You are on page 1of 1

LAPORAN CENDERAMATA

Kami telah meminta beberapa sumbangan untuk melaksanakan


Lawatan Terapi dan Program BIG. Sumbangan yang diterima adalah dalam
bentuk wang ringgit dan juga hamper. Hamper tersebut adalah sumbangan
ikhlas daripada Ibu Pejabat Polis Taiping pada hari Isnin iaitu 21 Februari 2011.
Walau bagaimanapun, kami memerlukan dua buah hamper untuk diberikan
kepada Sekolah Kebangsaan Putrajaya Precint 9 (2) dan PDK Putrajaya
Precint 14. Oleh itu, kami telah bersepakat untuk membeli beberapa barangan
lagi untuk menambah bilangan hamper. Antara barangan yang telah dibeli
ialah biskut, minuman kordial, snek, gula-gula, dan ‘jelly’. Kesemua barangan
tersebut berjumlah sebanyak RM95.00. Wang tersebut adalah sebahagian
daripada wang sumbangan.

Selain itu, kami juga telah mendapat sumbangan berbentuk alatan iaitu
buku tulis, pensel, pemadam dan pembaris. Ianya disumbangkan oleh Kedai
Buku Shadani Sdn. Bhd. Setiap alatan tersebut berjumlah 65 buah. Sebanyak
30 buah diberikan kepada Sekolah Kebangsaan Putrajaya dan selebihnya
diberikan kepada PDK Putrajaya.

You might also like