek B) lebih menguasai dan menggunakan kemahiran iniberbanding Ah Meng (subjek A) dan Mark (subjek C). Selain itu, A lebih menguasai subkemahiran yang melibatkan lisan berbanding B dan C.Seterusnya, kemahiran berkongsi dan memberi. B lebih menguasai kemahiran inikerana mempamerkan kesemua sub kemahiran berbanding A dan C. Namun, A dan Cmenggunakan tindakan menghulurkan tangan dengan benda ataupun dengan tindakanmengangguk kepala tanda memberi sebagai ganti kepada kemahiran lisan.Bagi kemahiran bertanya dan meminta, B dan C lebih mempamerkan penguasaanberbanding A. Hal ini berkemungkinan A memerlukan persekitaran yang berstruktur. Berlainanpula dengan C, guru menyatakan bahawa C belum menguasai kemahiran bertanya ataumenghulur tangan tetapi dapatan ini bertentangan dengan dapatan pemerhatian. Selain itu, Amenghulurkan tangan untuk meminta sebanyak 10 kali di dalam bilik darjah. Manakala B pulamenggunakan bahasa lembut sebanyak 31 kali di dalam bilik darjah dan 33 kali pada wakturehat.Seterusnya ialah kemahiran memberi idea. Dalam kemahiran ini, B dan C menunjukkanpenguasaan menyeluruh berbanding dengan A. A juga tidak mempamerkan dua daripadaempat sub kemahiran yang melibatkan lisan. Namun, A telah mampu beritahu apa yang bolehdibuat sebanyak 37 kali di dalam bilik darjah dan 24 kali pada waktu rehat dan menguasai subkemahiran memberitahu apa yang boleh buat dan dilakukan dipamerkan sebanyak 22 kali didalam bilik darjah dan 2 kali pada waktu rehat. Selain itu, A juga tidak langsung mempamerkansub kemahiran suruh ikut yang dibuat atau dilakukan di dalam bilik darjah begitu juga padawaktu rehat. Hal ini mungkin kerana tidak wujud keperluan untuk tindakan menyuruh ikut.Kemahiran yang terakhir ialah kemahiran memberi dan menerima pujian danpenghargaan. Kemahiran ini mempunyai lapan sub kemahiran. A mempamerkan penguasaanyang menyeluruh berbanding dua lagi subjek. A menggunakan semua sub kemahiran kecualimengucapkan terima kasih. Selain itu, A juga selalu mempamerkan senyuman sebanyak 11 kalidi dalam bilik darjah dan 7 kali pada waktu rehat. Berlainan pula dengan B, B tidak
 
menunjukkan sebarang sub kemahiran pada waktu rehat dan tidak menunjukkan subkemahiran peluk rakan dan “high five”.Ketiga-tiga guru berpendapat bahawa subjek sudah menguasai kemahiran pengurusandiri dan kemahiran menegur rakan dan guru. Hal ini mungkin kerana kemahiran pengurusan dirimerupakan syarat kemasukkan ke pendidikan khas, oleh itu kanak-kanak autism sudahmenguasai kemahiran tersebut.Menurut pandangan guru, faktor yang membolehkan kanak-kanak autisme menguasaikemahiran asas sosial adalah kerana guru. Hal ini kerana guru memahami tingkah laku muriddan tahu cara untuk menanganinya. Selain itu, guru juga menggunakan pengajaran secara
incidental 
”. Kaedah ini mampu memupuk kemahiran bertanya secara tidak langsung. Malah,guru juga berperanan mengeksploitasi minat dan kesukaan pelajar dalam pengajaran.Faktor seterusnya ialah pengajaran berbentuk visual atau bergambar mengikut minatpelajar. Melalui kaedah pengajaran ini, kanak-kanak mampu menghasilkan idea dan merekatahu ada hubung antara benda yang mereka minat dengan keadaan sekeliling. Sebagai contohmereka kaitkan api dengan bomba. Hal ini jelas menunjukkan mereka berupaya menguasaikemahiran asas sosial jika selalu diberi latihan dan latih tubi.Faktor ketiga ialah rakan sebaya yang berada disekeliling mereka. Hal ini dikatakanberkesan kerana melalui pergaulan dengan rakan sebaya, mereka belajar cara berinteraksi.Rakan sebaya juga mampu membimbing dan mengajar cara yang betul kepada kanak-kanak.Secara tidak langsung, mampu meningkatkan daya tumpuan kanak-kanak autisme ini.Seterusnya ialah faktor persekitaran dan kerjasama daripada ibu bapa. Di sekolah,pelbagai kemudahan belajar sudah tersedia dan galakan guru serta rakan mampu memberipeluang untuk kanak-kanak belajar. Oleh itu, faktor ini dikatakan mampu menggalakan kanak-kanak menguasai kemahiran asas sosial kerana ibu bapa bekerjasama dengan pihak sekolahdalam menjalankan tindakan susulan.Antara faktor yang menyebabkan kanak-kanak autisme tidak menguasai kemahiranasas sosial mengikut pandangan guru ialah kurang tumpuan pelajar terhadap pengajaran danpembelajaran dan aktiviti di dalam bilik darjah dan di luar darjah. Selain itu, ketidakberkesanancara mengajar kanak-kanak autisme dengan mengajar mereka secara berkumpulan.

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
Shannon Nelson liked this
Ammar Sauti liked this
rahimi67 liked this
rahimi67 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->