You are on page 1of 2

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

HUMAN RIGHTS COMMISSION OF MALAYSIA

EDITOR, MEJA BERITA


UNTUK SIARAN SEGERA
KENYATAAN MEDIA

SUHAKAM: TINDAKAN PENANGKAPAN DAN PENGUSIRAN


PENDATANG TANPA IZIN HARUS DILAKUKAN
SECARA TELITI DAN ADIL

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) melalui Kumpulan Kerja


Aduan dan Siasatan telah mengadakan lawatan ke Pusat Tahanan Sementara Menggatal
pada 5 September 2008 dan Pusat Tahanan Sementara Sandakan pada 6 September
2008. Delegasi Suhakam diketuai oleh Dato’ Haji Khalid Haji Ibrahim, Tan Sri Datuk Seri
Panglima Simon Sipaun, Datuk Dr Michael Yeoh Oon Kheng dan Datuk Dr Chiam Heng
Keng serta pegawai Bahagian Aduan dan Siasatan telah melihat keadaan untuk
mengenal pasti sebarang masalah yang berhubung dengan isu penangkapan dan
pengusiran pendatang tanpa izin.

Lawatan tersebut dilakukan susulan daripada aduan terhadap dakwaan berhubung


status sebenar tahanan. Semasa lawatan tersebut, pihak SUHAKAM telah menerima
beberapa aduan yang antaranya termasuklah:-

1. Seorang tahanan yang mendakwa beliau merupakan warga negara Malaysia dan
memiliki kad pengenalan Malaysia yang sah tetapi telah ditangkap oleh pihak
berkuasa dan dihantar ke pusat tahanan sementara tersebut tanpa sebarang
siasatan lanjut yang dibuat oleh pihak berkuasa.

2. Terdapat tahanan kanak-kanak yang berumur 12 tahun hingga 17 tahun yang


ditahan di dalam pusat-pusat tahanan sementara tersebut mendakwa mereka
dilahirkan di Sabah dan salah seorang atau kedua ibu bapa mereka adalah
merupakan warga negara Malaysia. Namun telah ditangkap oleh pihak berkuasa
kerana gagal membuktikan identiti mereka semasa ditangkap.

Pihak berkuasa perlu melaksanakan operasi penangkapan dengan lebih berhati-hati


terutama apabila ianya melibatkan tangkapan terhadap kanak-kanak. Adalah didapati
juga tahanan kanak-kanak tersebut ditempatkan bersama-sama tahanan dewasa yang
lain dan kebanyakan mereka terpisah dari ibu bapa mereka. SUHAKAM merasakan
bahawa ini adalah tidak wajar kerana ianya tidak selaras dengan Konvensyen Mengenai
Hak Kanak-Kanak (CRC) sepertimana tersebut dalam Perkara 37 mengenai penangkapan
dan pelucutan hak kebebasan mereka.

SUHAKAM menyuarakan kebimbangan terhadap aduan-aduan yang diterima kerana


operasi penangkapan dan pengusiran pendatang tanpa izin yang sedang dilakukan oleh
pihak Polis Diraja Malaysia, Majlis Perbandaran dan Jabatan Immigresen Malaysia jika
tidak dilakukan secara berhati-hati boleh mengakibatkan hak-hak rakyat tempatan turut
dicabul.

Sehubungan dengan itu, SUHAKAM mengesyorkan agar sebarang tindakan


penangkapan dan pengusiran pendatang tanpa izin dilakukan secara teliti dan adil
dengan mengambil kira hak-hak asasi tahanan.

”HAK ASASI UNTUK SEMUA”

DATO’ HAJI KHALID HAJI IBRAHIM


Pengerusi Kumpulan Kerja Aduan dan Siasatan
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
10 September 2008

You might also like